Thursday, November 29, 2012

Mimpi Patung Berkepala Emas

Assalamualaikum. 
Hari ini mahu berkongsi cerita tentang mimpi Raja Bukhtanassar (Raja Nebuchadnezzar). Kisah ini saya perolehi daripada sebuah buku bertajuk "Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain" dan "Yakjuj & Makjuj Bencana Disebalik Gunung". Banyak kisah dan pengajaran yang diperolehi dari buku-buku ini. Siapakah sebenarnya Zulqarnain yang disebut dalam surah al-Khafi dari ayat 83-98 di dalam al-Quran. Ada dibahaskan tentang siapakah raja yang digelar Zulqarnain ini. Adakah Raja Iskandar (Alaxender The Great - Kerajaan Yunani) atau Raja Kurush (Cyrus The Great - Kerajaan Parsi) atau Raja dari Mesir dan sebagainya. Tapi untuk entry kali ini akan dikongsikan tentang mimpi Raja Bukhtanassar (Kerajaan Babylon). 

Raja Bukhtanassar (625BC hingga 562BC sekitar 2500 tahun dahulumerupakan raja di Kerajaan Babel (Babylon). Pada suatu ketika, Raja Bukhtanassar telah bermimpi, tetapi apabila dia bangun dari tidurnya dia terlupa tentang mimpi tersebut. Tetapi mimpi itu amat meresahkannya. Maka dikumpulkan seluruh bijak pandai untuk memberitahu kepadanya tentang apa yang di mimpikannya malam itu. Namun tidak seorang pun yang mampu menyatakan apa mimpinya. Sehinggalah hadirnya Nabi Daniel. Dengan izin Allah, Nabi Daniel berjaya menyatakan dengan persis apa yang telah dimimpikan oleh raja tersebut. 

Nabi Daniel menyatakan (seperti yang tercatat dalam kitab sebelum al-Quran) :-


"Ya raja, tuanku melihat suatu penglihatan, yakni sebuah patung yang amat besar! Patung ini tinggi, berkilau-kilauan luar biasa, tegak di hadapan tuanku, dan tampak mendahsyatkan. Adapun patung itu, kepalanya dari emas tua, dada dan lengannya dari perak, perut dan pinggangnya dari tembaga, sedang pahanya dari besi dan sebagian lagi dari tanah liat. Sementara tuanku melihatnya, terungkit lepas sebuah batu tanpa perbuatan tangan manusia, lalu menimpa patung itu, tepat pada kakinya yang dari besi dan tanah liat itu, sehingga remuk. Maka dengan sekaligus miremukkannyalah juga besi, tanah liat, tembaga, perak dan emas itu, dan semuanya menjadi seperti sekam di tempat pengirikan pada musim panas, lalu angin menghembuskannya, sehingga tidak ada bekas-bekasnya yang ditemukan. Tetapi batu yang menimpa patung itu menjadi gunung besar yang memenuhi seluruh bumi." [Daniel 2: 31-35 ].

Kemudian Nabi Daniel pun mntafsirkan mimpi tersebut. 

"Wahai tuanku, raja segala raja, yang kedatangannya diberkan kerajaan, kekuasaan, kekuatan dan kemuliaan oleh Allah semesta langit, dan yang di dalam tangannya diserahkanNya anak-anak manusia, di manapun mereka berada, binatang2 di padang dan burung2 di udara, dan dibuatNya menjadi kuasa atas semuanya itu. Tetapi sesudah tuanku, akan muncul suatu kerajaan lain, yang kurang besar daripada kerajaan tuanku; kemudia satu kerajaan lagi, iaitu yang ketiga, daripada tembaga, yang akan berkuasa di atas seluruh bumi. Sesudah itu, akan ada suatu kerajaan yang keempat, yang keras seperti besi, tepat seperti besi yang diremukkan dan menghancurkan segala sesuatu; dan seperti besi yang menghancurkan, maka kerajaan ini akan meremukkan dan menghancurkan semuanya. Dan seperti tuanku lihat kaki dan jari2nya sebahagian daripada tanah liat tukang periuk dan sebahagian lagi daripada besi, itu bererti, kerajaan itu terbahagi; memang kerajaan itu juga keras seperti besi, sesuai dengan yang tuanku lihat besi bercampur tanah liat. Tetapi bagaimana jari2 kaki itu sebahagian daripada besi dan sebahagian lagi daripada tanah liat, demikianlah kerajaan itu akan menjadi keras sebahagian dan rapuh sebahagian. Seperti tuanku melihat besi bercampur tanah liat, itu bererti; mereka akan bercampur disebabkan perkahwinan, tetapi tidak akan menjadi satu kesatuan, seperti besi tidak akan bercampur dengan tanah liat. Tetapi pada zaman raja-raja, Allah semesta langit akan mendirikan suatu kerajaan yang tidak akan binasa sampai selama-lamanya, dan kekuasaan tidak akan beralih lagi kepada bangsa lain: kerajaan itu akan meremukkan segala kerajaan dan menghabisinya, tetapi kerajaan itu sendiri akan tetap untuk selama-lamanya, tepat seperti yang tuanku lihat, tanpa perbuatan tangan manusia sebuah batu terungkit lepas dari gunung dan meremukkan besi, tembaga, tanah liat, perak dan emas itu. Allah yang Maha Besar memberitahu kepada tuanku raja apa yang akan terjadi di kemuadian hari; mimpi itu adalah benar dan maknanya dapat dipercayai." (Daniel 2:31-45)


Kepala daripada EMAS

Dada dan lengan daripada PERAK

Perut dan pinggang daripada TEMBAGA

Kaki daripada campuran BESI dan TANAH LIAT



Kepala daripada Emas merupakan Kerajaan Emas yang diperintah oleh Raja Bukhtanassar. Kerajaannya sangat kuat dan teguh. Namun setelah Raja Bukhtassar mangkat, Babylon mengalami kemunduran dan akhirnya runtuh. Setelah keruntuhan Kerajaan Babylon, kuasa dunia digantikan oleh kerajaan kedua yang tidak sekuat kerajaan Raja Bukhtanassar. Ia disimbolkan dengan Perak iaitu kerajaan Media-Parsi yang diperintah oleh Raja Kurush (Cyrus The Great). 
Parsi berkuasa selama 200 tahun, dan kemudiannya ditawan oleh Alexander The Great, Raja dari Macedonia-Yunani. Ini disimbolkan sebagai Tembaga.  
Kerajaan keempat yang disimbolkan sebagai Besi adalah Empayar Rom. Campuran tanah dan besi di bahagian kaki dimaksudkan Empayar Rom yang terbahagi kepada dua iaitu Rom Barat (berpusat di Rom, Itali) dan Rom Timur (Empayar Byzantine yang berpusat di Konstantinople, Turki). Empayar Byzantine dilambangkan sebagai Besi bercampur Tanah liat. Empayar Rom Barat di Eropah digambarkan sebagai besi kerana merupakan kerajaan yang kuat, manakala Empayar Byzantine dianggap sebagai tanah liat yan rapuh kerana bahaya yang selalu mengancam sama ada daripada luar atau dalam.

Akhirnya 'Batu Gunung' telah menimpa bahagian kaki patung dan menyebabkan patung hancur keseluruhannya. batu gunung ini dimaksudkan Nabi Muhammad dan para sahabat yang berjaya meremukkan segala kerajaan dan menamatkannya pada saat baginda berjaya menundukkan Rom pada Perang Tabuk (630 M). Semenjak itu sedikit demi sedikit wilayah kerajaan yang pernah dikuasai oleh Raja Bukhtanassar jatuh ke tangan Islam termasuklah Jerusalem, Syria, Palestine dan akhirnya Parsi. Dengan kekalahan Parsi, wilayah Babylon yang megah pada zaman pemerintahan Bukhtanassar berjaya dikuasai tentera Islam.

Info lanjut selain dari buku2 diatas, klik sini.

Saturday, November 24, 2012

Kamal Attartuk 1924



Apa yang menarik dengan 1924
Pada tahun 1924 adalah sejarah di mana jatuhnya sistem KHALIFAH ISLAM di dunia ini. 
Iaitu pada zaman Turki Utmaniyyah.
Sehingga sekarang kita masih belum dapat menghidupkan kembali sistem khalifah. 



Puncanya? 

Ia berpunca daripada Kamal Attartuk. 
Kamal Attartuk telah mengikat perjanjian dengan kuffar.
Dan bersetuju untuk menjathkan sistem khalifah.
Bukan setakat itu sahaja, pelbagai perkara dilakukan untuk menghalang penduduk Islam Turki menjalani hidup Islam yang sebenar.
Kamal Attartuk telah menukar Turki menjadi negara sekular.
Menghalang wanita muslim memakai tudung, jika ingin bertudung, perlu memakai tudung dengan skirt pendek.
Menghalang azan dilaungkan.
Bayangkan bagaimana Turki dan rakyatnya dididik dengan baik oleh Sultan Muhammad al-Fateh.
Tetapi kehadiran Kamal. Attartuk ni telah menghancurkan segala-galanya.

---------------------

Di akhir hayat Kamal Attartuk, dipercayai dia diseksa dengan teruk sekali dengan pelbagai penyakit dan kepanasan yang tak terhingga.
Tidak cukup dengan itu, selepas kematiannya, mayatnya tidak diterima bumi dan tidak dapat dikebumikan. Maka ia terpaksa di awet.
Untuk bacaan lanjut apa yang dilakukan oleh Kamal Attartuk sehingga mendapat kemurkaan Allah, sila ke link ini.

---------------------

Astaghfirullahalazim.

Jangan sekali-kali kita berani menentang Allah. Ingatlah, kita hanyalah hamba ciptaan Allah.
Terlalu lemah dan terlalu lemah. Ingin menghadapi seksaan di dunia sahaja sudah tidak mampu.
Apatah lagi jika di bakar di akhirat kelak.

Nauzubillahiminzalik.

Thursday, November 22, 2012

Wahai Pemuda..!!!

Kita adalah seorang pemuda atau pemudi. Di kala usia kita sebagai pemuda ini terlalu banyak kelebihan yang kita ada.
Dalam fasa pemuda ini jugalah merupakan fasa terbaik setiap manusia. Fasa di mana kemuncak kekuatan mereka.
Dari fasa kanak-kanak / bayi (lemah) kita menjadi pemuda (kuat) dan seterusnya tua (lemah kembali).
Di akhirat nanti Allah akan bertanyakan kepada kita,

"Apakah yang telah kamu lakukan semasa usia mudamu?"


Jika kita ditanya oleh Allah di akhirat kelak, dengan soalan ini, apa yang ingin kita jawab kan? 
Adakah kita ingin menjawab kita telah mensia-siakan usia muda kita dengan kemaksiatan?
Adakah kita menjawab kita mencari kekayaan duniawi?
atau menjawab kita menikmati kelazatan dunia dengan hiburan dan keseronokan yang melampau?
Astaghfirullah al-azim. Moga kita dijauhkan dengan jawapan2 seperti itu. Astaghfirulla al-azim.

-------------------------------------------------

Kenapa agaknya tajuk ini dikemukakan pada kali ini?
MasyaAllah, dengan izin Allah dan rezeki-Nya kepada saya, saya telah berpeluang menghadiri daurah yang bertajuk "WAHAI PEMUDA"
Ingin saya kongsikan serba sedikit ilmu yang diperolehi.

Saya dan rakan-rakan merupakan golongan pemuda pemudi. Pada masa yang sama, kami merupakan pelajar dan ada yang telah bekerja.
Tetapi, cuba kita fikirkan, apa matlamat kita sebenarnya? 
Contohnya jika kita seorang pensyarah, apa matlamat kita sebenarnya?
Kenapa kita ingin menjadi seorang pensyarah? Untuk mendapat nama? untuk mendapat pujian dan sanjungan orang ramai? 
Atau untuk membanggakan diri dan bermegah-megah?
Cuba kita sama-sama betulkan niat kita.
Jika ingin menjadi pensyarah, niatkan kerana Allah.
Jadikan kerjaya itu sebagai 'ALAT' kepada kita untuk lebih mudah menegakkan 
AGAMA ALLAH.
MasyaAllah.. Jika kita adalah orang yang berpengaruh, bukankah lebih mudah orang mengikuti kita.
Maka jadikan ia untuk mengajak lebih ramai mendekati Allah.

Katakanlah jika kita masih pelajar.
Adakah kita tidak mampu untuk menegakkan agama ALLAH?
TIDAK..!!
Kita mampu. Cumanya kita mesti bersedia untuk melakukan sedikit pengorbanan.
Pengorbanan apa? 
TENAGA
MASA
HARTA

TENAGA - Salurkan sedikit tenaga kita untuk menyertai majlis2 ilmu, usrah, daurah, ceramah dan lain walaupun mungkin susah nak ke sana. Terpaksa tumpang orang, terpaksa naik bas. 
Tetapi yakinlah, semua ini sangatlah berbalot dan amat penting untuk makanan rohani kita.

MASA - Berikan sedikit masa kita untuk memenuhi makanan rohani. Kadang2 bila naqibah sms, beritahu ada majlis agama atau daurah seharian suntuk atau perlu bermalam di sana. Kita mula terasa berat nak pergi. Sebab kononnya terlalu banyak masa ingin di simpan untuk "research" atau "writing thesis". Kalau pergi daurah, rugilah masa kita. Percayalah pada ALLAH. Jika kamu menolong agama Allah, Allah akan menolongmu. Kuatkan dirimu untuk gagah juga ke majlis ilmu.

HARTA - Kita tahu kan, sekarang ni, GAZA dan SYRIA sedang sengsara dan amat memerlukan bantuan kita. Kadang-kadang kita fikir, "Aku ingin menderma, tapi aku sendiri pun sekarang ni tengah mengikat perut". Tapi ingatlah kawan2, cubalah beri walau sedikit pun. Rezeki itu dari Allah. Allah pasti tidak akan sia-siakan usaha kita walaupun sekecil zarah. Allah akan menggantikannya dengan berganda2 lagi, dari jalan2 yang kita tak sangka2. 

-------------------------------------------------

p/s: Aku benar-benar telah jatuh cinta dengan ukhuwah ini. Aku benar-benar sayangkan ikatan ini. Ikatan for the ummah. IKRAM. MasyaAllah, Allah memberi hadiah yang sangat berharga untukkan. Hadiah kenikmatan bersahabat dengan orang-orang yang solehah. Mudah2an aku akan terus istiqamah di atas JALAN ALLAH ini. Allahumma amin.