Showing posts with label Sejarah Islam. Show all posts
Showing posts with label Sejarah Islam. Show all posts

Tuesday, October 8, 2013

Kemuliaanku Kerna ISLAM


Kejadian diri kita bermula dari Adam dan Hawa
Lahirnya kita dari rahim ibu
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah (Al-Mu'minuun 23:12)
Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;(Al-Mu'minuun 23:13)
Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.(Al-Mu'minuun 23:14)

Diciptakan kita sebagai khalifah di bumi

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu? [2:30]

Dihidupkan kita untuk beribadat kepada Pencipta
Perjalanan hidup kita bermatlamatkan syurga Firdausi
Perjalanan hidup kita mencari redha Allah
Pengakhiran hidup kita di dunia dan kembali semula

Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati. (Al-Mu'minuun 23:15)
Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.(Al-Mu'minuun 23:15)


Di dunia ini. 
Adakah kita seorang yang berpangkat tinggi?
Berketurunan bangsawan?
atau...
seorang penganggur bertauliah?
berasal dari keluarga yang susah?
ADAKAH...?
Jika kita berpangkat tinggi dan berketurunan bangsawan, menunjukkan kita seorang yang mulia?
dan.....
Kita penganggur dan miskin, menunjukkan kita hina?
BENARKAH?
itukah pandangan masyarakat akhir-akhir ini?
TIDAK...!!!

ISLAM........ISLAM........ISLAM
Islam yang memuliakan kita.
Dengan pegangan ISLAM yang kukuh dan lurus,
kita menjadi mulia
Mulia pada pandangan ALLAH
Mulia pada pandangan makhluk2 di langit
Mulia juga di pandangan makhluk dibumi

Seperti dalam lagu di atas...
"Aku hanya seorang Umar, kemuliaanku kerna ISLAM"
Umar al-Khattab
sahabat nabi yang dijanjikan syurga
seorang hamba Allah yang sangat hebat
berkata seperti itu
MAKA....
Siapakah kita?
Yang tak punya apa-apa.
Ibadat pun kurang
untuk dijanjikan syurga? Jauh sekali.
Siapakah kita untuk tidak mengatakan 
KITA AKAN MENJADI MULIA KERANA ADANYA ISLAM!

AKU HANYA SEORANG HIDAYAH, KEMULIAANKU KERANA ISLAM...

Aku tidak punya apa-apa untuk dibanggakan
aku tidak punya harta kemewahan
aku tidak punya ilmu yang tinggi
aku tidak punya profesion yang membanggakan
TETAPI
aku ada Allah dan Rasulullah dihatiku (InsyaAllah)
dan aku bangga sebagai seorang muslim
dan aku akan terus berusaha untuk menambahkan kemuliaanku dengan pegangan ISLAM yang semakin kukuh setiap detik dan ketika
INSYAALLAH

Monday, March 25, 2013

SEJARAH yang memikat

Quran Hadith terpasak di kalbumu
Syair puisi pelembut rasamu
Tinta senjata lakaran mindamu
Darah juga airmatamu
Dakwat yang mewarna
Lembaran agung insan terulung 

Adakah sejarah merupakan suatu kisah yang menarik? Adakah anda meminati sejarah? Aku masih teringat, semasa belajar sejarah di sekolah menengah dahulu. Aku merasakan sejarah sangat membosankan dan aku pernah tertanya2..... 
"Kenapa aku perlu belajar sejarah? 
Apa yang aku dapat? 
Paleolitik? Mesolitik? Neolitik? 
Benda ni kan dah lepas, tapi kenapa nak sibuk2 peningkan kepala hafal?"
Tapi memang itulah hakikatnya. Aku sangat bosan belajar sejarah zaman purbakala yang aku sendiri tidak tahu kesahihannya.

Tetapi berbeza dengan kisah sejarah yang aku yakin kewujudannya.
Sejarah Zulqarnain dengan tembok besinya.
Sejarah Yakjuj Makjuj dan kisah kekejamannya.
Sejarah kegemilangan Islam di zaman Nabi Muhammad saw.
Kegemilangan Islam semasa zaman Khulafa ar-Rasyidin.
Zaman Bani Umayyah, Abbasiyyah, Utmaniyyah.
Kehebatan dan kebijaksanaan Sultan Muhammad al-Fateh menawan konstantinople.
Salahuddin al-Ayyubi yang membebaskan Palestine.
Zaman Emas dan perkembangan pelbagai cabang ilmu semasa Abassiyyah.
AKU BENAR2 TERPIKAT DAN TERTARIK DENGAN KISAH2 INI


Aku ingin mengetahui siapakah Zulqarnain yang namanya disebut dalam al-quran sebagai seorang yang berjalan ke timur dan barat. Seseorang yang membina tembok besi penghalang Yakjuj Makjuj. Adakah Alexander the Great atau Cyrus the Great? Berbagai perbahasan tentang siapakah zulqarnain (pemilik dua tanduk) ini. Tetapi persamaan yang didapati adalah zulqarnain merupakan seorang hamba Allah yang beriman. Ini membuatkan aku mengkaguminya. Aku benar2 ingin mengikuti kisahnya. Makanya setelah habis membaca buku Yakjuj & Makjuj Bencana di sebalik gunung, aku beralih kepada buku Iskandar adalah Zulqarnain (Penulis yang sama untuk kedua2 buku).

Kenapa aku memilih untuk membaca buku2 seperti ini? Kisah seperti ini benar2 memberi motivasi kepada aku. Kalau aku membaca buku motivasi, sangat jarang untuk memberi kesan yang mendalam kepadaku.  Kadang2 aku cepat bosan, jika membaca buku motivasi, sehingga aku hanya membaca separuh jalan sahaja.  Kalau novel biasa pula, memang aku tak berminat nak baca. Bukannya apa, aku ni jenis yang suka nak cari apa yang aku akan dapat dipenghujung cerita yang aku baca atau tonton. Setiap buku yang dibaca atau drama / movie yang aku tengok, mesti aku nak ada motif atau hasil dipenghujungnya. Kadang2 kalau orang cerita sesuatu pun kat aku, aku akan tunggu2 objektif atau motif cerita tersebut disampaikan, barulah aku dapat bagi respon. Kalau aku tak jumpa motif atau objektif, aku jadi macam blur dan tak faham apa sebenarnya cerita yang nak disampaikan. **Agaknya sebab tu orang selalu cakap aku ni blur. Adoilaa** "Contohnya, ateh selalu cerita kat aku, tapi aku macam tak faham.  dan akhirnya ateh stress. Haha. Tu sebab aku tak jumpa target". Apa aku mengarut ni. Aiseh.

Tetapi berbeza dengan kisah sejarah yang ada perkaitannya dengan Islam, atau yang dicatatkan dalam al-quran. Aku juga berminat untuk mengetahui kisah yang tercatat dalam kitab-kitab nabi yang terdahulu. Kisah2 ini pada pandanganku begitu menakjubkan. Kesahihannya boleh dipercayai. Aku merasakan ada hasil yang diperoleh dari pembacaannya. Dan rasa termotivasi apabila membaca kisah2 mereka yang berjaya ini malah merupakan hamba Allah yang soleh.

Aku rasa bersemangat kerana dapat mengaitkan kisah sejarah yang sudah terlalu lama terjadi dengan apa yang tercatat dalam al-quran. Dalam buku Yakjuj Makjuj Bencana di Sebalik Gunung itu sendiri banyak kisah yang diceritakan dan perkaitan yang sama boleh dicapai di dalam al-quran dan hadis. Dan aku juga rasa tertarik untuk mengetahui asal usul bangsa yang banyak namanya disebut di dalam al-quran, iaitu kaum Bani Israel. Kaum yang telah banyak kali melakukan perkara2 yang dimurkai Allah. Dan bagaimana mereka dihancurkan sehingga hilangnya 10 suku daripada 12 suku dikalangan mereka.

Sekarang ini aku merupakan peminat kepada karya2 Muhammad Alexander (Wisnu Sasongko)..^^v
Jom baca : 
Yakjuj Makjuj Bencana di Sebalik Gunung
Benarkah Iskandar bukan Zulqarnain
Iskandar adalah Zulqarnain
5 Gelombang Pembawa Bencana Yakjuj Makjuj 2

Okeh, ini fasa pertama untuk dihabiskan. Fasa seterusnya adalah sejarah kegemilangan Islam dan tokoh-tokohnya..^^v (Rasa macam tak cukup pula baucer buku tu. Buku2 ni tebal dan harganya boleh tahan juga..hee)

Sunday, January 6, 2013

Tangga2 Kejayaan

Mengapakah dibincangkan tentang tangga-tangga kejayaan? Tangga-tangga kejayaan ini adalah sambungan daripada kisah semalam yang mengajak bersama-sama membina diri dan seterusnya melahirkan generasi yang hebat.

Untuk melahikan generasi yang hebat, segalanya perlu bermula dengan diri kita sendiri, sebagai INDIVIDU MUSLIM. Tak perlu menuding jari kepada orang lain. Sebagai individu muslim, kita mesti selalu berusaha mendekatkan diri dengan Allah. Mentaati perintah-perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. 

Bermulanya dari pihak individu ini, kita boleh dididik dengan pelbagai cara. Contohnya menyertai usrah atau berada dalam jemaah Islam. Amat penting untuk kita berada dalam kelompok ini, kerana jika kita lupa, akan ada yang mengingatkan. Sedangkan perkataan 'manusia' itu asalnya dari 'nasia' iaitu bermaksud lupa. Kita memang selalu lupa. Sebab itulah kita perlu sentiasa diingatkan, sama ada dengan peringatan Allah dalam al-Quran, hadis Nabi saw atau melalui sahabat-sahabat yang soleh.

Pernah dengarkan ubat hati tu apa? Ubat hati ada lima iaitu:-
1- Baca al-quran dan maksudnya
2- Dirikanlah solat malam
3- Berkumpul dengan orang-orang soleh
4- Selalu berpuasa
5- Selalu berzikir


Dengan berjayanya kita mendidik diri kita dan merawat hati kita, InsyaAllah tangga kedua kejayaan pula cabaran kita. Tangga kedua adalah BAITUL MUSLIM. Melalui dua individu muslim yang baik, maka lebih mudahlah untuk membina baitul muslim yang merupakan tingkat kedua kejayaan. Di peringkat ini, peranan ibu bapa sangatlah penting dalam membina sahsiah dan jati diri anak-anak supaya teguh iman dan taqwanya kepada Allah. Maka, lahirkan sebuah keluarga yang menjalankan nilai-nilai Islam dan takut kepada Allah. Jika banyaknya baitul muslim ini, maka akan terbinalah MASYARAKAT MUSLIM. Bayangkan di semua perkampungan atau tempat di negara ini mengamalkan cara hidup Islam, maka mudahlah untuk membina KERAJAAN ISLAM, yang merupakan tingkat ke-4 kejayaan. Berkumpulnya kerajaan Islam, akan terhasillah DAULAH ISLAM dan seterusnya EMPAYAR ISLAM. Empayar Islam yang dulunya kukuh dan hebat seperti zaman pemerintahan Khulafa ar-rasyidin, Umayyah, Abassiyah, Uthmaniyyah. Dan akhir sekali dapatlah Islam menjadi USTAZIYATUL ALAM, iaitu umat Islam menjadi sumber ilmu dan rujukan di seluruh pelusuk dunia. Ini pernah berlaku semasa zaman pemerintahan Abassiyah di mana pelbagai cabang ilmu di kembangkan oleh orang-orang Islam.




Maka, marilah kita sama-sama berusaha menjadi INDIVIDU MUSLIM itu. Muslim yang taat kepada Allah dan Rasul serta menjalankan kehidupan berpandukan al-Quran dan Hadis. Kalau bukan kita, siapa lagi?

Cuba hayati hadis ini..

“Akan datang pada suatu masa, musuh-musuh kamu mengerumuni kamu sepertimana berkumpulnya mereka kepada satu hidangan. Mereka (Para Sahabat) pun berkata, ‘Adakah bilangan kami ketika itu sedikit? Rasulullah S.A.W menjawab, ‘Bahkan kamu ketika itu ramai, tetapi kamu seperti buih-buih dilautan (tiada nilai) dan Allah akan mencabut perasaan gerun di hati musuh-musuh kamu dan Allah akan mencampakkan kedalam hati kamu penyakit Al Wahn”.
Sahabat pun bertanya, “Apakah penyakit Al Wahn itu wahai RasulAllah?
Rasulullah S.A.W bersabda, “Cintakan dunia dan takutkan mati”. (Riwayat Ahmad & Tarmizi)


Sedih bila membayangkan aku adalah hamba yang hidup pada zaman yang disebutkan Rasulallah. Ya! Inilah zamannya. Di mana, kita dengan mudah diinjak-injak oleh orang kafir. Lihatlah yang terjadi di Palestin, Syria dan umat-umat Islam seluruh dunia. Sebab apa? Sebab silap kita sendiri. Kita lalai dengan keindahan dunia.  Moga-moga kita dijauhkan dari sifat 'Cintakan dunia dan takutkan mati'..Amin Ya Rabb. Maka, marilah kita sama-sama muhasabah diri kita dan berusaha melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

JOM...!!! EITHER WE MAKE HISTORY OR WE BECOME HISTORY..!!!

Saturday, January 5, 2013

Salahuddin al-Ayubbi

Animasi Salahuddin al-Ayyubi dan lagu Adakah Kau Lupa.


Assalamualaikum...
Kenal tak Salahuddin al-Ayyubi? Mesti kenal kan? Popular tu^^v
Asyik cerita pasal al-Fateh saja, hari ini nak cakap pasal al-Ayyubi pula..
Salahuddin adalah seorang yang sangat hebat. Baginda merupakan salah seorang pejuang Islam yang sangat mengkagumkan pada zaman dahulu. Baginda merupakan tokoh dalam perang Salib. Tentera Kristian telah dikalahkan dan baginda berjaya membebaskan Palestin.

Salahuddin merupakan seorang yang mempunyai semangat jihad yang tinggi. Baginda sangat mencintai Allah dan Islam.
**Tokoh2 pada zaman silam begitu mengkagumkan. Masihkan ada tokoh seperti ini di zaman kini? InsyaAllah ada. Ia bermula dengan kita. Ya kita..!! Mari membina diri dan melahirkan generasi yang hebat..^^
**Okeh, mungkin sebab ada keturunan tentera, aku jadi 'excited' terlebih bila baca kisah2 pejuang Islam macam al-Fateh dan Salahuddin ni.

p/s: Dalam fikiran masih terbayang-bayang tentang kisah Yakjuj Makjuj dan 10 suku Bani Israil yang hilang. Tetapi, tidak banyak masa dapat diperuntukkan untuk membaca kisah ini. Kerana TESISku.


Jom dengar lagu Salahuddin al-Ayyubi dari Mestica.


Thursday, December 27, 2012

Bangsa yang SOMBONG dan HINA


Sudah tengok dan dengar video ini?
Apa perasaan kita bila mendengar lagu ini?
Sedih? Geram? Sakit Hati? 
Sehingga menitiskan air mata?

Lagu ini pertama kalinya aku dengar dari radio IKIM. Sangat menyentuh jiwa.
Sambil drive pulang dari lab, mendengar lagu ini, membuatkan aku menitiskan air mata.
Sampainya di bilik, aku segera mencari lagu ini di YouTube. Dan apabila melihat video ini, terus mengalir air mata kerana dapat membayangkan kesengsaraan mereka.

Apa yang difikirkan ketika mendengar lagu ini?
Aku memikirkan, sejak kecil aku hidup senang. Adik-adikku juga tidak merasai kesengsaraan peperangan seperti ini. Aku juga memikirkan tentang anak buah kesayanganku, Jannah dan Yusuf. Mereka juga tidak merasai kesengsaraan ini.
Aku mula terbayangkan jika mereka perlu melalui perkara seperti Munir ini. Air mataku terus mengalir. Kerana aku tak sanggup membayangkan betapa sakitnya perasaan aku jika mereka terpaksa melalui perkara seperti Munir.
Teringin aku pergi kepada kanak-kanak Palestin yang kekurangan kasih sayang. Pergi kepada mereka dan memeluk mereka sambil memberitahu masih ada yang menyayangi mereka. Aku juga sangat menyayangi mereka. Sedih membayangkan kanak2 itu menjalani hidup yang jauh dari kasih sayang.

Aku berfikir lagi, betapa banyaknya nikmat kita yang hidup di Malaysia ini. Kita tak merasai kesusahan peperangan seperti mereka. Tetapi malang sekali. Aku mula memikirkan dengan nikmat yang banyak ini, aku tidak menjadi hamba yang banyak bersyukur. Mengalir lagi air mataku, menyesali diri sendiri.

Aku berfikir lagi, disebabkan kenikmatan hidup ini, kita kadang-kadang leka dan alpa. Kita menjadi orang yang mementingkan diri. Kita tidak peduli nasib mereka di sana. Sedangkan mereka adalah saudara kita. Kita mempunyai kepercayaan yang sama. Mereka cintakan Allah, dan kita juga mencintai Allah. Tetapi bagaimana kita boleh membiarkan mereka sengsara sendirian. Jika di akhirat nanti Allah bertanya, siapa yang mempertahankan bumi Palestin untuk Islam? Mereka akan menjawab mereka telah berusaha mempertahankannya. Tetapi jika Allah tanya lagi, siapa yang membantu kamu mempertahankan bumi itu? Bumi suci itu? Bumi para anbiya' itu? Adakah kita ingin membiarkan mereka menjawab, "tiada sesiapa yang membantu kami. Kami hanya sendirian". Tidak takutkah kita jika dipertanggungjawabkan oleh Allah nanti. 



Aku teringat satu kisah, di zaman kegemilangan Islam dulu. Seorang khalifah mendapat berita bahawa orang kafir sedang mengganggu wanita di sebuah perkampungan. Maka khalifah itu segera memberi amaran kepada orang2 kafir itu dengan mengatakan "Jika engkau tidak berhenti mengganggu wanita kami, kami akan mempersiapkan bala tentera untuk menyerang kamu". Amaran khalifah ini membuatkan kuffar itu gerun dan tidak berani mengganggunya lagi.
Itulah kita dulu. Itulah Islam dahulu. Kuffar begitu takut dengan umat Islam. Lelaki2 muslimin pula begitu melindungi wanita-wanita pada zaman dahulu. Tetapi kini? Kuffar begitu berani membunuh wanita dan kanak-kanak Islam. Muslimin pula sangat kurang yang menjadi pelindung yang baik untuk muslimat. Malah mereka pula yang merosakkan muslimat. Marilah kita sama-sama berusaha untuk kembali menjadi seperti mujahid2 dan mujahidah2 di zaman kegemilangan Islam. Bersatulah kita.
Ketahuilah, memang agenda Yahudi, dahulu sengaja membahagi2kan kita menjadi sesebuah negara. Asalnya kita dulu dibawah satu pemerintahan khalifah. Mereka sengaja membahagikan kita supaya kita lemah dan hanya mementingkan negara kita sendiri dan bukannya semangat persaudaraan Islam.

**Jika saya salah minta dibetulkan. Yang baik dari Allah, yang buruk dari diri saya jua.

Thursday, November 29, 2012

Mimpi Patung Berkepala Emas

Assalamualaikum. 
Hari ini mahu berkongsi cerita tentang mimpi Raja Bukhtanassar (Raja Nebuchadnezzar). Kisah ini saya perolehi daripada sebuah buku bertajuk "Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain" dan "Yakjuj & Makjuj Bencana Disebalik Gunung". Banyak kisah dan pengajaran yang diperolehi dari buku-buku ini. Siapakah sebenarnya Zulqarnain yang disebut dalam surah al-Khafi dari ayat 83-98 di dalam al-Quran. Ada dibahaskan tentang siapakah raja yang digelar Zulqarnain ini. Adakah Raja Iskandar (Alaxender The Great - Kerajaan Yunani) atau Raja Kurush (Cyrus The Great - Kerajaan Parsi) atau Raja dari Mesir dan sebagainya. Tapi untuk entry kali ini akan dikongsikan tentang mimpi Raja Bukhtanassar (Kerajaan Babylon). 

Raja Bukhtanassar (625BC hingga 562BC sekitar 2500 tahun dahulu) merupakan raja di Kerajaan Babel (Babylon). Pada suatu ketika, Raja Bukhtanassar telah bermimpi, tetapi apabila dia bangun dari tidurnya dia terlupa tentang mimpi tersebut. Tetapi mimpi itu amat meresahkannya. Maka dikumpulkan seluruh bijak pandai untuk memberitahu kepadanya tentang apa yang di mimpikannya malam itu. Namun tidak seorang pun yang mampu menyatakan apa mimpinya. Sehinggalah hadirnya Nabi Daniel. Dengan izin Allah, Nabi Daniel berjaya menyatakan dengan persis apa yang telah dimimpikan oleh raja tersebut. 

Nabi Daniel menyatakan (seperti yang tercatat dalam kitab sebelum al-Quran) :-


"Ya raja, tuanku melihat suatu penglihatan, yakni sebuah patung yang amat besar! Patung ini tinggi, berkilau-kilauan luar biasa, tegak di hadapan tuanku, dan tampak mendahsyatkan. Adapun patung itu, kepalanya dari emas tua, dada dan lengannya dari perak, perut dan pinggangnya dari tembaga, sedang pahanya dari besi dan sebagian lagi dari tanah liat. Sementara tuanku melihatnya, terungkit lepas sebuah batu tanpa perbuatan tangan manusia, lalu menimpa patung itu, tepat pada kakinya yang dari besi dan tanah liat itu, sehingga remuk. Maka dengan sekaligus miremukkannyalah juga besi, tanah liat, tembaga, perak dan emas itu, dan semuanya menjadi seperti sekam di tempat pengirikan pada musim panas, lalu angin menghembuskannya, sehingga tidak ada bekas-bekasnya yang ditemukan. Tetapi batu yang menimpa patung itu menjadi gunung besar yang memenuhi seluruh bumi." [Daniel 2: 31-35 ].

Kemudian Nabi Daniel pun mntafsirkan mimpi tersebut. 

"Wahai tuanku, raja segala raja, yang kedatangannya diberkan kerajaan, kekuasaan, kekuatan dan kemuliaan oleh Allah semesta langit, dan yang di dalam tangannya diserahkanNya anak-anak manusia, di manapun mereka berada, binatang2 di padang dan burung2 di udara, dan dibuatNya menjadi kuasa atas semuanya itu. Tetapi sesudah tuanku, akan muncul suatu kerajaan lain, yang kurang besar daripada kerajaan tuanku; kemudia satu kerajaan lagi, iaitu yang ketiga, daripada tembaga, yang akan berkuasa di atas seluruh bumi. Sesudah itu, akan ada suatu kerajaan yang keempat, yang keras seperti besi, tepat seperti besi yang diremukkan dan menghancurkan segala sesuatu; dan seperti besi yang menghancurkan, maka kerajaan ini akan meremukkan dan menghancurkan semuanya. Dan seperti tuanku lihat kaki dan jari2nya sebahagian daripada tanah liat tukang periuk dan sebahagian lagi daripada besi, itu bererti, kerajaan itu terbahagi; memang kerajaan itu juga keras seperti besi, sesuai dengan yang tuanku lihat besi bercampur tanah liat. Tetapi bagaimana jari2 kaki itu sebahagian daripada besi dan sebahagian lagi daripada tanah liat, demikianlah kerajaan itu akan menjadi keras sebahagian dan rapuh sebahagian. Seperti tuanku melihat besi bercampur tanah liat, itu bererti; mereka akan bercampur disebabkan perkahwinan, tetapi tidak akan menjadi satu kesatuan, seperti besi tidak akan bercampur dengan tanah liat. Tetapi pada zaman raja-raja, Allah semesta langit akan mendirikan suatu kerajaan yang tidak akan binasa sampai selama-lamanya, dan kekuasaan tidak akan beralih lagi kepada bangsa lain: kerajaan itu akan meremukkan segala kerajaan dan menghabisinya, tetapi kerajaan itu sendiri akan tetap untuk selama-lamanya, tepat seperti yang tuanku lihat, tanpa perbuatan tangan manusia sebuah batu terungkit lepas dari gunung dan meremukkan besi, tembaga, tanah liat, perak dan emas itu. Allah yang Maha Besar memberitahu kepada tuanku raja apa yang akan terjadi di kemuadian hari; mimpi itu adalah benar dan maknanya dapat dipercayai." (Daniel 2:31-45)


Kepala daripada EMAS

Dada dan lengan daripada PERAK

Perut dan pinggang daripada TEMBAGA

Kaki daripada campuran BESI dan TANAH LIAT



Kepala daripada Emas merupakan Kerajaan Emas yang diperintah oleh Raja Bukhtanassar. Kerajaannya sangat kuat dan teguh. Namun setelah Raja Bukhtassar mangkat, Babylon mengalami kemunduran dan akhirnya runtuh. Setelah keruntuhan Kerajaan Babylon, kuasa dunia digantikan oleh kerajaan kedua yang tidak sekuat kerajaan Raja Bukhtanassar. Ia disimbolkan dengan Perak iaitu kerajaan Media-Parsi yang diperintah oleh Raja Kurush (Cyrus The Great). 
Parsi berkuasa selama 200 tahun, dan kemudiannya ditawan oleh Alexander The Great, Raja dari Macedonia-Yunani. Ini disimbolkan sebagai Tembaga.  
Kerajaan keempat yang disimbolkan sebagai Besi adalah Empayar Rom. Campuran tanah dan besi di bahagian kaki dimaksudkan Empayar Rom yang terbahagi kepada dua iaitu Rom Barat (berpusat di Rom, Itali) dan Rom Timur (Empayar Byzantine yang berpusat di Konstantinople, Turki). Empayar Byzantine dilambangkan sebagai Besi bercampur Tanah liat. Empayar Rom Barat di Eropah digambarkan sebagai besi kerana merupakan kerajaan yang kuat, manakala Empayar Byzantine dianggap sebagai tanah liat yan rapuh kerana bahaya yang selalu mengancam sama ada daripada luar atau dalam.

Akhirnya 'Batu Gunung' telah menimpa bahagian kaki patung dan menyebabkan patung hancur keseluruhannya. batu gunung ini dimaksudkan Nabi Muhammad dan para sahabat yang berjaya meremukkan segala kerajaan dan menamatkannya pada saat baginda berjaya menundukkan Rom pada Perang Tabuk (630 M). Semenjak itu sedikit demi sedikit wilayah kerajaan yang pernah dikuasai oleh Raja Bukhtanassar jatuh ke tangan Islam termasuklah Jerusalem, Syria, Palestine dan akhirnya Parsi. Dengan kekalahan Parsi, wilayah Babylon yang megah pada zaman pemerintahan Bukhtanassar berjaya dikuasai tentera Islam.

Info lanjut selain dari buku2 diatas, klik sini.

Saturday, November 24, 2012

Kamal Attartuk 1924



Apa yang menarik dengan 1924? 
Pada tahun 1924 adalah sejarah di mana jatuhnya sistem KHALIFAH ISLAM di dunia ini. 
Iaitu pada zaman Turki Utmaniyyah.
Sehingga sekarang kita masih belum dapat menghidupkan kembali sistem khalifah. 



Puncanya? 

Ia berpunca daripada Kamal Attartuk. 
Kamal Attartuk telah mengikat perjanjian dengan kuffar.
Dan bersetuju untuk menjathkan sistem khalifah.
Bukan setakat itu sahaja, pelbagai perkara dilakukan untuk menghalang penduduk Islam Turki menjalani hidup Islam yang sebenar.
Kamal Attartuk telah menukar Turki menjadi negara sekular.
Menghalang wanita muslim memakai tudung, jika ingin bertudung, perlu memakai tudung dengan skirt pendek.
Menghalang azan dilaungkan.
Bayangkan bagaimana Turki dan rakyatnya dididik dengan baik oleh Sultan Muhammad al-Fateh.
Tetapi kehadiran Kamal. Attartuk ni telah menghancurkan segala-galanya.

---------------------

Di akhir hayat Kamal Attartuk, dipercayai dia diseksa dengan teruk sekali dengan pelbagai penyakit dan kepanasan yang tak terhingga.
Tidak cukup dengan itu, selepas kematiannya, mayatnya tidak diterima bumi dan tidak dapat dikebumikan. Maka ia terpaksa di awet.
Untuk bacaan lanjut apa yang dilakukan oleh Kamal Attartuk sehingga mendapat kemurkaan Allah, sila ke link ini.

---------------------

Astaghfirullahalazim.

Jangan sekali-kali kita berani menentang Allah. Ingatlah, kita hanyalah hamba ciptaan Allah.
Terlalu lemah dan terlalu lemah. Ingin menghadapi seksaan di dunia sahaja sudah tidak mampu.
Apatah lagi jika di bakar di akhirat kelak.

Nauzubillahiminzalik.

Friday, October 26, 2012

Sultan Muhammad Al Fateh

Sultan Muhammad Al Fateh merupakan seorang yang telah ditabalkan menjadi sultan ketika usia muda lagi menggantikan ayahandanya semasa zaman pemerintahan Turki Utmaniyyah.

Berdasarkan ilmu yang agak cetek berkenaan sejarah ini yang diperolehi semasa ISK, ingin saya berkongsi sedikit tentang kehebatan sultan ini.

Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda ketika menggali parit semasa peperangan Khandak "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Maka selama 800 tahun tentera Islam berusaha untuk menawan Konstantinople seterusnya menjadi orang yang disebut dalam hadis Nabi sebagai sebaik2 raja dan sebaik2 tentera. Namun semuanya tidak berjaya.

Sehingga sampailah ketika zaman pemerintahan Sultan Murad II (ayah kepada Sultan Muhammad Al Fateh). Baginda juga tidak berjaya menakluk Konstantinople. Baginda telah menemui seorang ulamak untuk bertanyakan bagaimana cara untuk menakluk Konstantinople. Ulamak tersebut menjawab, "Bukan engkau yang akan dapat menakluk Konstantinople, tetapi anak engkau". Sultan Murad berasa bingung kerana baginda tidak mempunyai anak, pada ketika itu. Tetapi apabila pulang ke rumah, baginda mendapati bahawa isterinya sedang mengandung 3 bulan. Semenjak itulah, baginda berdoa agar dikurniakan anak lelaki untuk merealisasikan penaklukan Konstantinople tersebut. Akhirnya baginda dikurniakan anak lelaki dan diberi nama 'Muhammad', sempena nama Nabi Muhammad saw. 


Kedudukan kota Konstantinople yang dilindungi oleh 3 lapisan tembok yang kukuh dan sukar dirobohkan. Perairannya pula tidak dapat dicerobohi oleh kapal2 luar kerana adanya besi yang besar dipasang melintasi perairan tersebut.



Gambaran yang menunjukkan bagaimana Sultan Muhammad Al Fateh dan tenteranya menarik kapal ke darat merentasi bukit hanya dalam 1 malam.



Anak ini (Sultan Muhammad Al-Fateh) dididik dengan pelbagai cabang ilmu, bermula dengan keagamaan sehinggalah ketenteraan semenjak kecil lagi. Semasa berusia 12 tahun, Sultan Murad II telah melantiknya sebagai pemangku takhta kerajaan. Dan pada usia 19 tahun, secara rasminya baginda mengambil takhta pemerintahan. Akhirnya hanya pada usia 21 tahun baginda berjaya menakluk Konstantinople dengan cara yang bijaksana. Baginda telah mencadangkan untuk menarik kapal dan bergerak di daratan. Hanya dalam 1 malam sebanyak 70 buah kapal perang berjaya dipindahkan dari Selat Bosphorus ke Selat Tanduk.

Akhirnya Konstantinople berjaya ditakluk dan namanya ditukar kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini kota ini dikenali sebagai Istanbul, Turki. Kota ini menjadi rebutan kerana kedudukannya yang strategik di perantaraan timur dan barat dan berteluk. Sultan Muhammad Al Fateh lah merupakan orang yang disebut dalam hadis nabi sebagai sebaik2 pemimpin dan tenteranya sebaik2 tentera. Ini kerana akidah mereka sangat teguh dan kuat terhadap Allah. Mereka sangat cinta pada Allah. Kecintaan yang kuat terhdapat Allah telah membawa kemenangan yang telah dinanti selama 800 tahun.

Bacaan lanjut mengenai Sultan Muhammad Al Fateh.

Jom tengok video ni..!! Lebih ringkas dan padat!





Monday, October 22, 2012

Merubah Paradigma





Jumaat dan sabtu lepas saya telah mengikuti sebuah program yang bertajuk "INI SEJARAH KITA" (ISK)  anjuran Ikram. MasyaAllah...MasyaAllah...MasyaAllah.
Program tu...sangatlah memberi kesan kepada diri saya. Ia telah membuka mata hati saya dengan lebih luas sekali.
Teringin sekali saya kongsikan kesemua input yang telah saya perolehi dengan sahabat2 yang mengunjungi blog ini. InsyaAllah sedikit demi sedikit saya akan masukkan ke dalam ini.
Rugilah saya kalau saya tak kongsikan dengan sahabat2 semua. Rugilah saya...Rugilah saya...


Pernahkah kita bertanya pada diri kita...Benarkah aku CINTAKAN RASULALLAH??
Bila orang tanya, kita akan cakap.."Mestilah CINTA. Aku terlalu RINDUkan RasulAllah."
Tapi, adakah kata-kata itu datang dari hati atau hanya sekadar dibibir?
Dulu...aku sangat cemburu bila melihat orang-orang menulis (di FB) "Aku CINTAkan RasulAllah".."Aku sangat RINDUKAN RasulAllah".
Seriusss...!! sangat CEMBURU. Kenapa? Sebab aku seolah-olah tak mampu mengeluarkan kata-kata itu. Kerana aku tak mampu melafazkan kata-kata tersebut yang benar-benar lahir dari hati..bukan hanya dibibir.
Selalu aku meminta kepada Allah agar mengurniakan perasaan CINTA itu dihatiku.
Kadang-kadang aku rasakan aku benar2 cintakan Allah. Tetapi aku seolah-olah tidak merasakan cinta kepada Rasul-Nya. Bagaimana mungkin? Diterimakah CINTAku jika aku tidak mencintai Rasul-Nya?
Sungguh teringin aku mencintai Rasul-Nya.

Alhamdulillah. Melalui program ISK ini kita boleh mendapatkan cinta itu. Dengan izin Allah jua. Jika sahabat2 semua berpeluang menyertai program ini, jangan lepaskan peluang. Saya benar2 mencadangkan sahabat2 semua menyertainya.
Kenapa saya kata kita mampu mendapatkan cinta itu? Kerana mata kita akan disajikan dengan kehebatan2 Rasul kita yang mungkin tak pernah kita ambil peduli sebelum ini.
Kehebatan sahabat2 Nabi, kehebatan khalifah2 zaman silam dan kehebatan umat-umat Islam silam yang berpegang teguh kepada tali Allah. 
Kehebatan yang mereka perolehi yang berakar umbi kepada teguhnya akidah di dalam hati dan diri mereka.
MasyaAllah..kagumnya saya dengan mereka semua. Jauhnya saya dari mereka. Terlalu jauh...
Bermulanya dari seorang Nabi Allah yang bernama Muhammad s.a.w. Islam berjaya memerintah sehingga 2/3 dunia. MasyaAllah..MasyaAllah
Sebelum ini kita mungkin pernah tahu. Tapi mungkin kita hanya tahu dari akal...bukan memahaminya dengan mata hati. 


Kajilah SEJARAH Islam dengan mata hati. Kamu pasti akan merasakan suatu kelahiran baru di hati kamu.