Thursday, December 23, 2010

Ikan Sisa Nabi

Sebenarnya dah lama aku mencari ikan sebelah ini. Dulu, semasa mengikut ibu ke pasar, ibu pernah berkata, ada sejenis ikan yang badannya sebelah sahaja. Ini adalah kerana sejarahnya ikan ini pernah dimakan oleh nabi, pada sebelah bahagian badannya. Dan sebelah bahagian lagi tidak dimakan, malah dilepaskan semula ke lautan. Oleh kerana merasa agak terpegun dengan cerita ini, aku mula mencari bagaimana rupa ikan ini sebenarnya. Jangan tak percaya, setiap kali ke pasar, aku pasti akan membaca tag2 pada ikan untuk mengetahui nama2 ikan. [tapi sampai sekarang tak berapa kenal jenis2 ikan..hehe]. Semata-mata nak mencari ikan ini. Tapi aku tetap tidak dapat menjumpainya secara pasti.

Tetapi, akhirnya tadi semasa ke Econsave Kota Tinggi, membeli ikan dan sayuran, aku jumpa ikan ni. Aku mula membelek-belek ikan ini. Memang menakjubkan. Kuasa Allah. Ikan ini benar-benar mempunyai satu bahagian badan sahaja. Mata ikan ini pun ada satu sahaja. Mulut pun di satu bahagian sahaja. Sangat gembira dapat jumpa ikan ini. Dah bertahun aku nak kenal ikan ni tau. Oleh kerana terlalu excited, aku pun menangkap gambar ikan ni menggunakan hp aku. Hehe. Tapi aku tak pernah makan ikan ini. Macammana ya rasanya? Huhu. Sebenarnya takut nak makan ikan ni, sebab nampak pelik. huhu. Lagipun aku ni memang susah sikit nak makan benda-benda yang tidak diajar oleh ibu bapaku. Ibu tidak pernah pun masak ikan ni. 
p/s: Hari ini seronok sangat. Sebab adik lelaki bosnia ku telah berjaya mendapat 8A dalam PMR nya. Tahniah!

Lagi info tentang ikan sebelah ==> 1, 2

Aku Kena Kuat!

Aku kena kuat!
Bersihkan hatiku dari segala dosa dan noda
kerana setiap dosaku
telah meniggalkan satu titik hitam
di dalam hatiku

Aku kena kuat!
Kerana dengan kehadiran titik2 ini
aku merasakan tidak tenteram
aku rasakan jiwaku begitu kotor sekali
Solatku, aku rasa sungguh tidak sempurna
seperti ada sesuatu yang hilang daripadanya

Aku kena kuat!
Sekeras usahaku mencuci kembali
noda-noda hitam dalam hatiku
titik hitam yang aku contengkan sendiri
kerana kejahilanku
dan khilafanku

Kini aku sedar...
terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan
terlalu jauh aku telah terpesong dari jalanmu
sehingga sukar untuk ku merasakan kemanisan iman itu
sukar untuk aku khusyuk
pabila mengadapMu

Ya Allah
dengan penuh rasa rendah diri
dan rasa malu yang tinggi
aku mohon kepadamu
AMPUNKAN SEGALA DOSA-DOSAKU
BUKAKANLAH PINTU TAUBAT UNTUKKU
DAN TERIMALAH TAUBATKU
sesungguhnya hanya Engkau sahaja
yang mampu memberikanku Hidayah kepadaku

Kini aku sedar...
aku tidak mampu berjauhan dariMu
hidupku sangat tidak tenteram
hati dan jiwaku kacau!
aku memerlukanmu disetiap langkahku
memimpinku dan membantuku
menjalani hidup dialam fatamorgana ini
untuk menuju ke destinasi pasti
iaitu padaMu jua.

"Ya Allah, timbulkanlah rasa takut dihatiku kepadaMU. Timbulkanlah rasa takut dihatiku jika aku ingin melakukan dosa. Timbulkanlah rasa takut dihatiku pada AZAB API NERAKAMU"

"Ya Allah, sesungguhnya aku benar2 MALU padamu. Walaupun aku selalu sahaja meninggalkanMu, Engkau tetap dekat denganku. Memanggilku kembali dan membantuku jika aku kesusahan. ENGKAU tidak pernah jemu mendekatiku walaupun aku selalu khilaf. AMPUNKAN DOSA-DOSAKU YA ALLAH"

“Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Monday, December 13, 2010

Beza Orang Kampung Dan Bandar??

Kenapakah topik ini dikemukakan pada hari ini ya? Sebenarnya aku dah lama nak membincangkan tentang topik ini [sejak balik dari kampung], tetapi tidak berkesempatan. Baru hari ini aku dapat menaip di sini. Aku terfikir untuk mengeluarkan topik ini kerana aku melihat beberapa perbezaan antara orang-orang yang tinggal di bandar dan kampung. Mungkin aku lebih fokus kepada orang-orang muda dan para remaja sahaja. 

Sebenarnya aku dikategorikan sebagai orang bandar. Semenjak kecil aku telah dibesarkan di kawasan bandar. Kalau tak berapa nak bandar pun, adalah pinggir bandar. Aku tidak pernah bersekolah atau tinggal di kawasan kampung. Hanya beberapa ketika sahaja aku akan pulang ke kampungku di Tg Sedili, Kota Tinggi Johor atau Gemencheh, Negeri Sembilan. Ha, rumah atuk dan wan aku memang betul-betul di kawasan kampung. Jadi aku dapatlah juga merasakan suasana di kampung.



Apa ya, yang aku nampak semasa berada di kampung N9? Yang aku tidak nampak di bandar? Pertamanya adalah semasa kenduri-kendara. Memang berbeza sekali. Semasa menghadiri perkahwinan saudara-mara di sana, aku dapat melihat kerjasama dan sikap tolong-menolong antara mereka. Mereka ini bekerja secara sukarela, atas dasar saling membantu dan bergotong-royong. Sebelum majlis pula, jiran tetangga akan datang untuk berkampung dan rewang. Semuanya bekerja tanpa dijanjikan sebarang bayaran. Kadang-kadang aku merasakan inilah istimewanya mereka. Baik lelaki mahupun perempuan. Dan yang aku maksudkan di sini adalah orang muda dan remaja ya. Kalau warga-warga emas mungkin tidak perlu disebut.

Tetapi, apa pula agaknya di bandar? Semasa kenduri-kendara seperti ini? Sebenarnya agak sukar untuk menemui remaja yang bertungkus lumus membantu, melainkan dalam kalangan keluarga penganjur sahaja. Remaja yang tidak mempunyai ikatan kekeluargaan, dan ada juga sesetengah saudara-mara sendiri juga tidak dapat membantu seperti mana yang aku lihat di kampung. Biasanya di bandar, mereka akan mengupah 'catering'. Tetapi, ini jarang berlaku di kampung. Mereka biasanya akan masak sendiri, menyebelih lembu sendiri sekaligus menjimatkan kos. Semua ini dilakukan secara bergotong-royong.

Aku masih ingat lagi semasa majlis kahwin abang aku. Majlis ini dilakukan di rumah aku di Johor Bahru iaitu di kawasan bandar. Kami tidak mengupah 'catering'. Memang tidak dinafikan, di bandar susah nak bergotong-royong mempersiapkan segalanya. Saudara-mara juga berada jauh dan hanya dapat hadir pada hari jumaat atau sabtu. Tetapi kami bernasib baik kerana kami hidup dalam komuniti tentera. Banyak yang dilakukan oleh mereka. Bermula dari memasak, menyusun dewan, membuat pelamin dan akhirnya bertindak sebagai waiter or waitress. Tentera memang selalu hidup bekerjasama. Semasa di UKM pun aku boleh lihat sifat ini daripada palapes. Terima kasih kami ucapkan. Kalau tiada mereka, susah juga kami. 


Apa lagi perbezaan yang aku nampak ya? Mungkin dari segi penampilan. Apa yang beza agaknya? Aku pun tidak tahu nak menerangkannya. Tetapi, aku memang dapat bezakan cara penampilan remaja yang dibesarkan di bandar dan kampung. Nak kata remaja kampung tidak mengikut perkembangan fesyen semasa, tak juga. Mereka juga berfesyen, tetapi mungkin cara berbeza. Aku memang tak tahu bagaimana nak menerangkannya. Tetapi memang ada perbezaan. Secara peribadinya aku berpendapat bahawa orang bandar lebih kelihatan cantik dan lembut. Mungkin cara pendidikan mereka berkaitan etika dari segi  penampilan dan tingkahlaku. Remaja kampung juga bersopan, tetapi penampilan mereka kelihatan agak kasar. 

Persepsi sesetengah orang menganggap, kalau orang bandar sahaja mesti kurang baik. Ada juga yang mengatakan kalau hendak berkahwin, hendak mencari orang kampung. Sebab pandai masak, pandai mengemas, sopan, baik dan macam-macam lagi. Pada pendapatku, persepsi ini hanya boleh digunakan pada zaman dahulu sahaja. Zaman sekarang kurang relevan. Dari segi ini, hampir sama saja orang kampung dan bandar. Di bandar dan kampung, kedua-duanya kita boleh jumpa orang baik dan bersopan, juga orang kurang baik dan melakukan maksiat. 


Hmm. Bagaimana pula dari segi pembelajaran. Adakah pelajar kampung kurang cekap berbanding pelajar bandar? Terutamanya dalam berbahasa Inggeris? Hehe. Yang ini aku tidak tahu nak komen apa. Aku tidak pernah bercampur dengan pelajar-pelajar di kampung. Tapi yang aku nampak, adik-adikku dan anak-anak sepupu2 ku, yang tinggal di bandar agak bijak. Bahasa Inggeris mereka juga baik [lebih baik dibandingkan dengan aku masa kecik-kecik dulu]. Mungkin mereka memang minat belajar. Adik-adikku dah melihat kakak2 dan abang2nya belajar tinggi. Anak2 buah pula melihat ibu bapa dan ibubapa saudara mereka berjaya sebagai guru Bahasa Inggeris, engineer kapal terbang, civil engineer, businessman dan sebagainya. Mungkin itu menjadi sumber inspirasi mereka untuk belajar bersungguh-sungguh.

Aku rasa, segalanya terletak pada individu itu sendiri. Kalau mereka ingin menjadi baik, rajin, bijak dll, mereka boleh berusaha dan berjaya sama ada tinggal di kampung atau dibandar. Mereka kena bijak mengawal situasi dan adat di tempat mereka tinggal. Bukan hanya mengikut membuta tuli. Tetapi ikut dengan bijaksana. Sekian~

Saturday, December 11, 2010

Perkahwinan Silang Pedang

Kualiti video adalah rendah, kerana menggunakan handphone sahaja.

Selalunya kalau pergi kenduri kahwin pegawai tentera ni, aku hanya pernah tengok istiadat perkahwinan tentera darat sahaja. Tetapi kali ini, lebih istimewa. Tadi pergi kenduri anak Mantan Timbalan Komander Batalion 1 Rejimen Askar Wataniah. Anak TK ni adalah TUDM. Jadi, pakaian diorang berwarna biru, bukannya putih. Putih adalah untuk tentera darat. Tapi, tadi campur dua-dua anggota TDDM dan TUDM, jadi nampak lebih menarik. Hehe. 

Nurul nampaknya begitu 'excited' tengok silang pedang tadi. Mungkin kerana ini pertama kali dia tengok. Dia cakap "Bestnya kahwin macam ni". Aduh, nampaknya salah seorang adikku juga berminat dengan perkahwinan seperti ini. Aku? Aku memang suka dengan istiadat perkahwinan seperti ini, tetapi aku tak kisah pun berkahwin cara biasa sahaja. Hehe.

Bercakap tentang majlis perkahwinan, sudah 4 majlis perkahwinan aku pergi dalam tempoh 3 minggu ni. 2 di Negeri Sembilan, 1 Putrajaya, dan 1 di Taman Sri Tebrau, Johor Bahru.
[p/s: Agak-agaknya bila aku punya turn pula ye. I wonder. Hee]

Wednesday, December 1, 2010

Di Malam Yang Hening

DOA UNTUK KEKASIH 
"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah, Seandainya telah engkau catatkan Dia milikku, tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi, Seiringkanlah kami melayari hidup ini, Ke tepian yang sejahtera dan abadi. Maka jodohkanlah kami. Tetapi ya Allah, Seandainya telah engkau takdirkan...Dia bukan milikku bawalah dia jauh dari pandangan ku. Luputkanlah dia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan. Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti, Berikanlah aku kekuatan menolak bayangannya jauh ke dada langit dan hilang bersama senja yang merah agarku sentiasa tenang walaupun tanpa bersama dengannya. Ya Allah yang tercinta, pasrahkanlah aku dengan takdirMu. Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini. Ya Allah... Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini. Janganlah engkau biarkan aku bersendirian di dunia ini mahupun di akhirat, menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah. Ya Allah, berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka. Amin. Ya rabbal 'aalamiin".
p/s: Just Sharing....Bolehlah mengamalkan doa ni. =)

Monday, November 29, 2010

Keteguhan~

Thursday, November 25, 2010

Mahu Kahwin Bawah Pedang?

Agak-agaknya kenapa ya, aku bukak cerita pasal ni? Hehe. Ini adalah kerana, aku baru sahaja melihat gambar-gambar perkahwinan rakanku dari matrik, seterusnya ke ukm di bawah kolej, fakulti dan pusat pengajian yang sama. Dia berkahwin dengan seorang pegawai tentera. Memang sesuai pun, kerana dia pun pegawai juga kerana dahulu dia adalah palapes. Hee. Maka dengan itu, dia berkahwin di bawah pedang. Dulu ibu dan abahku juga berkahwin di bawah pedang juga. Semasa itu, abah berpangkat 'Kapten' [hensem tau bapak aku ni. Ibu plak cun melecun, anak dia?? Xyah cakapla. Keke]. Makcik2 aku dan kawan-kawanku selalu tanya "Abah garang x?". Hmm. Kalau askar mesti garang ke? Tapi abah memang garang pun dulu [tapi garang bertempat]. Aku la paling penakot nak lawan kalau abah dah pegang rotan. Tapi adik perempuan aku seorang ni, berani. Boleh dia main kejar-kejar masa abah aku nak rotan dia. Haha. Sabor jela.

Okeh! Bercakap pasal berkahwin dengan tentera ni, dulu aku agak terkejut kerana ramai sangat kawan-kawanku yang nak berkahwin dengan tentera. Ada yang siap pasang "spare tyre" yang kedua-duanya bakal tentera, iaitu dari MTD dan UPNM. Aku tanya juga kenapa minat tentera? Dia kata nak kahwin bawah pedang. Hee. Tapi aku? Dulu memang aku tak mahu berkahwin dengan tentera. Ini adalah berdasarkan pengalaman aku hidup sebagai anak pegawai tentera. Seperti yang kamu mungkin sedia maklum, kalau jadi tentera ni, memang akan selalu pergi operasi dan latihan di dalam hutan. Kadang-kadang tu sampai berbulan-bulan. Nak2 yang berada di unit Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD). Dulu mase aku kecil, abah bekerja di unit 5 RAMD Kem Batu 3 Kluang. Memang selalu sangat pergi operasi. Terutamanya semasa raya. Time raya saja, mesti operasi. Mesti korang pernah tengok kat TV tentang pemberian bekalan makanan raya kepada tentera operasi kan? Haa. Yang macam tula. Dan, setiap kali abah pergi operasi, kami 4 beradik [masa tu kami baru 4 orang, yang kecik2 tak lahir lagi] semua akan berkumpul tidur di satu bilik yang sama. Kadang-kadang, jiran aku pun datang tidur di rumahku kerana ibu-ibu kami bukanlah berani sangat. Nak menjaga anak-anak yang masih kecil sorang-sorang. Jadi bila duduk berdua, lebih berani. That's why aku dan jiranku dulu rapat. Siti, amad, buyah dan adik-adiknya [amad dan buyah dah blaja kat Turki dah pun sekarang. Hee].



Selain itu, yang paling mencabar sekali ialah, apabila ayah aku terlibat dalam misi ke Bosnia. Yela, dulu kan Bosnia diserang Serbia, jadi ayah aku adalah salah seorang pengaman PBB mewakili Malaysia. Setahun ayahku berada di sana. Ada balik sekali sahaja, selepas 6 bulan, lepas tu pergi sana balik. Ingat lagi, sebelum pergi Bosnia, kerajaan bagi semua keluarga yang terlibat bercuti ke PD. Masa kat PD tu, kami tinggal di sebuah kem askar yang dah ditinggalkan Jepun or British, kalau tak silap. Kalau dah namanya tempat tentera lama, mestilah macam-macam 'benda' ada. Ibu cakap, malam tu memang ramai yang tak dapat tidur, sebab dengar bunyi anjing melalak. Kami adik beradik, nyenyak je. Budak-budak mane tahu apa. Mak bapak je risau ape jadi kat anak-anak dia. Hee. Ada aktiviti di sana, tapi aku tak ingat. Yela, masa tu aku baru darjah 1, along darjah 2, alang tadika, ateh tak sekolah lagi.

Selepas beberapa hari percutian, kami mula menghantar abah ke Subang Airport [time tu, KLIA tak ada lagi]. Huhuhu. Time tu, ibu memang nangis la. Kat sana jumpa ramai askar-askar yang berpakaian celoreng dan bersedia untuk berlepas ke Bosnia. Saudara-mara aku pun ikut menghantar abah ke airport. Balik dari airport, ibu drive kereta sendiri balik ke kampung Negeri Sembilan. Itulah first time ibu drive jauh. Sampai demam ibu beberapa hari. Huhu. 

Beberapa bulan selepas tu, kami dengar radio, ada ucapan dari Bosnia. Hehe. Dengarlah suara abah masa tu. Siap sebut nama kami semua lagi. Selepas genap setahun, misi abah pun habis. Lepas balik Malaysia, abah dah ada duit, abah pergi haji semasa aku darjah 5. Lagi satu, adik lelaki aku yang form 3 sekarang ni, lahir selepas abah balik dari Bosnia. Oleh kerana dulu di Bosnia abah rapat dengan seorang kanak-kanak bernama anil, maka kami panggil adik aku yang Bosnia ni, Anil. Namanya pula di beri Mohamad Naim Elmir. Elmir tu pun adalah nama Bosnia. Dulu cikgu dia penah tanya kat abah, "Elmir ni maksudnya apa?". Abah gelak je, pastu cakap ni nama Bosnia. 

Hmm. Sebagai tentera juga, kami selalu sangat berpindah. Mula-mula di Sabah [aku pun lahir di sana], lepas tu Alor Setar [alang lahir sana], Pulau Pinang [ateh patotnya lahir sini], Kluang Johor, Melaka, Kluang balik dan akhirnya JB. 
Jadi, kerana macam-macam perkara yang berlaku, membuatkan aku rasa tidak mahu berkahwin dengan tentera. Tetapi, lama-kelamaan selepas apa yang kawanku dari Kem Terendak yang juga anak pegawai tentera cakap macam-macam, aku rasa, aku dah tak kisah sangat dah kalau berkahwin dengan tentera pun. Pada aku, pengorbanan tentera sangat besar. Sebab tu la, dulu aku pernah rasa geram sangat bila kawan aku (anak polis) cakap "Askar bukan susah sangat pun. Polis yang nampak banyak keje". Aku apa lagi, berapi la. Aku terus cakap pasal macam-macam, termasuk yang ayah aku kena pergi Bosnia. Terus terdiam dia [p/s: Aku memang mudah bertikam lidah kalau orang cari pasal dengan aku. Hee. Sorry].

Sekarang pun, abah dah tak berada di unit RAMD. Abah di Rejimen Askar Wataniah. Mentadbir Askar Wataniah dan pernah menjadi ketua penilai Palapes UTM [dulu abah suruh masuk palapes, aku tak nak]. Abah pun dah berpangkat Lefternan Kolonel sekarang. Sama macam Lin Dan la pula. Tetapi memang tak dinafikan, dilahirkan sebagai anak askar membuatkan aku dan keluargaku lebih berdikari. Semasa darjah 2 lagi, kalau ibu abah pergi kedai atau pasar, aku dah kena jaga adik laki aku yang masa tu baby lagi. Dan sebab itulah juga aku suka tengok palapes bila beruniform dulu, walaupun aku tak minat masuk palapes. Hee. Kat Skudai sekarang pun housemate ku dulu palapes UTM, dan ramai juga kawan-kawan palapes dia yang aku kenal. Kawan-kawan sekolah aku pun ramai mengikut jejak bapa mereka menjadi tentera. Memang aku dah ditakdirkan dikelilingi askar dan palapes kot. Hehe. Tetapi nikah dengan engineer kot. Huahuahua. Oklah, cukupla tu. Lain kali sambung. Sekian.

p/s: Dulu nak masuk PLKN, tapi tak dapat. Huhu. Tak terpilih la pula. Adik-beradik aku setakat ni, tiada yang terpilih.

Wednesday, November 24, 2010

Perkongsian Ilmu (",)v

"Teet!" Sedang aku melayari internet, tiba-tiba handphone Nokia aku yang menempatkan Simcard Maxis tu berbunyi. Agak pelik juga ada orang menghubungi nombor Maxis ku. 
Setelah beberapa minit membiarkan handphone tadi, aku pun mengambilnya dan mula membuka inbox. Aik! No siapa pula ni? Tanpa berfikir panjang aku mula membaca sms yang dihantar. Sms berbunyi begini:-
Ya Allah
Ya Rahman
Ya Rahim
Ya Malik
Ya Qudus
Ya Salam
Ya Mu'min
Ya Muhaimin
Ya Aziz
Ya Jabar
Ya Mutakabbir

Kirimkanlah kepada 9 orang asma Allah ini. InsyaAllah kamu akan mendapat berita baik esok. Siapa yang tidak menghiraukannya maka akan mendapat nasib yang buruk selama 6 tahun. Apakah anda tidak mahu mengorbankan 9 sen kerana asma Allah? Dalam waktu 1 jam anda akan mendapatkan REZEKI yang tiada tara jumlahnya. Jangan dipermainkan. Demi Allah ini amanah dan jangan dihapus sebelum dikirimkan 9 orang.
Hmm. Aku pernah membaca artikel yang berkaitan dengan message2, sms atau emel2 berantai seperti ini. Setakat yang aku ingat, adalah satu kesalahan kepada sesiapa yang menghantar sms seperti ini. Ini kerana kandungan msg tersebut yang menyebut tentang nasib baik atau musibah yang akan menimpa seseorang jika tidak atau meng'forward'kan msg tersebut kepada 9 orang yang lain. Jika mereka menghantar msg tersebut, seolah-olah menyetujui bahawa ada kuasa lain selain Allah yang boleh memberi kebaikan atau mudarat kepada mereka. Maka, dikhuatiri terjatuh syirik tanpa disengajakan. Kalau kamu semua hendak mengetahui lebih lanjut berkenaan perkara ini, cubalah search artikel yang aku maksudkan. Aku tak pasti di website apa aku menjumpainya.

Tetiba aku merasakan bahawa mungkin orang yang mengirimkan sms ini tidak mengetahui tentang pemasalahan ini. Kalau sebelum ini, biasanya jika aku mendapat sms atau emel seperti ini, aku akan mengabaikannya sahaja. Tetapi kali ini rasa terpanggil untuk berkongsi apa yang aku tahu dengannya. Maka, kerana rasa bertanggungjawab untuk menjelaskan hal ini kepadanya, aku pun membalas sms tersebut.
Sesungguhnya hanya ALLAH yang mampu memberi kebaikan atau musibah kepada hamba-hambanya. Segalanya tidak akan berlaku tanpa izin ALLAH, termasuk juga dengan mengirim sms tadi. Tidak salah seandainya anda ingin mengirimkan sms tadi kepada 9 orang. Tetapi buangkan ayat yang mengatakan tentang nasib buruk selama 6 tahun atau keuntungan yang diperoleh. Kerana dikhuatiri terjatuh syirik kerana percaya ada kuasa lain selain ALLAH. Sesungguhnya rezeki adalah datang hanya dari ALLAH jua. Sekian.
Selepas beberapa minit menekan butang "send", aku menerima sms lagi. Owh! Dari orang yang sama. Dia membalas "Hehehe.. x de mksd mcm 2 pn...:-)" . Fuhh! Lega. Dia boleh menerima kata-kataku dengan baik. Setelah itu, aku mula bertanya siapakah gerangannya si dia ini. laa...rupa-rupanya rakan lamaku. Dia baru sahaja menukar nombor telefon. Hee.

Aku bukanlah orang yang terlalu berilmu dalam hal-hal berkaitan agama. Jadi, jika sms yang aku balas ini ada kesilapan, mohon ditegur agar dapat diperbetulkan di kemudian hari. Sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH, yang buruk itu, datang dari diriku sendiri.

Sunday, November 21, 2010

Atomic Kitten - The Tide Is High



Aku rasa lagu ni best. Rentak dia agak menarik untuk didengari. Jadi, terasa nak letak kat blog ni. Hee. (",)v
Lirik yang aku suka adalah "I'm not a kinda girl who gives up  just like that". Yes!! I hope that's me!

Friday, November 19, 2010

Open Your Eyes

Maher Zain - Open Your Eyes

Lagu Maher Zain memang bagus. Banyak yang boleh kita fikirkan dari lirik lagu-lagunya. Salah satunya adalah lagu Open Your Eyes ini. Setelah 2 hari, aku berjaya menghasilkan video ini. Video ini biasa-biasa saja, al-maklumlah yang membuatnya pun amatur sahaja, bukan professional. Hee. Tetapi aku buat video ini salah satu sebab untuk memudahkan orang-orang diluar sana mengetahui dan memahami isi kandungan lagu ini. Mungkin lebih mudah untuk difahami, jika ada lirik yang tertulis di sini. "Enjoy Yourselves..Ok!"

Al A'raf : 54
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arsy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam. 
Al A'raf : 55
Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. 

Monday, November 15, 2010

Lelaki Menangis??


Tetapi, pada zaman sekarang ni memang susah nak jumpa lelaki seperti ini. Kerana kebanyakan daripada mereka adalah yang mempunyai ego yang tinggi. Hmm. Rasanya aku pernah jumpa lelaki seperti ini. (",)v

Sunday, November 14, 2010

Mengenali Wanita

Ya...!!! Pernahkah anda terfikir mengapa aku memilih warna putih sebagai warna latar blog aku? Tidak pernah terfikir? Tak mengapalah. Aku nak cerita juga.
Yang sebenarnya aku memang suka sangat warna PUTIH. Walaupun mungkin sesetengah orang berpendapat putih ni bukanlah cantik. Tetapi, tidak tahulah mengapa aku nampak putih ni sangat menawan. Kalau hendak membeli kereta pun, aku ingin warna putih. Tapi bukan putih susu tu ya, warna kekuningan (tak cantik la pula). AKu nak putih yang betul-betul putih tu, yang macam orang letak nila sket tu. Haha (macam baju sekolah la pula). Oleh kerana minat yang mendalam terhadap warna putih ni (chewah), aku mula 'search' apa peribadi orang-orang yang meminati warna putih. Hasilnya seperti berikut:-

Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna dan tafsiran perwatakannya.


p/s: Sebelum ni penah minat warna biru dan hijau. Adakah bermakna personaliti aku berubah-ubah??? Hmm...mungkinlah.

Saturday, November 13, 2010

Kerana Aku Wanita


Puisi ni diambil daripada 
http://komuniti.iluvislam.com/index.php?/topic/25098-kerana-aku-wanita/.
Oleh kerana aku ni konon-konon tengah rajin, aku pun 'edit' melalui Adobe Photoshop. 

Tapi puisi ini memang menceritakan tentang hakikat sebenarnya. Berdasarkan pemerhatian aku, sesetengah lelaki memang suka mengutuk atau menghina perempuan. Cara mereka berkata-kata itu, seolah-olah menunjukkan bahawa perempuan ni tidak punya hati dan perasaan. Kadang-kadang aku terfikir juga, apakah mereka itu terlalu bagus? Sampai sanggup mengatakan yang buruk terhadap orang lain. Ada juga yang aku jumpa, mereka menyatakan bahawa mereka hanya mengutuk orang jahat sahaja. What's the point here? Adakah ini bermakna bahawa mereka BAIK, so mereka berhak mengutuk orang yang JAHAT pada mata mereka. Setahu aku, kalau orang itu benar-benar orang yang baik, dia tidak akan mengutuk orang lain walaupun orang yang dikutuk itu sejahat-jahat manusia. Mereka ini mengutuk orang, tetapi tidak sedar tentang kelemahan diri sendri. Kadang-kadang kesian pula tengok. Itu belum lagi bercakap tentang politik. Lagi dahsyat..!!! Ramai yang suka mengutuk lawan yang dari parti yang berbeza. Hmm. Tetapi tidak dinafikan, mungkin sesetengah mereka berniat baik. Ingin menasihati, tetapi cara yang mereka gunakan adalah salah dan tidak sesuai. Jadi, fikir-fikirkanlah dan muhasabahlah diri.

Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok -olokkan), dan janganlah pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olakkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan), dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan (ialah) panggilan buruk sesudah iman, dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. 
[Surah Al-Hujarat : 11]

p/s: Sekadar pesanan untuk diri sendiri dan semua pembaca. Hehe. Sebelum menutup bicara ingin kukatakan di sini,

“Sesungguhnya aku ini tidak lain melainkan manusia, boleh jadi aku salah dan boleh jadi aku benar. Maka dari itu, hendaklah kamu memerhatikan pendapatku. Tiap-tiap yang sesuai dengan kitab Allah dan sunnah, kamu ambillah dia dan tiap-tiap yang tidak sesuai dengan kitab dan sunnah, kamu tinggalkanlah dia.”

Friday, November 12, 2010

Perang Dingin

"Excuse me boss, you have a text massage"

Aku tersentak. 'Aiyak! Siapa pula yang hantar msg kt aku malam-malam ni'. (sambil dup dap dup dap dihati)

Aku mula mencapai handset Sony Erricson ku.
 'Aduh! Memang dialah yang hantar. Apa pula agaknya mak cik ni nak'

Aku pun mula membuka msg tersebut.
'pehh...aku memang dah agak dah. Dia mesti nak cari pasal dengan aku. Aduhai, memang tak boleh tengok orang senang sikit' ==> Hati aku dah mula mengomel.

Oleh kerana dia yang memulakan, aku apalagik mestilah menyahut cabaran! Haha
Akhirnya perang dingin telah meletus. Dush3...!!!
Berpuluh-puluh sms dihantar. Masing-masing mencari point untuk menang.

DAN....!!!!
Akhirnya tiada siapa yang menang atau kalah. Sebab kami telah tertidur dengan handset ditangan.

Tapi tidak mengapa. Yang penting puas hati dapat melepaskan geram. KAHKAHKAH. Padan muka kau. Cari pasal dengan aku lagi.

Saturday, November 6, 2010

Terbaik Buat Kita (",)v

~diambil dari fb~

Inilah yang terbaik untuk kita semua sebenarnya. Jatuh cinta itu biasanya akan terjadi kepada setiap insan. Maka cara terbaik untuk kita jika masih belum berkemampuan adalah menyimpan perasaan ini. (",)v

Tuesday, November 2, 2010

Time Xde Keje

Semalam
aku adalah anak kecil
yang tidak pernah mempunyai masalah
bermain-main di padang golf
di kolam lumpur mencari bola
dan di lopak2 menangkap *ikan* (berudu)

Semalam
aku diajar untuk berdikari
segalanya harus kulakukan sendiri
kekelas malam juga berbasikal sendirian
susah senang aku cuba lalui
tanpa mengharap bantuan sesiapa

Hari ini
aku telah dewasa
menjadi wanita yang tidak berani meminta
walaupon susah, aku lalui sendiri
segala masalah cuba ku selesaikan sendiri
tanpa meminta pertolongan yang lain

Hari ini
aku adalah aku
yang sentisa berusaha
agar aku tidak menyusahkan orang lain
dan tidak meminta pada yang lain
malah...aku berharap
suatu hari nanti
aku mampu memberi

Monday, November 1, 2010

Putaran Roda...Ingatlah!

Dunia ini ibarat roda. Kadang-kadang kita berada di atas. Kadang-kadang kita di bawah. Semasa kita dalam kesusahan atau berada bi bawah putaran roda, hadapilah dengan tabah dan sabar. Jangan kita terlalu mengikut emosi dan perasaan kita sehingga kita tidak mampu berfikir secara rasional. Memang saya tidak nafikan bukan mudah untuk melakukannya, tetapi ia tidaklah mutahil. Seperti juga orang yang sedang marah boleh melakukan apa sahaja tanpa dia sedari. Kerana ketika marah itulah syaitan mudah menghasut kita. Janganlah kita mengeluarkan kata-kata yang tidak enak dan buruk, kerana kemarahan kita itu. Fikir-fikirkanlah apa akibat yang bakal terjadi dikemudian hari. Mungkin sekarang kita memburuk-burukkan orang lain, tidak mustahil suatu hari nanti kita akan mengalaminya pula. Pada masa itu baru kita tahu bagaimana perasaan orang itu.



Aku berasa kurang senang melihat situasi-situasi seperti ini. Tanpa pemikiran yang rasional inilah akan mula timbul umpat-mengumpat, kutuk-mengutuk, pergaduhan dan pelbagai lagi. Tindakan mereka seperti orang-orang yang tidak punya akal fikiran yang bijak. Seperti orang yang bertindak kerana terdorong oleh hati, tanpa berfikir dan dahulukan iman. Mungkin agar kasar untuk ku katakan mereka kelihatan seperti orang bodoh. Semasa aku di Universiti, susah untuk aku melihat situasi seperti ini. Tetapi sekarang, begitu mudah sekali. Pendapat peribadiku menyatakan orang-orang bijak pandai selalunya lebih baik dalam kelakuan dan tindakan mereka. 

Aku bukanlah orang yang terlalu baik. Tetapi aku benar-benar ingin keluar dari masalah-masalah kecil dan remeh seperti ini. Aku berasa sangat rimas sekali! Wahai sahabat-sahabatku, aku sayangkan kalian. Janganlah kamu menjebakkan diri dalan perkara seperti ini. Bukan sahaja orang yang bercerita akan mendapat balasannya, malah yang terpaksa menadah telinga pun mendapat habuannya. Ini adalah salah satu penyebab mengapa ramai wanita di neraka. Nauzubillahiminzalik!

p/s: Terasa sangat sesak dadaku. Huhu. Nasihat untuk diriku dan kaum Hawa terutamanya.

Wednesday, October 27, 2010

Boling..??

Ada apa dengan boling? Apa yang istimewanya tentang boling ni? Kalau main habis lenguh2 tangan dibuatnyer. Setakat main dua game bolehlah. Lebih dari tu, memang lembik tangan ni. Tapi kenapa nak cerita pasal boling? Bola dia cantik ke?(ada aku kesah?).Kasut dia licin? pin dia ramping? atau tempatnya berkilat? Alah..Apa2 aja lah. Yang penting aku memang tak teror main boling. main 2 game, 1 kali je strike. Yang masuk longkang memang tak dapat nak kira lah. Tapi....ada apa dengan boling??

Sabda Rasullullah yang bermaksud:
"Kasihkan kesayanganmu berpada-pada kerana boleh jadi satu hari nanti dia menjadi orang kebencianmu dan bencikan musuhmu berpada-pada kerana boleh jadi satu hari nanti dia mungkin menjadi orang kesayanganmu."
( Diriwayat oleh Tarmizi )

Saturday, October 23, 2010

Manusia Akhir Zaman

Aku terbaca status di facebook seorang sahabatku semenjak kecil, merangkap jiranku iaitu anak uncle adnan dan auntie ani. Dia sekarang belajar di Turki dalam bidang agama (xpasti course ape, tp kalau tak silap dia merupakan salah seorang al-Hafiz Malaysia yang terpilih untuk menyambung pelajaran di sana). Dalam statusnya berkata:-
"Berita pg nie kt tv: p'gaduhan d'universiti y m'libatkn pelajar2 smpai polis dtg coz nk tenangkn keadaan..punce die dieorg x puas hati sbb kerajaan dah "m'benarkn pemakaian tudung" di "U"...pelik2 org skrg..(n.n)~~"
Perkara sebegini memang tidak pelik berlaku terutamanya di dunia akhir zaman ni. Ada ke patot mereka marah kerana kerajaan membenarkan muslimah bertudung di Universiti? Apa masalah mereka sebenarnya ni?? Kalau kamu tidak mahu bertudung, janganlah menghalang orang lain pula bertudung. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah memang membuktikan bahawa mereka tidak senang melihat kaum muslimin dan muslimat mengikut ajaran Islam. Pasahal dulunya Turki merupakan salah satu negara Islam terhebat didunia dengan kerajaan yang kuat Turki Uthmaniyyah. Benarlah kata-kata seorang guruku dulu, "Kuasa besar ni, kalau dah jatuh, memang susah nak dibangunkan semula".


ÙˆَÙ„َÙ† تَرْضَÙ‰ عَنكَ الْÙŠَÙ‡ُودُ Ùˆَلاَ النَّصَارَÙ‰ Ø­َتَّÙ‰ تَتَّبِعَ Ù…ِÙ„َّتَÙ‡ُÙ…ْ Ù‚ُÙ„ْ Ø¥ِÙ†َّ Ù‡ُدَÙ‰ اللّÙ‡ِ Ù‡ُÙˆَ الْÙ‡ُدَÙ‰ ÙˆَÙ„َئِÙ†ِ اتَّبَعْتَ Ø£َÙ‡ْÙˆَاءهُÙ… بَعْدَ الَّØ°ِÙŠ جَاءكَ Ù…ِÙ†َ الْعِÙ„ْÙ…ِ Ù…َا Ù„َÙƒَ Ù…ِÙ†َ اللّÙ‡ِ Ù…ِÙ† ÙˆَÙ„ِÙŠٍّ Ùˆَلاَ Ù†َصِيرٍ
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.

Friday, October 22, 2010

Bacalah Agar Kamu Tidak Menyesal Nanti

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Aku adalah seorang wanita yang dilahirkan indah seperti wanita-wanita lain. Tetapi yang kucari bukanlah keindahan biasa. Yang kucari adalah untuk menjadi perhiasan terindah yang mana didunia bidadari mencumburuinya dan diakhirat bidadari sanggup menjadi khadamnya. Maka jika kamu melihatku buruk, janganlah kamu menghina aku.  
” Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.”
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Aku jua dilahirkan dengan serba kekurangan. Dengan 1 akal dan 9 nafsu. Akanku gunakan sebaiknya akal yang ku ada, dan menjaga dan mengawal nafsuku. Maka jika kamu melihat kekurangan dan kebodohanku, janganlah kamu mengutukku.
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Aku diciptakan dari rusuk kamu. Seperti mana Hawa diciptakan dari rusuk Adam. Bukan dari kakimu untuk kamu menindasku, bukan juga dari kepala untuk kamu memujaku. Aku tak inginkan kamu memujaku  TETAPI yang ku inginkan perlindungan darimu dan cinta dan kasih sayangmu yang penuh KEIKHLASAN.
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
 

Aku benar-benar serba kekurangan. Mungkin juga aku tiada kelebihan langsung, tetapi janganlah kamu menghina ku kerana kekuranganku. Bantulah aku dan didiklah aku agar aku berjaya memperoleh kelebihan
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
TETAPI sayangku...aku meminta kamu mendidikku dengan iman, ilmu dan taqwa kepada Allah. Bukan dengan hartamu atau pemujaanmu yang melampaui batas.
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan 
Sayangku aku memang dilahirkan lembut. Aku memang tidak mampu melawan perkataanmu yang bisa mengguris hatiku. Aku hanya mampu berdiam diri dan mendengarkan penghinaan dan sindiran gelak tawa darimu. Air mataku mungkin akan menitis jika kamu mengeluarkan kata-kata yang mengguris hatiku, TETAPI aku benar-benar tak bisa melawanmu. Kerana rasa kasihku padamu membuatkan mulutku terkunci dan lidahku kelu dari berkata-kata. Hanya mataku sahaja yang bisa menjawab segala tohmahan darimu.

Maka Sayangku. Aku pinta padamu. Jika kamu hadir dalam hidupku nanti, janganlah kamu menghinaku kerana kekuranganku..janganlah kamu mengutukku kerana kebodohanku  DAN janganlah kamu menyesal kerana memilikiku TETAPI bimbinglah aku. KERANA AKU ADALAH WANITA BIASA YANG SERBA KEKURANGAN yang mungkin tidak seperti yang kamu inginkan.

p/s: Coretan ikhlas untuk Bakal Suamiku yang aku sendiri tidak tahu siapa. Bacalah coretanku ini sebelum kamu memilihku, agar kamu tidak menyesal dikemudian hari mendapatkan diriku yang serba kekurangan.

Kek Coklat Topping Wif Cheese

 
 Ehem2...Tapi cheese tu bakar xsekata. Ada yang macam hangus sikit.
 
Yey..!!
Akhirnya berjaya juga aku buat kek ni.
Aku memang suka sangat cheese, tu yang nak letak cheese tu.
Ni 1st trial. Lepas ni nak cuba yang lain pula.

Tuesday, October 12, 2010

"Kacang Penyebab Jerawat" -- Fakta atau Auta?

"Kacang tanah (Arachis hypogaea L.) dimanfaatkan bijinya sebagai bahan makanan. Kacang tanah sering dianggap sebagai penyebab jerawat karena kandungan lemaknya yang tinggi. Namun penelitian justru menyatakan sebaliknya, kacang tanah bukan pemicu jerawat".

Banyak aku jumpa statement macam ni dari internet, surat khabar atau majalah. Tetapi aku tetap tak percaya dengan kata-kata mereka. Kenapa? Sebab benda ni terjadi sendiri pada aku. Aku memang tak boleh makan kacang tanah. Walaupun hanya sebiji, pasti akan hadir jerawat bukan hanya sebiji tetapi berbiji-biji. Pernah dulu kawan aku tanya, "Kenapa tak makan kacang tu?". Aku akan menjawab "Tak boleh, allergic. Nanti kena jerawat". Then dia jawab "Alah, jangan percayalah. Tu semua mitos je". Baiklah. Biar aku terangkan di sini.
Semasa aku mengambil kursus Bioteknologi Tumbuhan dulu, aku banyak belajar tentang tumbuhan. Salah seorang pensyarah yang mengajar aku adalah seorang Prof Madya lulusan luar negara. Aku tak ingat dari universiti mana, tapi yang pasti dari UK. Dr ni sendriri cakap, kalau ada sesiapa yang makan kacang dan tumbuh jerawat, bermakna dia ada allergic terhadap sejenis protein dalam kacang ni. Dr ader sebut nama protein tu, tetapi aku tak dapat nak ingatkan kembali nama protein tersebut. 

Jadi, bila kawan aku berkata seperti itu, seolah-olah aku mempercayai mitos, aku jadi geram. Sedangkan seorang Prof Madya pun mengakuinya, kenapa dia nak tunjuk macam dia tahu sangat? Padahal dia dulu pun bukan pelajar jurusan Sains. (ish2..dah jadi sesi melepas geramla plak). Ok la. Setakat di sini sahajalah. Cuma pesanan aku, kalau anda berdepan dengan situasi seperti ini, fikirkan dahulu sebenar-benarnya. Jangan bercakap tanpa berfikir panjang. Kerana ilmu Allah itu luas, kita memang tak mampu untuk mengetahui segalanya (nasihat untuk diri sendiri).


Monday, October 11, 2010

Ibarat Ratu Balqis???

...............Engkaulah ratu di mahligai permata
Istana bayangan syurga..................

 Setiap pagi aku akan dikejutkan dengan lagu ni. Terasa diriku ini seperti ratu balqis yang bersemayam di mahligai yang sungguh indah. Hehe. Selalunya sampai baris lagu ni saja aku dah bangun, paling tidak pon off alarm tu. Maknanya lirik seterusnya tidak menggambarkan akulah (perasan!)

Mampukah aku menjadi wanita solehah dan seterusnya 
menjadi bidadari syurga untuk suamiku nanti?

Tapi aku memang suka lagu-lagu nasyid yang berunsurkan kewanitaan seperti sumayyah, balqis, sesuci maryam, ratu syahadah, dilema, aisya humaira dan macam-macam lagi. Tetapi yang paling best by dehearty - wanita. Kadang-kadang bila dengar lagu-lagu ni, mulalah aku berangan nak jadi macam srikandi-srikandi Islam ni yang sangat mengkagumkan. Aku memang tak mampu menjadi seperti mereka kerana aku terlalu lemah. 

Kalau mendengar lagu Ainul Mardiah pula, aku mesti rasa nak nangis. Sebab rasa cemburu sangat kerana dia begitu istimewa kerana dapat menjadi ketua bidadari syurga yang cantik rupawan dan baik.

"dan ada bidadari yang bermata indah, laksana mutiara yang tersimpan baik. (Surah Al-Waqi'ah (22-23)"

Sunday, October 10, 2010

Maher Zain - InshaAllah


Maher Zain: InshaAllah

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost -- That your so alone
All you is see is night -- And darkness all around
You feel so helpless -- You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah 2x
Insya Allah you`ll find your way


Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent -- And that its way too late
Your`re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
 

Insya Allah 2x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah 2x
Insya Allah you`ll find your way
Turn to Allah -- He`s never far away
Put your trust in Him -- Raise your hands and pray
 

OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah 2x
Insya Allah we`ll find the way


A marvellous song with awesome lyrics. As an ordinary people, sometimes we will facing difficulties and hardness in our life. Therefore on each and every time always thinking of Allah. Because Allah will always give the best for us. If not now, maybe later Allah will give better. I believe on that because it does happen in my life.

Thursday, October 7, 2010

Solat Itu Tiang Agama

Aku pelik! Kadang-kadang aku jumpa orang-orang yang dengan sengaja meninggalkan solat fardhu. Pergi keluar berjalan-jalan atau 'shopping', 'then' bila masuk waktu solat saja buat-buat tak tahu. Sampailah abis waktu. Ada juga yang sebab bekerja sanggup ketepikan solat. Bila ditanya mereka menjawab "Ala..balik nanti kan boleh qada'". Macammana kalau xsempat balik rumah, meninggal ditengah jalan? Solat yang tidak sempat qada' tu siapa nak tanggung?

Kalau perempuan tu, mungkin ada yang tidak boleh sembahyang. So, aku paham. Tapi ada yang lelaki. Kalau solat pun senang-senang ditinggalkan (tidak menjaga hubungan dengan Allah) apatah lagi menjaga hubungan dengan manusia. Yakin ke kita yang dia boleh membimbing kita kalau kita memilih orang-orang yang selalu tinggal solat ni?  Hendak minta dia menjadi imam pada setiap solat fardhu pula macammana? Terdetik juga dalam hatiku, "Mereka semua ni tidak rasa takut ke kalo tinggal sembahyang? Tak rasa takot ke dengan azab Allah?"
Hasan al-Bashri mengatakan,
“Nikahkanlah dengan laki-laki yang takut kepada Allah, karena jika dia mencintainya dia akan memuliakannya dan jika dia memebencinya dia tidak akan menzaliminya. [Khabar Hasan, HR Ibnu Abi Dunya]
Jadi, aku nasihatkan kepada kaum hawa, jika ingin mencari pasangan, pandanglah agamanya terlebih dahulu. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan. Jika baik hubungannya dengan Allah, InsyaAllah baiklah hubungannya dengan kita nanti.
 

Wednesday, October 6, 2010

MD2 Oh MD2

Aiyarkkk....Penat sungguh rasa hari ni. Terasa lengoh-lengoh badan ni. Ni tak lain tak bukan ni MD2 punya pasal lah ni. Ops! buat pengetahuan kamu semua, MD2 tu adalah sejenis nenas yang kalau di Malaysia ada di company aku praktikal ni sahaja.

 MD2

Memang penat betul kalau asyik mengadap anak-anak pokok nenas ni. Pukul 9.30 pagi sudah mula kultur sampai petang. Sebelum ini tak terasa sangat sakit badan sebab kultur Cavendish, iaitu sejenis pokok pisang. Cavendish ini senang sikit hendak kultur. Boleh relax2 sikit. hehe

 Cavendish

Tapi yang bagusnya macam-macam benda baru aku belajar kat sini. Penat pun tak kisahla. 
p/s: menghitung hari-hari terakhir aku berada di sini. Will really miss you all, warga lab Asma Agro di UTM-MTDC. Tapi, lepas ini aku tetap tinggal di Skudai ni (",)v.