Showing posts with label Realiti Hidup. Show all posts
Showing posts with label Realiti Hidup. Show all posts

Monday, January 19, 2015

Comin' Back..!!

Setelah hampir setahun.......
Dah lama teringin nak menaip, tapi masa tak mengizinkan.
Tapi bukan sebab sibuk kerja sangat, sebab main game. Uhuhu (Banyak benda lagha je buat).
Alhamdulillah, harini kerja shif petang, pagi ni sempat la menaip.

Pernah tak kita melihat sekeliling kita.
Melihat orang2 sekeliling kita.
Kadang2 secara tak langsung kita akan membandingkan dengan diri kita.
'Kadang2 orang kata, tak elok membanding2 kan diri dengan orang lain'
'Tapi aku lebih suka melihat dari sudut yang positif'

Gara2 menonton AJL29 malam tadi (uhuhu...lagha lagi)
Hatiku mula tersentuh dan akalku mula berfikir.
Persembahan Caliph Baskers.
Mereka mempunyai kekurangan.
Tapi aku? Boleh melihat.
Aku dapat nikmat Allah yang satu ni.
Tapi mereka tak dapat di dunia ni.


Uuhuuu...
Pesan lah pada diri kita sendiri.
Untuk menjadi HAMBA2 yang bersyukur.
Terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita.
Terlalu banyak.......
Kadang2 nikmat tu, Allah beri pada kita, tapi orang lain tak.
Hari2 pesan pada diri..
JADILAH HAMBA YANG BERSYUKUR

MAKA NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?

Thursday, March 20, 2014

Temuduga PSains

Alhamdulillah, aku telah melepasi satu lagi temuduga SPA. Jawatan Pegawai Sains Genetik C41.
Temuduga ni pada pendapat aku, memang sangat mencabar. Banyak perkara yang perlu aku ulangkaji semula. Semua silibus semasa di universiti perlu di ingati dan difahami.

Untuk aku yang telah hampir 4 tahun meninggalkan dunia sarjanamuda, agak sukar untuk mengimbas kembali asas-asas teknik dan teori GENETIK. Tetapi, Alhamdulillah kerana aku telah mula bekerja sebagai Pegawai Sains Genetik (sambilan) selama hampir 4 bulan. Jadi banyak juga perkara yang sudah mula aku pelajari tentang tugas-tugas pegawai sains genetik ini.

Jadi, apabila panggilan temuduga untuk jawatan tetap dikeluarkan, dan aku merupakan salah seorang calon yang terpilih, aku mula mengulangkaji. Berikut adalah proses temuduga yang berjalan :-


Datuk : Kami cuma nak cari seorang sahaja calon ya.

Me : .... *Hanya mengangguk sambil tersenyum*

Datuk : Baiklah, cuba terangkan tentang integriti.

Me : Integriti merupakan satu budaya kerja yang penuh kejujuran, ketelusan, kesempurnaan dan utuh. Ini termasuklah dengan menjauhkan diri dari rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penipuan. Kalau Datuk lihat dalam resume saya, di ruangan objektif, saya ada menulis tentang membina suasana kerja yang penuh tanggungjawab, kepercayaan dan berpandukan kepada Allah. Kerana saya percaya bahawa apa sahaja yang dilakukan dengan mengikut apa yang ditetapkan oleh Allah, secara tak langsung telah masuk dalam integriti. Integriti itu sendiri termasuk di bawah panduan yang ditetapkan Allah.

Datuk : What is the importance of genetics in biological sciences?

Me : I would like to divide the importance of genetics in five which are plant, animal, bacteria and medical genetics. In plant ..... like what MARDI and MPOB do.....animal....increase milk and meat production in cow.....bacteria.....usually used in reseach for cloning and vaksin production. Last but not least is in medical genetics where we can do chromosome analysis for patient that suspected or diagnosed to have any chromosomal abnormalities such as Patau syndrome, Edwards syndrome, Down syndrome, translocation and so on. Besides that, genetics is important in cancer diagnosis and patient management.

Datuk : Wahhhh....ni la jawapan yang paling panjang setakat ni.

Me : (senyum je).

Datuk : Apa kelemahan awak?

Me : (Aku mula blur. Lama aku senyap sebab tengah cari kelemahan)

Datuk : Ada kelemahan tak? Kalau tiada, cakap je takda. Senang cerita.


Me : Ada kelemahan. Mestilah ada. Tapi, saya susah nak cakap. (Selepas Datuk bagi2 hint, aku terus teringat, kelemahan aku yang aku sangat susah nak menghafal dan mengingati sesuatu. Aku perlu memahami sendiri dan menerangkan semula mengikut pemahaman sendiri).

Then....Dr (panel kedua) pula bertanya soalan kepadaku. Oleh kerana Dr tahu aku telah bekerja di makmal genetik, jadi, banyak soalan tentang prosedur2 dan method dalam analisis kromosome. Dr juga minta aku terangkan tentang Edwards syndrome. Agak tergagap jugalah aku jawab. Al-maklumlah, dah lama sangat aku tak speaking. Dulu kat UTM selalu gakla speaking sebab selalu gaduh dengan budak Iran. Huahuahuahaaa. Soalan2 Dr memang semuanya dalam BI, dan secara automatiknya aku menjawab dalam BI juga.

Sebelum abis sesi temuduga, Datuk bertanya...

Datuk : Awak ada apa-apa soalan.

Me : Ada. Saya nak bertanya, pada awal sesi ini, Datuk ada mengatakan bahawa Datuk hanya mencari seorang sahaja. Tetapi, berdasarkan apa yang saya lihat di laman web SPA, di ruangan Statistik Pengambilan. Di situ ada menyatakan bahawa, jumlah yang dipanggil temuduga adalah 183 orang, dan jumlah kekosongan 4. Jadi saya berasa musykil bila Datuk cakap hanya mencari seorang sahaja.

Datuk : Seorang tu, dari saya. 2 lagi untuk panel lagi seorang dan seorang lagi kita dah dapat. Ada lagi soalan?

Me : Ada. Saya nak tahu di mana penempatan untuk 4 kekosongan ini?

Datuk : Dr lebih arif tentang ni. (So, Dr pun mula terangkan tentang penempatan).

Datuk : Awak ada lagi soalan?

Me : Ada. Tapi untuk soalan ni, kalau Datuk tak nak jawab pun takpe la.

Datuk : Eh, kami akan jawab. Awak tanya apa pun, kami akan cuba jawab. Tanya saja.

Me : Kalau boleh, saya nak tahu potensi saya dalam temuduga ini. Adakah baik atau tidak?

Datuk : Temuduga ni ada lagi sampai yang terakhir di Kedah nanti. Jadi kita kena tunggu semua dululah baru tahu. Mungkin semua orang yang datang temuduga ni berpotensi, mungkin juga semuanya tiada potensi. Awak kontrak kan sekarang? Kalau kontrak takda elaun suma kan? (Aku angguk je). Kontrak tamat bila? (Aku jawabla 1 April). Kalau awak dapat jawatan ni, awak dah tak perlu sambung kontrak. Kalau jawatan tu masih perlu diisi, boleh cari orang lain untuk ganti.
(**Dalam hati aku pk, Datuk ni kasi hint ke, nak bagitau yang aku akan dapat jawatan ni? Sebab dia tak sebut pula kalau aku tak dapat, dia sebut kalau aku dapat je..uhhuu. Tapi takut pula nak rasa camtu. Takut kecewa.)
Awak ada lagi soalan?

Me : Aku senyum je dan jawab tiada. (Dalam hati, banyak pula soalan aku tanya Datuk ni).

Then, tamatla sesi temuduga. 20 minit aku berada dalam bilik temuduga tu.

Selepas sebulan menunggu result, akhirnya aku mendapat berita gembira. Aku berjaya temuduga tersebut. Alhamdulillah.

Tuesday, March 18, 2014

Perancangan terbaik

Assalamualaikum.
Hari ini aku merasakan ingin berkongsi serba sedikit tentang perjalanan hidupku yang aku rasakan telah dirancang dengan sebaik-baik perancangan oleh Yang Maha Pencipta.


Matrikulasi :
Aku diberikan kursus Sains Fizikal, tetapi aku inginkan Sains Hayat. Aku berada dalam dilema, kerana khuatir tidak mampu untuk membawa jurusan Sains Hayat. Kerana sangat tiada jawapan, dan takut akan membuat keputusan yang salah, aku telah meminta pendapat ibubapaku dan berdoa dengan penuh pengharapan pada Allah s.w.t, agar aku mampu membuat keputusan yang terbaik untuk masa depanku. 
Alhamdulillah, akhirnya aku tetap hati untuk menukar ke jurusan Sains Hayat. 
INSYAALLAH, INI YANG DITETAPKAN ALLAH.

Kemudian, aku perlu lakukan permohonan ke universiti, selepas tamat matrikulasi. Kawan-kawan ku merancang beramai-ramai untuk memilih kursus apa. Tetapi tiada seorang pun yang memohon kursus sama sepertiku. Oleh kerana aku meminati bidang bioteknologi dan genetik, aku tetap memilih kursus ini, walaupun bersendirian.Alhamdulillah, keputusan keluar, aku tak dapat pilihan pertamaku, iaitu Bioteknologi (UKM) tetapi aku ditawarkan pilihan keduaku, kursus Genetik (UKM). 
INSYAALLAH, INI YANG DITETAPKAN ALLAH.


Universiti UKM :
Alhamdulillah, aku berjaya memasuki UKM (salah satu universiti impianku) dan mendapat kursus yang aku minati. Tetapi agak sedih kerana, ramai yang mengatakan "kos apa tu? Nanti nak keje apa? Ada keje ke?", sambil tersengih. Uhuhuuu. Dalam hatiku, "Takpela, diorang tak tahu". Jadi, kebiasaannya bila orang tanya aku belajar kos apa, aku akan jawab bioteknologi atau biologi. Alhamdulillah, selepas 3 tahun, aku bergraduasi. Seriously, belajar di UKM memang best dan banyak pengalaman hidup aku dapat.
INSYAALLAH, INI YANG DITETAPKAN ALLAH.

Selepas Graduasi UKM :
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, aku tetap juga tidak ditawarkan sebarang pekerjaan. Akhirnya aku membuat keputusan untuk menyertai GEMS, diikuti BEST. Disebabkan aku menyertai GEMS, banyak perkara aku belajar. Bagus untuk aku yang kurang berkeyakinan untuk berbahasa Inggeris, kurang tahu tentang profesionalism, public speaking dan segala yang berkaitan alam pekerjaan. Alhamdulillah. Barulah aku tahu, kenapa Allah tetapkan aku masuk GEMS dulu dan bukan bekerja. Sebab Allah tahu, aku masih perlu asah soft skills ku yang diperlukan dalam alam pekerjaan. Kalaulah aku dapat kerja mesti aku tak menyertai GEMS.

Selepas GEMS, aku ditawarkan pula BEST. BEST lebih sesuai untukku kerana ia berkaitan bioteknologi. Jadi aku ambil juga. Alhamdulillah, disebabkan aku menyertai BEST aku mengenali pensyarah di UTM. Rupanya Allah nak beri jalan kepadaku untuk menyambung Master by Research. Memang telah ditentukan. Aku pernah berkata, kalau buat master, aku nak buat tentang tumbuhan, dan bidang biologi molekul. Alhamdulillah, memang sebijik Allah bagi. Mudah pula tu jalannya. Barulah aku nampak hikmahnya aku tak mendapat pekerjaan selepas graduasi. Rupanya Allah nak suruh aku sambung Master. Jalannya dibuka melalui GEMS --> BEST. GEMS untuk kompetensi dan soft skills, BEST pula untuk jalan mudah membuat Master.
INSYAALLAH, INI YANG DITETAPKAN ALLAH.



Universiti UTM :
Ohhoooo....seriously. Berada di UTM ibarat satu perjalanan yang sangat sukar untukku, sejak dari hari pertama mendaftar sehinggalah pertengahan tahun 2013. Macam-macam jenis dugaan aku dapat. Adooiiilaaa..Air mata mengalir berapa banyak kali pun tak dapatla aku nak kira. Rumetku lah orang yang banyak lihat keserabutan wajah dan kepalaku. Uhhuuu. Tapi Alhamdulillah, walaupun memang berat sangat nak dihadapi, aku banyak sangat belajar dan mendapat kematangan hidup. Alhamdulillah. Rupa-rupanya Allah nak ajar aku supaya menjadi lebih kuat dan tegar. Sama ada dari segi tugas / penyelidikan atau dari segi hati dan perasaan. 
Alhamdulillah akhirnya aku berjaya juga menyiapkan master ku dan layak untuk graduasi. Seriously, disebabkan terlalu banyak kelelahan dan kelukaan yang dialami di UTM, aku membuat keputusan untuk keluar dari UTM dan tiada apa-apa lagi perkaitan dengan UTM selepas graduasi. Walaupun banyak tawaran untuk aku kekal di UTM, namun semuanya aku tolak. 
INSYAALLAH, INI YANG DITETAPKAN ALLAH.

Kerja Sambilan / Kontrak :
Selepas aku menghantar  tesis pembetulan, aku mendapat sms tawaran kerja di KL oleh seorang rakan. Selepas membuat perbincangan dan doa/istikharah, aku membuat keputusan untuk pergi interview tersebut. Alhamdulillah berjaya. Rupanya Allah dah tetapkan rezeki kerjaku. bukan selepas degree, tetapi selepas master. Memang betul-betul hari yang aku hantar tesis, aku ditawarkan kerja.
INSYAALLAH, INI YANG DITETAPKAN ALLAH.

Kerja Tetap : 
Walaupun kerja sambilan ni gaji dia ikut hari, dan tiada elaun, tapi aku selesa dengan kerja ni. Aku tak kisah pasal gaji. Tetapi rupanya Allah dah tentukan yang lebih baik. Jawatan sambilan ni untuk memudahkan aku mendapatkan jawatan tetap. Selepas 4 bulan bekerja kontrak, aku dipanggil temuduga SPA. Jawatan yang ditawarkan sama dengan jawatan kontrak sekarang. Cumanya kali ini jawatan tetap. Akhirnya, aku bersyukur sangat-sangat aku berjaya mendapatkan jawatan tetap tersebut.   
INSYAALLAH, INI YANG DITETAPKAN ALLAH.


Aku bersyukur sangat pada Allah. Dulu, semasa di UKM, ada seorang kawan pernah bertanya kepadaku, "Nanti ko nak keje yang macammana?". Aku jawab, "Aku nak kerja kerajaan je. Aku suka". Aku tak sangka, Allah makbulkan keinginanku ini. Memang tak dinafikan, aku tak pernah kerja lain, selain dalam kerajaan. Sambilan ini pon kerja di hospital kerajaan.

Oh! mungkin bukan doa aku yang dimakbulkan, tetapi doa orang-orang lain terutamanya ibu dan abah yang telah mendoakanku dengan hati yang bersih dan ikhlas. Terima kasih semua yang telah mendoakan kejayaan ku. Inilah perancangan Allah. Aku gembira dengan perjalanan hidupku. Turun naiknya kehidupanku menjadikannya penuh hikmah dan warna-warni. Menjadikanku lebih matang. Alhamdulillah. 
Rupanya Allah tak pernah memberikan aku pekerjaan selepas degree kerana ingin aku mendapatkan master dan terus memasuki perkhidmatan awam. Syukur.
INSYAALLAH, INI YANG DITETAPKAN ALLAH.

Alhamdulillah, aku dah tahu. Masa matrik Allah tetapkan hatiku  untuk amik sains hayat, seterusnya genetik di ukm. Rupanya Allah dah tentukan aku untuk kerja dalam bidang ni. Alhamdulillah, aku dah tahu, kos aku bukanlah kos yang tak ada kerja. ^^v


p/s: Istikharah dan doa itu sangat penting dalam kehidupan kita. Terutamanya ketika membuat keputusan. InsyaAllah, dengan istikharah, kita tidak akan pernah menyesal dengan keputusan yang diambil. InsyaAllah^^v

~~Teringat masa zaman sekolah dulu. Cikgu selalu tanya, dah besar nak jadi apa? Masa sekolah rendah cakap nak jadi doktor atau cikgu. Tetapi bila dah sekolah menengah, pandai sikit, cakap nak jadi saintis. Tak sangka, rupa-rupanya memang aku akan bekerja sebagai saintis (Pegawai Sains). InsyaAllah.

~~Allah tu baikkk sangat kan? Allah akan berikan apa sahaja yang diminta hamba-hambanya selagi mana permintaan itu baik untuk dirinya. Jika tidak, Allah akan beri yang lebih baik dari yang diminta, jika tidak di dunia, InsyaAllah di akhirat nanti.

“Maka Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?”
[Surah Ar-Rahman : 13]

Wednesday, January 22, 2014

Kronologi Kesibukan^^v

Alhamdulillah. Setelah lama menyepi, akhirnya aku  dapat juga mencuri masa untuk menaip sesuatu di ruangan blog aku ni. Uhhuuu.
Terasa begitu sibuk sehingga tidak berkesempatan langsung nak menaip blog.
Baiklah, nak cerita sikit kronologi kesibukan aku, semenjak beberapa bulan lepas.



Ogos 2013 : Bersedia untuk viva master --> Alhamdulillah, berjaya melepasinya dengan baik. Subhanallah.

September 2013 : Sibuk mempersiapkan diri untuk menghadiri temuduga PTD --> Alhamdulillah, berpuas hati semasa interview berjalan...walaupun tidak berjaya mendapatkan jawatan tersebut.

September 2013 (2) : Bertungkus-lumus menyiapkan pembetulan tesis, yang diberi masa sebulan --> Alhamdulillah..berjaya menyiapkannya dengan lancar. Subhanallah.

September 2013 (3) : Menghantar tesis yang telah dibetulkan. Tiba2 petang hari yang sama, mendapat sms dari seorang rakan tentang tawaran kerja di perantauan. Maka aku terus ke sana untuk interview --> Alhamdulillah berjaya ditawarkan jawatan tersebut.

Oktober 2013 : Agak terumbang-ambing pada awalnya untuk membiasakan diri dengan kehidupan di tempat orang. Tetapi alhamdulillah sangat selesa dengan kerja yang diperolehi.

November dan Disember 2013 : Sudah mula dapat menyeimbangkan diri dengan kehidupan di perantauan. Sudah mula stabil sedikit demi sedikit.

Januari 2014 : Mula sibuk untuk menghadapi satu lagi cabaran. Semoga Allah permudahkan perjalanan hidupku DI DUNIA DAN AKHIRAT.

Uhuuu...baru perasan, rupanya memang sangat pack jadualku semenjak tahun lepas. Tu tak kira masa aku menyiapkan tesis dan menyertai perkhemahan permata pintar. Ohh..hoooo..Tahun 2013 merupakan tahun yang sangat sibuk untukku. Tetapi juga tahun yang menggembirakan dan membahagiakan^^v
ALHAMDULILLAH. ALLAH sentiasa bersamaku. MASYAALLAH ^^v

Thursday, September 5, 2013

Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik

Alhamdulillah...
Akhirnya berlalu juga detik-detik yang mendebarkan. Sebulan aku membaca dan menganalisa perkara2 tentang pengetahuan am dan isu-isu semasa serta tips-tips temuduga kerajaan.

Salah satu cara adalah melalui pencarian di internet. Aku cuba membaca pengalaman-pengalaman orang yang pernah menghadiri interview PTD ini. Apa soalan2 yang biasa ditanya, dan etika-etika semasa temuduga.

Maka, disebabkan itu, aku merasakan tentu ada orang lain yang akan menghadiri temuduga PTD nanti juga memerlukan informasi tentang pengalaman ini. Jadi, aku ingin berkongsi serba sedikit tentang soalan yang ditanya tadi.


-------------------------------------------------

Aku keluar dari rumah pukul 8.10 am, dan interview bermula pukul 9.00 am. 
Pada malam sebelum, aku telah menyemak kesemua dokumen yang perlu dibawa dan diletakkan terus dalam satu beg. Jadi, bila ayah aku tanya, "sijil2 semua dah bawa?" dengan CONFIDENT aku menjawab "Dah".

Aku sampai di tempat temuduga pada pukul 8.30 am. Apabila duduk di kerusi yang disediakan, aku terus mengeluarkan semua dokumen fotostat dan yang asal. Tiba-tiba, aku mula GELABAH!. Rupa-rupanya skrol degree aku yang asal tertinggal di rumah. Aku terlupa nak masukkan dalam beg malam tadi kerana skrol tersebut diletakkan di fail lain.

Aku tengok jam dah menunjukkan 8.35 am. Alamak! aku tidak boleh mendaftar kehadiran, selagi tidak membawa salinan asal tersebut! Aku terus keluar dari tempat temuduga dan menelefon ayahku.

Bertambah mendebarkan, apabila berulang2 kali ditelefon, ayahku tetap tidak mengangkat telefon. Aku terus telefon ke rumah. Ibu menjawab. Aku terus meminta ibu menyuruh salah seorang adikku mendapatkan skrol aku tadi dan apabila abah sampai dirumah, terus pergi semula ke Menara Ansar untuk menghantarnya kepadaku. Sementara itu, aku masih cuba menghubungi ayahku. (Abislah kalau abah marah...tadi dia dah tanya dah....adoooiiiii)

Jam menunjukkan 8.50 am. Adikku masih belum kunjung tiba. Hati punyalah gelabah. Tapi tetap bual2 COOL. Seterusnya 8.58 am, akhirnya adikku tiba. Aku ada 2 minit lagi. Cepat-cepat aku masuk ke tempat temuduga dan membuat pendaftaran. Alhamdulillah...Sempat. Huhuhu. Pegawai tersebut memeriksa dan mengesahkan semua dokumen dan memberikan nombor giliran kepadaku. Aku merupakan orang ke 7 untuk bilik No 1.

Sementara menunggu, aku membaca nota-nota yang dibawa. Sambil tu, mula berkenalan dengan orang2 disebelahku yang juga hadir untuk interview PTD. Cuma bezanya panel kami berbeza. Beberapa orang yang sudah melepasi temuduga ini mengatakan panel tidak bertanyakan tentang general knowledge. Sedangkan kawan aku sendiri juga tidak ditanya. Jadi, aku sedikit lega, walaupun begitu aku tetap membaca tentang general knowledge dan isu2 semasa. Dikhuatiri aku akan ditanya.

"1007"...Nomborku dipanggil.
Aku mengetuk pintu, dan masuk sambil memberi salam.
Pada mulanya panel meminta dokumen2 yang dibawa dan menyuruhku duduk.
Aku duduk, sambil buat muka penuh CONFIDENT. Padahal dalam hati....Fikiran aku pun aku kosongkan, dengan harapan bila soalan ditanya saja, ada ilham yang akan masuk ke kotak fikiran.

Ok, panel mula bersuara. 
1- Please introduce yourself in English.
2- Awak dah belajar pasal DNA, awak tak rasa rugi ke masuk PTD? (uhuhu....soalan yang sama ditanya oleh sahabatku. Tapi aku.....memang terasa nak pi management or admin. Ubah angin)
3- Apa pendapat awak tentang pembekalan ubat generik yang ingin diberikan kepada pesakit? sedangkan pesakit inginkan ubat yang branded. (Saya berpendapat......bla...bla...bla....)
4- Ada cadangan untuk penubuhan kementerian untuk lelaki. Apa pendapat awak? Atau awak rasa kementerian wanita yang sedia ada ni dah cukup untuk membangunkan lelaki? (Sejujurnya, saya kurang bersetuju tentang penubuhan kementerian untuk lelaki kerana.......bla...bla...bla.....[sambil muka berkerut sebab ragu-ragu nak jawab...tapi kena JUJUR...so aku teruskan jela. Skali panel tu pun cakap pendapat yang sama..Legaaa..keke)

Pastu aku dah tak ingat susunan soalan yang ditanya, tapi ni la soalan2nya tidak mengikut turutan. Semua dalam BM kecuali untuk introduce diri je dalam BI. 

4- Pada pendapat awak, kenapa orang bantah pejanjian TPPA? (Saya berpendapat penjanjian ini mendapat banyak bantahan atas beberapa faktor seperti.......bla...bla...bla... dan contohnya negaran Australia yang pernah disaman.....bla....bla...bla...............  Dalam hati, "eh betul ke contoh aku bagi ni? ke dah tertukar2 dengan negara lain..adoiii..Buat2 confident jela)

5- Apa tema kemerdekaan pada tahun ini? dan kenapa tema ini dipilih? Awak ingat tak, peristiwa apa yang berlaku menyebabkan tema ini dipilih?

6- Tema ini dipilih kerana peristiwa lahad datu. Sebagai pegawai PTD, jika awak dihantar ke lahad datu untuk membuat program kepada orang-orang suluk di sana supaya mereka cintakan Malaysia, program apa yang awak nak buat??

7- Apa 3 rukun negara yg boleh dikaitkan dengan program di lahad datu ni. Huraikan.

8- Apa kumpulan kongsi gelap yang terjahat skali? (Aku pun mulalah menembak..Geng 08..skali salah..dia kata Geng 04...adeeiii). Pastu tanya, kenapa kumpulan2 ni boleh mempunyai ramai pengikut. Seluruh negara ada dalam 40 ribu pengikut. Awak rasa kenapa?

9- Awak pernah kerja sebelum ni? (Tak pernah, tetapi saya pernah menjalani pelbagai program seperti.........bla...bla...bla)

10- Awak sedang buat master, bila akan habis? (Saya sudah melepasi pembentangan tesis dan akan tamat pada tarikh ............ seperti dalam surat).

11- Kalau saya ambil awak jadi PTD, apa yang awak boleh beri kepada kami? (Time ni, aku mulalah MASUK BAKUL, ANGKAT SENDIRI....aiseh...xpela, dua orang je dengar, panel2 tu pun tak kenal aku..ehee)

Panel kedua pula bertanya...

11- Awak pernah dengar Klinik 1 Malaysia? Apa beza klinik 1 Malaysia dan klinik kesihatan? (Aku pun mula meng'elaborate' dan goreng2 sambil tambah perencah2 sikit. yang beza tu, ada 1 yang aku tak tahu, tapi dia nak jawapan tu. Then, dia pula yang tolong terangkan kat aku..aisehh)

12- Sukan apa yang awak minati? Kalau kat johor ni, awak tengok sukan apa yang paling popular? (Aku pun dengan excited jawab bola sepak...JDT). Berapa yang TMJ dah keluarkan untuk bola sepak JDT ni? (Aku jawab ratus ribu. Skali rupanya juta2..adooiii). Awak rasa berbaloi tak pengeluaran duit ni? (Aku pun mula beri jawapan yang tengah2...Ini bergantung kepada pulangan yang akan diperolehi. Sebagai contoh berdasarkan permainan..........bla....bla.....bla....)

13- Awak rasa, kenapa orang2 kita lebih berminat dengan bola sepak luar negara seperti Arsenal, Manchester city dan Chelsea berbanding team Malaysia. (Saya berpendapat bola sepak luar lebih diminati adalah kerana skill permainan yang ditunjukkan. Jika kita melihat............bla....bla....bla.......dalam hati.....nasib baik akhir2 ni aku rajin tengok bola, senang sikit nak goreng2...sejak JDT menunjukkan kehebatannya. Mestilah bangga dengan Johor kann)


14- Akhir sekali, awak ada apa-apa pertanyaan? (Saya tiada apa-apa pertanyaan, tapi saya.........bla...bla...bla...) 


Akhirnya aku pun keluar dari bilik temuduga tersebut. Berapa lama ada dalam tu, aku tak pasti. 

Lepas keluar dari bilik tu, rasa lega sangat. Aku terus share tentang soalan2 tadi dengan kawan2 (yang baru kenal tadi) yang sedang menunggu giliran. Banyak juga soalan yang aku tak dapat jawab, bukanlah perfect semua. Tapi aku tetap merasa puas hati dan bersyukur kerana aku merasakan aku telah cuba yang terbaik dan dalam bilik tu, aku dah tunjukkan kemampuan aku. Sama ada keputusan yang akan diperolehi nanti lulus, simpanan atau gagal, itu terpulang kepada rezeki Allah. 

Kepada sesiapa yang bakal menghadapi temuduga PTD M41 ni nanti, SEMOGA BERJAYA diucapkan.

Thursday, June 13, 2013

Perkhemahan Cuti Sekolah

Cuti sekolah baru sahaja melabuhkan tirainya pada ahad lepas. Apa agaknya aktiviti cuti sekolah pelajar-pelajar ya? Kadang kala ada yang memilih hanya untuk duduk di rumah, maklumlah kalau semasa sekolah kena duduk asrama. Jadi, bila dapat cuti rasa macam nak duduk rumah sajalah. Ada juga yang pergi melancong bersama keluarga. Tetapi ada satu golongan pelajar PINTAR yang aktiviti cuti sekolahnya adalah sangat berbeza dengan yang lain. Iaitu mereka terpilih untuk menyertai Perkhemahan Cuti Sekolah yang diadakan di UKM. 

Baiklah, disebabkan minat yang mendalam untuk bersama-sama mengenali pelajar-pelajar muda dan pintar ini, aku telah memilih untuk menyertai perkhemahan ini sebagai pembantu pengajar untuk program Bioteknologi. Dalam kursus Biotek, kami diberikan pelajar-pelajar yang berumur 13 tahun. Bayangkan pelajar tingkatan 1 dah belajar subjek untuk semester 1 di universiti? Agak mencabar juga untuk menarik minat mereka pada awalnya. Tetapi, alhamdulillah.. Mereka ni benar-benar pelajar pintar. Cepat sangat mereka memahami apa yang diajarkan.


Semasa perkhemahan terlalu banyak aktiviti yang dijalankan yang menyebabkan kami menjadi rapat. Sama ada di antara sesama pengajar atau antara pengajar dengan pelajar. Serius! Seronok sangat dapat bersama dengan mereka. Pelajar tingkatan 1? Perangai kanak-kanak tu memang kuat lagi la. Terutamanya yang lelaki, memang belum matang. Tapi kepelbagaian inilah yang menambahkan lagi seri perkhemahan ini. Pelajar pintar ini juga telah membuatkan aku rasa kagum. Sebab apa? Ada satu situasi ini, di mana aku melihatnya membeli air bikarbonat Pe***. Hmm. Aku memanglah tak suka orang minum air macam tu, sebab membahayakan kesihatan. Apatah lagi untuk budak2 pintar dan sedang membesar. Makanya aku pun bertanya kepada pelajar ini, 

Kak Dayah : Kenapa beli air pe***? Kan tak elok.
Afiq            : Kenapa tak elok?
*tetiba Izzat datang
Izzat           : Kalau ko guna cuci tandas, mesti bersih tandas tu.
Adam         : Kalau minum air Pe*** kan, selalu gigi jadi macam apa tah.
Kak Dayah : Ha, tu izzat dan adam tahu tu. Lepas ni jangan beli air ni lagi tau. Air gas lain pun tak boleh.

Adam         : Kenapa air gas tak elok untuk kita?
Kak Dilin    : Awak kan sedang membesar, tak eloklah minum air macam ni.
Adam         : Ooo..nanti kalau kitorang dah besar, bolehlah minum? (tanya dengan muka innocent)
Kak Dayah : Haha..kalau dah besar pun tak bolehlah adam.

**Lepas abis bual2 tu, dengan segera Afiq pegi balik kat kedai yang dia beli air tu, dan minta tukar air lain. Air tin yang tak bergas. Masa tu agak terpegun jugalah. Tak sangka yang dia akan respon dengan segera. Padahal aku cakap lain kali dah jangan beli. Uhuhu. Bagus betullah kamu2 yang pintar ni. Teruskan attitude kamu yang baik tu ya.


Terus terang cakap, memang enjoy layan budak-budak ni. Tak macam budak universiti. Pemikiran mereka ni masih bersih dan sangat innocent. Yang tambah terharu, semasa hari terakhir di perkhemahan, mereka semua macam tak nak berpisah dengan pengajar. Ada yang sentiasa ikut saja ke mana kami pergi. Petang-petang pun, mereka memilih untuk main games dengan kami, berbanding rakan-rakan mereka. Pada malam sebelum mereka pulang pula, mereka sanggup stay up. Siap ajak kami buat kelas malam. Padahal silibus dah habis dah. Nak belajar apa pula. So, mereka pun mencadangkan kami buka movie. Hmm. Memang best la dengan mereka semua. Kak Dayah memang sayang kat kamu semua. InsyaAllah kalau ada rezeki kita jumpa lagi nanti. Akak harap nanti bila dah besar jadilah seorang yang berkhidmat untuk agama dan negara. Jadikan kepintaran kamu sebagai alat untuk mengumpul saham akhirat nanti...Huhu..Sedih..Teringin jumpa mereka semua. Terasa nak jadi cikgu sekolah pula..ehee

Okeh. Pada malam talentime, cikgu-cikgu nyanyikan lagu ini untuk kamu semua. Akak tahu, ramai juga yang nangis masa dengar kami nyanyi lagu ini kan? Thanks. You've shown your appreciation to us. Ingat ya...akak2 dan abang2 Instruktor, TA dan RA semua enjoy dengan korang. Termasuk ustazah juga. Ustazah memang sangat rindu kat korang tahu..Miss you all^^v.


Monday, March 25, 2013

SEJARAH yang memikat

Quran Hadith terpasak di kalbumu
Syair puisi pelembut rasamu
Tinta senjata lakaran mindamu
Darah juga airmatamu
Dakwat yang mewarna
Lembaran agung insan terulung 

Adakah sejarah merupakan suatu kisah yang menarik? Adakah anda meminati sejarah? Aku masih teringat, semasa belajar sejarah di sekolah menengah dahulu. Aku merasakan sejarah sangat membosankan dan aku pernah tertanya2..... 
"Kenapa aku perlu belajar sejarah? 
Apa yang aku dapat? 
Paleolitik? Mesolitik? Neolitik? 
Benda ni kan dah lepas, tapi kenapa nak sibuk2 peningkan kepala hafal?"
Tapi memang itulah hakikatnya. Aku sangat bosan belajar sejarah zaman purbakala yang aku sendiri tidak tahu kesahihannya.

Tetapi berbeza dengan kisah sejarah yang aku yakin kewujudannya.
Sejarah Zulqarnain dengan tembok besinya.
Sejarah Yakjuj Makjuj dan kisah kekejamannya.
Sejarah kegemilangan Islam di zaman Nabi Muhammad saw.
Kegemilangan Islam semasa zaman Khulafa ar-Rasyidin.
Zaman Bani Umayyah, Abbasiyyah, Utmaniyyah.
Kehebatan dan kebijaksanaan Sultan Muhammad al-Fateh menawan konstantinople.
Salahuddin al-Ayyubi yang membebaskan Palestine.
Zaman Emas dan perkembangan pelbagai cabang ilmu semasa Abassiyyah.
AKU BENAR2 TERPIKAT DAN TERTARIK DENGAN KISAH2 INI


Aku ingin mengetahui siapakah Zulqarnain yang namanya disebut dalam al-quran sebagai seorang yang berjalan ke timur dan barat. Seseorang yang membina tembok besi penghalang Yakjuj Makjuj. Adakah Alexander the Great atau Cyrus the Great? Berbagai perbahasan tentang siapakah zulqarnain (pemilik dua tanduk) ini. Tetapi persamaan yang didapati adalah zulqarnain merupakan seorang hamba Allah yang beriman. Ini membuatkan aku mengkaguminya. Aku benar2 ingin mengikuti kisahnya. Makanya setelah habis membaca buku Yakjuj & Makjuj Bencana di sebalik gunung, aku beralih kepada buku Iskandar adalah Zulqarnain (Penulis yang sama untuk kedua2 buku).

Kenapa aku memilih untuk membaca buku2 seperti ini? Kisah seperti ini benar2 memberi motivasi kepada aku. Kalau aku membaca buku motivasi, sangat jarang untuk memberi kesan yang mendalam kepadaku.  Kadang2 aku cepat bosan, jika membaca buku motivasi, sehingga aku hanya membaca separuh jalan sahaja.  Kalau novel biasa pula, memang aku tak berminat nak baca. Bukannya apa, aku ni jenis yang suka nak cari apa yang aku akan dapat dipenghujung cerita yang aku baca atau tonton. Setiap buku yang dibaca atau drama / movie yang aku tengok, mesti aku nak ada motif atau hasil dipenghujungnya. Kadang2 kalau orang cerita sesuatu pun kat aku, aku akan tunggu2 objektif atau motif cerita tersebut disampaikan, barulah aku dapat bagi respon. Kalau aku tak jumpa motif atau objektif, aku jadi macam blur dan tak faham apa sebenarnya cerita yang nak disampaikan. **Agaknya sebab tu orang selalu cakap aku ni blur. Adoilaa** "Contohnya, ateh selalu cerita kat aku, tapi aku macam tak faham.  dan akhirnya ateh stress. Haha. Tu sebab aku tak jumpa target". Apa aku mengarut ni. Aiseh.

Tetapi berbeza dengan kisah sejarah yang ada perkaitannya dengan Islam, atau yang dicatatkan dalam al-quran. Aku juga berminat untuk mengetahui kisah yang tercatat dalam kitab-kitab nabi yang terdahulu. Kisah2 ini pada pandanganku begitu menakjubkan. Kesahihannya boleh dipercayai. Aku merasakan ada hasil yang diperoleh dari pembacaannya. Dan rasa termotivasi apabila membaca kisah2 mereka yang berjaya ini malah merupakan hamba Allah yang soleh.

Aku rasa bersemangat kerana dapat mengaitkan kisah sejarah yang sudah terlalu lama terjadi dengan apa yang tercatat dalam al-quran. Dalam buku Yakjuj Makjuj Bencana di Sebalik Gunung itu sendiri banyak kisah yang diceritakan dan perkaitan yang sama boleh dicapai di dalam al-quran dan hadis. Dan aku juga rasa tertarik untuk mengetahui asal usul bangsa yang banyak namanya disebut di dalam al-quran, iaitu kaum Bani Israel. Kaum yang telah banyak kali melakukan perkara2 yang dimurkai Allah. Dan bagaimana mereka dihancurkan sehingga hilangnya 10 suku daripada 12 suku dikalangan mereka.

Sekarang ini aku merupakan peminat kepada karya2 Muhammad Alexander (Wisnu Sasongko)..^^v
Jom baca : 
Yakjuj Makjuj Bencana di Sebalik Gunung
Benarkah Iskandar bukan Zulqarnain
Iskandar adalah Zulqarnain
5 Gelombang Pembawa Bencana Yakjuj Makjuj 2

Okeh, ini fasa pertama untuk dihabiskan. Fasa seterusnya adalah sejarah kegemilangan Islam dan tokoh-tokohnya..^^v (Rasa macam tak cukup pula baucer buku tu. Buku2 ni tebal dan harganya boleh tahan juga..hee)

Tuesday, March 5, 2013

Terungkainya Misteri

12/02/2013
Syakila  : Dayah, bufday dayah bulan ni kan? Berapa hb?
Hidayah : Aah. Bulan ni. 28 Feb. Aik macam mana tau bufday bulan ni? Hehe
- - - - - -  Sms terhenti..Syakila tak reply pertanyaan - - - - - - 
**dlm fikiran => Mungkin Syakila busy. Tak apalah. Lagipun tak terlalu penting untuk dijawab.

18/02/2013
Hidayah : Syakila, ada kat bioinfo? 
(kalau ada, konon nak pi jumpa, bual2..lama dah tak jumpa..rindu pula)
- - - - - -  Sms terhenti..Syakila tak reply pertanyaan - - - - - - 
**dlm fikiran => Mungkin Syakila tak ada kredit nak reply.

19/02/2013
Hidayah : Salam. Jomlah datang MSI. Ada ceramah Maulidulrasul. Ajak Ruby sekali ^^v
- - - - - -  Sms terhenti..Syakila tak respon ajakanku - - - - - - 
**dlm fikiran => Mungkin Syakila tak ada kredit nak reply.

21/02/2013
Hidayah : Salam. Ada kat bioinfo skang? (kalau ada, ingat nak jumpa..berkongsi cerita..hehe)
- - - - - -  Sms terhenti..Syakila tak reply pertanyaan - - - - - - 
**dlm fikiran => Mungkin Syakila tak ada kredit nak reply. Lama juga Syakila tak topup2. Mungkin dia nak berjimat.

Petang, pada hari yang sama : Semasa sedang menjaga makmal, Syakila datang dan sempat berbual sekejap. Tiba2 Kak Su panggil untuk mengajar pelajar apa yang perlu dilakukan. Sebab Dr. dah keluar. Aku terpaksa menghentikan perbualan. Terasa bersalah kat Syakila. Maka aku pun menghantar sms selepas itu..

Hidayah : Salam. Syakila, sory tadi tak sempat nak berbual. InsyaAllah nanti kita jumpa ya.
- - - - - -  Sms terhenti..Syakila tak reply - - - - - - 
**dlm fikiran => Syakila marah aku ke? Atau terasa hati? Takla. Mungkin Syakila tak ada kredit nak reply.

28/02/2013
**dlm fikiran => Hari tu Syakila tanya pasal bufday. Tapi kenapa dia tak ada bagi ucapan pula. Pelik.

04/03/2013
Salam. Syakila, terima kasih bnyk2. ^^v
(tiba2 ada hadiah diletakkan di atas mejaku)
- - - - - -  Sms terhenti..Syakila tak respon sms ku - - - - - - 
**dlm fikiran => Mungkin Syakila tak ada kredit lagi nak reply. Lagipun sms ni tak reply pun tak apa.

Sampai malam pun, Syakila masih tak reply. Tiba2 rasa nak call, bertanya kabar. Tapi, tetiba risau akan mengganggu dia. Yela, dia kan penat bekerja siang hari. Takut2 malam dia nak rest. Hmm. Tak jadi nak call.

05/03/2013
**Kring...kringggg
Syakila call...
Syakila : Hidayah, dapat msg saya tak?
Hidayah : Msg? Hantar bila? harini rasanya tak ada langsung.
- - - - - - perbincangan diteruskan untuk mencari punca sms tidak diterima - - - - - - 

dan.....AKHIRNYA, berjaya dirungkai misteri, setelah sekian lama. Nama syakila termasuk dalam "Block Address". Maka, semua sms dari Syakila akan masuk ke "Spambox". Setelah di cek Spambox, ada 14 sms yang tak dibaca, bermula 12/02/2013. Macam mana boleh masuk Spambox? Aku tak pernahla pula filter nombor sesiapa.

Al-maklumlah, aku ni tak rajin nak explore kecanggihan HP...Walaupun HP tak canggih. Sebab tu la tak ada rasa nak pakai "Telefon Pintar". Uhuhuhu. 

P/S : Rasa kelakar pula dengan kejadian ni. Setiap kali Syakila tak reply sms ku, aku fikir dia tak ada kredit. Tapi, dalam masa yang sama pelik juga, sebab bila dia datang lab tak ada pula dia beritahu. Gayanya macam dia tak ada dapat sms dariku langsung.

Syakila pula berfikiran..Adakah aku marah atau terasa hati dengannya? Sebab aku tak pernah balas sms dia.  Maka akhirnya dia call dan bertanyakan perkara tersebut. Takut2 dia ada melakukan sesuatu yang tidak menyenangkanku. Hehe

***Aku mencintaimu kerana Allah. Ukhuwah Fillah. Semoga persahabatan ini akan membawakan pertemuan semula di Jannatul Firdaus nanti. Amin. Aku bertemu seorang lagi sahabat, selepas Nadiah^^v. Lama tak call Nad. InsyaAllah2. Akan diusahakan.



Friday, February 1, 2013

Prof Dr Muhaya Muhamad - Islam Itu Indah IkimFM : 30 Jan 2013 Celik Mata Reset Minda Bakal Pengantin

Assalamualaikum.
Saya ingin berkongsi tentang suatu slot di IKIM.fm yang pada pandangan saya sangat menarik. Dan amat-amat perlu diketahui oleh semua muslimin dan muslimat terutamanya yang belum berumahtangga dan ibu bapanya. 

Slot ini disampaikan oleh Prof Muhaya. Sedikit ringkasan akan dikongsikan dalan blog ini. Tetapi lebih baik kalau terus dengar slot dari Prof Muhaya sendiri di link ini.



Okeh, ini sedikit nota yang boleh dikongsi :-
  1. Wanita yang tinggi harga diri dan yakin pada dirinya, tidak berharap penghargaan manusia tetapi hanya redha Allah, AKAN MELETAKKAN MAS KAHWIN YANG MEMUDAHKAN PIHAK LELAKI dan menganggap wang belanja bukan STATUS KETINGGIKAN HARGA DIRI dan KEMULIAAN DI PANDANGAN MATA MANUSIA. 
  2. KeSOLEHan, keTAQWAaan, keIMANan, sifat IHSAN dan TAWAKKAL serta menjaga AURAT, PERGAULAN dan SOLAT adalah harga diri sebenar seorang wanita.
  3. Jadilah pemerhati diri kita sendiri. Kita meminta belanja untuk Allah atau manusia?
  4. MARRIAGE PLANNER yang penting, bukan WEDDING PLANNER. Wedding planner hanya merancang majlis untuk satu hari, tetapi marriage planner adalah perancangan hidup selepas perkahwinan sama ada membawa ke syurga atau ke neraka.
  5. Cadangan untuk pergi honeymoon UMRAH. Jadi memulakan perkahwinan dengan kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah.
  6. Pastikan majlis perkahwinan jauh dari MURKA ALLAH, bimbang perkahwinan tidak diberkati Allah. Baru 2, 3 bulan kahwin, dah bergaduh.
  7. Apa-apa jadi dalam hidup, jangan fikirkan tentang peristiwa itu, tetapi fikirkan tentang pemberi peristiwa (ALLAH).
  8. Sebelum memilih pasangan pastikan buat ISTIKHARAH, KENALI BAKAL SUAMI dan KELUARGANYA, tentukan sama ada dia SOLAT  cukup 5 waktu atau tidak, bacaan AL-FATIHAH betul, boleh jadi IMAM, cuba BERBINCANG dengannya apa TUJUAN HIDUPNYA, dan ERTI KEHIDUPANNYA.
  9. Jangan terlalu memikirkan tentang PENYESALAN MASA LALU dan KEBIMBANGAN MASA DEPAN, sehingga mengabaikan MASA KINI.
  10. Di sebelah perempuan, kalau orang tanya berapa mas kahwin atau belanja, jawab "TAK KISAH". Kalau orang tanya kenapa mudah sangat, jawab "SAYA TAK PENTINGKAN APA YANG ANAK TUAN BERI PADA ANAK SAYA PADA HARI PERKAHWINAN TETAPI SAYA PENTINGKAN BAGAIMANA ANAK TUAN MELAYAN ANAK SAYA SEBAGAI ISTERI SELEPAS PERKAHWINAN"
  11. Lelaki yang paling kaya adalah hati yang selalu BERSYUKUR, lidah yang sentiasa BERZIKIR dan mendapat ISTERI SOLEHAH.
  12. Jika memilih pasangan kerana AGAMA, insyaAllah akan selamat, jika kerana KECANTIKKAN akan hina. Jangan jadikan cantik sebagai kriteria, tetapi UTAMAKAN AGAMA (terutamanya lelaki).
  13. Pasangan yang kerap keluar bersama dengan alasan untuk membeli barang pengantin, minta maaf. Jika mulakan perkahwinan dengan maksiat, bagaimana nak bahagia? JAGALAH PERGAULAN supaya mendapat kemanisan selepas perkahwinan.
  14. Sebab apa kita berkahwin? Jika berkahwin kerana CINTA, SIA-SIA sebab cinta akan hilang tetapi jika berkahwin kerana Allah, akan berkat dan cinta akan datang sendiri.
  15. Untuk mendapatkan kad kahwin percuma pergi ke kadkahwinpercuma.com.
  16. Pilih pasangan yang sekufu kerana PEMIKIRAN yang sama sangatlah penting.
  17. Kalau jumpa orang JANGAN TANYA SOALAN PERIBADI. Busy body, kepochee betul! Jadilah orang yang membuat orang lain gembira selepas jumpa kita, bukan sebaliknya.
  18. Kalau jumpa orang yang bercakap pelik-pelik, beritahu "Awak ni cakap macam, Prof Muhaya cakap mulut neraka". Apa yang keluar kat mulut adalah gambaran dalaman kita. 
  19. 3 JENIS MANUSIA : 1- Manusia jahat dia buat jahat pada orang yang buat baik kat dia, 2- Manusia biasa buat baik pada orang yang baik dengan dia dan buat jahat pada orang yang jahat dengan dia, 3- Manusia baik, buat baik pada orang yang buat jahat pada dia.
  20. Jangan jadi orang yang duit banyak, tapi MISKIN HATI.
  21. Betulkan NIAT setiap hati.
  22. Tentukan mas kahwin berdasarkan tahap pelajaran adalah orang yang ego.
  23. CIRI ORANG YANG HIDUP DALAM KEEGOAAN : 1- Suka bersaing, 2- Suka marah, 3- Bercakap nak betul, 4- Menilai dirinya atas perbelanjaan kahwin, pakaian atau degree, 5- Sentiasa nak lebih daripada orang lain, 6- Sangat fikir apa yang orang kata, 7- Segala pencapaiannya adalah atas hasil usahanya, bukan Allah yang tolong.
  24. CIRI ORANG YANG MEMPUNYAI KESEDARAN KETUHANAN YANG TINGGI : 1- Sentiasa memberi kerjasama, 2- Penuh kasih sayang, 3- Sentiasa melihat kebaikan dalam diri orang lain dan suasana, 4- Kalau dia buat apa2, dia lebih jaga silaturrahim daripada nak betul, 5- Murah hati, 6- Suka memperbaiki diri dan menghadiri majlis ilmu, 7- Menerima manusia seadanya. 
  25. Semakin tinggi belanja kahwin, semakin rendah harga diri wanita, SEMAKIN RENDAH BELANJA KAHWIN, SEMAKIN TINGGI HARGA DIRI.
  26. Kriteria memilih suami : letakkan agama yang utama. Jika AGAMA TAK LULUS, tak perlu tengok benda lain. Selain tu, tanya pada diri, kita nak tak bakal suami yang pernah CURANG? Sebelum kahwin pun dah curang (situasi pemanggil IKIM).
  27. Jika kita manusia jernih, ALLAH AKAN TEMUKAN KITA DENGAN YANG JERNIH (yang berciri kesedaran ketuhanan tadi), jika kita manusia yang berkeladak (yang hidup keegoaan), manusia yang berkeladaklah yang layak untuk kita.
  28. ILMU, ILMU, ILMU. Orang yang mencari ilmu, sedang menuju ke syurga.
  29. Wanita terlalu berharga, jangan benarkan orang lain gunakan kita untuk berseronok.
  30. Wanita yang baik : 1- Murah belanjanya, 2- Cepat kahwinnya, 3- Banyak anaknya.
  31. Jangan sekali-kali sebut "APA ORANG KATA", tetapi sebutlah "APA ALLAH LIHAT".
  32. Jangan hanya harap lelaki yang belanja dalam perkahwinan.
  33. Nilai seorang lelaki bukan pada berapa belanja yang dia bawa ke dalam rumah dari segi wang ringgit tetapi KASIH SAYANG, PERLINDUNGAN dan BERTANGGUNGJAWAB. 
  34. Jangan berkira pasal duit, InsyaAllah rezeki melimpah ruah.
  35. Jadikan majlis perkahwinan sebagai jalan MENUJU SYURGA.

Sunday, January 27, 2013

Ciri-ciri Munafik

Terdapat tiga ciri-ciri orang munafik. Kita mesti berusaha sedaya upaya untuk menjauhkan diri dari sifat-sifat ini.


1- Apabila dia berkata-kata, dia BERBOHONG
     
      Berbohong ini, penyakit yang sangat berbahaya. Seboleh-bolehnya kita bercakaplah benar walaupun pahit. Mungkin dengan bercakap benar, kita akan dimarahi. Atau mungkin membuatkan orang tidak berasa senang dengan kita. Tetapi sekurang-kurangnya kita tidak melakukan dosa. Kita tidak dimurkai Allah. 
Terlalu banyak contoh penipuan yang sering berlaku di sekeliling kita. Sebagai contoh, seorang pelajar. Kita disaman kerana meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan. Tetapi, kita sewenang-wenangnya membuang saman tersebut dan tidak membayarnya, kerana pihak UTM memang tidak dapat 'trace' nama kita pun. Jadi tiada masalah untuk 'graduate' nanti. Ya! memang betul pak guard tidak boleh berbuat apa-apa pada kita, tetapi pernahkah kita terfikir mungkin Allah akan menarik rezeki kita nanti? Rezeki kita mungkin tidak berkat. Mungkin kita tidak mampu menjalankan research dengan baik. Kita selalu menghadapi masalah dalam kajian kita. Kita nak sangat dapat 'publish' jurnal dengan 'high impact factor', tetapi tak dapat2. Pernahkah kita terfikir, masalah-masalah yang dihadapi mungkin kerana ada rezeki kita yang tak berkat? Huhuhu. 
**Ingin berkongsi tentang seorang sahabat yang aku sangat 'respect' kerana dia tersangatlah jujur. Iaitu Syakila. Aku senang sekali mengenali dirinya. Aku siap pernah bercakap dihatiku, beruntung siapa dapat Syakila buat isteri. Hehe (abislah kalau Syakila baca entri ni).



2- Apabila dia BERJANJI, dia memungkiri janjinya.
      
      Kalau berjanji ni, memanglah sangat penting untuk ditepati. Kadang-kadang kita tak cakap pun "Aku JANJI petang ni aku bagi buku tu kat kau". Pada pendapat aku, tak semestinya bila kita betul-betul sebut "AKU JANJI" barulah dikira berjanji. Kalau kita cakap sesuatu, sebenarnya kita seperti telah berjanji, sebab kita telah memberi harapan pada orang. Sebagai contoh kita cakap macam ni, "Petang ni jum kita makan kat luar. Dah lama tak makan kat luar. Aku belanja". Tapi, tiba-tiba bila petang je, kita cakap kat kawan tadi, "Aku tak jadilah nak kuar makan. Aku rasa malasla. Mengantuk pun ada". Tak ke kita rasa kita kita seolah-olah telah memungkiri janji. Kadang-kadang kita rasa benda tu biasa je. Takdalah masalah besar sangat, tapi, cuba kita letakkan diri kita kat tempat orang tu. Bila sama-sama dah setuju nak pergi makan tu, mungkin dia dah 'excited' nak pergi dan dah bersiap-siap pun. Mungkin juga masa tu dia rasa sakit perut ke, tak pun mengantuk ke...tetapi sebab fikirkan yang dia dah berjanji dengan kita, dia tahan sahaja diri dia dari sakit dan mengantuk tu. Tiba-tiba, last minute, kita sms dia cakap tak jadi. Apa perasaan dia agaknya? Kalau sekali sahaja, tidak mengapa. Mungkin tak disengajakan dan atas alasan tertentu. Tetapi kalau dah berkali-kali, seolah-olah memberitahu itulah TABIAT kita. BERJANJI, MEMBERI HARAPAN dan kemudiannya MEMUNGKIRINYA. 

      Tentang berjanji ini juga, aku suka kaitkan dengan MENEPATI MASA. Masa tu, tersangatlah berharga. Kalau kita dah berjanji nak jumpa atau buat sesuatu pada pukul 7.00 pm, tolonglah tepat pada 7.00 pm juga. Kalau kita terlewat atas sebab tertentu, tolonglah beritahu kepada kawan kita supaya dia tahu yang kita mungkin terlewat. Takdalah dia tertunggu-tunggu tanpa kepastian. Kadang-kadang memang sedih juga bila terpaksa berhadapan dengan masalah tidak menepati masa ni. Huhuhu. Seperti yang telah disebutkan di atas, bukan bermakna bila kita sebut "AKU JANJI" sahaja baru dikira berjanji. Kita tak sebut secara terus pun, seolah-olah kita telah berjanji. Mari kita cuba menepati apa sahaja yang kita utarakan, walaupun pahit...selagi mana ia tidak bertentangan dengan hukum Allah. Maka, amatlah penting untuk kita berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata agar kita tidak termasuk golongan yang mempunyai ciri-ciri munafik seperti MEMUNGKIRI JANJI.
      
**Seseorang yang aku sangat 'respect' kerana sikap yang berpegang kepada janji dan sangat menepati masa walaupun seminit adalah Kak Faezah. Setakat aku mengenalinya, inilah yang aku lihat pada dirinya. Aku pernah bermusafir beberapa hari dengannya. Aku pernah tinggal beberapa hari bersamanya. Aku pernah mengalami masalah semasa bermusafir dengannya. Segala waktu yang dilalui itu membuatkan aku mengenalinya sebagai seorang yang sangat menjaga amanah, janji, kata-katanya dan sangat mementingkan keberkatan dalam rezeki yang diperolehinya. Tak mustahillah dia menjadi orang yang hebat.



3- Apabila dia diberi AMANAH, dia pecah amanah.

Amanah!.. Sebagai seorang pelajar, aku ingin kaitkan amanah dari sudut seorang pelajar. Aku selalu memikirkan tentang biasiswa dan elaun yang aku perolehi untuk pembiayaan pelajaranku. Sebagai contoh, kita ditaja untuk PhD kita. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)  membayar semua yuran pengajian kita dan memberi elaun sara hidup kepada kita. Secara amnya, kalau biasiswa diberikan, bermakna pihak KPT inginkan kita menjalankan penyelidikan kita sebaik mungkin dan menyumbangkan hasil kepada negara atau masyarakat. Atau sekurang-kurangnya kita berjaya merangkul ijazah kedoktoran itu dengan cemerlang. Elaun yang diberikan seolah-olah adalah gaji kita kerana menjalankan penyelidikan. Maka amatlah penting untuk kita sentiasa hadir ke makmal untuk menjalankan penyelidikan, sama seperti orang lain yang bekerja di luar sana. Mereka diberikan gaji untuk bekerja, maka kita dibayar elaun bulanan untuk menjalankan penyelidikan. Konsepnya sama. Jadi, sepatutnya kita rasa berdosa jika kita mensia-siakan amanah yang diberikan ini. Kadang-kadang kita pandang enteng benda-benda macam ni. Tapi, berbalik kepada persoalan berkat tadi. Jangan kerana kita meringan-ringankan perkara ini, membuatkan elaun yang kita perolehi tadi tidak diberkati Allah. 

**Hmm..pasal amanah, nak kaitkan dengan siapa ya. Syakila dan Kak Faezah memang dua orang yang sangat menjaga amanahnya. Tetapi nak cari orang lain pula. Heee. Siapakah? Mungkin orang itu adalah kamu. Ya, kamu yang membaca entri ini. Mari buktikan kepada diri kita sendiri bahawa kita TIADA LANGSUNG ciri-ciri orang munafik. Kalau ada, mari kita cuba untuk membuangnya. Ingatlah, sekali kita mengkhianati kepercayaan orang kepada kita, amat sukar untuk kita mendapatkannya kembali.

MasyaAllah..Beruntungnya kita jika dapat menjadi seperti ini.  Mengalir air matanya apabila membaca atau dibacakan ayat-ayat Allah.

Tuesday, December 4, 2012

DNA dan Kuasa Allah

Setiap hari menjalankan eksperimen.
Kadang-kadang ekstrak RNA untuk dapatkan gen.
Kadang-kadang menjalankan Polymerase Chain Reaction (PCR).
Untuk banyakkan salinan gen yang diinginkan.
Semasa ingin menjalankan PCR, aku memerlukan enzim DNA Polymerase.
Untuk 'mengarah'kannya menyalin salinan-salinan gen dari DNA tu.
Kadang-kadang guna Taq Polymerase.
Bila tak dapat, tukar Pfu DNA Polymerase.
Kalau perlu, ganti HotStart DNA Polymerase.
Mula-mula guna yang murah, lama-lama kena cari enzim yang mahal.
Tapi, kadang-kadang mahal pun tak dapat hasil.


Tetapi,
Bila dapat, aku mula klonkan gen tersebut ke dalam bakteria.
dengan harapan aku boleh dapat banyak lagi salinan gen tersebut.
kemudian diharap dapat hasilkan protein dari gen yang aku klon tadi.
Protein tersebut boleh digunakan untuk menghasilkan produk.



------------------------------------------------------------------

Penyelidikan ini membuatkanku berfikir sejenak.
Aku hanya ingin mendapatkan SATU gen dari beribu-ribu gen dalam organisma hidup.
hanya untuk itu, aku memerlukan kos berpuluh ribu dan mungkin mencecah ratusan ribu
enzim, dNTP, agarose, plasmid, bahan kimia, dan sebagainya
aku perlu korbankan masa bertahun untuk....menjalankan penyelidikan 
dan untuk mencari serta memahami maklumat

-----------------------------------------------------------------


TETAPI..
Allah menciptakan dan menguruskan urusan gen, protein, enzim dalam tubuh manusia
MUDAH SEKALI
Kita dapat menjalani kehidupan seharian tanpa perlu membeli enzim DNA polymerase
untuk memastikan perjalanan tubuh dengan baik
tak perlu risau kalau-kalau DNA kita tak di 'amplify'
tak perlu risau protein dan enzim kita dapat diekspres atau tidak
itu baru penghasilan protein atau enzim diperlukan badan
belum dilihat bagaimana sel saraf berfungsi pula
lihat juga mekanisma melawan radikal bebas yang dihasilkan tubuh
mekanisma melawan jangkitan penyakit
bagaimana otak berfungsi
BANYAK....TERLALU BANYAK
sehingga tidak dapat diungkapkan dengan pena dan kata-kata

**Mahu mengkaji tentang keseluruhan perjalanan tubuh kita sendiri sahaja sudah tidak mampu apatah lagi ciptaan-ciptaan Allah yang lainnya. 
TERLALU BANYAK DAN TERLALU BANYAK

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman 55:13)

~Betulkan jika aku salah~