Sunday, June 17, 2012

Save The Date

Save The Date | Ustazah Pilihan Firuz Akhtar & Shahril Sulaiman from Style Weddings on Vimeo.


Hehe....Jom tengok video ni..
Sebenarnya, saya mahu join pertandingan poster dakwah..
Salah satu syarat dia, kena share video ni...
JOM TENGOK  (^_^)v

Wednesday, June 6, 2012

Muhasabah Diri^^v


Semasa darjah 2, hari2 aku mendapat pesanan dari cikgu,
"Hidayah, tolongla cantikkan tulisan awak ni sikit".
Maka aku pun mula la tenung tulisan aku tu lama2 sambil terfikir sendiri,
"Rasanya dah cantik sangat dah tulisan aku ni. Aku tulis perlahan2 dan hati2. Tapi cikgu tetap suruh aku cantikkan tulisan"...
Berjam2 dok tenung tulisan sendiri, tetapi tetap tak nampak kat mana buruknya..-.-!

Bila dah tingkatan 1, aku terjumpa semula buku darjah 2 aku.
"MasyaAllah...BURUKnya tulisan..!!".. >.<!
Masa tu barulah sedar kenapa dulu hari2 cikgu pesan suruh cantikkan tulisan.  :P

---------------------------------

Begitulah juga kita pada hari ini...
Kadang2 kita tak nampak di mana kesilapan kita.
Kita rasa kita takda buat apa-apa kesalahan pun.
Segalanya serba sempurna.Tetapi hakikatnya mungkin TIDAKKK...

SEBAB TU LA....

  1. Kadang-kadang kita memerlukan seorang sahabat sejati yang akan menegur kita jika kita melakukan kesalahan.
  2. Kadang-kadang kita perlu menerima kritikan orang lain dengan baik, sambil muhasabah diri kita.
  3. Kadang-kadang kita perlu berfikir bahawa orang lain lebih baik daripada kita, maka kita tidak angkuh dan ego untuk menerima teguran.
  4. Kadang-kadang kita perlu berkongsi dengan sahabat rapat kita sesuatu kemusykilan, agar kita mendapat maklumat dari sudut pandang yang berbeza pula.