Wednesday, September 16, 2015

Tangan cekak dan butang balut

Alhadulillah, baru belajar menjahit jubah dengan tangan cekak dan leher berbutang balut. 
Aku masih dalam proses belajar dalam bidang jahitan ni.
Kebiasaannya kalau customer meminta aku jahitkan baju yang berbentuk yang agak baru untuk aku, aku akan mula google untuk mencari cara menjahitnya.
Alhamdulillah...TADAAAA...!!! Siap.

 

Terima kasih kepada blogger di bawah kerana share ilmu kepada saya. Really appreciate.. :)


Hobi Menjahit

Permulaan fasa baru. Aku mula merialisasikan minat dan hobi menjahit sejak dulu. Sebelum ni tak mampu nak beli mesin jahit sendiri. So, kalau balik kampung je, aku akan menjahit. Alhamdulillah bila dah bekerja ni, dah mampu beli. Pada awalnya niat membeli mesin jahit ni sebab nak menjahit baju sendiri dan isi masa lapang sahaja. Tapi tak sangka ada rezeki yang Allah selitkan di situ. Kawan2 mula minta nak tempah jahit baju. Semakin hari, semakin ramai yang menepah bermula untuk raya Aidilfitri yang lepas.
Mesin Jahit Biasa dan Jahit Tepi
Mula2 just cakap dengan kawan2, aku hanya jahit baju kurung biasa. Tapi, kawan aku yang sorang ni beri kain dari bandung untuk buat kurung Pahang. Kalau baju siap sulam camni memang xsesuai buat kurung biasa/Pahang. So, ak cadangkan dia buat kurung moden dan aku cuba jahit. Alhamdulillah....Tadaaa....!!! dah siap. dan yang bestnya feedback yang dia bagi sangat melegakan hati. :)
Sehari sebelum pulang ke kampung Johor untuk beraya, aku berjaya menyiapkan jubah di bawah. Ibu cadangkan buat baju ni sebab abah pakai jubah hijau untuk raya, jadi nak biar nampak sedondon. Makanya dalam dua hari berjaya menyiapkan baju di bawah. Tapi kurang kemas sebab kelam kabut ditambah dengan persediaan perayaan lain. Apepun, Alhamdulillah siap dan boleh dipakai :)
Oleh kerana ni hanya hobi dan tugasan part-time, selalunya baju dijahit pada hari cuti. Kalau aku keje shift petang, maka pagi tu banyak masa untuk menjahit juga. =)

Monday, January 19, 2015

Comin' Back..!!

Setelah hampir setahun.......
Dah lama teringin nak menaip, tapi masa tak mengizinkan.
Tapi bukan sebab sibuk kerja sangat, sebab main game. Uhuhu (Banyak benda lagha je buat).
Alhamdulillah, harini kerja shif petang, pagi ni sempat la menaip.

Pernah tak kita melihat sekeliling kita.
Melihat orang2 sekeliling kita.
Kadang2 secara tak langsung kita akan membandingkan dengan diri kita.
'Kadang2 orang kata, tak elok membanding2 kan diri dengan orang lain'
'Tapi aku lebih suka melihat dari sudut yang positif'

Gara2 menonton AJL29 malam tadi (uhuhu...lagha lagi)
Hatiku mula tersentuh dan akalku mula berfikir.
Persembahan Caliph Baskers.
Mereka mempunyai kekurangan.
Tapi aku? Boleh melihat.
Aku dapat nikmat Allah yang satu ni.
Tapi mereka tak dapat di dunia ni.


Uuhuuu...
Pesan lah pada diri kita sendiri.
Untuk menjadi HAMBA2 yang bersyukur.
Terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita.
Terlalu banyak.......
Kadang2 nikmat tu, Allah beri pada kita, tapi orang lain tak.
Hari2 pesan pada diri..
JADILAH HAMBA YANG BERSYUKUR

MAKA NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?