"Teet!" Sedang aku melayari internet, tiba-tiba handphone Nokia aku yang menempatkan Simcard Maxis tu berbunyi. Agak pelik juga ada orang menghubungi nombor Maxis ku.
Setelah beberapa minit membiarkan handphone tadi, aku pun mengambilnya dan mula membuka inbox. Aik! No siapa pula ni? Tanpa berfikir panjang aku mula membaca sms yang dihantar. Sms berbunyi begini:-
Hmm. Aku pernah membaca artikel yang berkaitan dengan message2, sms atau emel2 berantai seperti ini. Setakat yang aku ingat, adalah satu kesalahan kepada sesiapa yang menghantar sms seperti ini. Ini kerana kandungan msg tersebut yang menyebut tentang nasib baik atau musibah yang akan menimpa seseorang jika tidak atau meng'forward'kan msg tersebut kepada 9 orang yang lain. Jika mereka menghantar msg tersebut, seolah-olah menyetujui bahawa ada kuasa lain selain Allah yang boleh memberi kebaikan atau mudarat kepada mereka. Maka, dikhuatiri terjatuh syirik tanpa disengajakan. Kalau kamu semua hendak mengetahui lebih lanjut berkenaan perkara ini, cubalah search artikel yang aku maksudkan. Aku tak pasti di website apa aku menjumpainya.Ya Allah
Ya Rahman
Ya Rahim
Ya Malik
Ya Qudus
Ya Salam
Ya Mu'min
Ya Muhaimin
Ya Aziz
Ya Jabar
Ya Mutakabbir
Kirimkanlah kepada 9 orang asma Allah ini. InsyaAllah kamu akan mendapat berita baik esok. Siapa yang tidak menghiraukannya maka akan mendapat nasib yang buruk selama 6 tahun. Apakah anda tidak mahu mengorbankan 9 sen kerana asma Allah? Dalam waktu 1 jam anda akan mendapatkan REZEKI yang tiada tara jumlahnya. Jangan dipermainkan. Demi Allah ini amanah dan jangan dihapus sebelum dikirimkan 9 orang.
Tetiba aku merasakan bahawa mungkin orang yang mengirimkan sms ini tidak mengetahui tentang pemasalahan ini. Kalau sebelum ini, biasanya jika aku mendapat sms atau emel seperti ini, aku akan mengabaikannya sahaja. Tetapi kali ini rasa terpanggil untuk berkongsi apa yang aku tahu dengannya. Maka, kerana rasa bertanggungjawab untuk menjelaskan hal ini kepadanya, aku pun membalas sms tersebut.
Sesungguhnya hanya ALLAH yang mampu memberi kebaikan atau musibah kepada hamba-hambanya. Segalanya tidak akan berlaku tanpa izin ALLAH, termasuk juga dengan mengirim sms tadi. Tidak salah seandainya anda ingin mengirimkan sms tadi kepada 9 orang. Tetapi buangkan ayat yang mengatakan tentang nasib buruk selama 6 tahun atau keuntungan yang diperoleh. Kerana dikhuatiri terjatuh syirik kerana percaya ada kuasa lain selain ALLAH. Sesungguhnya rezeki adalah datang hanya dari ALLAH jua. Sekian.
Selepas beberapa minit menekan butang "send", aku menerima sms lagi. Owh! Dari orang yang sama. Dia membalas "Hehehe.. x de mksd mcm 2 pn...:-)" . Fuhh! Lega. Dia boleh menerima kata-kataku dengan baik. Setelah itu, aku mula bertanya siapakah gerangannya si dia ini. laa...rupa-rupanya rakan lamaku. Dia baru sahaja menukar nombor telefon. Hee.
Aku bukanlah orang yang terlalu berilmu dalam hal-hal berkaitan agama. Jadi, jika sms yang aku balas ini ada kesilapan, mohon ditegur agar dapat diperbetulkan di kemudian hari. Sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH, yang buruk itu, datang dari diriku sendiri.
0 comments:
Post a Comment