Thursday, December 15, 2011

Jagalah HATI

Kita selalu ingin menjaga hati kita, supaya tidak tertarik kepada mana-mana lelaki/wanita ajnabi. Kita selalu mengelakkan diri dari mula bermain cinta dengan mana-mana ajnabi. Kerana kita takut akan terperangkap dalam arus cinta. Kita risau akan terjunam kedalam gaung gelora cinta manusia. Kita tidak memandang mana2 ajnabi. Kadang-kadang kita tak perasan pun kehadiran mereka, walaupun hakikatnya mereka berjalan berselisihan dengan kita. Kita sentiasa cuba mengelak...kerana khuatir akan terjunam kembali. Dan, mungkin juga kerana kita tidak ada rasa tertarik kepada mana2 ajnabi.
Tetapi, walaupun cuba kita elak, tanpa disedari, sedikit demi sedikit, kita terperangkap juga. Tak tahu masa bila datangnya perasaan itu. Semakin lama semakin kuat rasa sayang. Tak tahu macam mana kita boleh tertarik padanya. Kita senang melihatnya. Kita rasa selesa berkomunikasi dengannya. Tiba-tiba mula merasakan betapa banyak persamaan antara kita dan dia. Kita merasakan seolah-olah kita dapat membaca fikirannya. Seolah-olah kita memahami sikapnya. Merasakan seperti kita telah lama mengenalinya...walaupun hakikatnya kita baru sahaja mengenalinya.

Ya...kita merasa senang sekali. Rasa gembira. Tetapi, jauh disudut hati, ada rasa yang tidak enak mula timbul. Orang yang kita tertarik itu, bukanlah hak kita yang sah. Kita tak berhak memandangnya. Kita tak berhak melihatnya. Kita tak mempunyai apa-apa hak, disisi Islam.

Ya Allah, aku ingin menjaga hati dan perasaanku. 
Bantulah aku mengawal rasa didalam hatiku ini Ya Allah. 
Kadang2 aku ingin melawan perasaan ini.
Tetapi...sukarnya Ya Allah.
Ya Allah, aku tidak mahu terpesong, setelah engkau luruskan hatiku.
Ya Allah, kuatkanlah aku melawan rasa yang berat dihatiku ini.
Ya Allah, aku tak tahu apa yang membuatkan aku begitu tertarik padanya.
Kuatkanlah aku Ya Allah
Agar aku dapat menjaga hati ini sebaik-baiknya.
Sehingga waktu yang telah kau tentukan jodohku.

Tetapkanlah hatiku...
Hanya tetap pada-Mu.
Amin Ya Rabb


P/S: Moga aku tak diuji dengan asyik cinta DUNIAWI..Amin

Wednesday, November 16, 2011

Rahmat Ujian

"Fuhh...penatnya. Akhirnya sampai juga aku ke bilik." , Aisha mengomel sendirian.
Tetapi, apabila dia masuk sahaja ke dalam bilik, dia terkejut melihat sahabatnya sedang menangis teresak-esak.
Aisha mula kaget.

"Humaira, kenapa ni? kenapa awak menangis ni? Awak ada apa-apa masalah ke?", Aisha cuba memujuk sambil memeluk sahabatnya itu, untuk melegakannya. Tetapi Humaira tidak menjawab pertanyaan Aisha, malah terus menangis. 
Aisha membiarkan sahaja Humaira menangis. Mungkin itu akan melegakannya.

Setelah seketika, akhirnya Humaira sudah mula berkata-kata, sambil teresak-esak. 
"Aisha, saya sedih sangat..=( Saya dah tak kuat. Saya dah tak dapat nak bertahan lagi. Saya tak kuat nak menghadapi ujian ini lagi. Dah banyak kali jadi. Selama ini saya cuba bersabar dan bertahan. Saya cuba tegarkan hati. Kuatkan diri. Tapi kali ni, saya rasa dah tak mampu lagi. Saya dah tak kuat...sob...sob...sob...Saya dah tak kuat..." Humaira terus menangis.

"Awak kenapa sebenarnya? Apa ujian yang awak alami ni? Kenapa awak cakap awak tak kuat?" Aisha mula menyusun bicara.

"Saya dikhianati oleh seseorang. Ini bukan kali pertama. Sudah banyak kali dia mengkhianati saya. Sakitnya rasa bila dikhianati oleh orang yang kita percayai, apatah lagi saya sayang. Kadang-kadang saya rasa saya yang bodoh, sebab tetap percaya pada dia, walaupun telah berkali-kali ditipu dan dipermainkan. Tapi mungkin saya silap kerana selalu memikirkan bahawa dia sudah berubah..sob..sob..sob..kali ni, dia ulang lagi menyakiti dan mengkhianati saya. Saya dah tak larat dah. Saya dah tak kuat dah. Saya rasa sakit sangat bila berkali-kali dipermainkan. Sakit sangatttt....", cerita Humaira.


"Bersabarlah. Ini semua ujian untukmu. Pasti ada hikmah disebaliknya. Bersabarlah wahai sahabatku", nasihat Aisha.

"Tetapi kenapa saya? Kenapa saya yang diuji? Kenapa berkali-kali diuji? Kenapa mesti saya? Kadang-kadang saya cemburu melihat rakan-rakan lain yang seperti tiada masalah seperti saya...huhuhuu...kenapa mesti saya? Saya dah tak kuat...saya tak kuat dah, Aisha...sob..sob...sob...saya tak kuat dah...Aisha..", suara Humaira semakin lemah.

"Humaira, sebenarnya kan....awak kuat. Awak mampu lalui ujian ni sebenarnya. Sebab tu Allah pilih awak untuk menghadapinya. Sebab Allah tahu, awak mampu. Kawan-kawan awak yang lain tu, tidak dipilih, sebab mereka tidak mampu lalui ujian macam ni. Ingatkah awak firman Allah yang bermaksud: 
Allah tidak membebani seseorang diluar kemampuannya [2:286]
Maka, jika awak mendapat ujian ini, bermakna awak memang mampu menghadapinya. Awak cuma perlu kuatkan diri awak, terus bersabar dan bertawakal kepada Allah. Mohonlah pertolongan Allah. Mohonlah kekuatan dan ketabahan itu dari Allah. Allah pasti membantu awak, memberi kekuatan kepadamu". 

Aisha meneruskan bicaranya dengan berhikmah, "Yakinlah pada Allah sahabatku. Pasti ada hikmah disebalik semua ini. Mungkin disebabkan perkara seperti inilah awak akan menjadi lebih tegar dan kuat. Awak akan lebih dekat dengan Allah, awak lebih tenang. Sahabatku, kuatkanlah dirimu. Saya ada di sini bersama awak. Saya tetap sahabat yang akan terus bersama awak, jatuh bangun awak. Awak tidak keseorangan. Awak ada ALLAH yang Maha Penyayang. Allah sayang sangat pada awak. Sebab tu awak dipilih untuk diuji. 

Awak tahu tak...di luar sana masih ramai yang hidup dengan penuh kegembiraan dan kesesatan. Mereka tidak diuji supaya boleh kembali pada Allah. Tetapi awak tidak. Allah pilih untuk uji awak, sebab nak awak dekat dengan-Nya. Awak beruntung sangat. Tidak semua orang dapat peluang macam awak. Awak ambillah ujian ini secara positif, wahai sahabatku. Bersabarlah sahabatku. Saya tahu, memang berat awak nak menghadapinya. Saya faham, bukan mudah untuk menghadapinya. Tetapi, yakinlah sahabatku, jika awak mampu melepasi ujian ini, awak akan dapat merasa betapa manisnya ujian Allah ini. Yakinlah, pasti dipenghujungnya ada bahagia menanti awak." =)

Humaira sudah mula berhenti menangis. Dia sudah mula tenang mendengar kata-kata Aisha,
"Terima kasih Aisha. Terima kasih sangat. Saya silap. Saya lalai. Saya tak sepatutnya berfikiran seperti itu. InsyaAllah, saya akan cuba kuatkan diri. Betul, saya memang mampu menghadapi ujian ini. Sebab tu Allah pilih saya. Saya kena buktikan kepada diri saya yang saya benar-benar mampu. Terima kasih Aisha. Awak benar-benar sahabat saya. Kalau tiada awak, tak tahulah saya nak buat macam mana."

Aisha merasa senang apabila melihat Humaira sudah mampu tersenyum. Alhamdulillah.
"Kadang-kadang Allah turunkan hujan, ditambah dengan guruh, siap dengan kilat lagi... kita tertanya-tanya Kemana perginya matahari? Rupanya Allah mahu memberikan kita pelangi yang indah." [Syurga Cinta]



p/s: Bersabarlah jika kamu diuji. Kamu adalah orang yang terpilih, sayangku. =)

Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. [2:286]

Amin Ya Rabb

Wednesday, November 2, 2011

Penilaian Kita???

Si A: Dia ni penakutla...lembik plak tu..sikit-sikit dah nak harap kat orang. padahal benda tu dia boleh saja kalau nak usaha sendiri. tapi tetap nak menyusahkan orang. hish! kadang-kadang rimas dengan orang yang suka meminta-minta ni.

Si B: Dia ni...agak tegas sikit. Garang gak kadang-kadang. tp dia ni gigih. Susah macam mana pun tetap akan cuba nak usahakan sendiri. Seboleh-bolehnya tidak mahu meminta-minta pada orang lain. Bukanlah bermakna dia ni sombong dengan manusia, tetapi dia tidak mahu menyusahkan orang lain dan merasakan lebih berpuas hati kalau segalanya dialakukan sendiri. Yang dia harapkan hanya Allah semata.

Hakikatnya: Kita tidak boleh mengatakan Si A ni pemalas, manja mengada-ngada atau sebagainya. Dan Si B pula bagus, gigih, tegar, berdikari dan sebagainya. Tidak boleh membandingkan cara mereka. Kerana kita tidak tahu apa kehidupan yang telah dijalani orang mereka yang menyebabkan mereka berperibadi yang bercanggahan. Mungkin ada suatu sifat positif yang Si A ada, tetapi tidak pada Si B atau sebaliknya. Hmmm..Kalau kita berjumpa orang seperti ini, bersabarlah. Memang pelbagai ragam manusia.
-------------------------------------------------------

Si C: Aku sekarang nak struggle. Kalau boleh nak blaja sampai PhD. PhD nak buat kat oversea. Aku dah ada sumber inspirasi dah. Hehe

Si D: Ko ni riaklah. Banyak betul sifat negatif ko. Pastu nak buat-buat baik. Ikot-ikot orang.

Hakikatnya: 1- Sebenarnya Si C sedikit pun tidak terlintas di hatinya untuk riak. Dia mengatakan begitu bukan kerana nak mengatakan betapa dia bijak, sampai layak ke oversea untuk PhD. Itu hanyalah cita-cita dan keinginannya. 
2- Buat-buat baik??  Mengapa pula dia perlu berpura-pura baik. Memanglah tidak dinafikan dia mungkin bukan orang yang baik, tetapi siapa tahu, sebenarnya dia sedang berusaha untuk menjadi baik? Mengapa kita perlu berfikiran negatif kepadanya. 
3- Ikot-ikot orang?? kenapa kalau ada orang cakap dia ader sumber inspirasi yang menyebabkan dia ingin berjaya kita mengatakan dia ikut-ikut orang?? apa salahnya kalau perkara yang diikuti itu positif? Kan itu adalah sesuatu yang baik? Mungkin juga dia pada mulanya hanya ikut-ikut sahaja..siapa tahu, lama kelamaan dia benar-benar ikhlas melakukannya?? Mengapa kita perlu berfikiran negative kepadanya?

-------------------------------------------------------

Si E: Tak pastilah. Aku memang tak tahu. (dengan kata lain, asal ditanya sahaja, Si E mesti tak dapat menyumbang apa-apa, sama ada dari segi idea, wang, ilmu dan sebagainya).

Si F: Ko ni...dari dulu sampai sekarang sama je. Penat aku cari kelebihan ko. Apa pun takda. Patutla takda orang nak kat ko.

Hakikatnya: Dia mungkin memang serba kekurangan. Mungkin juga tiada kelebihan langsung. Walaupun perkataan yang sama dkeluarkan oleh Si F berulang-ulang kali, tetap begitu mengguris hatinya. Siapa tahu, sebenarnya Si E dah banyak kali mencuba mendapatkan kelebihan dirinya, tetapi tidak dilihat juga oleh Si F. Siapa tahu, sebenarnya Si E terlalu banyak kelebihan, tetapi dia sengaja menyembunyikannya kerana merasakan tidak perlu ditunjukkan.  Tetapi jika benar pun Si E tiada kelebihan langsung, janganlah kita mengeluarkan perkataan seperti itu. Tahukah anda betapa peritnya perasaan Si E? Bukan dia tidak pernah berusaha, tetapi mungkin kita yang tak pernah melihatnya.

-------------------------------------------------------

Si G: Ramai kawan-kawan kita dah berkahwin kan? Mudahnya mereka mendapat jodoh.

Si H: Itula kan? Kadang-kadang jeles tengok diorang ni. Nampak senang sahaja jalan diorang. Tapi kita ni macam ni la juga. Kadang-kadang macam dah ada calon, tapi akhirnya dikecewakan pula. Huhu

Hakikatnya: Tidak perlu membandingkan hidup kita dengan mereka. Mungkin ada rencana yang lebih baik Allah dah aturkan untuk kita. Siapa tahu, sebenarnya Allah dah simpankan untuk kita seorang yang sangat istimewa disisi-Nya? Mungkin masanya belum sampai lagi. Apabila masa itu tiba, barulah kita merasakan sebenarnya kita lebih baik dengan jalan begini. Mungkin Allah memberi masa kepada kita untuk mencapai kejayaan terlebih dahulu? Yakinlah janji Allah. Ada terbaik yang telah Allah rencanakan untuk kita. InsyAllah.

-------------------------------------------------------

Si I: Beruntungnya Ana tu. Ramai betul lelaki minat kat dia. Yela, dia pun cantik, baik pula tu. Mestila ramai orang suka.

Si J: Aah kan. Tetapi pelik juga. Walaupun ramai orang nak kat dia, dia tak nak kat sorang pun. Memilih betul. Mentang-mentangla ramai peminat.

Hakikatnya: Di pihak Ana, berbeza pula. Ana berasa rimas kerana ramai yang cuba memikatnya. Kadang-kadang, bukannya Ana tidak berterus-terang agar tidak mengganggunya, tetapi lelaki tersebut seolah-olah tidak faham bahasa. Ini menyebabkan Ana menjadi lebih serabot. Bukanlah bermakna Ana ini memilih, kerana ramai peminat. Tetapi Ana memilih untuk kebahagiaan masa depan yang ingin dicapai. Dia mahu agar lelaki tersebut mempunyai FIKRAH yang serupa dengannya. Jika bertemu orang yang seFIKRAH dengannya, InsyaAllah dia tidak akan menolak.

-------------------------------------------------------

Si K: Garangnya..SOmbongnya awak ni. Senyumlah sikit. 

Si L: Haa...Barulah makcik nampak awak senyum. Dari tadi makcik tengok, 'budak ni comel, manis. Tapi susah sangat nak senyum'. Kan manis tu senyum. Kalau awak senyum, kapal terbang lalu pun jatuh. (Hehe...kembang jap)

Hakikatnya: Sebenarnya bukan tak mahu senyum atau sombong. Kalau korang kenal aku, mesti korang akan kata aku tak sombing. Tapi, bab garang tu, tak dapat nak dinafikanlah. Dah ramai sangat cakap aku ni macam singa. Huhu..Nak buat camne, tu sifat semula jadi. Memang susah nak kawal kadang-kadang.
Bab makcik tu pula...Hehe..makcik ni puji saya lebih-lebih sangatla. Terus saya tersenyum saja sampai balik bilik. Huahuahua.

Tuesday, October 25, 2011

Muhasabah Diri



p/s: Jom sama-sama kita menyesali dosa-dosa silam. Mari sama-sama kita taubat. InsyaAllah. (",)v

Wednesday, October 5, 2011

Menangisi dan Menyesali Dosa

DOSA...??? Pernahkah anda melakukan dosa??? DOSA kecil?? DOSA BESAR??? Hmm...
Hakikatnya kita manusia biasa tidak akan dapat lari dari melakukan kesilapan. Tetapi kita boleh berusaha untuk menjauhkan diri kita dari dosa. Pernahkan kita menipu orang? Mencuri? Mengumpat? Hmm..Banyaknya dosa.

Bercakap mengenai dosa, teringat semasa zaman aku kecil-kecil dahulu. Hehehe. Aku ni memang budak perempuan yang agak nakal dan degil. Kalau lumba basikal, masuk kolam padang golf untuk cari bola golf, panjat pokok, memang dah biasa buatlah. Tambah pula, dulu abah ada tabung besar. Abah akan kumpul duit singgit (dulu ader yang syiling tu) dalam tabung tu. Aku dengan adik aku yang berada di Endon skang ni, boleh pi korek tabung tu tiap-tiap hari. Maklumlah, kalau pergi sekolah agama, memang abah tak kasi duit belanja, sebab 2-3 jam saja kat sekolah. Tapi kitorang ni kadang-kadang teringin gak makan aiskrim, bila balik sekolah agama. Jadi, kami mulalah mengorek tabung abah, secara senyap-senyap. Sehari bawa singgit, kadang-kadang lebih sikit, siap belanja kawan-kawan tu. Adeh! Lama gakla buat kerja camni. Sampaila hampir kosong tabung abah tu. Last-last abah perasan, dan kantoiii semuanya. Kami didenda tiada duit belanja selama seminggu. Hehe. Padahal aku curi tu, lebih banyak dari seminggu punya jumlah belanja. Baik betul abah aku ni. (",)v. Tapi sejak tu, memang dah tak berani buat dah. Takut abah kejar dengan rotan, keliling rumah. Haha

DOSA semasa kecil, mungkin boleh dimaafkan. Bagaimana pula setelah kita dewasa? Dosa kerana meninggalkan solat? Setakat yang aku tahu, orang-orang di sekelilingku melaksanakan solat mengikut waktu yang ditetapkan. Alhamdulillah. Solat itu adalah tiang agama. Jika tiang kita tidak kukuh, maka runtuhlah segalanya. Nauzubillahiminzalik. Selain itu, dosa menipu, mengumpat, menfitnah, zina atau menghampirinya, menganiaya orang dan bermacam-macam lagi. 

Memang tidak dinafikan ramai yang tidak dapat lari daripada melakukan dosa. Tetapi pernahkah kita menyesali dosa-dosa yang pernah kita lakukan? Merasakan diri terlalu banyak dosa, sehingga akhirnya kita menangis mengenangkannya? 


Ya Allah, banyaknya dosa-dosa yang telah aku lakukan. 
Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosaku
aku menyesali segalanya
aku sedar aku telah menzalimi diriku sendiri
Ya Allah, ampunkanlah aku
aku sangat takut kepada-Mu, Ya Allah
aku takut akan azab-Mu Ya Allah
Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu
Terimalah taubatku
dan jauhkanlah aku dari perkara2 yang engkau murkai.
Amin~

Kita merintih seperti itu di atas sejadah, dengan penuh penyesalan. Tanpa dapat ditahan lagi, air mata mula mengalir dengan lajunya kerana mengenangkan dosa-dosa yang telah kita lakukan. Merasakan hati semakin kotor. Penuh dengan noda-noda hitam. Setiap malam kita mula bersujud solat taubat, untuk menagih keampuanan dari Tuhan sekalian alam. Menangis semahunya kerana takutkan Allah. Takutkan azab Allah keran dosa yang telah kita lakukan. Ya Allah, sangat takut. Kita seterusnya bertekad tidak akan mengulangi dosa-dosa itu lagi. Jika "YA". Alhamdulillah. Marilah kita sama-sama meneruskan usaha kearah kebaikan. InsyaAllah. 

Ku kesali kealpaan diriku
Ku tangisi kesilapan lalu
Walaupun sekali
Tak kan ku ulangi
Ya Allah Tuhanku
Bantulah hambaMu
Jangan biarkan diriku
Terus dibelenggu
Ampuni dosaku 
Terangi hatiku
Izinkan aku kembali
Ke jalan redhaMu


Sesungguhnya Allah s.w.t suka kepada orang-orang yang bertaubat dan menjaga kebersihan.“ Surah al-Baqarah : 222
Dan Dialah (Allah) yang menerima taubat daripada hamba-Nya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang telah mereka lakukan). Dan Dia mengetahui apa yang kamu semua kerjakan.” Surah as-Syura : 25 
Kecuali orang-orang yang taubat dan mengadakan perbaikan dan berpegang teguh pada (agama) Allah dan tulus ikhlas (mengerjakan) agama mereka karena Allah. Maka mereka itu adalah bersama-sama orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan kepada orang-orang yang beriman pahala yang besar.(QS. 4:146) 
"Maka Jibril berkata, “Itulah air mata orang durhaka di kalangan umatmu yang menangis karena takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu.” Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.


Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.”


Sambungan.....Jom baca website best..!! Klik sini"


"Ya Allah kami memohon ampun kepadamu,ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami,dosa keluarga kami, dosa sahabat kami ,dosa muslimin muslimat sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Amin."


Dengarkan lagu ini. Sangat BEST...!  (",)v


Mestica - Nasuha

Jadi, kepada semua yang telah melakukan dosa, kembalilah kepada Allah. Jangan malu untuk merintih dan menangisi dosa-dosa kita kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Jangan kerana kita merasakan kita telah jauh tersesat dan bergelumang dengan dosa, kita tidak akan dapat keampunan Allah. Kita mesti berusaha untuk bertaubat. Lakukanlah taubat nasuha dan bertekadlah untuk tidak mengulangi kesilapan itu lagi. Kalau ada orang sekeliling yang memandang serong kepada kita kerana kesilapan lalu, biarkanlah mereka terus begitu. Apa yang penting dan yang paling kita harapkan adalah pandangan Allah kepada kita. Percayalah..!! pasti ada hikmah disebalik segala kejadian itu. Kalau kita tidak berdosa, mungkin kita tidak akan menangis kerana-Nya. Mungkin juga kita tidak akan melakukan solat Taubat dan taubat nasuha. Mungkin juga, kerana pernah berdosa, menjadikan kita hamba yang sangat rendah diri kerana merasakan kekurangan diri kita berbanding insan lain di luar sana. TETAPI, ingatlah sahabat-sahabatku. Rendahnya darjat kita di mata manusia tidak bermakna kita akan rendah darjat kita di mata ALLAH. Maka, teruskan bertaubat. InsyaAllah segalanya akan menjadikan kita tenang dan memperolehi kemanisan IMAN, yang mana hanya orang terpilih sahaja yang berjaya memilikinya. 

Marilah kita bersama bertaubat dan menangisi kesilapan lalu. Marilah sahabat-sahabatku. Aku bersama kamu. InsyaAllah. Ya Allah, hindarilah aku dari memiliki pandangan serong terhadap mereka yang pernah melakukan kesilapan. Amin Ya Rabb.

Thursday, September 8, 2011

Macam-macam Ragam Manusia

Zaman sekarang ni, macam-macam ragam manusia kita boleh jumpa. Ada yang serius, periang, pemalu, pendiam, gedixss, panas baran dan macam-macam lagilah. Disebabkan kepelbagaian inilah kita mempunyai variasi dalam memilih sahabat, rakan-rakan, dan pasangan hidup. Hmm. OK! Cerita pasal pasangan hidup. Bukan senang kan nak memilih pasangan hidup. Macam-macam kriteria ada. Nanti mulalah senarai panjang, bermuka-muka kita keluarkan. Senarai syarat-syarat harus untuk menjadi pasangan. Huahuahuaa.


Tetapi, tak semua orang macam tu. Ada yang tak memilih sangat. Asalkan ada yang datang memberi kasih, dia terima saja. Mudah sahaja. Baguslah kalau macam tu. Tapi, camna pula kalau yang susah nak menerima tu? Dalam erti kata lain, MEMILIH. Sudah beberapa orang jejaka atau jejaki (ada ke istilah ni?) opss wanita, yang datang mengusha. Malangnya tiada seorang pun yang berkenan dihati. 
“ Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, cantik rupa parasnya, banyak hartanya, baik keturunannya atau kuat agamanya. Maka pilihlah yang kuat agamanya”
Hadis ini menyebut tentang calon isteri. Tetapi, boleh juga digunakan untuk memilih calon suami. Ok, berbalik kepada orang yang memilih tadi. Aku malaslah nak cakap pasal calon pilihan lelaki. Sebab, pada pandangan aku (pandangan aku ok, berdasarkan pemerhatian sendiri), lelaki akan memilih kecantikan tu yang utama. Lepas tu, baru dia tengok ciri agama itu. Mula-mula mereka akan terpikat dulu dengan kecantikkan, lepastu barulah start nak berkenalan. Kalau perempuan tu beragama mungkin dia akan pilih. Katakanlah, perempuan lain pula. Dia seorang yang beragama, tetapi rupa parasnya biasa-biasa sahaja. Agak-agaknya lelaki itu akan tertarik tak pada mulanya. Hmm. Tak tahulah aku. Hehe.


Ok, kalau perempuan pula macam mana ek? Nak kata dia tidak akan terpikat kerana hensem, tak juga. Sebab ada juga kawan aku yang jatuh hati sebab lelaki itu hensem atau tegap? Erk! Nampaknya abang-abang palapes or army ni, saham tinggi ye. Ada juga yang suka je kalau lelaki tu hensem dan tegap, tapi sekadar suka berkawan saja. Untuk buat pasangan hidup tu, tak pula. Katanya takut kalau lelaki hensem-hensem ni. Ramai sangat peminat. Pening kepala nanti. Tula sebabnya kadang-kadang kita jumpa pasangan yang isterinya sangatlah cantik, tapi suami dia? Aiyark! Itu bukan sesuatu yang pelik ya. Macam-macam ragam manusia. 

 Ada juga yang sanggup kahwin dengan lelaki yang berumur kerana hartanya. Hmm. Kalau dapat yang muda, kaya, bijak, hensem dan yang paling penting beragama..adalah untung! Tapi, susah rasanya nak jumpa lelaki macam ni. Kalau tanya pula kepada sesetengah perempuan, jawab mereka?? Kurang berminat dengan lelaki yang banyak sangat ciri positif macam ni. Ish3. Kenapa pula? Bab kaya tu yang takut tu. Nanti hidup tak aman pula. Ada pula orang jeles nanti. Kena pula lakinya hensem. Aduh! lagi tambah masalah. Tapi bab bijak dan beragama tu, ramai orang suka la. Yela. Nanti dapat anak pun bijak juga. Sebab gene bijak tu dah ada. 

OK! Berbalik semula kepada soal memilih tadi. Katakanlah ramai calon-calon yang menanti ni. 

Calon A - pakej dah lengkap ni. Solat tak tinggal, rajin pergi masjid lagi, tinggi, tegap, muka pun hensem, bijak pun bijak. Tapi tetap juga ditolak. Aish pelik2. Mungkin dia tolak sebab lelaki tu ramai sangat peminat kot. Nanti ada pula kes rebut2 ni. Dah parah. Baik undur diri awal-awal. Laki pun bukan boleh percaya sangat. Opss!

Calon B - Ok, solat tahu dah ni, tak tinggal. Tinggi pun tinggi. Tegap? Bolela. Tapi silap pula, merokok! Aish. Tolak lagi. Mana boleh kahwin dengan lelaki merokok. Nanti duit dia habis beli rokok je. Tapi tak kesahlah, duit dia kan. Yang menjadi masalahnya, nak kena bertahan dengan asap rokok tula. Nanti anak-anak membesar pun kesian. Ish3. Harap2 perokok, berusahalah untuk berhenti merokok. Buat pengetahuan korang, perempuan ni, memang susah nak terima perokok sebagai pasangannya. Sekian.

Calon C - Kerja? Dah bagus dah. Siap offer macam-macam ni. Sanggup keluar duit belikan hp, topup, belanja makan hari-hari. Dah macam suami yang kasi nafkah la pula. Muka? Takda la hensem sangat. Baik? Hmm, dia layan kita memanglah baik. Sebab kononnya sayang. Tapi, kalau akulah tak percayalah. Ntahlah. Kadang-kadang aku terfikir juga, kompom ke laki tu akan terus sayang dan beri macam-macam selamanya? Walaupun selepas kahwin? Lelaki ni (berdasarkan pemerhatian akula) kadang-kadang dia hanya akan berusaha pada awalnya sahaja. Bila dah dapat, dia akan sia-siakan. Tapi tak semualah macam tu. Ha..!! calon macam ni pun kene tolak juga. Pelik2. Kalau aku, tolak sebab takut. Macam obses je. Bukan sayang. Lelaki macam ni macam ada udang disebalik mee aje. Tapi ada juga yang terima. Yela, fully support!  Prejudiskah aku terhadap lelaki? Erk!

Calon D - Lebih kurang macam calon A, cuma dia taklah hensem. So, takda sebab nak tolak sebab hensem. Kerja pun bagus. Tapi, sayangnya dalam hati pula tak boleh nak rasa sayang. Hmm. Penting ke nak kena ada timbul rasa sayang ni? Ntahlah. Bagi sesetengah orang boleh je terima, sebab dia fikir mungkin lepas kawin akan ada rasa. Tapi........tak semua orang macam tu. Ada yang nak juga cari yang dia boleh ada rasa sayang. So, agak-agak kalau Calon D dah sayang sangat kat perempuan ni, berusahalah memikat hatinya. Manalah tahu ada peluang kan? Tetapi, memikat mestilah betul caranya. Hmm. Macam-macam ragam manusia.

Katakanlah kita menolak semua calon-calon kat atas ni, yang datang dalam hidup kita. Orang mesti akan kata kita memilih. Tula, bila aku baca balik dan tulis semua ni, barulah aku mengakui, orang yang macam ni, memang memilih. Ramai orang berkata, "Jangan memilih sangat, nanti lambat kahwin. Tak laku". Betullah. Ada betulnya apa yang diucapkan oleh sesetengah orang tu. Ada juga yang kata, lelaki sahaja yang berhak memilih, sebab sekarang ni lelaki lagi ramai daripada perempuan. So, kalau perempuan tu, dah ada orang nak tu, terima sajalah. Sorylah ye, pakcik2 makcik2, terus terang saya katakan saya tak setuju. Perempuan juga perlu memilih. Ada juga, aku terbaca "Perempuan sebaiknya berkahwin dengan lelaki yang sayang dia, bukan yang dia sayang". Hmm. Sekali lagi ye, saya tak setuju. Suppose to be saling sayang-menyayangi. Kalau tak pun, sekurang-kurangnya berpotensi untuk menyayangi si lelaki. Tak kesahlah pandangan orang lain, tapi...bagi aku, macam manalah aku nak berusaha membahagiakan dan menyenangkan hatinya sedangkan hati aku sendiri tidak merasa kebahagiaan itu. Bukankah usaha itu hanya akan memberi tekanan kepada diri sendiri dan pasangan mungkin tidak dapat merasa keikhlasan kita. Jadi, kalau aku, biarlah memilih pasangan yang saling menyayangi ataupun berpotensi untuk kita sayang. Ya! Memilih lagik?

Tapikan.....pernahkah anda mencari jawapan mengapa sesetengah orang itu memilih?? Yela, nak mencari yang terbaik, sebab kahwin ni bukan perkara main-main. Bercakap nak mencari yang terbaik. Sebab apa kita nak mencari yang terbaik? Sebab kita nak memberi yang terbaik kepada pasangan kita. Contohnya Fatimah ni. Salah satu cita-cita dalam hidup dia, ingin menjadi isteri solehah. Dia ingin berusaha sedaya-upaya untuk membahagiakan suaminya. Nak menggembirakan hati, menjadi penyejuk mata dan menghadapi susah senang bersama. Kalau suaminya mengalami kesusahan, dia berharap dia dapat meringankannya. Kalaupun tak mampu secara zahir, sekurang-kurangnya dia membuatkan hati suaminya senang, walaupun sedang mengalami pelbagai masalah. Hmm. Jadi, untuk memberikan yang terbaik ini, dia merasakan hanya orang yang terbaik atau berusaha untuk menjadi terbaik sahaja layak menjadi pasangannya. Sekali lagi, untuk membolehkan dia bahagia memberi semua itu, dia mestilah memberi dengan penuh kasih sayang (macam yang tercatat dalam buku Nota Hati Seorang Lelaki - Ustaz Pahrol). Nampaknya memang perlu kahwin dengan orang yang kita sayang dan sayang kita ya. Hehe.

Selain itu, soal hantaran perkahwinan pula. Ni yang aku copy dari facebook la.

Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini
dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung :-
UPSR, PMR/SRP : RM1,000 - RM3,000
SPM : RM3,000 - RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 - RM12,000
DEGREE : RM12,000 - RM15,000 2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 - RM20,000
PHD : RM20,000 - RM30,000
Ngeri betul aku tengok. Aku yang perempuan ni pun ngeri apatah lagi lelaki. Haha. Ok, berbalik kepada Fatimah tadi. Kalau boleh, bila dia berkahwin nanti, dia tak mahu membebankan suaminya dengan hantaran sebegitu. Kalau boleh dia akan cuba meminta ibu bapa meminimumkannya. Mungkin minimum yang membuatkan orang lain mula berfikiran negatif terhadapnya? Ish3 (macam dalam video matlutfi90 tu).  Bukan apa, dia tidak mahulah membebankan orang yang dia sayang. Kalau dia tengok orang yang dia sayang menanggung bebanan, dia pun terasa berat bebanan tu sekali. Uhh..!! Tak sanggup rasanya. Berat mata ni memandang. Sedih tengok. Kalaulah dia tak berjaya memujuk ibu bapanya untuk mengurangkan hantaran, dia sendiri akan sama-sama membantu untuk mengumpul duit hantaran tu. Yela, nanti kalau bakal suaminya berhutang banyak, dia juga yang susah. Baik bantu awal-awal. So, siapa yang layak mendapat bantuan ini semua? Mestilah orang yang terbaik juga. Sebab itulah dia memilih. 


Katakanlah sebab terlalu memilih ni, dia terus tak jumpa calon. Macam mana? Hehe. Ntah. Aku ni pun satu hal gak. Memilih gak kadang-kadang. Atuk dah tanya dah hari tu. Bila nak jadi puan. (Naseb baik aku ni lambat pick up sket, aku igtkan puan tu nenek. Yela, orang nogori panggil nenek tu puan or wan. Aku dokla pk, camnela aku nak ada cucu, kawen pon tak lagi. Jangankan cucu, anak pun tak dapat. Sambil buat muka 'blur' depan atuk. Lama gakla baru aku dapat pick up maksud atuk tu. Keke)


Okeh! Sekian sahaja hujah aku. Bukan apa, kadang-kadang teringin juga memberitahu orang-orang di luar sana yang tak senang kalau perempuan ni memilih dan jual mahal. Siap cakap jangan memilih, nanti tak laku, baru tahu. Kalau orang cakap camni, aku nak jawab apa ya? Takpelah, nanti jumpalah tu idaman hati. (",)v
Macam-macam ragam manusia. Hee.

Saturday, September 3, 2011

Status kamu di Facebook??

Alya sedang menaip kertas kerja di laptopnya. Dia perlu menyiapkan segera segalanya sebelum cuti ini.
"Aiyak..!! susahnya nak bt discussion ni. huhu", dia mengomel sendirian.
Sedang dalam kepeningan itu, tiba-tiba dia dikejutkan dengan chat box yang masuk. Apabila melihat nama orang yang menghantar chat melalui ym nya, dia mula tersenyum. Rupa-rupanya sahabat baiknya, Fauzana.

Alya memang selalu berbual-bual dengan Fauzana, sama ada melalui ym atau telefon. Bukan apa, kadang-kadang memang seronok berbincang dengannya. Pelbagai perkara boleh dikongsi. Kadang-kadang time tula sesi luahan perasaan, nak buat confession ke, bertanya khabar atau perancangan terbaru. Alya juga selalu merasa senang dan gembira apabila berbual-bual dengan Fauzana. Jadi apabila Fauzana mula "BUZZ" dia ym nya, dia sudah mula tersenyum dahulu. Mungkin kerana memikirkan pasti ada yang kelakar dan seronok yang ingin disampaikan oleh Fauzana kepadanya. 

Fauzana : As salam
Alya      : Waalaikumussalam

Mereka pun memulakan perbicaraan mereka. Pelbagai perkara dibincangkan, sampailah ke suatu tajuk baru perbualan.

Fauzana : Alya, lupa nak beritahu hang. 
               Minggu lepas aku pi Bangi, jumpa  Emma semua. 
               Hang nak tahu tak,  Emma tanya aku, "Aku tengok Alya macam
               jiwang-jiwang ja sekarang ni. 
               Ada apa-apa ka? Aku terus tergelakla.

Adeh..!! Alya pun memang dah tak dapat menahan ketawa. Dia terus tergelak besar. Aduhai....Macam mana pula Emma boleh terfikir macam tu ya? Rasaya mesti dia tengok post aku kt facebook. Dan mungkin juga status2 aku kat ym. Haha. Oleh sebab itu, Alya mula mengawal dan menapis dahulu apa sahaja yang ingin dia pos, terutamanya di fb. Kalau dekat ym tu, kurang sikit tapisan sebab tak ramai sangat yang ada akaun ym dia. Hmm. Kalau 'pakcik' pun, dah lama dia buat 'permenently invisible' padanya. [Hmm..agaknya betul ke 'pakcik' nak masuk UTM naik sem ni? Aduhaiii...risau aku dibuatnya. Dia ni pun satu, dah elok2 jadi engineer kat KL sana, pi benti dan masuk UTM buat apa. Huhu]

Hmm. Nampaknya bukan Alya seorang sahaja yang perlu menapis post atau statusnya di FB, aku pun kena gak. Kalau ikutkan hati, tadi ingat nak letak satu status ni kat FB. Aku jumpa statement ni kat Islamic page. Tapi, nak share kt wall FB nanti ada orang tegur pula. So, share kat sini saja.
Dear future husband ♥
I need you to take me to the Mosque when i don’t feel like it, bring me beautiful prayer rugs to make me want to pray, read me surah from the Qur’an so that i can understand this beautiful religion that i feel like i have been shirking for such a long time. I need you to do this because i want to be there for you in Jannah waiting by that big beautiful gate with my hand reaching for yours..:)) ---------c0pied-----------
Best kan ayat ni? Hee.

Sunday, July 24, 2011

Secreto de amor

Apabila membincangkan tentang hati dan perasaan, kita mungkin akan menemui jalan buntu. Memang tidak dinafikan hati dan perasaan itu sangat sukar untuk ditafsir. Kadang-kadang ia akan berubah mengikut situasi, keadaan persekitaran atau kehadiran orang-orang sekeliling. Kalau cakap tentang hati, pasti akan terkait dengan cinta dan kasih sayang. 

Kebiasaannya hati kita akan mudah terguris jika bersama orang yang paling kita sayang. Maksudnya semakin kita sayang seseorang itu, semakin mudah kita terasa jika dia melakukan tindakan tertentu yang tidak kita senangi. Walhal, jika tindakan tersebut dilakukan oleh orang lain, mungkin tidak akan memberi kesan langsung kepada diri kita. Bercakap tentang perasaan sayang, mungkin saya boleh kaitkan dengan lagu Westlife - Flying Without Wings. Kenapa lagu ini ya? Entahlah. Bila dengar lagu ni, saya merasakan memang betul apa yang diperkatakan. Jika kita menemui sesuatu benda yang yang istimewa itu, kita akan merasa lengkap. Benda yang dimaksudkan adalah pelbagai. Mungkin juga cinta?? Persahabatan?? Keluarga bahagia?? Kejayaan?? Who knows right. 

Katakanlah benda istimewa itu adalah cinta. Kita akan merasa sangat gembira dan bahagia walaupun hanya melihat wajah orang yang dicintai. Kadang-kadang kekasih hati kita tu, takdala hensem/cantik manapun, orang lain berganda-ganda lagi hensem/cantik. Tapi orang yang hensem/cantik tu kita tak peduli pun. Takda pun rasa macam mana yang kita rasa kat kekasih hati tu. Lepas tu, kalau tengah bahagia tu, pergi mana-mana pun asyik tersenyum saja. Muka tu pun slalu berseri-seri sentiasa. Masa itu, mulalah menyimpan macam-macam harapan. 
"Aku memang nak kahwin dengan dia seorang saja. 
Aku tak sanggup bayangkan kalau kena kahwin dengan orang lain. 
Kalau tak jadi kahwin dengan dia, apa agaknya jadi kat aku ya? Padahal aku dah sayang sangat kat dia ni."

Cuba bayangkan tengah bahagia-bahagia macam ni, sambil tu risau dengan soalan-soalan tadi, tiba-tiba perkara yang selama ini dirisaukan menjadi kenyataan. 
Kring....Kring....
Tiba-tiba hanset berbunyi. Dan nama yang terpampang tu, buah hati pengarang jantung yang telefon rupanya. Apalagi, tersenyum lebarlah. Ingatkan pelangi yang muncul, rupa-rupanya....Si lelaki tiba-tiba meluahkan sesuatu.
"Ni saya nak cakap kat awak ni. Awak jangan berharap apa-apa kat saya lagi. Saya memang tak akan kahwin dengan awak. Ni saya dah cakap awal-awal ni. Biar awak tahu. Nanti jangan terkejut kalau saya kahwin dengan orang lain"
Si perempuan tadi dah tak terkata apa-apa dah. Mulut terus terkunci, sebab terkejut. Yela, mana taknya. Tiba-tiba lelaki tu cakap macam tu kat dia. Tanpa disedari, air mata mula menitis. Memang tak dapat nak tahan lagi. Perbualan terhenti. Sunyi seketika. Si perempuan cuba mengawal perasaan supaya lelaki itu tidak menyedari yang dia sedang menangis sebenarnya. Dengan penuh kekuatan dia menjawab. "Baiklah saya faham. Nanti suatu hari nanti saya takkan terkejut." Terus telefon dimatikan.
Haa...macammana tu agaknya? Harapan telah disimpan, tiba-tiba punah macam tu saja, sebab kata-kata yang begitu ringkas seperti itu. Kalaulah aku berada di situasi tersebut, aku rasalah, aku pun akan menangis macam tu. Lepas tu, asyik memikirkan mengapa kata-kata seperti itu dikeluarkan oleh si lelaki. Hmm..aku rasalah, mungkin dia dah jumpa orang lain la tu. Orang baru yang dia memang nak sangat-sangat. Disebabkan tidak mahu kekasih lama mengganggu hubungan yang baru nak dibina, dia pun berkatalah seperti itu. Mungkin juga. Ish3..tp kalau betulla sebab tu, memang kejam betul lelaki tu.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Bila harapan telah musnah, hubungan pun telah terputus, apa akan jadi pada si gadis tadi? Mulalah merasa kehilangan. Terasa macam separuh jiwaku telah pergi [macam lagu anang tu]. Macam-macam soalan muncul, 
Kenapa dia buat aku macam tu? Apa salah aku? Apa yang aku dah buat sampai kejam sangat dia kat aku? Siapa agaknya orang lain yang telah memikat hati dia tu? macammana orangnya? cantikkah? Baikkah? Adakah dia akan menjaga hatinya dengan baik, sepertimana aku berusaha selama ni? Adakah dia akan bahagia bersamanya? Kalaulah dia benar-benar boleh bahagia, tidak mengapalah. Biarlah aku mengundur diri. Apa yang membahagiakan untuknya sepatutnya membahagiakan aku juga. Biarlah aku membawa diri sendiri. Aku akan cuba mengubati perasaan ini sendiri. Dan..aku tak tahulah sama ada aku akan jatuh cinta lagi selepas ini. Kalau semasa bersendirian tu, tiba-tiba mengalir air mata tu, memang biasalah tu. Jadi cuba sibukkan diri.

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu. 
Bila ada orang lain mula meng'usha' kita akan menolak. Sebab memang tiada perasaan tertarik kepada mereka. Jika ada yang bertanya, "sampai bila ko nak jadi macam ni?". Kita akan mula terfikir. Entahlah, mungkin sehingga aku bertemu seseorang. Padahal, kita sendiri pun tidak pasti, adakah kita akan bertemu orang yang boleh menarik hati kita kembali. Hati yang telah banyak dilukai oleh kaum sejenisnya. Mampukah? Kita pasti akan bercakap dalam hati.."aku tak rasa akan jatuh cinta lagi. Rasanya memang tak mungkin." Penuh yakin kita berkata-kata. Tetapi dalam hati jela. Tidak berani beritahu orang lain, sebab nanti orang kata kita dah tutup hati kita pula.


Tetapi kan....tahukah kita bahawa sebenarnya tidak mustahil untuk kita terpaut lagi pada seseorang. Walaupun kita mengatakan tidak mungkin, tetapi hakikatnya tidaklah seperti itu, selagi mana kita masih mempunyai hati yang masih mampu menyayangi diri kita sendiri.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Contohnya seperti drama korea yang penuh air mata (hehe) iaitu Winter Sonata. Serius! Memang sedih cerita tu. Aku siap menangis lagi. Macam aku pula yang berlakon dalam tu. Heroin dia memang tidak pernah jatuh cinta lagi selepas kematian lelaki yang dicintainya. Sampaila 10 tahun kemudian dia bertemu dengan seorang lelaki yang mirip dengan kekasih lamanya. Walaupun sikap kedua mereka berbeza, tetapi akhirnya dia jatuh cinta kembali. Dan rupa-rupanya lelaki itu memang benar kekasih lamanya yang telah hilang ingatan. Kuatnya dia menahan dugaan demi dugaan. Huhuu.

Hakikatnya, kalau pernah terluka, ubatilah dengan harapan dan cinta juga. Pasti ada hikmah di atas segala kejadian yang berlaku. Mungkin pada ketika itulah baru kita sedar, sebenarnya kita telah jauh melupakan Allah. Kalaulah kita tidak terluka seperti itu, pasti akan terus lupa bahawa ber'couple' itu sebenarnya haram. Bersyukurlah kerana Allah telah memanggil dan mengingatkan kita kembali. Jangan mensia-siakan peluang yang Allah dah beri kepada kita. InsyaAllah.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216).
Jika ditanyakan kepada dua hati yang sedang bercinta, siapakah yang lebih cintakan pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya. Jadi, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai Yang Esa. Jika kita bersama-sama cintakan Yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan. [Love notes for my future husband...hee]

p/s: Tidak puas hati sebab tidak dapat jumpa buku karangan Ustaz Pahrol Mohd Juoi..Nota Hati Seorang Lelaki dan Di Mana Dia DiHatimu. Kawanku kata buku tu best..nakla beli. Tapi tak jumpa tadi. Huhu.


Sunday, July 17, 2011

Perjalanan Menuju Ilahi

Hidup ini merupakan satu perjalanan. Allah telah menciptakan Adam dengan tanah dan pasangannya Hawa melalui tulang rusuk Adam. Bermula daripada mereka, mulalah berkembang biak kumpulan manusia seperti yang ada sekarang. Daripada 1 pasangan, lahirnya pelbagai kaum dan bangsa, sehinggalah kita dilahirkan oelh ibu bapa kita. Sebelum kita dilahirkan, ruh kita semua telah dikumpulkan di ALAM RUH. Semasa di sana, Allah telah mengambil janji daripada kita:
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak Adam dari tulang punggungnya dan Tuhan mengambil kesaksian sari mereka sendiri, firmanNya: Bukankah aku ini Tuhanmu? Mereka (roh manusia) menjawab: Benar! Kami telah menyaksikan. Nanti di hari kiamat agar kamu tidak mengatakan bahawa kami lalai tehadap hal ini." [Al-A'raf:172]
Ya! kita telah berjanji kepada Allah dan mengakuinya. Setelah itu, ruh kita mula ditiupkan ke dalam rahim ibu. Inilah alam kedua yang kita jalani, ALAM RAHIM. Selama lebih kurang 9 bulan kita berada di sini. Pada ketika ini kita sudah mula belajar sedikit demi sedikit tentang kehidupan, melalui tindakan ibu kita.
Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan) oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat. [Al-Insan : 2] 
Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang kemudian Kami balut tulang- tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. [Al-mukminun : 14]
Fetus mula mempelajari dan mendengar apa yang dilakukan oleh ibunya. Ketika ini adalah amat digalakkan untuk ibu memberi pemakanan yang sihat dan bernutrien kepada fetus tadi. Apa yang dimaksudkan dengan nutrien bukan sahaja yang baik untuk perkembangan otak dan fizikal bayi, tetapi juga dari segi rohani bayi. Adalah amat penting untuk si ibu banyak membaca al-quran untuk diperdengarkan kepada bayi. Ayat-ayat yang baik untuk diamalkan ketika mengandung adalah seperti surah Al-Fatihah, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-nahl ayat ke 78 dan surah al-A'raf ayat 189. Surah Luqman baik untuk memberi nasihat kepada bayi sejak diawal kandungan lagi manakala Surah Yusuf baik dibaca, mudah-mudahan dengan izin Allah, bayi yang dilahirkan mempunyai paras yang segak dan menawan.

Setelah lengkap, kita akan mula dilahirkan dan bermulalah perjalanan kita di ALAM DUNIA. Ya! sekarang kita berada di alam ke 3 dalam perjalanan hidup kita. Di sinilah kita perlu melakukan sebanyak mungkin amalan untuk dibawa bekalan ke akhirat kelak. Pada masa ini jugalah kita mesti melaksanakan semua janji yang telah kita berikan kepada Allah semasa kita di alam ruh. Sesetengah manusia tidak menyedari hakikat ini. Mereka sewenang-wenangnya melakukan kerosakan di muka bumi ini. Mereka juga melakukan bermacam-macam kezaliman. Kezaliman kepada diri mereka sendiri seperti tidak menunaikan solat, tidak menutup aurat, tidak mengucapkan perkataan yang baik dan sebagainya. Ada juga yang melakukan kezaliman terhadap Allah dengan meninggalkan amar makruf nahi mungkar. Serta kezaliman-kezaliman yang lain. Di alam ini jugalah kita menemui pelbagai karenah manusia. Lebih-lebih lagi kita telah berada di akhir zaman. Terlalu takut saya melihat pelbagai kepincangan dilakukan oleh orang-orang tertentu. Begitu juga diri saya. Saya merasa takut sekali jika saya juga terjebak di antara golongan yang mengumpul dosa. Nauzubillahiminzalik. 
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat
mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".
Daripada Anas r.a. berkata, "Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Di antara tanda qiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus limapuluh orang perempuan." [H.R. Bukhari Muslim]
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah". Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai". [H.R. Ibnu Majah]
Saya menyeru kepada semua kaum muslimin dan muslimat dan diri saya sendiri supaya berhati-hati dalam menghadapi tipu daya dunia akhir zaman ini. Terus terang saya katakan bahawa saya amat gerun melihat pelbagai kepincangan yang berlaku di sekitarku. Kadang-kadang membuatkan kita keliru siapakah sebenarnya yang berada di pihak yang benar, dan siapa pula yang salah. Siapa yang menganiya dan siapa yang dianiaya. Siapa yang menfitnah dan siapa yang difitnah. "Ya Allah jauhkan aku dan orang-orang yang aku cintai dari tipu daya dunia yang fatamorgana. Sesungguhnya aku takut kepada-Mu. Aku sangat takut tergelincir dari landasanmu Ya Allah. Selamatkanlah kami. Amin Ya Rabbalalamin."


Alam seterusnya yang akan kita jelajahi adalah ALAM BARZAKH. Di sinilah kita akan dipersoalkan tentang beberapa perkara oleh malaikat Mungkar dan Nangkir. Soalan ni memang dah lama bocor. Tapi, adakah kita dapat menjawabnya dengan baik? Wallahualam. Itu terserah kepada amalan kita semasa di dunia. Apa akan jadi kepada kita jika kita gagal menjawab soalan ini?
Siapakah Tuhan Kamu? ALLAH --- Siapa pula nabi kamu? MUHAMMAD S.A.W --- Apa agama kamu? ISLAM --- Apa pegangan hukum kamu? AL-QURAN
Abu-Laits berkata: "Siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur maka harus menlazimi empat dan meninggalkan empat iaitu:
1-Menjaga sembahyang lima waktu
2-Banyak bersedekah
3-Banyak membaca al-quran
4-Memperbanyak bertasbih (membaca: Subhanallah walhamdulillah wal'aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah)
Semua yang empat ini dapat menerangi kubur dan meluaskannya.

Adapun empat yang harus ditinggalkan ialah:
1-Dusta
2-Kianat
3-Adu-adu
4-Menjaga kencing, sebab Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya siksa kubur itu kerana kencing. (Yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya.)
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Innallahha ta'ala kariha lakum arba'a: Al'abatsu fishsholaati, wallagh wu filqira'ati, warrafatsu fisshiyami, wadhdhahiku indal maqaabiri. (Yang bermaksud) Sesungguhnya Allah tidak suka padamu empat, main-main dalam sembahyang dan lahgu (tidak hirau), dalam bacaan quran dan berkata keji waktu puasa dan tertawa didalam kubur."
Muhammad bin Assammaak ketika melihat kubur berkata: "Kamu jangan tertipu kerana tenangnya dan diamnya kubur-kubur ini, maka alangkah banyaknya orang yang sudah bingung didalamnya, dan jangan tertipu kerana ratanya kubur ini, maka alangkah jauh berbeza antara yang satu pada yang lain didalamnya. Maka seharusnya orang yang berakal memperbanyak ingat pada kubur sebelum masuk kedalamnya."
Sufyan Atstsauri berkata: "Siapa yang sering (banyak) memperingati kubur, maka akan mendapatkannya kebun dari kebun-kebun syurga, dan siapa yang melupakannya maka akan mendapatkannya jurang dari jurang-jurang api neraka."
Ali bin Abi Thalib r.a. berkata dalam khutbahnya: "Hai hamba Allah, berhati-hatilah kamu dari maut yang tidak dapat dihindari, jika kamu berada ditempat, ia datang mengambil kamu, dan bila kamu lari pasti akan terpegang juga, maut terikat selalu diubun-ubunmu, maka carilah jalan selamat, carilah jalan selamat dan segera-segera, sebab dibelakangmu ada yang mengejar kamu yaitu kubur, ingatlah bahawa kubur itu adakalanya kebun dari kebun-kebun syurga atau jurang dari jurang-jurang neraka dan kubur itu tiap-tiap hari berkata-kata: Akulah rumah yang gelap, akulah tempat sendirian, akulah rumah ulat-ulat."
 Akhir sekali kita akan menemui ALAM AKHIRAT. Inilah hala tuju perjalanan hidup kita sebenarnya. Dunia ini hanyalah persinggahan dan hadir sementara sahaja. Ada dua tempat tinggal sahaja nanti di alam ini. Iaitu SYURGA dan NERAKA. Jika ditanya kepada semua hamba Allah, apakah tempat pilihan mereka, pasti semuanya akan menjawab syurga. Tetapi adakah perkara yang kita lakukan mendorong kita ke syurga atau sebaliknya?? Ya Allah, sesungguhnya aku sangat takut akan siksa api neraka-Mu. Jauhkanlah aku, ibu bapaku, adik-beradikku, sahabat-sahabatku, orang-orang yang aku cintai serta kaum muslimin dan muslimat dari seksa api nerakamu. Amin Ya Rabbalalamin.

Di akhirat para penghuni neraka akan menjalani hukuman berupa siksa yang sangat pedih. Siksaan yang mereka derita dalam neraka itu bermacam-macam sekali, sebagaimana yang difirmankan Allah seperti berikut:
“Dalam neraka Jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan punggung mereka.” (At-Taubah [9]:35).
“Ketika belenggu dan rantai dipasang di leher mereka, supaya mereka diseret, kedalam air yang sangat panas, kemudian mereka dibakar dalam api.” (Al-Mu’min [40]:71-72).
“Peganglah dia kemudian seretlah dia ketengah-tengah neraka. Kemudian tuangkanlah di atas kepalanya seksaan (dari) air yang amat panas. Rasakanlah, sesungguhnya kamu orang yang perkasa lagi mulia.” (Ad-Dukhan [44]:47-49).
“Peganglah dia lalu belenggulah tangannya kelehernya. Kemudian masukkanlah dia ke dalam api neraka yang menyala-nyala. Kemudian belitlah dia dengan rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta.” (Al-Haqqah [69]:30-32).
 “Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian dari api neraka, disiramkan air yang sedang mendidih ke atas kepala-kepala mereka. Dengan air itu dihancur luluhkan segala apa yang ada di dalam perut mereka dan juga kulit-kulit mereka. Dan cambuk-cambuk dari besi. Setiap kali mereka hendak keluar dari neraka lantaran kesengsaraan mereka, maka mereka dikembalikan kedalamnya, (serta dikatakan kepada mereka): “Rasailah azab yang membakar ini.” (Al-Hajj [22]:19-22).
Siksaan di dalam neraka yang paling ringan diberikan sandal api yang bisa membuat otak mereka mendidih.
“Sesungguhnya penghuni neraka yang paling ringan siksaannya ialah orang yang diberi sepasang sandal yang talinya terbuat dari api neraka, lalu mendidihlah otaknya karena panasnya yang laksana air panas mendidih di dalam periuk. Dia mengira tiada seorangpun yang menerima siksaan lebih dahsyat dari itu, padahal dialah orang yang mendapat siksaan paling ringan.” (HR. Bukhari-Muslim).
Disebutkan didalam salah satu hadist, bahwa penghuni neraka yang terbanyak adalah dari kalangan perempuan.
“ …orang-orang ahli neraka telah diperintahkan masuk neraka maka ketika saya berdiri di dekat pintu neraka tiba-tiba kudapatkan kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah orang-orang perempuan.”
Nauzubillahiminzalik! Ya Allah, aku adalah kaum wanita. Kaumku adalah merupakan penghuni neraka yang terbanyak. Sesungguhnya aku sangat takut tergolong dalam golongan yang banyak itu. Ya Allah jauhkanlah aku, ibu bapaku, adik-beradikku, orang-orang yang aku cintai serta muslimin dan muslimat dari siksa api nerakamu yang menyala-nyala. Ampunkan dosa-dosa kami. Kami amat takut kepada-Mu Ya Allah. Amin.

Mari menghayati bait-bait lagu nasheed ini. **Menanti Di Barzakh dari Far East**

Thursday, May 26, 2011

Ukhuwah Fillah

Aku seorang yang biasa sahaja
Seorang sahabat yang biasa di antara kawan2 ku
Aku memang susah nak rapat betul2 dengan seseorang
Kalau berkawan pun, sekadar kawan
untuk menjadi kawan baik tu...
sangat sukar

Tapi.....
Aku telah bertemu seseorang
Akhirnya...
aku bertemu dengan seorang sahabat baik
kawan baiklah
Rapat sangat
Macam mana aku bole rapat dengan dia?
Mungkin kerana kami serupa
cara dia berfikir, cara aku berfikir
kebijaksanaan dia, kematangan dia
seolah2 serupa denganku
latar belakang keluarga yang sama
iaitu, kami sama2 dari keluarga yang besar
dia pun baik orangnya
bersih hatinya
terus-terang aku cakap
selama aku kenal dia...
dia memang seseorang yang sangat bersih hatinya
baik sangat
mungkin tu buat aku suka berkawan dengannya

Walaupun sekarang
kami sudah berada jauh antara satu sama lain
kerana aku di selatan, dan dia jauh di utara
aku tetap rajin menghubungi dia
tak kisahlah melalui telefon atau internet
persahabatan kami tidak akan terputus
Selamanya...(itu yang aku harapkan)

Betul...!
kami memang rapat
sangat selesa berkawan
kalau dia gembira, aku memang dapat rasa kegembiraan itu
kalau dia sedih, aku turut terasa kesedihan itu
aku tak sanggup membayangkan jika dia berada dalam kesedihan
aku harap dia sentiasa gembira dan bahagia selamanya
Di Dunia dan Akhirat
SEMOGA PERSAHABATAN KITA AKAN KEKAL SELAMANYA

p/s: Syukur sangat, kerana Allah mempertemukan aku dengannya. (",)v

Monday, May 2, 2011

Sama Tapi Tidak Serupa

Assalamualaikum semua..Hee
Rasanya macam dah lama sangat aku tak menaip kat blog ni. Al-maklumla banyak sangat perkara yang perlu difikirkan sampai tidak sempat untuk memikirkan tentang entri di blog.

Hurm. Tadi aku terbaca satu komen di blog yang mengatakan di dunia ini ada 7 orang yang mempunyai rupa yang serupa. Betul ke? Ntahla. Tapi memang ada yang kita dah jumpa yang seiras. Contohnya seperti Ziana Zain dengan Jennifer Lopez. Sama kan muka diorang? Hee.

Bercakap tentang wajah seiras ni, aku nak cerita sebuah kisah mengenai Farah.

Pernah suatu hari ni, semasa Farah ingin menghadiri suatu mesyuarat program. Memang tak dinafikan, sebelum masuk ke dalam bilik tutor tu, terasa semacam saja dan macam ragu-ragu nak masuk. Terasa macam nak tunggu kat luar pintu saja. Tapi sebab fikirkan tentang kawannya yang seorang ni, tak sampai hati la pula nak biar dia masuk sendirian. Maka, dia pun masuklah. Bila Farah mula membuka pintu bilik tutor tu saja, dan mula melangkahkan kaki kanannya, sambil mata menumpu ke arah dalam bilik tutor tu.....jeng...jeng...jeng.....

Rupa-rupanya kat depan dia ada seorang lelaki tengah memandang ke arah pintu tu. Jadi, tanpa disengajakan mereka pun bertentang mata sekejap. "Aiyark! Aku tengok lelaki tu macam terpegun je tengok aku".  Farah berbisik dlm hatinya...kehkeh
"Perasan la ni, konon dia terpegun....padahal..." Lama juga lelaki itu merenung Farah ni. Bila dia dah masuk dan duduk di kerusi belakang pun mat ni sempat menjeling-jeling ke arah belakang. Farah mulalah memikirkan apa agaknya yang si lelaki dok pandang-pandang dari tadi. Padahal, aritu dia rasa dah dah sangat selekeh dah tu. Aiyoyooo.


Hari berganti hari mereka pun mula berkawan. "Setiap kali meeting program saja jumpa. Lain hari mana ada masa. Nombor telefon pun tak ada." Hanya sebagai rakan seprogram. Pada suatu hari, akhirnya si lelaki mula meluahkan sesuatu yang terpendam di hatinya.

"Farah, sini kejap", panggil si lelaki
"Kenapa?", Farah menjawab.
"Awak tahu tak, saya suka tengok muka awak. Nak tahu kenapa?". Dalam hati Farah mengomel 'dah tahu dah. Awak selalu pandang saya curi-curi. Ingat saya tak nampak?'

"Nak, kenapa?"
"Sebab muka awak sama macam muka ex saya"
"Yeke? Memang serupa ke? Sebijik?"
"Irasla. Mirip sikit. Tapi sekarang kami dah tak da apa2"
"Kenapa?"
"Dia belajar medic kat mesir. Dia jumpa orang lain kat sana"
"Owh, yeke."

Dan setelah dia memberitahu perkara tersebut, tahulah Farah mengapa semasa hari pertama dia bertemu dengan lelaki itu, mat seolah-olah terpegun. Rupa-rupanya dia bukannya terpegun, tetapi TERKEJUT!!...Hahahaha. Perasan je lebey Farah ni...kehkeh


p/s: Agaknya kan, apa perasaan kita kalau kita berjumpa dengan orang yang mirip dengan kita. Memang ada seseorang yang pernah menyatakan aku juga mirip seseorang. Seseorang yang mungkin sudah hampir tamat belajar medic di Mesir. Teringin aku bertemu dengannya untuk mengetahui bagaimana mirip yang di maksudkan.