Friday, October 26, 2012

Sultan Muhammad Al Fateh

Sultan Muhammad Al Fateh merupakan seorang yang telah ditabalkan menjadi sultan ketika usia muda lagi menggantikan ayahandanya semasa zaman pemerintahan Turki Utmaniyyah.

Berdasarkan ilmu yang agak cetek berkenaan sejarah ini yang diperolehi semasa ISK, ingin saya berkongsi sedikit tentang kehebatan sultan ini.

Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda ketika menggali parit semasa peperangan Khandak "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Maka selama 800 tahun tentera Islam berusaha untuk menawan Konstantinople seterusnya menjadi orang yang disebut dalam hadis Nabi sebagai sebaik2 raja dan sebaik2 tentera. Namun semuanya tidak berjaya.

Sehingga sampailah ketika zaman pemerintahan Sultan Murad II (ayah kepada Sultan Muhammad Al Fateh). Baginda juga tidak berjaya menakluk Konstantinople. Baginda telah menemui seorang ulamak untuk bertanyakan bagaimana cara untuk menakluk Konstantinople. Ulamak tersebut menjawab, "Bukan engkau yang akan dapat menakluk Konstantinople, tetapi anak engkau". Sultan Murad berasa bingung kerana baginda tidak mempunyai anak, pada ketika itu. Tetapi apabila pulang ke rumah, baginda mendapati bahawa isterinya sedang mengandung 3 bulan. Semenjak itulah, baginda berdoa agar dikurniakan anak lelaki untuk merealisasikan penaklukan Konstantinople tersebut. Akhirnya baginda dikurniakan anak lelaki dan diberi nama 'Muhammad', sempena nama Nabi Muhammad saw. 


Kedudukan kota Konstantinople yang dilindungi oleh 3 lapisan tembok yang kukuh dan sukar dirobohkan. Perairannya pula tidak dapat dicerobohi oleh kapal2 luar kerana adanya besi yang besar dipasang melintasi perairan tersebut.



Gambaran yang menunjukkan bagaimana Sultan Muhammad Al Fateh dan tenteranya menarik kapal ke darat merentasi bukit hanya dalam 1 malam.



Anak ini (Sultan Muhammad Al-Fateh) dididik dengan pelbagai cabang ilmu, bermula dengan keagamaan sehinggalah ketenteraan semenjak kecil lagi. Semasa berusia 12 tahun, Sultan Murad II telah melantiknya sebagai pemangku takhta kerajaan. Dan pada usia 19 tahun, secara rasminya baginda mengambil takhta pemerintahan. Akhirnya hanya pada usia 21 tahun baginda berjaya menakluk Konstantinople dengan cara yang bijaksana. Baginda telah mencadangkan untuk menarik kapal dan bergerak di daratan. Hanya dalam 1 malam sebanyak 70 buah kapal perang berjaya dipindahkan dari Selat Bosphorus ke Selat Tanduk.

Akhirnya Konstantinople berjaya ditakluk dan namanya ditukar kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini kota ini dikenali sebagai Istanbul, Turki. Kota ini menjadi rebutan kerana kedudukannya yang strategik di perantaraan timur dan barat dan berteluk. Sultan Muhammad Al Fateh lah merupakan orang yang disebut dalam hadis nabi sebagai sebaik2 pemimpin dan tenteranya sebaik2 tentera. Ini kerana akidah mereka sangat teguh dan kuat terhadap Allah. Mereka sangat cinta pada Allah. Kecintaan yang kuat terhdapat Allah telah membawa kemenangan yang telah dinanti selama 800 tahun.

Bacaan lanjut mengenai Sultan Muhammad Al Fateh.

Jom tengok video ni..!! Lebih ringkas dan padat!





4 comments:

Unknown said...

yeahhh.. tgk find out novel sejarah psl Sultan Muhammad al-Fateh... =)

Nor Hidayah said...

Best sangat cerita pasal dia kan..macam jeles dan kagum sangat kat dia. Allah puji dia seorang raja yang baik dan mempunyai tentera yang baik, Nabi pun puji. Maksudnya mereka memang betul2 orang yang baik. Kalau betul2 menghayati kisah dia, boleh mengalir air mata..^^v

Unknown said...

kan... lepas bace novel mustapha kamal attartuk, terus 'falling in love' dgn Muhammahd al-Fateh ni... hehe rase nk pegi istanbul plak lawat kota2 sejarah =)

Nor Hidayah said...

Betul3....sangat setuju! =)

Post a Comment