Showing posts with label Amor. Show all posts
Showing posts with label Amor. Show all posts

Tuesday, October 9, 2012

Senyuman

Pernah tak kamu menemui seseorang yang selalu membuatkan kamu tersenyum.
Apabila kamu berkata-kata dengannya, kamu pasti tersenyum.
Apabila kamu teringatkan dirinya, kamu tersenyum lagi.
Bila kamu ada masalah, kamu teringatkannya, terasa ringan masalah kamu.
atau sedang marah, kamu terfikirkannya, terus reda kemarahanmu.

Pernah tak kamu menemui seseorang..
Yang mana bila kamu berbicara dengannya semakin kamu teringat akan Allah.
Kadang2 disebabkan dia, kamu merasakan ingin menjadi lebih baik
Disebabkan dia, kamu berubah menjadi seseorang yang lebih gigih
dan disebabkan dia, kamu merasakan hari2 kamu begitu menggembirakan, walaupun hakikatnya terlalu banyak masalah sedang mengejarmu.


Pernah tak kamu menemui seseorang..
Yang kamu lihat selalu berusaha untuk membahagiakanmu
Yang tidak pernah kedekut memberikan masanya  untuk mendengar pemasalahanmu
yang tidak pernah lokek memberi idea dan bantuan kepadamu

Pernah tak kamu menemui seseorang..
Yang kamu merasakan seolah2 dia adalah hadiah daripada ALLAH
Yang kamu rasakan sangat terharu kerana Allah menghadirkan dia dalam hidupmu
Yang membuatkanmu bersyukur dengan pemberian itu
dan kadangkala membuatkanmu tertanya2..
 'kebaikan apakah yang telah aku lakukan, sehingga ALLAH mengurniakan seseorang sepertinya dalam hidupku?'
Yang membuatkan kamu mendoakannya saban hari
dengan mengharap dia merasakan kebahagiaan
sepertimana dia selalu berusaha untuk membahagiakanmu

DIA ialah kamu yang selalu membuat saya tersenyum

Tuesday, September 4, 2012

Beratnyaaa...............Aiyark!

Selepas beberapa bulan aku menghilangkan diri dari blog ni, ak kembali kini. Mahu bercerita tentang raya pada tahun ini...n...actually beberapa tahun kebelakangan ni (iaitu semenjak aku graduate dari UKM yang tercinta..haish rindu plak kat UKM)

Seperti biasa, di pagi hari raya yang mulia (1 syawal) kita akan bergegas ke masjid untuk menunaikan solat aidilfitri. Selepas habis solat terus pulang ke kampung dan memulakan perjalanan untuk ke rumah saudara-mara. Dan seperti tahun-tahun sebelumnya, pertanyaan yang hampir serupa berlaku..uhuk3..

Makcik : Aida bila lagi? dah umur 25 dah kan tahun ni?
Aida : Hmm...tengokla nanti bila2. (aiseh, spontan je jawab camtu..xdapat dikawal).


Makanya, semenjak raya kita mula memikirkan tentang JODOH. Aiseh. Kebelakangan ini, mungkin kita  tidak sempat untuk teringat tentang pasangan hidup pun. Mungkin kerana terlalu sibuk memikirkan tentang research dan dosa2 kita yang tidak tahu sudah terampun atau pun belum. huhu (BULAN RAMADHAN terasa begitu membahagiakan kerana setiap malam kita dapat melahirkan perasaan cinta kepada Tuhan kita..MasyaAllah). Tetapi, selepas raya menjelma, ditambah pertanyaan2 yang 'menarik', mungkin fikiran kita mula terganggu.

Aduhaiii..terasa begitu berat sekali apabila memikirkan tentang  JODOH . 
Serioussllyyy...TERLALU BERAT.  
Semakin difikirkan, semakin berat rasanya. 
Berbeza jika kita memikirkan tentang DOSA2 yang bertimbun dan TAUBAT. 
Semakin difikir2kan tentang DOSA dan TAUBAT, semakin ringan rasanya bebanan yang ditanggung. uhuhuhuu. MasyaAllah....
Berat sungguh rasanya jika dibebankan dengan persoalan JODOH. 
Maka dengan ini mungkin kita perlu mula berusaha kembali untuk merubah pemikiran kita. 
Lupakan pertanyaan orang. 
Lupakan persoalan JODOH. 
Kembalikan semula pemikiran ke arah hubungan kita dengan ALLAH. 
MasyaAllah, jika memikirkan tentang Allah, kita pasti dapat merasakan kebahagiaan. 
Jadi, mengapa kita perlu berfikir perkara yang membebankan, sedangkan ada perkara lain yang membahagiakan? 
Kadang-kadang kita memang tidak mampu untuk puaskan hati semua orang. 
Kadang-kadang kerana ingin memuaskan hati orang lain, kita sendiri yang menanggung bebanan.

Setiap kali berjalan kaki, aku akan mula terfikirkan perkara ini dan terasa......
MASYAALLAH...BERAT SUNGGUH



**Mula memutar kembali pola pemikiran ke asal, iaitu:
  1. Permohonan TAUBAT kerana dosa2 yang terlalu banyak.
  2. Memerhati dan memikirkan penciptaan Allah dan kisah2 menakjubkan di dalam al-Quran..sambil menitiskan air mata kerana begitu kagum..SubhanAllah.....***walaupun perkara seperti ini boleh membuatkan kita menitiskan air mata (terlalu kagum atau terlalu berdosa), ia membuatkan kita merasa ringan dan tenang.
  3. Seterusnya mula memikirkan target untuk research yang telah mula memecut meninggalkan ku begitu jauh ke belakang. uhuhuuhuuu.......***walaupun memikirkan tentang research terasakan agak berat juga, tetapi sekuarang2nya aku masih mampu mencari jalan untuk cuba menyelesaikan masalah.

p/s: Pakcik2...Makcik2...Uncle2...Auntie2...lepas ni jangan tanya saya pasal pernikahan lagi ya..ADOOIIII...SERABOT kepala saya ni. ADOI3..Tak pun, makcik2 tolonglah carikan Putera dari Kayangan untuk saya. Sebab saya ni memilih (terpaksa buat2 mengaku..)...saya nak Putera Kayangan aje^^v


Wednesday, April 4, 2012

Surat Cinta ^^v


p/s: Semoga Allah menjagamu dan memberi kebahagiaan untukmu^^v


Game Over...!!!

It's over. Please don't come back. We are on our own way now^^v



Thursday, December 15, 2011

Jagalah HATI

Kita selalu ingin menjaga hati kita, supaya tidak tertarik kepada mana-mana lelaki/wanita ajnabi. Kita selalu mengelakkan diri dari mula bermain cinta dengan mana-mana ajnabi. Kerana kita takut akan terperangkap dalam arus cinta. Kita risau akan terjunam kedalam gaung gelora cinta manusia. Kita tidak memandang mana2 ajnabi. Kadang-kadang kita tak perasan pun kehadiran mereka, walaupun hakikatnya mereka berjalan berselisihan dengan kita. Kita sentiasa cuba mengelak...kerana khuatir akan terjunam kembali. Dan, mungkin juga kerana kita tidak ada rasa tertarik kepada mana2 ajnabi.
Tetapi, walaupun cuba kita elak, tanpa disedari, sedikit demi sedikit, kita terperangkap juga. Tak tahu masa bila datangnya perasaan itu. Semakin lama semakin kuat rasa sayang. Tak tahu macam mana kita boleh tertarik padanya. Kita senang melihatnya. Kita rasa selesa berkomunikasi dengannya. Tiba-tiba mula merasakan betapa banyak persamaan antara kita dan dia. Kita merasakan seolah-olah kita dapat membaca fikirannya. Seolah-olah kita memahami sikapnya. Merasakan seperti kita telah lama mengenalinya...walaupun hakikatnya kita baru sahaja mengenalinya.

Ya...kita merasa senang sekali. Rasa gembira. Tetapi, jauh disudut hati, ada rasa yang tidak enak mula timbul. Orang yang kita tertarik itu, bukanlah hak kita yang sah. Kita tak berhak memandangnya. Kita tak berhak melihatnya. Kita tak mempunyai apa-apa hak, disisi Islam.

Ya Allah, aku ingin menjaga hati dan perasaanku. 
Bantulah aku mengawal rasa didalam hatiku ini Ya Allah. 
Kadang2 aku ingin melawan perasaan ini.
Tetapi...sukarnya Ya Allah.
Ya Allah, aku tidak mahu terpesong, setelah engkau luruskan hatiku.
Ya Allah, kuatkanlah aku melawan rasa yang berat dihatiku ini.
Ya Allah, aku tak tahu apa yang membuatkan aku begitu tertarik padanya.
Kuatkanlah aku Ya Allah
Agar aku dapat menjaga hati ini sebaik-baiknya.
Sehingga waktu yang telah kau tentukan jodohku.

Tetapkanlah hatiku...
Hanya tetap pada-Mu.
Amin Ya Rabb


P/S: Moga aku tak diuji dengan asyik cinta DUNIAWI..Amin

Thursday, September 8, 2011

Macam-macam Ragam Manusia

Zaman sekarang ni, macam-macam ragam manusia kita boleh jumpa. Ada yang serius, periang, pemalu, pendiam, gedixss, panas baran dan macam-macam lagilah. Disebabkan kepelbagaian inilah kita mempunyai variasi dalam memilih sahabat, rakan-rakan, dan pasangan hidup. Hmm. OK! Cerita pasal pasangan hidup. Bukan senang kan nak memilih pasangan hidup. Macam-macam kriteria ada. Nanti mulalah senarai panjang, bermuka-muka kita keluarkan. Senarai syarat-syarat harus untuk menjadi pasangan. Huahuahuaa.


Tetapi, tak semua orang macam tu. Ada yang tak memilih sangat. Asalkan ada yang datang memberi kasih, dia terima saja. Mudah sahaja. Baguslah kalau macam tu. Tapi, camna pula kalau yang susah nak menerima tu? Dalam erti kata lain, MEMILIH. Sudah beberapa orang jejaka atau jejaki (ada ke istilah ni?) opss wanita, yang datang mengusha. Malangnya tiada seorang pun yang berkenan dihati. 
“ Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, cantik rupa parasnya, banyak hartanya, baik keturunannya atau kuat agamanya. Maka pilihlah yang kuat agamanya”
Hadis ini menyebut tentang calon isteri. Tetapi, boleh juga digunakan untuk memilih calon suami. Ok, berbalik kepada orang yang memilih tadi. Aku malaslah nak cakap pasal calon pilihan lelaki. Sebab, pada pandangan aku (pandangan aku ok, berdasarkan pemerhatian sendiri), lelaki akan memilih kecantikan tu yang utama. Lepas tu, baru dia tengok ciri agama itu. Mula-mula mereka akan terpikat dulu dengan kecantikkan, lepastu barulah start nak berkenalan. Kalau perempuan tu beragama mungkin dia akan pilih. Katakanlah, perempuan lain pula. Dia seorang yang beragama, tetapi rupa parasnya biasa-biasa sahaja. Agak-agaknya lelaki itu akan tertarik tak pada mulanya. Hmm. Tak tahulah aku. Hehe.


Ok, kalau perempuan pula macam mana ek? Nak kata dia tidak akan terpikat kerana hensem, tak juga. Sebab ada juga kawan aku yang jatuh hati sebab lelaki itu hensem atau tegap? Erk! Nampaknya abang-abang palapes or army ni, saham tinggi ye. Ada juga yang suka je kalau lelaki tu hensem dan tegap, tapi sekadar suka berkawan saja. Untuk buat pasangan hidup tu, tak pula. Katanya takut kalau lelaki hensem-hensem ni. Ramai sangat peminat. Pening kepala nanti. Tula sebabnya kadang-kadang kita jumpa pasangan yang isterinya sangatlah cantik, tapi suami dia? Aiyark! Itu bukan sesuatu yang pelik ya. Macam-macam ragam manusia. 

 Ada juga yang sanggup kahwin dengan lelaki yang berumur kerana hartanya. Hmm. Kalau dapat yang muda, kaya, bijak, hensem dan yang paling penting beragama..adalah untung! Tapi, susah rasanya nak jumpa lelaki macam ni. Kalau tanya pula kepada sesetengah perempuan, jawab mereka?? Kurang berminat dengan lelaki yang banyak sangat ciri positif macam ni. Ish3. Kenapa pula? Bab kaya tu yang takut tu. Nanti hidup tak aman pula. Ada pula orang jeles nanti. Kena pula lakinya hensem. Aduh! lagi tambah masalah. Tapi bab bijak dan beragama tu, ramai orang suka la. Yela. Nanti dapat anak pun bijak juga. Sebab gene bijak tu dah ada. 

OK! Berbalik semula kepada soal memilih tadi. Katakanlah ramai calon-calon yang menanti ni. 

Calon A - pakej dah lengkap ni. Solat tak tinggal, rajin pergi masjid lagi, tinggi, tegap, muka pun hensem, bijak pun bijak. Tapi tetap juga ditolak. Aish pelik2. Mungkin dia tolak sebab lelaki tu ramai sangat peminat kot. Nanti ada pula kes rebut2 ni. Dah parah. Baik undur diri awal-awal. Laki pun bukan boleh percaya sangat. Opss!

Calon B - Ok, solat tahu dah ni, tak tinggal. Tinggi pun tinggi. Tegap? Bolela. Tapi silap pula, merokok! Aish. Tolak lagi. Mana boleh kahwin dengan lelaki merokok. Nanti duit dia habis beli rokok je. Tapi tak kesahlah, duit dia kan. Yang menjadi masalahnya, nak kena bertahan dengan asap rokok tula. Nanti anak-anak membesar pun kesian. Ish3. Harap2 perokok, berusahalah untuk berhenti merokok. Buat pengetahuan korang, perempuan ni, memang susah nak terima perokok sebagai pasangannya. Sekian.

Calon C - Kerja? Dah bagus dah. Siap offer macam-macam ni. Sanggup keluar duit belikan hp, topup, belanja makan hari-hari. Dah macam suami yang kasi nafkah la pula. Muka? Takda la hensem sangat. Baik? Hmm, dia layan kita memanglah baik. Sebab kononnya sayang. Tapi, kalau akulah tak percayalah. Ntahlah. Kadang-kadang aku terfikir juga, kompom ke laki tu akan terus sayang dan beri macam-macam selamanya? Walaupun selepas kahwin? Lelaki ni (berdasarkan pemerhatian akula) kadang-kadang dia hanya akan berusaha pada awalnya sahaja. Bila dah dapat, dia akan sia-siakan. Tapi tak semualah macam tu. Ha..!! calon macam ni pun kene tolak juga. Pelik2. Kalau aku, tolak sebab takut. Macam obses je. Bukan sayang. Lelaki macam ni macam ada udang disebalik mee aje. Tapi ada juga yang terima. Yela, fully support!  Prejudiskah aku terhadap lelaki? Erk!

Calon D - Lebih kurang macam calon A, cuma dia taklah hensem. So, takda sebab nak tolak sebab hensem. Kerja pun bagus. Tapi, sayangnya dalam hati pula tak boleh nak rasa sayang. Hmm. Penting ke nak kena ada timbul rasa sayang ni? Ntahlah. Bagi sesetengah orang boleh je terima, sebab dia fikir mungkin lepas kawin akan ada rasa. Tapi........tak semua orang macam tu. Ada yang nak juga cari yang dia boleh ada rasa sayang. So, agak-agak kalau Calon D dah sayang sangat kat perempuan ni, berusahalah memikat hatinya. Manalah tahu ada peluang kan? Tetapi, memikat mestilah betul caranya. Hmm. Macam-macam ragam manusia.

Katakanlah kita menolak semua calon-calon kat atas ni, yang datang dalam hidup kita. Orang mesti akan kata kita memilih. Tula, bila aku baca balik dan tulis semua ni, barulah aku mengakui, orang yang macam ni, memang memilih. Ramai orang berkata, "Jangan memilih sangat, nanti lambat kahwin. Tak laku". Betullah. Ada betulnya apa yang diucapkan oleh sesetengah orang tu. Ada juga yang kata, lelaki sahaja yang berhak memilih, sebab sekarang ni lelaki lagi ramai daripada perempuan. So, kalau perempuan tu, dah ada orang nak tu, terima sajalah. Sorylah ye, pakcik2 makcik2, terus terang saya katakan saya tak setuju. Perempuan juga perlu memilih. Ada juga, aku terbaca "Perempuan sebaiknya berkahwin dengan lelaki yang sayang dia, bukan yang dia sayang". Hmm. Sekali lagi ye, saya tak setuju. Suppose to be saling sayang-menyayangi. Kalau tak pun, sekurang-kurangnya berpotensi untuk menyayangi si lelaki. Tak kesahlah pandangan orang lain, tapi...bagi aku, macam manalah aku nak berusaha membahagiakan dan menyenangkan hatinya sedangkan hati aku sendiri tidak merasa kebahagiaan itu. Bukankah usaha itu hanya akan memberi tekanan kepada diri sendiri dan pasangan mungkin tidak dapat merasa keikhlasan kita. Jadi, kalau aku, biarlah memilih pasangan yang saling menyayangi ataupun berpotensi untuk kita sayang. Ya! Memilih lagik?

Tapikan.....pernahkah anda mencari jawapan mengapa sesetengah orang itu memilih?? Yela, nak mencari yang terbaik, sebab kahwin ni bukan perkara main-main. Bercakap nak mencari yang terbaik. Sebab apa kita nak mencari yang terbaik? Sebab kita nak memberi yang terbaik kepada pasangan kita. Contohnya Fatimah ni. Salah satu cita-cita dalam hidup dia, ingin menjadi isteri solehah. Dia ingin berusaha sedaya-upaya untuk membahagiakan suaminya. Nak menggembirakan hati, menjadi penyejuk mata dan menghadapi susah senang bersama. Kalau suaminya mengalami kesusahan, dia berharap dia dapat meringankannya. Kalaupun tak mampu secara zahir, sekurang-kurangnya dia membuatkan hati suaminya senang, walaupun sedang mengalami pelbagai masalah. Hmm. Jadi, untuk memberikan yang terbaik ini, dia merasakan hanya orang yang terbaik atau berusaha untuk menjadi terbaik sahaja layak menjadi pasangannya. Sekali lagi, untuk membolehkan dia bahagia memberi semua itu, dia mestilah memberi dengan penuh kasih sayang (macam yang tercatat dalam buku Nota Hati Seorang Lelaki - Ustaz Pahrol). Nampaknya memang perlu kahwin dengan orang yang kita sayang dan sayang kita ya. Hehe.

Selain itu, soal hantaran perkahwinan pula. Ni yang aku copy dari facebook la.

Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini
dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung :-
UPSR, PMR/SRP : RM1,000 - RM3,000
SPM : RM3,000 - RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 - RM12,000
DEGREE : RM12,000 - RM15,000 2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 - RM20,000
PHD : RM20,000 - RM30,000
Ngeri betul aku tengok. Aku yang perempuan ni pun ngeri apatah lagi lelaki. Haha. Ok, berbalik kepada Fatimah tadi. Kalau boleh, bila dia berkahwin nanti, dia tak mahu membebankan suaminya dengan hantaran sebegitu. Kalau boleh dia akan cuba meminta ibu bapa meminimumkannya. Mungkin minimum yang membuatkan orang lain mula berfikiran negatif terhadapnya? Ish3 (macam dalam video matlutfi90 tu).  Bukan apa, dia tidak mahulah membebankan orang yang dia sayang. Kalau dia tengok orang yang dia sayang menanggung bebanan, dia pun terasa berat bebanan tu sekali. Uhh..!! Tak sanggup rasanya. Berat mata ni memandang. Sedih tengok. Kalaulah dia tak berjaya memujuk ibu bapanya untuk mengurangkan hantaran, dia sendiri akan sama-sama membantu untuk mengumpul duit hantaran tu. Yela, nanti kalau bakal suaminya berhutang banyak, dia juga yang susah. Baik bantu awal-awal. So, siapa yang layak mendapat bantuan ini semua? Mestilah orang yang terbaik juga. Sebab itulah dia memilih. 


Katakanlah sebab terlalu memilih ni, dia terus tak jumpa calon. Macam mana? Hehe. Ntah. Aku ni pun satu hal gak. Memilih gak kadang-kadang. Atuk dah tanya dah hari tu. Bila nak jadi puan. (Naseb baik aku ni lambat pick up sket, aku igtkan puan tu nenek. Yela, orang nogori panggil nenek tu puan or wan. Aku dokla pk, camnela aku nak ada cucu, kawen pon tak lagi. Jangankan cucu, anak pun tak dapat. Sambil buat muka 'blur' depan atuk. Lama gakla baru aku dapat pick up maksud atuk tu. Keke)


Okeh! Sekian sahaja hujah aku. Bukan apa, kadang-kadang teringin juga memberitahu orang-orang di luar sana yang tak senang kalau perempuan ni memilih dan jual mahal. Siap cakap jangan memilih, nanti tak laku, baru tahu. Kalau orang cakap camni, aku nak jawab apa ya? Takpelah, nanti jumpalah tu idaman hati. (",)v
Macam-macam ragam manusia. Hee.

Saturday, September 3, 2011

Status kamu di Facebook??

Alya sedang menaip kertas kerja di laptopnya. Dia perlu menyiapkan segera segalanya sebelum cuti ini.
"Aiyak..!! susahnya nak bt discussion ni. huhu", dia mengomel sendirian.
Sedang dalam kepeningan itu, tiba-tiba dia dikejutkan dengan chat box yang masuk. Apabila melihat nama orang yang menghantar chat melalui ym nya, dia mula tersenyum. Rupa-rupanya sahabat baiknya, Fauzana.

Alya memang selalu berbual-bual dengan Fauzana, sama ada melalui ym atau telefon. Bukan apa, kadang-kadang memang seronok berbincang dengannya. Pelbagai perkara boleh dikongsi. Kadang-kadang time tula sesi luahan perasaan, nak buat confession ke, bertanya khabar atau perancangan terbaru. Alya juga selalu merasa senang dan gembira apabila berbual-bual dengan Fauzana. Jadi apabila Fauzana mula "BUZZ" dia ym nya, dia sudah mula tersenyum dahulu. Mungkin kerana memikirkan pasti ada yang kelakar dan seronok yang ingin disampaikan oleh Fauzana kepadanya. 

Fauzana : As salam
Alya      : Waalaikumussalam

Mereka pun memulakan perbicaraan mereka. Pelbagai perkara dibincangkan, sampailah ke suatu tajuk baru perbualan.

Fauzana : Alya, lupa nak beritahu hang. 
               Minggu lepas aku pi Bangi, jumpa  Emma semua. 
               Hang nak tahu tak,  Emma tanya aku, "Aku tengok Alya macam
               jiwang-jiwang ja sekarang ni. 
               Ada apa-apa ka? Aku terus tergelakla.

Adeh..!! Alya pun memang dah tak dapat menahan ketawa. Dia terus tergelak besar. Aduhai....Macam mana pula Emma boleh terfikir macam tu ya? Rasaya mesti dia tengok post aku kt facebook. Dan mungkin juga status2 aku kat ym. Haha. Oleh sebab itu, Alya mula mengawal dan menapis dahulu apa sahaja yang ingin dia pos, terutamanya di fb. Kalau dekat ym tu, kurang sikit tapisan sebab tak ramai sangat yang ada akaun ym dia. Hmm. Kalau 'pakcik' pun, dah lama dia buat 'permenently invisible' padanya. [Hmm..agaknya betul ke 'pakcik' nak masuk UTM naik sem ni? Aduhaiii...risau aku dibuatnya. Dia ni pun satu, dah elok2 jadi engineer kat KL sana, pi benti dan masuk UTM buat apa. Huhu]

Hmm. Nampaknya bukan Alya seorang sahaja yang perlu menapis post atau statusnya di FB, aku pun kena gak. Kalau ikutkan hati, tadi ingat nak letak satu status ni kat FB. Aku jumpa statement ni kat Islamic page. Tapi, nak share kt wall FB nanti ada orang tegur pula. So, share kat sini saja.
Dear future husband ♥
I need you to take me to the Mosque when i don’t feel like it, bring me beautiful prayer rugs to make me want to pray, read me surah from the Qur’an so that i can understand this beautiful religion that i feel like i have been shirking for such a long time. I need you to do this because i want to be there for you in Jannah waiting by that big beautiful gate with my hand reaching for yours..:)) ---------c0pied-----------
Best kan ayat ni? Hee.

Sunday, July 24, 2011

Secreto de amor

Apabila membincangkan tentang hati dan perasaan, kita mungkin akan menemui jalan buntu. Memang tidak dinafikan hati dan perasaan itu sangat sukar untuk ditafsir. Kadang-kadang ia akan berubah mengikut situasi, keadaan persekitaran atau kehadiran orang-orang sekeliling. Kalau cakap tentang hati, pasti akan terkait dengan cinta dan kasih sayang. 

Kebiasaannya hati kita akan mudah terguris jika bersama orang yang paling kita sayang. Maksudnya semakin kita sayang seseorang itu, semakin mudah kita terasa jika dia melakukan tindakan tertentu yang tidak kita senangi. Walhal, jika tindakan tersebut dilakukan oleh orang lain, mungkin tidak akan memberi kesan langsung kepada diri kita. Bercakap tentang perasaan sayang, mungkin saya boleh kaitkan dengan lagu Westlife - Flying Without Wings. Kenapa lagu ini ya? Entahlah. Bila dengar lagu ni, saya merasakan memang betul apa yang diperkatakan. Jika kita menemui sesuatu benda yang yang istimewa itu, kita akan merasa lengkap. Benda yang dimaksudkan adalah pelbagai. Mungkin juga cinta?? Persahabatan?? Keluarga bahagia?? Kejayaan?? Who knows right. 

Katakanlah benda istimewa itu adalah cinta. Kita akan merasa sangat gembira dan bahagia walaupun hanya melihat wajah orang yang dicintai. Kadang-kadang kekasih hati kita tu, takdala hensem/cantik manapun, orang lain berganda-ganda lagi hensem/cantik. Tapi orang yang hensem/cantik tu kita tak peduli pun. Takda pun rasa macam mana yang kita rasa kat kekasih hati tu. Lepas tu, kalau tengah bahagia tu, pergi mana-mana pun asyik tersenyum saja. Muka tu pun slalu berseri-seri sentiasa. Masa itu, mulalah menyimpan macam-macam harapan. 
"Aku memang nak kahwin dengan dia seorang saja. 
Aku tak sanggup bayangkan kalau kena kahwin dengan orang lain. 
Kalau tak jadi kahwin dengan dia, apa agaknya jadi kat aku ya? Padahal aku dah sayang sangat kat dia ni."

Cuba bayangkan tengah bahagia-bahagia macam ni, sambil tu risau dengan soalan-soalan tadi, tiba-tiba perkara yang selama ini dirisaukan menjadi kenyataan. 
Kring....Kring....
Tiba-tiba hanset berbunyi. Dan nama yang terpampang tu, buah hati pengarang jantung yang telefon rupanya. Apalagi, tersenyum lebarlah. Ingatkan pelangi yang muncul, rupa-rupanya....Si lelaki tiba-tiba meluahkan sesuatu.
"Ni saya nak cakap kat awak ni. Awak jangan berharap apa-apa kat saya lagi. Saya memang tak akan kahwin dengan awak. Ni saya dah cakap awal-awal ni. Biar awak tahu. Nanti jangan terkejut kalau saya kahwin dengan orang lain"
Si perempuan tadi dah tak terkata apa-apa dah. Mulut terus terkunci, sebab terkejut. Yela, mana taknya. Tiba-tiba lelaki tu cakap macam tu kat dia. Tanpa disedari, air mata mula menitis. Memang tak dapat nak tahan lagi. Perbualan terhenti. Sunyi seketika. Si perempuan cuba mengawal perasaan supaya lelaki itu tidak menyedari yang dia sedang menangis sebenarnya. Dengan penuh kekuatan dia menjawab. "Baiklah saya faham. Nanti suatu hari nanti saya takkan terkejut." Terus telefon dimatikan.
Haa...macammana tu agaknya? Harapan telah disimpan, tiba-tiba punah macam tu saja, sebab kata-kata yang begitu ringkas seperti itu. Kalaulah aku berada di situasi tersebut, aku rasalah, aku pun akan menangis macam tu. Lepas tu, asyik memikirkan mengapa kata-kata seperti itu dikeluarkan oleh si lelaki. Hmm..aku rasalah, mungkin dia dah jumpa orang lain la tu. Orang baru yang dia memang nak sangat-sangat. Disebabkan tidak mahu kekasih lama mengganggu hubungan yang baru nak dibina, dia pun berkatalah seperti itu. Mungkin juga. Ish3..tp kalau betulla sebab tu, memang kejam betul lelaki tu.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Bila harapan telah musnah, hubungan pun telah terputus, apa akan jadi pada si gadis tadi? Mulalah merasa kehilangan. Terasa macam separuh jiwaku telah pergi [macam lagu anang tu]. Macam-macam soalan muncul, 
Kenapa dia buat aku macam tu? Apa salah aku? Apa yang aku dah buat sampai kejam sangat dia kat aku? Siapa agaknya orang lain yang telah memikat hati dia tu? macammana orangnya? cantikkah? Baikkah? Adakah dia akan menjaga hatinya dengan baik, sepertimana aku berusaha selama ni? Adakah dia akan bahagia bersamanya? Kalaulah dia benar-benar boleh bahagia, tidak mengapalah. Biarlah aku mengundur diri. Apa yang membahagiakan untuknya sepatutnya membahagiakan aku juga. Biarlah aku membawa diri sendiri. Aku akan cuba mengubati perasaan ini sendiri. Dan..aku tak tahulah sama ada aku akan jatuh cinta lagi selepas ini. Kalau semasa bersendirian tu, tiba-tiba mengalir air mata tu, memang biasalah tu. Jadi cuba sibukkan diri.

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu. 
Bila ada orang lain mula meng'usha' kita akan menolak. Sebab memang tiada perasaan tertarik kepada mereka. Jika ada yang bertanya, "sampai bila ko nak jadi macam ni?". Kita akan mula terfikir. Entahlah, mungkin sehingga aku bertemu seseorang. Padahal, kita sendiri pun tidak pasti, adakah kita akan bertemu orang yang boleh menarik hati kita kembali. Hati yang telah banyak dilukai oleh kaum sejenisnya. Mampukah? Kita pasti akan bercakap dalam hati.."aku tak rasa akan jatuh cinta lagi. Rasanya memang tak mungkin." Penuh yakin kita berkata-kata. Tetapi dalam hati jela. Tidak berani beritahu orang lain, sebab nanti orang kata kita dah tutup hati kita pula.


Tetapi kan....tahukah kita bahawa sebenarnya tidak mustahil untuk kita terpaut lagi pada seseorang. Walaupun kita mengatakan tidak mungkin, tetapi hakikatnya tidaklah seperti itu, selagi mana kita masih mempunyai hati yang masih mampu menyayangi diri kita sendiri.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Contohnya seperti drama korea yang penuh air mata (hehe) iaitu Winter Sonata. Serius! Memang sedih cerita tu. Aku siap menangis lagi. Macam aku pula yang berlakon dalam tu. Heroin dia memang tidak pernah jatuh cinta lagi selepas kematian lelaki yang dicintainya. Sampaila 10 tahun kemudian dia bertemu dengan seorang lelaki yang mirip dengan kekasih lamanya. Walaupun sikap kedua mereka berbeza, tetapi akhirnya dia jatuh cinta kembali. Dan rupa-rupanya lelaki itu memang benar kekasih lamanya yang telah hilang ingatan. Kuatnya dia menahan dugaan demi dugaan. Huhuu.

Hakikatnya, kalau pernah terluka, ubatilah dengan harapan dan cinta juga. Pasti ada hikmah di atas segala kejadian yang berlaku. Mungkin pada ketika itulah baru kita sedar, sebenarnya kita telah jauh melupakan Allah. Kalaulah kita tidak terluka seperti itu, pasti akan terus lupa bahawa ber'couple' itu sebenarnya haram. Bersyukurlah kerana Allah telah memanggil dan mengingatkan kita kembali. Jangan mensia-siakan peluang yang Allah dah beri kepada kita. InsyaAllah.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216).
Jika ditanyakan kepada dua hati yang sedang bercinta, siapakah yang lebih cintakan pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya. Jadi, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai Yang Esa. Jika kita bersama-sama cintakan Yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan. [Love notes for my future husband...hee]

p/s: Tidak puas hati sebab tidak dapat jumpa buku karangan Ustaz Pahrol Mohd Juoi..Nota Hati Seorang Lelaki dan Di Mana Dia DiHatimu. Kawanku kata buku tu best..nakla beli. Tapi tak jumpa tadi. Huhu.


Tuesday, January 11, 2011

Engkaulah ratu dimahligai permata~

Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengalah namun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Tak dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpinlah diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu

p/s: Amin. Mudah-mudahan. Huhu

Wednesday, December 1, 2010

Di Malam Yang Hening

DOA UNTUK KEKASIH 
"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah, Seandainya telah engkau catatkan Dia milikku, tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi, Seiringkanlah kami melayari hidup ini, Ke tepian yang sejahtera dan abadi. Maka jodohkanlah kami. Tetapi ya Allah, Seandainya telah engkau takdirkan...Dia bukan milikku bawalah dia jauh dari pandangan ku. Luputkanlah dia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan. Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti, Berikanlah aku kekuatan menolak bayangannya jauh ke dada langit dan hilang bersama senja yang merah agarku sentiasa tenang walaupun tanpa bersama dengannya. Ya Allah yang tercinta, pasrahkanlah aku dengan takdirMu. Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini. Ya Allah... Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini. Janganlah engkau biarkan aku bersendirian di dunia ini mahupun di akhirat, menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah. Ya Allah, berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka. Amin. Ya rabbal 'aalamiin".
p/s: Just Sharing....Bolehlah mengamalkan doa ni. =)

Friday, November 12, 2010

Perang Dingin

"Excuse me boss, you have a text massage"

Aku tersentak. 'Aiyak! Siapa pula yang hantar msg kt aku malam-malam ni'. (sambil dup dap dup dap dihati)

Aku mula mencapai handset Sony Erricson ku.
 'Aduh! Memang dialah yang hantar. Apa pula agaknya mak cik ni nak'

Aku pun mula membuka msg tersebut.
'pehh...aku memang dah agak dah. Dia mesti nak cari pasal dengan aku. Aduhai, memang tak boleh tengok orang senang sikit' ==> Hati aku dah mula mengomel.

Oleh kerana dia yang memulakan, aku apalagik mestilah menyahut cabaran! Haha
Akhirnya perang dingin telah meletus. Dush3...!!!
Berpuluh-puluh sms dihantar. Masing-masing mencari point untuk menang.

DAN....!!!!
Akhirnya tiada siapa yang menang atau kalah. Sebab kami telah tertidur dengan handset ditangan.

Tapi tidak mengapa. Yang penting puas hati dapat melepaskan geram. KAHKAHKAH. Padan muka kau. Cari pasal dengan aku lagi.