Friday, October 22, 2010

Bacalah Agar Kamu Tidak Menyesal Nanti

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Aku adalah seorang wanita yang dilahirkan indah seperti wanita-wanita lain. Tetapi yang kucari bukanlah keindahan biasa. Yang kucari adalah untuk menjadi perhiasan terindah yang mana didunia bidadari mencumburuinya dan diakhirat bidadari sanggup menjadi khadamnya. Maka jika kamu melihatku buruk, janganlah kamu menghina aku.  
” Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.”
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Aku jua dilahirkan dengan serba kekurangan. Dengan 1 akal dan 9 nafsu. Akanku gunakan sebaiknya akal yang ku ada, dan menjaga dan mengawal nafsuku. Maka jika kamu melihat kekurangan dan kebodohanku, janganlah kamu mengutukku.
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Aku diciptakan dari rusuk kamu. Seperti mana Hawa diciptakan dari rusuk Adam. Bukan dari kakimu untuk kamu menindasku, bukan juga dari kepala untuk kamu memujaku. Aku tak inginkan kamu memujaku  TETAPI yang ku inginkan perlindungan darimu dan cinta dan kasih sayangmu yang penuh KEIKHLASAN.
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
 

Aku benar-benar serba kekurangan. Mungkin juga aku tiada kelebihan langsung, tetapi janganlah kamu menghina ku kerana kekuranganku. Bantulah aku dan didiklah aku agar aku berjaya memperoleh kelebihan
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
TETAPI sayangku...aku meminta kamu mendidikku dengan iman, ilmu dan taqwa kepada Allah. Bukan dengan hartamu atau pemujaanmu yang melampaui batas.
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan 
Sayangku aku memang dilahirkan lembut. Aku memang tidak mampu melawan perkataanmu yang bisa mengguris hatiku. Aku hanya mampu berdiam diri dan mendengarkan penghinaan dan sindiran gelak tawa darimu. Air mataku mungkin akan menitis jika kamu mengeluarkan kata-kata yang mengguris hatiku, TETAPI aku benar-benar tak bisa melawanmu. Kerana rasa kasihku padamu membuatkan mulutku terkunci dan lidahku kelu dari berkata-kata. Hanya mataku sahaja yang bisa menjawab segala tohmahan darimu.

Maka Sayangku. Aku pinta padamu. Jika kamu hadir dalam hidupku nanti, janganlah kamu menghinaku kerana kekuranganku..janganlah kamu mengutukku kerana kebodohanku  DAN janganlah kamu menyesal kerana memilikiku TETAPI bimbinglah aku. KERANA AKU ADALAH WANITA BIASA YANG SERBA KEKURANGAN yang mungkin tidak seperti yang kamu inginkan.

p/s: Coretan ikhlas untuk Bakal Suamiku yang aku sendiri tidak tahu siapa. Bacalah coretanku ini sebelum kamu memilihku, agar kamu tidak menyesal dikemudian hari mendapatkan diriku yang serba kekurangan.

6 comments:

Unknown said...

i like =)

Nor Hidayah said...

hehe (",)v

mohd farid said...

jangan memilih sangat.

Nor Hidayah said...

hahaha....mane ader memilih sgt..tp aderla pilih sikit2.. =)

mohd farid said...

tengok.
isk2.

Nor Hidayah said...

Kte mesti kene memilih. ini utk masa depan kita. bkn didunia sja, diakhirat juga. cbe bayangkan, kalau dh kahwin, suami xsolat, xtau agama...apa jadik?? yg merokok lagik..bkn memudaratkan kita saja, anak2 pun terpaksa membesar dlm persekitaran yg xsihat. ish2...ini xboleh dibiarkan. sy xnk pon yg hensem2, biarla biasa2 saja. tp org itu mestilah yg baik agamanya,selalu p masjid, baik akhlaknya, sopan bahasanya, caring, penyayang, xmerokok..

Post a Comment