Showing posts with label Wanita. Show all posts
Showing posts with label Wanita. Show all posts

Tuesday, March 5, 2013

Terungkainya Misteri

12/02/2013
Syakila  : Dayah, bufday dayah bulan ni kan? Berapa hb?
Hidayah : Aah. Bulan ni. 28 Feb. Aik macam mana tau bufday bulan ni? Hehe
- - - - - -  Sms terhenti..Syakila tak reply pertanyaan - - - - - - 
**dlm fikiran => Mungkin Syakila busy. Tak apalah. Lagipun tak terlalu penting untuk dijawab.

18/02/2013
Hidayah : Syakila, ada kat bioinfo? 
(kalau ada, konon nak pi jumpa, bual2..lama dah tak jumpa..rindu pula)
- - - - - -  Sms terhenti..Syakila tak reply pertanyaan - - - - - - 
**dlm fikiran => Mungkin Syakila tak ada kredit nak reply.

19/02/2013
Hidayah : Salam. Jomlah datang MSI. Ada ceramah Maulidulrasul. Ajak Ruby sekali ^^v
- - - - - -  Sms terhenti..Syakila tak respon ajakanku - - - - - - 
**dlm fikiran => Mungkin Syakila tak ada kredit nak reply.

21/02/2013
Hidayah : Salam. Ada kat bioinfo skang? (kalau ada, ingat nak jumpa..berkongsi cerita..hehe)
- - - - - -  Sms terhenti..Syakila tak reply pertanyaan - - - - - - 
**dlm fikiran => Mungkin Syakila tak ada kredit nak reply. Lama juga Syakila tak topup2. Mungkin dia nak berjimat.

Petang, pada hari yang sama : Semasa sedang menjaga makmal, Syakila datang dan sempat berbual sekejap. Tiba2 Kak Su panggil untuk mengajar pelajar apa yang perlu dilakukan. Sebab Dr. dah keluar. Aku terpaksa menghentikan perbualan. Terasa bersalah kat Syakila. Maka aku pun menghantar sms selepas itu..

Hidayah : Salam. Syakila, sory tadi tak sempat nak berbual. InsyaAllah nanti kita jumpa ya.
- - - - - -  Sms terhenti..Syakila tak reply - - - - - - 
**dlm fikiran => Syakila marah aku ke? Atau terasa hati? Takla. Mungkin Syakila tak ada kredit nak reply.

28/02/2013
**dlm fikiran => Hari tu Syakila tanya pasal bufday. Tapi kenapa dia tak ada bagi ucapan pula. Pelik.

04/03/2013
Salam. Syakila, terima kasih bnyk2. ^^v
(tiba2 ada hadiah diletakkan di atas mejaku)
- - - - - -  Sms terhenti..Syakila tak respon sms ku - - - - - - 
**dlm fikiran => Mungkin Syakila tak ada kredit lagi nak reply. Lagipun sms ni tak reply pun tak apa.

Sampai malam pun, Syakila masih tak reply. Tiba2 rasa nak call, bertanya kabar. Tapi, tetiba risau akan mengganggu dia. Yela, dia kan penat bekerja siang hari. Takut2 malam dia nak rest. Hmm. Tak jadi nak call.

05/03/2013
**Kring...kringggg
Syakila call...
Syakila : Hidayah, dapat msg saya tak?
Hidayah : Msg? Hantar bila? harini rasanya tak ada langsung.
- - - - - - perbincangan diteruskan untuk mencari punca sms tidak diterima - - - - - - 

dan.....AKHIRNYA, berjaya dirungkai misteri, setelah sekian lama. Nama syakila termasuk dalam "Block Address". Maka, semua sms dari Syakila akan masuk ke "Spambox". Setelah di cek Spambox, ada 14 sms yang tak dibaca, bermula 12/02/2013. Macam mana boleh masuk Spambox? Aku tak pernahla pula filter nombor sesiapa.

Al-maklumlah, aku ni tak rajin nak explore kecanggihan HP...Walaupun HP tak canggih. Sebab tu la tak ada rasa nak pakai "Telefon Pintar". Uhuhuhu. 

P/S : Rasa kelakar pula dengan kejadian ni. Setiap kali Syakila tak reply sms ku, aku fikir dia tak ada kredit. Tapi, dalam masa yang sama pelik juga, sebab bila dia datang lab tak ada pula dia beritahu. Gayanya macam dia tak ada dapat sms dariku langsung.

Syakila pula berfikiran..Adakah aku marah atau terasa hati dengannya? Sebab aku tak pernah balas sms dia.  Maka akhirnya dia call dan bertanyakan perkara tersebut. Takut2 dia ada melakukan sesuatu yang tidak menyenangkanku. Hehe

***Aku mencintaimu kerana Allah. Ukhuwah Fillah. Semoga persahabatan ini akan membawakan pertemuan semula di Jannatul Firdaus nanti. Amin. Aku bertemu seorang lagi sahabat, selepas Nadiah^^v. Lama tak call Nad. InsyaAllah2. Akan diusahakan.



Friday, February 1, 2013

Prof Dr Muhaya Muhamad - Islam Itu Indah IkimFM : 30 Jan 2013 Celik Mata Reset Minda Bakal Pengantin

Assalamualaikum.
Saya ingin berkongsi tentang suatu slot di IKIM.fm yang pada pandangan saya sangat menarik. Dan amat-amat perlu diketahui oleh semua muslimin dan muslimat terutamanya yang belum berumahtangga dan ibu bapanya. 

Slot ini disampaikan oleh Prof Muhaya. Sedikit ringkasan akan dikongsikan dalan blog ini. Tetapi lebih baik kalau terus dengar slot dari Prof Muhaya sendiri di link ini.



Okeh, ini sedikit nota yang boleh dikongsi :-
  1. Wanita yang tinggi harga diri dan yakin pada dirinya, tidak berharap penghargaan manusia tetapi hanya redha Allah, AKAN MELETAKKAN MAS KAHWIN YANG MEMUDAHKAN PIHAK LELAKI dan menganggap wang belanja bukan STATUS KETINGGIKAN HARGA DIRI dan KEMULIAAN DI PANDANGAN MATA MANUSIA. 
  2. KeSOLEHan, keTAQWAaan, keIMANan, sifat IHSAN dan TAWAKKAL serta menjaga AURAT, PERGAULAN dan SOLAT adalah harga diri sebenar seorang wanita.
  3. Jadilah pemerhati diri kita sendiri. Kita meminta belanja untuk Allah atau manusia?
  4. MARRIAGE PLANNER yang penting, bukan WEDDING PLANNER. Wedding planner hanya merancang majlis untuk satu hari, tetapi marriage planner adalah perancangan hidup selepas perkahwinan sama ada membawa ke syurga atau ke neraka.
  5. Cadangan untuk pergi honeymoon UMRAH. Jadi memulakan perkahwinan dengan kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah.
  6. Pastikan majlis perkahwinan jauh dari MURKA ALLAH, bimbang perkahwinan tidak diberkati Allah. Baru 2, 3 bulan kahwin, dah bergaduh.
  7. Apa-apa jadi dalam hidup, jangan fikirkan tentang peristiwa itu, tetapi fikirkan tentang pemberi peristiwa (ALLAH).
  8. Sebelum memilih pasangan pastikan buat ISTIKHARAH, KENALI BAKAL SUAMI dan KELUARGANYA, tentukan sama ada dia SOLAT  cukup 5 waktu atau tidak, bacaan AL-FATIHAH betul, boleh jadi IMAM, cuba BERBINCANG dengannya apa TUJUAN HIDUPNYA, dan ERTI KEHIDUPANNYA.
  9. Jangan terlalu memikirkan tentang PENYESALAN MASA LALU dan KEBIMBANGAN MASA DEPAN, sehingga mengabaikan MASA KINI.
  10. Di sebelah perempuan, kalau orang tanya berapa mas kahwin atau belanja, jawab "TAK KISAH". Kalau orang tanya kenapa mudah sangat, jawab "SAYA TAK PENTINGKAN APA YANG ANAK TUAN BERI PADA ANAK SAYA PADA HARI PERKAHWINAN TETAPI SAYA PENTINGKAN BAGAIMANA ANAK TUAN MELAYAN ANAK SAYA SEBAGAI ISTERI SELEPAS PERKAHWINAN"
  11. Lelaki yang paling kaya adalah hati yang selalu BERSYUKUR, lidah yang sentiasa BERZIKIR dan mendapat ISTERI SOLEHAH.
  12. Jika memilih pasangan kerana AGAMA, insyaAllah akan selamat, jika kerana KECANTIKKAN akan hina. Jangan jadikan cantik sebagai kriteria, tetapi UTAMAKAN AGAMA (terutamanya lelaki).
  13. Pasangan yang kerap keluar bersama dengan alasan untuk membeli barang pengantin, minta maaf. Jika mulakan perkahwinan dengan maksiat, bagaimana nak bahagia? JAGALAH PERGAULAN supaya mendapat kemanisan selepas perkahwinan.
  14. Sebab apa kita berkahwin? Jika berkahwin kerana CINTA, SIA-SIA sebab cinta akan hilang tetapi jika berkahwin kerana Allah, akan berkat dan cinta akan datang sendiri.
  15. Untuk mendapatkan kad kahwin percuma pergi ke kadkahwinpercuma.com.
  16. Pilih pasangan yang sekufu kerana PEMIKIRAN yang sama sangatlah penting.
  17. Kalau jumpa orang JANGAN TANYA SOALAN PERIBADI. Busy body, kepochee betul! Jadilah orang yang membuat orang lain gembira selepas jumpa kita, bukan sebaliknya.
  18. Kalau jumpa orang yang bercakap pelik-pelik, beritahu "Awak ni cakap macam, Prof Muhaya cakap mulut neraka". Apa yang keluar kat mulut adalah gambaran dalaman kita. 
  19. 3 JENIS MANUSIA : 1- Manusia jahat dia buat jahat pada orang yang buat baik kat dia, 2- Manusia biasa buat baik pada orang yang baik dengan dia dan buat jahat pada orang yang jahat dengan dia, 3- Manusia baik, buat baik pada orang yang buat jahat pada dia.
  20. Jangan jadi orang yang duit banyak, tapi MISKIN HATI.
  21. Betulkan NIAT setiap hati.
  22. Tentukan mas kahwin berdasarkan tahap pelajaran adalah orang yang ego.
  23. CIRI ORANG YANG HIDUP DALAM KEEGOAAN : 1- Suka bersaing, 2- Suka marah, 3- Bercakap nak betul, 4- Menilai dirinya atas perbelanjaan kahwin, pakaian atau degree, 5- Sentiasa nak lebih daripada orang lain, 6- Sangat fikir apa yang orang kata, 7- Segala pencapaiannya adalah atas hasil usahanya, bukan Allah yang tolong.
  24. CIRI ORANG YANG MEMPUNYAI KESEDARAN KETUHANAN YANG TINGGI : 1- Sentiasa memberi kerjasama, 2- Penuh kasih sayang, 3- Sentiasa melihat kebaikan dalam diri orang lain dan suasana, 4- Kalau dia buat apa2, dia lebih jaga silaturrahim daripada nak betul, 5- Murah hati, 6- Suka memperbaiki diri dan menghadiri majlis ilmu, 7- Menerima manusia seadanya. 
  25. Semakin tinggi belanja kahwin, semakin rendah harga diri wanita, SEMAKIN RENDAH BELANJA KAHWIN, SEMAKIN TINGGI HARGA DIRI.
  26. Kriteria memilih suami : letakkan agama yang utama. Jika AGAMA TAK LULUS, tak perlu tengok benda lain. Selain tu, tanya pada diri, kita nak tak bakal suami yang pernah CURANG? Sebelum kahwin pun dah curang (situasi pemanggil IKIM).
  27. Jika kita manusia jernih, ALLAH AKAN TEMUKAN KITA DENGAN YANG JERNIH (yang berciri kesedaran ketuhanan tadi), jika kita manusia yang berkeladak (yang hidup keegoaan), manusia yang berkeladaklah yang layak untuk kita.
  28. ILMU, ILMU, ILMU. Orang yang mencari ilmu, sedang menuju ke syurga.
  29. Wanita terlalu berharga, jangan benarkan orang lain gunakan kita untuk berseronok.
  30. Wanita yang baik : 1- Murah belanjanya, 2- Cepat kahwinnya, 3- Banyak anaknya.
  31. Jangan sekali-kali sebut "APA ORANG KATA", tetapi sebutlah "APA ALLAH LIHAT".
  32. Jangan hanya harap lelaki yang belanja dalam perkahwinan.
  33. Nilai seorang lelaki bukan pada berapa belanja yang dia bawa ke dalam rumah dari segi wang ringgit tetapi KASIH SAYANG, PERLINDUNGAN dan BERTANGGUNGJAWAB. 
  34. Jangan berkira pasal duit, InsyaAllah rezeki melimpah ruah.
  35. Jadikan majlis perkahwinan sebagai jalan MENUJU SYURGA.

Thursday, December 27, 2012

Bangsa yang SOMBONG dan HINA


Sudah tengok dan dengar video ini?
Apa perasaan kita bila mendengar lagu ini?
Sedih? Geram? Sakit Hati? 
Sehingga menitiskan air mata?

Lagu ini pertama kalinya aku dengar dari radio IKIM. Sangat menyentuh jiwa.
Sambil drive pulang dari lab, mendengar lagu ini, membuatkan aku menitiskan air mata.
Sampainya di bilik, aku segera mencari lagu ini di YouTube. Dan apabila melihat video ini, terus mengalir air mata kerana dapat membayangkan kesengsaraan mereka.

Apa yang difikirkan ketika mendengar lagu ini?
Aku memikirkan, sejak kecil aku hidup senang. Adik-adikku juga tidak merasai kesengsaraan peperangan seperti ini. Aku juga memikirkan tentang anak buah kesayanganku, Jannah dan Yusuf. Mereka juga tidak merasai kesengsaraan ini.
Aku mula terbayangkan jika mereka perlu melalui perkara seperti Munir ini. Air mataku terus mengalir. Kerana aku tak sanggup membayangkan betapa sakitnya perasaan aku jika mereka terpaksa melalui perkara seperti Munir.
Teringin aku pergi kepada kanak-kanak Palestin yang kekurangan kasih sayang. Pergi kepada mereka dan memeluk mereka sambil memberitahu masih ada yang menyayangi mereka. Aku juga sangat menyayangi mereka. Sedih membayangkan kanak2 itu menjalani hidup yang jauh dari kasih sayang.

Aku berfikir lagi, betapa banyaknya nikmat kita yang hidup di Malaysia ini. Kita tak merasai kesusahan peperangan seperti mereka. Tetapi malang sekali. Aku mula memikirkan dengan nikmat yang banyak ini, aku tidak menjadi hamba yang banyak bersyukur. Mengalir lagi air mataku, menyesali diri sendiri.

Aku berfikir lagi, disebabkan kenikmatan hidup ini, kita kadang-kadang leka dan alpa. Kita menjadi orang yang mementingkan diri. Kita tidak peduli nasib mereka di sana. Sedangkan mereka adalah saudara kita. Kita mempunyai kepercayaan yang sama. Mereka cintakan Allah, dan kita juga mencintai Allah. Tetapi bagaimana kita boleh membiarkan mereka sengsara sendirian. Jika di akhirat nanti Allah bertanya, siapa yang mempertahankan bumi Palestin untuk Islam? Mereka akan menjawab mereka telah berusaha mempertahankannya. Tetapi jika Allah tanya lagi, siapa yang membantu kamu mempertahankan bumi itu? Bumi suci itu? Bumi para anbiya' itu? Adakah kita ingin membiarkan mereka menjawab, "tiada sesiapa yang membantu kami. Kami hanya sendirian". Tidak takutkah kita jika dipertanggungjawabkan oleh Allah nanti. 



Aku teringat satu kisah, di zaman kegemilangan Islam dulu. Seorang khalifah mendapat berita bahawa orang kafir sedang mengganggu wanita di sebuah perkampungan. Maka khalifah itu segera memberi amaran kepada orang2 kafir itu dengan mengatakan "Jika engkau tidak berhenti mengganggu wanita kami, kami akan mempersiapkan bala tentera untuk menyerang kamu". Amaran khalifah ini membuatkan kuffar itu gerun dan tidak berani mengganggunya lagi.
Itulah kita dulu. Itulah Islam dahulu. Kuffar begitu takut dengan umat Islam. Lelaki2 muslimin pula begitu melindungi wanita-wanita pada zaman dahulu. Tetapi kini? Kuffar begitu berani membunuh wanita dan kanak-kanak Islam. Muslimin pula sangat kurang yang menjadi pelindung yang baik untuk muslimat. Malah mereka pula yang merosakkan muslimat. Marilah kita sama-sama berusaha untuk kembali menjadi seperti mujahid2 dan mujahidah2 di zaman kegemilangan Islam. Bersatulah kita.
Ketahuilah, memang agenda Yahudi, dahulu sengaja membahagi2kan kita menjadi sesebuah negara. Asalnya kita dulu dibawah satu pemerintahan khalifah. Mereka sengaja membahagikan kita supaya kita lemah dan hanya mementingkan negara kita sendiri dan bukannya semangat persaudaraan Islam.

**Jika saya salah minta dibetulkan. Yang baik dari Allah, yang buruk dari diri saya jua.

Saturday, December 22, 2012

7 Penyakit di Suntik Yahudi

Yahudi...Yahudi...Yahudi
Lagi-lagi Yahudi. Kalau kita melihat masalah2 yang dihadapi umat Islam masa kini, kita mesti akan nampak perkaitannya dengan YAHUDI LAKNATULLAH.

Sebelum pergi ke perkara sebenar yang ingin diutarakan pada kali ini, ingin saya berkongsi sedikit sebanyak tentang kaum Bani Israel, yang beragama Yahudi semasa zaman Nabi2 yang terdahulu.
Kaum Bani Israel merupakan keturunan daripada Nabi Yaakub a.s. Nabi Yaakub mempunyai 12 anak lelaki yang mana setiap seorang daripadanya satu suku menjadikan 12 suku bani Israel. Kaum bani Israel merupakan kaum yang banyak diberikan keistimewaan oleh Allah. Nabi2 dan Rasul2 juga banyak diangkat dari kalangan bani Israel. Di dalam al-Quran juga banyak diceritakan tentang kaum bani Israel ini, salah satunya di dalam Surah al-Baqarah. Bani Israel ini, sejak dahulu lagi telah banyak melakukan kerosakan. Mereka telah membunuh Nabi2 mereka, menukar ayat2 Allah mengikut keinginan hati mereka dan sebagainya. 

Berdasarkan pembacaan saya mengenai kaum Yakjuj Makjuj, didapati 10 suku bani Israel telah hilang dan tidak dapat dikesan. Bagaimana mereka hilang? InsyaAllah akan dikongsikan kemudian. Dan dari pembacaan setakat ini, dipercayai kaum Yakjuj Makjuj merupakan dari keturunan bani Israel yang hilang itu (Tetiba rasa tak sabar nak habiskan buku tu, nak tahu siapakah 10 suku yang hilang itu..uhhuhu). Dan ramai yang sedia maklum bahawa Yakjuj Makjuj (di dalam Transkripsi Yahudi disebut Gog Magog) merupakan kaum yang sangat kejam dan telah banyak merosakkan serta menghancurkan kerajaan2 utuh di zaman silam. Kisah Yakjuj Makjuj ini juga ada disebut di dalam al-Quran dan perkaitannya dengan Zulqarnain (Raja yang mempunyai 2 tanduk). 



Okeh, yang lain2 tu semua hanya nota tambahan. Perkara yang ingin diceritakan sebenarnya adalah 7 Penyakit yang disuntik oleh Yahudi kepada masyarakat Islam akhir zaman. Dan sasaran UTAMA mereka adalah golongan PEMUDA. Siapa pemuda? Iaitu orang-orang muda, dan orang-orang itu adalah KITA. Apakah 7 perkara itu?

1- Lagu -------------------------
Yahudi melalaikan umat Islam dengan lagu2 dan hiburan yang melalaikan. Itu tak termasuk lagi lagu-lagu yang mempunyai lirik2 yang mensyirikkan Allah. Nauzubillahiminzalik. Kadang-kadang, tak paham pun lirik lagu tu, main nyanyi je membuta tuli. Dan yang peliknya lagu mudah je nak hafal, ayat al-Quran jangankan nak hafal, nak baca saja pun dah terkial-kial. Kadang2 sedih bila tengok anak2 kecil yang menjadi penyanyi ke pelakon ke, masuk Tom Tom Bak ke. Sedih, sebab terbayangkan apa nasib budak ni di masa akan datang. Jika di waktu kecil saja sudah di ajar perkara2 seperti itu. 

Sebagai ibu bapa, ajarlah anak2 mu menyanyikan lagu2 yang mengagungkan Allah dan zikrullah. Tanamkan di dala diri mereka bahawa setiap tindakan mereka sentiasa diawasi Allah. Supaya mereka tumbuh dengan iman dan jati diri yang teguh dan takut melakukan dosa kerana TAHU ALLAH SEDANG MELIHAT.

2- Seks -------------------------

Kalau kita lihat sekarang zina dan maksiat berleluasa. Bayi-bayi dibuang dan dibunuh tanpa belas kasihan. Kalau zaman jahiliyyah dulu, hanya bayi perempuan ditanam hidup2. Kalau zaman Nabi Musa dulu, hanya bayi lelaki yang dibunuh oleh Firaun dan orang2nya. Tetapi zaman kita, tak kira lelaki atau perempuan, mereka dibuang atau dibunuh tanpa belas.

3- Sukan -------------------------
Eh! kenapa sukan? Tahukah bahawa, ini adalah salah satu agenda Yahudi. Kalau tengok perlawanan bola tu, sampai tinggal solat. Kalau ada bola, sanggup ni bangun awal2 pagi. Tapi kalau bangun Tahajjud tak mampu pula. Huhu. Selain tu, untuk perempuan pula, sangat susah nak lihat mereka berpakaian menutup aurat. Mereka akan disuruh berskirt, tidak bertudung dan sebagainya. Seolah-olah mengatakan kalau pakai seluar panjang dan longgar akan memberi kekalahan kepada mereka nanti sebab susah. Huhu

4- Rokok -------------------------
Hmm...Zaman sekarang ni, terlalu ramai umat Islam yang merokok. Bukankah merokok itu HARAM? Tetapi kenapa masih ramai yang melakukannya? Dan ramai yang tahu, rokok membawa banyak penyakit terutamanya kanser paru-paru. Padahal rokok tu, Yahudi yang cipta. Mereka sengaja memberikan kepada umat Islam supaya umat Islam tidak sihat dan cepat meninggal. Sedangkan mereka sendiri tidak menyentuh rokok tu. 
Note: Tahukah anda bahawa orang-orang Yahudi sebenarnya membesarkan anak-anak mereka mengikut ajaran dan cara hidup Islam. Mereka memberi makan makanan2 sunnah Nabi s.a.w. Mereka melazimi memakan Habatussauda'. Mereka tak membenarkan ibu mengandung makan makanan yang bercampur laut dan darat. Dan tidak mustahillah mengapa kita lihat orang2 Yahudi berjaya melahirkan generasi yang bijak pandai dan sihat.

5- Fesyen -------------------------
Okeh..!! Ini terutamanya perempuan. Pelbagai jenis fesyen pelik-pelik dikeluarkan pada zaman kini. Yang menambah menyakitkan hati, dinamakan pula fesyen2 tu dengan 'Busana Muslimah'. Padahal tak muslimah pun. Lepas tu, yang menciptakan fesyen tu pula, orang Yahudi. Itulah agenda mereka. Orang Islam dah terlalu leka dan alpa, sehingga tidak sedar yang mereka sedang dimanipulasi oleh kaum Yahudi.

6- Hiburan yang melampau-lampau -------------------------
Ni memang dah terang lagi bersuluh. Macam2 konsert ada sekarang ni. K-Pop la, apa2 lagilah. Konsert kat TV pun berleluasa. Kat majlis2 pun banyak konsert la, tarian la (walaupun pakai tudung, tapi tetap tak boleh. Lainlah kalau di kalangan perempuan sahaja). Kadang2 kita yang tengok ni rasa kesian kat dia yang menari or menyanyi2 tu. Kesian sebab mungkin banyak mata2 yang mempunyai 'penyakit' di hati mereka sedang melihat. Huhuhu.


7- Makanan -------------------------
Sekarang ni macam-macam makanan dan minuman ada. Kadang2 kita sendiri ragu-ragu halal ke tak. Kadang-kadang nampak ada tanda halal, tapi tetap rasa ragu-ragu. Huhuhu. Tak masuk lagi makanan yang menggunakan pelbagai bahan2 pengawet yang boleh melemahkan fizikal dan minda generasi kita. Semuanya adalah agenda mereka.



Bila memikirkannya memang terasa sedih, tapi inilah hakikat umat kita sekarang. PEMUDA2 kita sekarang. Mari kita sama-sama berubah untuk menghasilkan pemuda-pemudi seperti Sultan Muhammad al-Fateh, Salahuddin al-Ayyubi, Ali bin Abi Talib dan sebagainya. 
**Either we make history or become a history..!!

***Berderau darah tetiba. Masa tengah google tentang 10 suku bani Israel yang hilang, tiba2 ternampak "Benarkan Melayu dari keturunan bani Israel yang hilang". Hmm. Ni perlu kaji lebih lagi ni. 

Wednesday, September 26, 2012

What do you EXPECT..??

When you call someone and the person you call does not pick up the phone. 
So, you keep on calling until your phone button become loose. 
And the worse thing is, you found that  the particular person still not pick up the phone.
So, what do you expect the girl to think of...???

A- The girl want you to keep calling her and she thought she was very popular because you really want to talk to her. Is it..???
B- The girl agreed with your action because you still holding the phrase stated as "Diam tu tanda setuju" in this situation. Then you thought that the girl want you to keep on doing so...Erk!
C- The girl felt very annoyed and disturbed by your call. And she  REALLY HOPE THAT YOU STOP CALLING.
D- The girl loves to see your name on her phone screen. By not pick up the phone, she can always see your name on the phone screen. Errr...



And for your information, most of the cases...from a girl perspectives...........the answer is C. She was really annoyed with the call and thinks that she got nothing to discuss with. Especially if the person across the line is a lier...Erk..?? 

Think properly then. If you are calling someone and she does not answer, maybe you need to stop. Let say you have something important to tell, just text her. If not, she will thinks that nothing important about the call.

Tuesday, September 4, 2012

Beratnyaaa...............Aiyark!

Selepas beberapa bulan aku menghilangkan diri dari blog ni, ak kembali kini. Mahu bercerita tentang raya pada tahun ini...n...actually beberapa tahun kebelakangan ni (iaitu semenjak aku graduate dari UKM yang tercinta..haish rindu plak kat UKM)

Seperti biasa, di pagi hari raya yang mulia (1 syawal) kita akan bergegas ke masjid untuk menunaikan solat aidilfitri. Selepas habis solat terus pulang ke kampung dan memulakan perjalanan untuk ke rumah saudara-mara. Dan seperti tahun-tahun sebelumnya, pertanyaan yang hampir serupa berlaku..uhuk3..

Makcik : Aida bila lagi? dah umur 25 dah kan tahun ni?
Aida : Hmm...tengokla nanti bila2. (aiseh, spontan je jawab camtu..xdapat dikawal).


Makanya, semenjak raya kita mula memikirkan tentang JODOH. Aiseh. Kebelakangan ini, mungkin kita  tidak sempat untuk teringat tentang pasangan hidup pun. Mungkin kerana terlalu sibuk memikirkan tentang research dan dosa2 kita yang tidak tahu sudah terampun atau pun belum. huhu (BULAN RAMADHAN terasa begitu membahagiakan kerana setiap malam kita dapat melahirkan perasaan cinta kepada Tuhan kita..MasyaAllah). Tetapi, selepas raya menjelma, ditambah pertanyaan2 yang 'menarik', mungkin fikiran kita mula terganggu.

Aduhaiii..terasa begitu berat sekali apabila memikirkan tentang  JODOH . 
Serioussllyyy...TERLALU BERAT.  
Semakin difikirkan, semakin berat rasanya. 
Berbeza jika kita memikirkan tentang DOSA2 yang bertimbun dan TAUBAT. 
Semakin difikir2kan tentang DOSA dan TAUBAT, semakin ringan rasanya bebanan yang ditanggung. uhuhuhuu. MasyaAllah....
Berat sungguh rasanya jika dibebankan dengan persoalan JODOH. 
Maka dengan ini mungkin kita perlu mula berusaha kembali untuk merubah pemikiran kita. 
Lupakan pertanyaan orang. 
Lupakan persoalan JODOH. 
Kembalikan semula pemikiran ke arah hubungan kita dengan ALLAH. 
MasyaAllah, jika memikirkan tentang Allah, kita pasti dapat merasakan kebahagiaan. 
Jadi, mengapa kita perlu berfikir perkara yang membebankan, sedangkan ada perkara lain yang membahagiakan? 
Kadang-kadang kita memang tidak mampu untuk puaskan hati semua orang. 
Kadang-kadang kerana ingin memuaskan hati orang lain, kita sendiri yang menanggung bebanan.

Setiap kali berjalan kaki, aku akan mula terfikirkan perkara ini dan terasa......
MASYAALLAH...BERAT SUNGGUH



**Mula memutar kembali pola pemikiran ke asal, iaitu:
  1. Permohonan TAUBAT kerana dosa2 yang terlalu banyak.
  2. Memerhati dan memikirkan penciptaan Allah dan kisah2 menakjubkan di dalam al-Quran..sambil menitiskan air mata kerana begitu kagum..SubhanAllah.....***walaupun perkara seperti ini boleh membuatkan kita menitiskan air mata (terlalu kagum atau terlalu berdosa), ia membuatkan kita merasa ringan dan tenang.
  3. Seterusnya mula memikirkan target untuk research yang telah mula memecut meninggalkan ku begitu jauh ke belakang. uhuhuuhuuu.......***walaupun memikirkan tentang research terasakan agak berat juga, tetapi sekuarang2nya aku masih mampu mencari jalan untuk cuba menyelesaikan masalah.

p/s: Pakcik2...Makcik2...Uncle2...Auntie2...lepas ni jangan tanya saya pasal pernikahan lagi ya..ADOOIIII...SERABOT kepala saya ni. ADOI3..Tak pun, makcik2 tolonglah carikan Putera dari Kayangan untuk saya. Sebab saya ni memilih (terpaksa buat2 mengaku..)...saya nak Putera Kayangan aje^^v


Friday, February 17, 2012

Satu Kisah Benar

Hari ini aku ingin menceritakan tentang sebuah kisah yang baru sahaja ditayangkan di saluran Astro Ria pada hari Sabtu lepas. Sebenarnya sedah lama teringin berkongsi tentang cerita ini, tapi baru hai ini berkesempatan menaip blog. Tajuk cerita ni adalah "Satu Malam Perawan". Cerita ini merupakan kisah benar yang berlaku di Malaysia, sekitar Lembah Klang yang dilakonkan semula.

Aisyah merupakan seorang gadis berusia 17 tahun, telah diculik bersama seorang rakannya Mira. Mira telah dibunuh selepas penculikan tersebut, manakala Aisyah hanya diikat dan dikurung sebentar. Apabila tiba waktu tertentu, Aisyah dipaksa untuk berpakaian cantik dan sedia untuk dipamerkan sebagai barang jualan. Orang tertentu yang berminat membeli gadis-gadis akan datang ke tempat ini untuk melihat dan memilih (seperti memilih barangan). Malangnya pada malam tersebut, Aisya telah dibeli oleh seorang wanita bertudung..(BERTUDUNG...ok...memalukan..!!!). Rupa-rupanya wanita bertudung itu merupakan ibu ayam yang membeli mangsa2 culik untuk memaksa mereka melacur. Perkara yang sama juga berlaku pada Aisyah. Lebih malang lagi, ibu ayam tersebut telah mengupah doktor untuk menjahit bagi memastikan Aisya sentiasa perawan.

Aisya dikurung di dalam bilik tersebut dan telah lama tidak melihat dunia luar. Pada suatu hari, ada seorang  lelaki inggeris kaya telah melanggan Aisya dan meminta Aisya dibawa ke sebuah hotel exclusive. Dua orang lelaki telah mengiringi Aisya untuk memastikan Aisya tidak melarikan diri. Salah seorang lelaki tersebut menggertak Aisya bahawa jika dia berani lari, dia akan ditembak. Tetapi malam itu, Aisya benar-benar nekad! Apabila salah seorang lelaki yang menuggu di luar bilik hotel sedang leka, dia mula melarikan diri. Lelaki lagi seorang sedang menuggu di kereta. Malangnya Aisya telah terserempak dengan lelaki di kereta tadi dan dikejar. Akhirnya Aisya ditembak dikepala dan mati serta merta. Lelaki yang menembaknya pula menembak dirinya sendiri apabila pengawal hotel menyedari insiden tu. Ibu bapa Aisya yang telah lama berusaha bermacam-macam akhirnya dikejutkan dengan berita tersebut.

Di akhir cerita tersebut, mereka menunjukkan orang sebenar (penculik dan ibu ayam - kedua2nya perempuan, salah seorang bertudung) yang terlibat dengan kedua2 sindiket tersebut yang telah berjaya diberkas polis. Ida (penculik) diberkas ketika cuba menculik seorang kanak-kanak perempuan di Taman Permainan sekitar Lembah Klang dan Mummy Nora dikesan oleh pihak polis melalui laman web. Sebab Mummy Nora ni, menggunakan internet untuk mempromosi perempuan2. 

Kejam sungguh manusia sekarang..!! yang lebih menyakitkan hati, ibu ayam itu pakai tudung (dilakonkan oleh Sheila Rusli). Pada mulanya aku berfikir, tak sesuai betul watak tu dilakonkan oleh orang bertudung. Yela kan...Ibu ayam. Rupa-rupanya ibu ayam yang sebenarnya yang telah berjaya diberkas polis, benar-benar merupakan seorang wanita bertudung. Haish. Sedih betul rasanya. Mengapa orang Melayu sendiri sanggup memusnahkan bangsa sendiri. Dan mengapa orang Islam sendiri menjatuhkan maruah Islam seperti itu. Huhuhu. 



Thursday, December 15, 2011

Jagalah HATI

Kita selalu ingin menjaga hati kita, supaya tidak tertarik kepada mana-mana lelaki/wanita ajnabi. Kita selalu mengelakkan diri dari mula bermain cinta dengan mana-mana ajnabi. Kerana kita takut akan terperangkap dalam arus cinta. Kita risau akan terjunam kedalam gaung gelora cinta manusia. Kita tidak memandang mana2 ajnabi. Kadang-kadang kita tak perasan pun kehadiran mereka, walaupun hakikatnya mereka berjalan berselisihan dengan kita. Kita sentiasa cuba mengelak...kerana khuatir akan terjunam kembali. Dan, mungkin juga kerana kita tidak ada rasa tertarik kepada mana2 ajnabi.
Tetapi, walaupun cuba kita elak, tanpa disedari, sedikit demi sedikit, kita terperangkap juga. Tak tahu masa bila datangnya perasaan itu. Semakin lama semakin kuat rasa sayang. Tak tahu macam mana kita boleh tertarik padanya. Kita senang melihatnya. Kita rasa selesa berkomunikasi dengannya. Tiba-tiba mula merasakan betapa banyak persamaan antara kita dan dia. Kita merasakan seolah-olah kita dapat membaca fikirannya. Seolah-olah kita memahami sikapnya. Merasakan seperti kita telah lama mengenalinya...walaupun hakikatnya kita baru sahaja mengenalinya.

Ya...kita merasa senang sekali. Rasa gembira. Tetapi, jauh disudut hati, ada rasa yang tidak enak mula timbul. Orang yang kita tertarik itu, bukanlah hak kita yang sah. Kita tak berhak memandangnya. Kita tak berhak melihatnya. Kita tak mempunyai apa-apa hak, disisi Islam.

Ya Allah, aku ingin menjaga hati dan perasaanku. 
Bantulah aku mengawal rasa didalam hatiku ini Ya Allah. 
Kadang2 aku ingin melawan perasaan ini.
Tetapi...sukarnya Ya Allah.
Ya Allah, aku tidak mahu terpesong, setelah engkau luruskan hatiku.
Ya Allah, kuatkanlah aku melawan rasa yang berat dihatiku ini.
Ya Allah, aku tak tahu apa yang membuatkan aku begitu tertarik padanya.
Kuatkanlah aku Ya Allah
Agar aku dapat menjaga hati ini sebaik-baiknya.
Sehingga waktu yang telah kau tentukan jodohku.

Tetapkanlah hatiku...
Hanya tetap pada-Mu.
Amin Ya Rabb


P/S: Moga aku tak diuji dengan asyik cinta DUNIAWI..Amin

Wednesday, November 16, 2011

Rahmat Ujian

"Fuhh...penatnya. Akhirnya sampai juga aku ke bilik." , Aisha mengomel sendirian.
Tetapi, apabila dia masuk sahaja ke dalam bilik, dia terkejut melihat sahabatnya sedang menangis teresak-esak.
Aisha mula kaget.

"Humaira, kenapa ni? kenapa awak menangis ni? Awak ada apa-apa masalah ke?", Aisha cuba memujuk sambil memeluk sahabatnya itu, untuk melegakannya. Tetapi Humaira tidak menjawab pertanyaan Aisha, malah terus menangis. 
Aisha membiarkan sahaja Humaira menangis. Mungkin itu akan melegakannya.

Setelah seketika, akhirnya Humaira sudah mula berkata-kata, sambil teresak-esak. 
"Aisha, saya sedih sangat..=( Saya dah tak kuat. Saya dah tak dapat nak bertahan lagi. Saya tak kuat nak menghadapi ujian ini lagi. Dah banyak kali jadi. Selama ini saya cuba bersabar dan bertahan. Saya cuba tegarkan hati. Kuatkan diri. Tapi kali ni, saya rasa dah tak mampu lagi. Saya dah tak kuat...sob...sob...sob...Saya dah tak kuat..." Humaira terus menangis.

"Awak kenapa sebenarnya? Apa ujian yang awak alami ni? Kenapa awak cakap awak tak kuat?" Aisha mula menyusun bicara.

"Saya dikhianati oleh seseorang. Ini bukan kali pertama. Sudah banyak kali dia mengkhianati saya. Sakitnya rasa bila dikhianati oleh orang yang kita percayai, apatah lagi saya sayang. Kadang-kadang saya rasa saya yang bodoh, sebab tetap percaya pada dia, walaupun telah berkali-kali ditipu dan dipermainkan. Tapi mungkin saya silap kerana selalu memikirkan bahawa dia sudah berubah..sob..sob..sob..kali ni, dia ulang lagi menyakiti dan mengkhianati saya. Saya dah tak larat dah. Saya dah tak kuat dah. Saya rasa sakit sangat bila berkali-kali dipermainkan. Sakit sangatttt....", cerita Humaira.


"Bersabarlah. Ini semua ujian untukmu. Pasti ada hikmah disebaliknya. Bersabarlah wahai sahabatku", nasihat Aisha.

"Tetapi kenapa saya? Kenapa saya yang diuji? Kenapa berkali-kali diuji? Kenapa mesti saya? Kadang-kadang saya cemburu melihat rakan-rakan lain yang seperti tiada masalah seperti saya...huhuhuu...kenapa mesti saya? Saya dah tak kuat...saya tak kuat dah, Aisha...sob..sob...sob...saya tak kuat dah...Aisha..", suara Humaira semakin lemah.

"Humaira, sebenarnya kan....awak kuat. Awak mampu lalui ujian ni sebenarnya. Sebab tu Allah pilih awak untuk menghadapinya. Sebab Allah tahu, awak mampu. Kawan-kawan awak yang lain tu, tidak dipilih, sebab mereka tidak mampu lalui ujian macam ni. Ingatkah awak firman Allah yang bermaksud: 
Allah tidak membebani seseorang diluar kemampuannya [2:286]
Maka, jika awak mendapat ujian ini, bermakna awak memang mampu menghadapinya. Awak cuma perlu kuatkan diri awak, terus bersabar dan bertawakal kepada Allah. Mohonlah pertolongan Allah. Mohonlah kekuatan dan ketabahan itu dari Allah. Allah pasti membantu awak, memberi kekuatan kepadamu". 

Aisha meneruskan bicaranya dengan berhikmah, "Yakinlah pada Allah sahabatku. Pasti ada hikmah disebalik semua ini. Mungkin disebabkan perkara seperti inilah awak akan menjadi lebih tegar dan kuat. Awak akan lebih dekat dengan Allah, awak lebih tenang. Sahabatku, kuatkanlah dirimu. Saya ada di sini bersama awak. Saya tetap sahabat yang akan terus bersama awak, jatuh bangun awak. Awak tidak keseorangan. Awak ada ALLAH yang Maha Penyayang. Allah sayang sangat pada awak. Sebab tu awak dipilih untuk diuji. 

Awak tahu tak...di luar sana masih ramai yang hidup dengan penuh kegembiraan dan kesesatan. Mereka tidak diuji supaya boleh kembali pada Allah. Tetapi awak tidak. Allah pilih untuk uji awak, sebab nak awak dekat dengan-Nya. Awak beruntung sangat. Tidak semua orang dapat peluang macam awak. Awak ambillah ujian ini secara positif, wahai sahabatku. Bersabarlah sahabatku. Saya tahu, memang berat awak nak menghadapinya. Saya faham, bukan mudah untuk menghadapinya. Tetapi, yakinlah sahabatku, jika awak mampu melepasi ujian ini, awak akan dapat merasa betapa manisnya ujian Allah ini. Yakinlah, pasti dipenghujungnya ada bahagia menanti awak." =)

Humaira sudah mula berhenti menangis. Dia sudah mula tenang mendengar kata-kata Aisha,
"Terima kasih Aisha. Terima kasih sangat. Saya silap. Saya lalai. Saya tak sepatutnya berfikiran seperti itu. InsyaAllah, saya akan cuba kuatkan diri. Betul, saya memang mampu menghadapi ujian ini. Sebab tu Allah pilih saya. Saya kena buktikan kepada diri saya yang saya benar-benar mampu. Terima kasih Aisha. Awak benar-benar sahabat saya. Kalau tiada awak, tak tahulah saya nak buat macam mana."

Aisha merasa senang apabila melihat Humaira sudah mampu tersenyum. Alhamdulillah.
"Kadang-kadang Allah turunkan hujan, ditambah dengan guruh, siap dengan kilat lagi... kita tertanya-tanya Kemana perginya matahari? Rupanya Allah mahu memberikan kita pelangi yang indah." [Syurga Cinta]



p/s: Bersabarlah jika kamu diuji. Kamu adalah orang yang terpilih, sayangku. =)

Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. [2:286]

Amin Ya Rabb

Wednesday, October 5, 2011

Menangisi dan Menyesali Dosa

DOSA...??? Pernahkah anda melakukan dosa??? DOSA kecil?? DOSA BESAR??? Hmm...
Hakikatnya kita manusia biasa tidak akan dapat lari dari melakukan kesilapan. Tetapi kita boleh berusaha untuk menjauhkan diri kita dari dosa. Pernahkan kita menipu orang? Mencuri? Mengumpat? Hmm..Banyaknya dosa.

Bercakap mengenai dosa, teringat semasa zaman aku kecil-kecil dahulu. Hehehe. Aku ni memang budak perempuan yang agak nakal dan degil. Kalau lumba basikal, masuk kolam padang golf untuk cari bola golf, panjat pokok, memang dah biasa buatlah. Tambah pula, dulu abah ada tabung besar. Abah akan kumpul duit singgit (dulu ader yang syiling tu) dalam tabung tu. Aku dengan adik aku yang berada di Endon skang ni, boleh pi korek tabung tu tiap-tiap hari. Maklumlah, kalau pergi sekolah agama, memang abah tak kasi duit belanja, sebab 2-3 jam saja kat sekolah. Tapi kitorang ni kadang-kadang teringin gak makan aiskrim, bila balik sekolah agama. Jadi, kami mulalah mengorek tabung abah, secara senyap-senyap. Sehari bawa singgit, kadang-kadang lebih sikit, siap belanja kawan-kawan tu. Adeh! Lama gakla buat kerja camni. Sampaila hampir kosong tabung abah tu. Last-last abah perasan, dan kantoiii semuanya. Kami didenda tiada duit belanja selama seminggu. Hehe. Padahal aku curi tu, lebih banyak dari seminggu punya jumlah belanja. Baik betul abah aku ni. (",)v. Tapi sejak tu, memang dah tak berani buat dah. Takut abah kejar dengan rotan, keliling rumah. Haha

DOSA semasa kecil, mungkin boleh dimaafkan. Bagaimana pula setelah kita dewasa? Dosa kerana meninggalkan solat? Setakat yang aku tahu, orang-orang di sekelilingku melaksanakan solat mengikut waktu yang ditetapkan. Alhamdulillah. Solat itu adalah tiang agama. Jika tiang kita tidak kukuh, maka runtuhlah segalanya. Nauzubillahiminzalik. Selain itu, dosa menipu, mengumpat, menfitnah, zina atau menghampirinya, menganiaya orang dan bermacam-macam lagi. 

Memang tidak dinafikan ramai yang tidak dapat lari daripada melakukan dosa. Tetapi pernahkah kita menyesali dosa-dosa yang pernah kita lakukan? Merasakan diri terlalu banyak dosa, sehingga akhirnya kita menangis mengenangkannya? 


Ya Allah, banyaknya dosa-dosa yang telah aku lakukan. 
Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosaku
aku menyesali segalanya
aku sedar aku telah menzalimi diriku sendiri
Ya Allah, ampunkanlah aku
aku sangat takut kepada-Mu, Ya Allah
aku takut akan azab-Mu Ya Allah
Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu
Terimalah taubatku
dan jauhkanlah aku dari perkara2 yang engkau murkai.
Amin~

Kita merintih seperti itu di atas sejadah, dengan penuh penyesalan. Tanpa dapat ditahan lagi, air mata mula mengalir dengan lajunya kerana mengenangkan dosa-dosa yang telah kita lakukan. Merasakan hati semakin kotor. Penuh dengan noda-noda hitam. Setiap malam kita mula bersujud solat taubat, untuk menagih keampuanan dari Tuhan sekalian alam. Menangis semahunya kerana takutkan Allah. Takutkan azab Allah keran dosa yang telah kita lakukan. Ya Allah, sangat takut. Kita seterusnya bertekad tidak akan mengulangi dosa-dosa itu lagi. Jika "YA". Alhamdulillah. Marilah kita sama-sama meneruskan usaha kearah kebaikan. InsyaAllah. 

Ku kesali kealpaan diriku
Ku tangisi kesilapan lalu
Walaupun sekali
Tak kan ku ulangi
Ya Allah Tuhanku
Bantulah hambaMu
Jangan biarkan diriku
Terus dibelenggu
Ampuni dosaku 
Terangi hatiku
Izinkan aku kembali
Ke jalan redhaMu


Sesungguhnya Allah s.w.t suka kepada orang-orang yang bertaubat dan menjaga kebersihan.“ Surah al-Baqarah : 222
Dan Dialah (Allah) yang menerima taubat daripada hamba-Nya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang telah mereka lakukan). Dan Dia mengetahui apa yang kamu semua kerjakan.” Surah as-Syura : 25 
Kecuali orang-orang yang taubat dan mengadakan perbaikan dan berpegang teguh pada (agama) Allah dan tulus ikhlas (mengerjakan) agama mereka karena Allah. Maka mereka itu adalah bersama-sama orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan kepada orang-orang yang beriman pahala yang besar.(QS. 4:146) 
"Maka Jibril berkata, “Itulah air mata orang durhaka di kalangan umatmu yang menangis karena takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu.” Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.


Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.”


Sambungan.....Jom baca website best..!! Klik sini"


"Ya Allah kami memohon ampun kepadamu,ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami,dosa keluarga kami, dosa sahabat kami ,dosa muslimin muslimat sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Amin."


Dengarkan lagu ini. Sangat BEST...!  (",)v


Mestica - Nasuha

Jadi, kepada semua yang telah melakukan dosa, kembalilah kepada Allah. Jangan malu untuk merintih dan menangisi dosa-dosa kita kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Jangan kerana kita merasakan kita telah jauh tersesat dan bergelumang dengan dosa, kita tidak akan dapat keampunan Allah. Kita mesti berusaha untuk bertaubat. Lakukanlah taubat nasuha dan bertekadlah untuk tidak mengulangi kesilapan itu lagi. Kalau ada orang sekeliling yang memandang serong kepada kita kerana kesilapan lalu, biarkanlah mereka terus begitu. Apa yang penting dan yang paling kita harapkan adalah pandangan Allah kepada kita. Percayalah..!! pasti ada hikmah disebalik segala kejadian itu. Kalau kita tidak berdosa, mungkin kita tidak akan menangis kerana-Nya. Mungkin juga kita tidak akan melakukan solat Taubat dan taubat nasuha. Mungkin juga, kerana pernah berdosa, menjadikan kita hamba yang sangat rendah diri kerana merasakan kekurangan diri kita berbanding insan lain di luar sana. TETAPI, ingatlah sahabat-sahabatku. Rendahnya darjat kita di mata manusia tidak bermakna kita akan rendah darjat kita di mata ALLAH. Maka, teruskan bertaubat. InsyaAllah segalanya akan menjadikan kita tenang dan memperolehi kemanisan IMAN, yang mana hanya orang terpilih sahaja yang berjaya memilikinya. 

Marilah kita bersama bertaubat dan menangisi kesilapan lalu. Marilah sahabat-sahabatku. Aku bersama kamu. InsyaAllah. Ya Allah, hindarilah aku dari memiliki pandangan serong terhadap mereka yang pernah melakukan kesilapan. Amin Ya Rabb.

Thursday, September 8, 2011

Macam-macam Ragam Manusia

Zaman sekarang ni, macam-macam ragam manusia kita boleh jumpa. Ada yang serius, periang, pemalu, pendiam, gedixss, panas baran dan macam-macam lagilah. Disebabkan kepelbagaian inilah kita mempunyai variasi dalam memilih sahabat, rakan-rakan, dan pasangan hidup. Hmm. OK! Cerita pasal pasangan hidup. Bukan senang kan nak memilih pasangan hidup. Macam-macam kriteria ada. Nanti mulalah senarai panjang, bermuka-muka kita keluarkan. Senarai syarat-syarat harus untuk menjadi pasangan. Huahuahuaa.


Tetapi, tak semua orang macam tu. Ada yang tak memilih sangat. Asalkan ada yang datang memberi kasih, dia terima saja. Mudah sahaja. Baguslah kalau macam tu. Tapi, camna pula kalau yang susah nak menerima tu? Dalam erti kata lain, MEMILIH. Sudah beberapa orang jejaka atau jejaki (ada ke istilah ni?) opss wanita, yang datang mengusha. Malangnya tiada seorang pun yang berkenan dihati. 
“ Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, cantik rupa parasnya, banyak hartanya, baik keturunannya atau kuat agamanya. Maka pilihlah yang kuat agamanya”
Hadis ini menyebut tentang calon isteri. Tetapi, boleh juga digunakan untuk memilih calon suami. Ok, berbalik kepada orang yang memilih tadi. Aku malaslah nak cakap pasal calon pilihan lelaki. Sebab, pada pandangan aku (pandangan aku ok, berdasarkan pemerhatian sendiri), lelaki akan memilih kecantikan tu yang utama. Lepas tu, baru dia tengok ciri agama itu. Mula-mula mereka akan terpikat dulu dengan kecantikkan, lepastu barulah start nak berkenalan. Kalau perempuan tu beragama mungkin dia akan pilih. Katakanlah, perempuan lain pula. Dia seorang yang beragama, tetapi rupa parasnya biasa-biasa sahaja. Agak-agaknya lelaki itu akan tertarik tak pada mulanya. Hmm. Tak tahulah aku. Hehe.


Ok, kalau perempuan pula macam mana ek? Nak kata dia tidak akan terpikat kerana hensem, tak juga. Sebab ada juga kawan aku yang jatuh hati sebab lelaki itu hensem atau tegap? Erk! Nampaknya abang-abang palapes or army ni, saham tinggi ye. Ada juga yang suka je kalau lelaki tu hensem dan tegap, tapi sekadar suka berkawan saja. Untuk buat pasangan hidup tu, tak pula. Katanya takut kalau lelaki hensem-hensem ni. Ramai sangat peminat. Pening kepala nanti. Tula sebabnya kadang-kadang kita jumpa pasangan yang isterinya sangatlah cantik, tapi suami dia? Aiyark! Itu bukan sesuatu yang pelik ya. Macam-macam ragam manusia. 

 Ada juga yang sanggup kahwin dengan lelaki yang berumur kerana hartanya. Hmm. Kalau dapat yang muda, kaya, bijak, hensem dan yang paling penting beragama..adalah untung! Tapi, susah rasanya nak jumpa lelaki macam ni. Kalau tanya pula kepada sesetengah perempuan, jawab mereka?? Kurang berminat dengan lelaki yang banyak sangat ciri positif macam ni. Ish3. Kenapa pula? Bab kaya tu yang takut tu. Nanti hidup tak aman pula. Ada pula orang jeles nanti. Kena pula lakinya hensem. Aduh! lagi tambah masalah. Tapi bab bijak dan beragama tu, ramai orang suka la. Yela. Nanti dapat anak pun bijak juga. Sebab gene bijak tu dah ada. 

OK! Berbalik semula kepada soal memilih tadi. Katakanlah ramai calon-calon yang menanti ni. 

Calon A - pakej dah lengkap ni. Solat tak tinggal, rajin pergi masjid lagi, tinggi, tegap, muka pun hensem, bijak pun bijak. Tapi tetap juga ditolak. Aish pelik2. Mungkin dia tolak sebab lelaki tu ramai sangat peminat kot. Nanti ada pula kes rebut2 ni. Dah parah. Baik undur diri awal-awal. Laki pun bukan boleh percaya sangat. Opss!

Calon B - Ok, solat tahu dah ni, tak tinggal. Tinggi pun tinggi. Tegap? Bolela. Tapi silap pula, merokok! Aish. Tolak lagi. Mana boleh kahwin dengan lelaki merokok. Nanti duit dia habis beli rokok je. Tapi tak kesahlah, duit dia kan. Yang menjadi masalahnya, nak kena bertahan dengan asap rokok tula. Nanti anak-anak membesar pun kesian. Ish3. Harap2 perokok, berusahalah untuk berhenti merokok. Buat pengetahuan korang, perempuan ni, memang susah nak terima perokok sebagai pasangannya. Sekian.

Calon C - Kerja? Dah bagus dah. Siap offer macam-macam ni. Sanggup keluar duit belikan hp, topup, belanja makan hari-hari. Dah macam suami yang kasi nafkah la pula. Muka? Takda la hensem sangat. Baik? Hmm, dia layan kita memanglah baik. Sebab kononnya sayang. Tapi, kalau akulah tak percayalah. Ntahlah. Kadang-kadang aku terfikir juga, kompom ke laki tu akan terus sayang dan beri macam-macam selamanya? Walaupun selepas kahwin? Lelaki ni (berdasarkan pemerhatian akula) kadang-kadang dia hanya akan berusaha pada awalnya sahaja. Bila dah dapat, dia akan sia-siakan. Tapi tak semualah macam tu. Ha..!! calon macam ni pun kene tolak juga. Pelik2. Kalau aku, tolak sebab takut. Macam obses je. Bukan sayang. Lelaki macam ni macam ada udang disebalik mee aje. Tapi ada juga yang terima. Yela, fully support!  Prejudiskah aku terhadap lelaki? Erk!

Calon D - Lebih kurang macam calon A, cuma dia taklah hensem. So, takda sebab nak tolak sebab hensem. Kerja pun bagus. Tapi, sayangnya dalam hati pula tak boleh nak rasa sayang. Hmm. Penting ke nak kena ada timbul rasa sayang ni? Ntahlah. Bagi sesetengah orang boleh je terima, sebab dia fikir mungkin lepas kawin akan ada rasa. Tapi........tak semua orang macam tu. Ada yang nak juga cari yang dia boleh ada rasa sayang. So, agak-agak kalau Calon D dah sayang sangat kat perempuan ni, berusahalah memikat hatinya. Manalah tahu ada peluang kan? Tetapi, memikat mestilah betul caranya. Hmm. Macam-macam ragam manusia.

Katakanlah kita menolak semua calon-calon kat atas ni, yang datang dalam hidup kita. Orang mesti akan kata kita memilih. Tula, bila aku baca balik dan tulis semua ni, barulah aku mengakui, orang yang macam ni, memang memilih. Ramai orang berkata, "Jangan memilih sangat, nanti lambat kahwin. Tak laku". Betullah. Ada betulnya apa yang diucapkan oleh sesetengah orang tu. Ada juga yang kata, lelaki sahaja yang berhak memilih, sebab sekarang ni lelaki lagi ramai daripada perempuan. So, kalau perempuan tu, dah ada orang nak tu, terima sajalah. Sorylah ye, pakcik2 makcik2, terus terang saya katakan saya tak setuju. Perempuan juga perlu memilih. Ada juga, aku terbaca "Perempuan sebaiknya berkahwin dengan lelaki yang sayang dia, bukan yang dia sayang". Hmm. Sekali lagi ye, saya tak setuju. Suppose to be saling sayang-menyayangi. Kalau tak pun, sekurang-kurangnya berpotensi untuk menyayangi si lelaki. Tak kesahlah pandangan orang lain, tapi...bagi aku, macam manalah aku nak berusaha membahagiakan dan menyenangkan hatinya sedangkan hati aku sendiri tidak merasa kebahagiaan itu. Bukankah usaha itu hanya akan memberi tekanan kepada diri sendiri dan pasangan mungkin tidak dapat merasa keikhlasan kita. Jadi, kalau aku, biarlah memilih pasangan yang saling menyayangi ataupun berpotensi untuk kita sayang. Ya! Memilih lagik?

Tapikan.....pernahkah anda mencari jawapan mengapa sesetengah orang itu memilih?? Yela, nak mencari yang terbaik, sebab kahwin ni bukan perkara main-main. Bercakap nak mencari yang terbaik. Sebab apa kita nak mencari yang terbaik? Sebab kita nak memberi yang terbaik kepada pasangan kita. Contohnya Fatimah ni. Salah satu cita-cita dalam hidup dia, ingin menjadi isteri solehah. Dia ingin berusaha sedaya-upaya untuk membahagiakan suaminya. Nak menggembirakan hati, menjadi penyejuk mata dan menghadapi susah senang bersama. Kalau suaminya mengalami kesusahan, dia berharap dia dapat meringankannya. Kalaupun tak mampu secara zahir, sekurang-kurangnya dia membuatkan hati suaminya senang, walaupun sedang mengalami pelbagai masalah. Hmm. Jadi, untuk memberikan yang terbaik ini, dia merasakan hanya orang yang terbaik atau berusaha untuk menjadi terbaik sahaja layak menjadi pasangannya. Sekali lagi, untuk membolehkan dia bahagia memberi semua itu, dia mestilah memberi dengan penuh kasih sayang (macam yang tercatat dalam buku Nota Hati Seorang Lelaki - Ustaz Pahrol). Nampaknya memang perlu kahwin dengan orang yang kita sayang dan sayang kita ya. Hehe.

Selain itu, soal hantaran perkahwinan pula. Ni yang aku copy dari facebook la.

Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini
dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung :-
UPSR, PMR/SRP : RM1,000 - RM3,000
SPM : RM3,000 - RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 - RM12,000
DEGREE : RM12,000 - RM15,000 2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 - RM20,000
PHD : RM20,000 - RM30,000
Ngeri betul aku tengok. Aku yang perempuan ni pun ngeri apatah lagi lelaki. Haha. Ok, berbalik kepada Fatimah tadi. Kalau boleh, bila dia berkahwin nanti, dia tak mahu membebankan suaminya dengan hantaran sebegitu. Kalau boleh dia akan cuba meminta ibu bapa meminimumkannya. Mungkin minimum yang membuatkan orang lain mula berfikiran negatif terhadapnya? Ish3 (macam dalam video matlutfi90 tu).  Bukan apa, dia tidak mahulah membebankan orang yang dia sayang. Kalau dia tengok orang yang dia sayang menanggung bebanan, dia pun terasa berat bebanan tu sekali. Uhh..!! Tak sanggup rasanya. Berat mata ni memandang. Sedih tengok. Kalaulah dia tak berjaya memujuk ibu bapanya untuk mengurangkan hantaran, dia sendiri akan sama-sama membantu untuk mengumpul duit hantaran tu. Yela, nanti kalau bakal suaminya berhutang banyak, dia juga yang susah. Baik bantu awal-awal. So, siapa yang layak mendapat bantuan ini semua? Mestilah orang yang terbaik juga. Sebab itulah dia memilih. 


Katakanlah sebab terlalu memilih ni, dia terus tak jumpa calon. Macam mana? Hehe. Ntah. Aku ni pun satu hal gak. Memilih gak kadang-kadang. Atuk dah tanya dah hari tu. Bila nak jadi puan. (Naseb baik aku ni lambat pick up sket, aku igtkan puan tu nenek. Yela, orang nogori panggil nenek tu puan or wan. Aku dokla pk, camnela aku nak ada cucu, kawen pon tak lagi. Jangankan cucu, anak pun tak dapat. Sambil buat muka 'blur' depan atuk. Lama gakla baru aku dapat pick up maksud atuk tu. Keke)


Okeh! Sekian sahaja hujah aku. Bukan apa, kadang-kadang teringin juga memberitahu orang-orang di luar sana yang tak senang kalau perempuan ni memilih dan jual mahal. Siap cakap jangan memilih, nanti tak laku, baru tahu. Kalau orang cakap camni, aku nak jawab apa ya? Takpelah, nanti jumpalah tu idaman hati. (",)v
Macam-macam ragam manusia. Hee.