Sunday, January 30, 2011

Berharaplah Hanya Pada Allah


Semasa mencari gambar berlian ni, aku terbaca cerpen tentang berlian [http://lck-rahmad.blog.friendster.com/2007/09/makna-cinta/]. Dan diakhir kisah, terselit kata-kata yang begitu menarik hatiku. Aku ambil ayat ini. Moga aku tidak akan berharap apapun selain bahagianku. Amin
“Ya Allah, semakin aku berharap kau semakin menjauhkannya, namun ketika aku menerima apa adanya karunia-Mu malah kau tambah nikmat-Mu. Alhamdulillah, sejak saat ini tolong ingatkan aku agar tak berharap pada siapapun selain diri-Mu dan tak mengharapkan apapun selain bagian ku. Amin.”

Thursday, January 27, 2011

Tak Larat Nak Buka Mata


Tuesday, January 11, 2011

Engkaulah ratu dimahligai permata~

Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengalah namun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Tak dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpinlah diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu

p/s: Amin. Mudah-mudahan. Huhu

Saturday, January 1, 2011

Ah..!! Apa ya yang mereka lihat sebenarnya??

Hana merenung wajahnya ke cermin.
"Cantik sangat ke muka aku ni? Rasanya biasa-biasa sahaja". Hatinya berbisik sendirian.

 ---------------------------------------------------------------

Hana sebenarnya merasa pelik sekali. Soalnya pagi tadi semasa dia ke pasar tani, dia telah singgah di sebuah gerai menjual keropok lekor.

Penjual A : Ya, nak apa dik?
Hana : Nak keropok ni seringgit.

Penjual A itu segera memasukkan keropok lekor itu ke dalam plastik. Tetapi tiba-tiba Hana terkejut kerana terlalu banyak keropok lekor yang dimasukkan ke dalam plastik tersebut. "Aku mintak seringgit je rasanya. Dia salah dengar ke?", hatinya berbisik.
Tiba-tiba penjual A itu baru tersedar dan terus berkata "eh, awak minta seringgit je kan?". Hana mengangguk. Penjual itu mengeluarkan semula beberapa keropok lekor yg telah dimasukkan ke dalam plastik itu. Pada masa yang sama, rakan penjual iaitu B datang .

Penjual A : Aku tak bolehlah tengok awek tu. 
Penjual B :  Biasalah

Sebelum Hana beredar, Penjual A sempat berpesan, "Senyumlah sikit".

Setelah selesai urusan jual beli, Hana pun berlalu. Tetapi dia masih memikirkan hal itu. Keropok lekor yang didapatinya juga berlebihan berbanding yang sepatutnya. Namun begitu, hati Hana sedikit berbunga kerana disuruh senyum tadi.

---------------------------------------------------------------

Hana masih merenung wajahnya di cermin sambil bermonolog sendirian.
"Cantik sangat ke aku? Nak kata aku pakai baju seksi atau ketat, tidak pula. Aku pakai baju kurung sahaja tadi. Tudung pun melepasi dada. Muka aku tadi pun tiada secalit pun bahan-bahan kimia. Hanya bedak baby jonson yang menempel muka aku. ke...ada sesuatu yang dia nampak diwajahku? Suatu kejahatan? atau kebaikan?".

Hana teringat kembali....

Dulu pernah juga berlaku sesuatu seperti ini. Di mana seorang lelaki seakan-akan terpegun melihatnya. Lama lelaki itu melihatnya tanpa berkelip. Pada masa itu, Hana menjadi sedikit gementar dan merasa geram dengan lelaki itu yang asyik memandangnya. Dan semenjak itu, lelaki itu seolah-olah sentiasa memandang Hana secara curi-curi.
Pernah juga situasi yang hampir serupa berlaku semasa dia dibangku sekolah dahulu. Tetapi bezanya kali ini adalah perempuan. memang tidak dinafikan mereka memuji kecantikan Hana. 

"Apa agaknya yang mereka nampak pada aku sebenarnya? Aku bukanlah memakai pakaian seksi dan ketat yang boleh menarik perhatian lelaki. Warna baju juga agak lusuh dan biasa sahaja. Wajahku juga seperti biasa sahaja. Aku rasa, aku bukanlah tergolong dalam golongan wanita-wanita yang terlalu cantik.Tetapi apa ya? Mungkinkah ada sesuatu yang aku tidak tahu hadir pada diriku? Yang mana aku tidak melihatnya, tetapi hanya mereka sahaja dapat melihatnya? Aku harap perkara yang hadir itu adalah suatu kebaikan".