Monday, March 25, 2013

SEJARAH yang memikat

Quran Hadith terpasak di kalbumu
Syair puisi pelembut rasamu
Tinta senjata lakaran mindamu
Darah juga airmatamu
Dakwat yang mewarna
Lembaran agung insan terulung 

Adakah sejarah merupakan suatu kisah yang menarik? Adakah anda meminati sejarah? Aku masih teringat, semasa belajar sejarah di sekolah menengah dahulu. Aku merasakan sejarah sangat membosankan dan aku pernah tertanya2..... 
"Kenapa aku perlu belajar sejarah? 
Apa yang aku dapat? 
Paleolitik? Mesolitik? Neolitik? 
Benda ni kan dah lepas, tapi kenapa nak sibuk2 peningkan kepala hafal?"
Tapi memang itulah hakikatnya. Aku sangat bosan belajar sejarah zaman purbakala yang aku sendiri tidak tahu kesahihannya.

Tetapi berbeza dengan kisah sejarah yang aku yakin kewujudannya.
Sejarah Zulqarnain dengan tembok besinya.
Sejarah Yakjuj Makjuj dan kisah kekejamannya.
Sejarah kegemilangan Islam di zaman Nabi Muhammad saw.
Kegemilangan Islam semasa zaman Khulafa ar-Rasyidin.
Zaman Bani Umayyah, Abbasiyyah, Utmaniyyah.
Kehebatan dan kebijaksanaan Sultan Muhammad al-Fateh menawan konstantinople.
Salahuddin al-Ayyubi yang membebaskan Palestine.
Zaman Emas dan perkembangan pelbagai cabang ilmu semasa Abassiyyah.
AKU BENAR2 TERPIKAT DAN TERTARIK DENGAN KISAH2 INI


Aku ingin mengetahui siapakah Zulqarnain yang namanya disebut dalam al-quran sebagai seorang yang berjalan ke timur dan barat. Seseorang yang membina tembok besi penghalang Yakjuj Makjuj. Adakah Alexander the Great atau Cyrus the Great? Berbagai perbahasan tentang siapakah zulqarnain (pemilik dua tanduk) ini. Tetapi persamaan yang didapati adalah zulqarnain merupakan seorang hamba Allah yang beriman. Ini membuatkan aku mengkaguminya. Aku benar2 ingin mengikuti kisahnya. Makanya setelah habis membaca buku Yakjuj & Makjuj Bencana di sebalik gunung, aku beralih kepada buku Iskandar adalah Zulqarnain (Penulis yang sama untuk kedua2 buku).

Kenapa aku memilih untuk membaca buku2 seperti ini? Kisah seperti ini benar2 memberi motivasi kepada aku. Kalau aku membaca buku motivasi, sangat jarang untuk memberi kesan yang mendalam kepadaku.  Kadang2 aku cepat bosan, jika membaca buku motivasi, sehingga aku hanya membaca separuh jalan sahaja.  Kalau novel biasa pula, memang aku tak berminat nak baca. Bukannya apa, aku ni jenis yang suka nak cari apa yang aku akan dapat dipenghujung cerita yang aku baca atau tonton. Setiap buku yang dibaca atau drama / movie yang aku tengok, mesti aku nak ada motif atau hasil dipenghujungnya. Kadang2 kalau orang cerita sesuatu pun kat aku, aku akan tunggu2 objektif atau motif cerita tersebut disampaikan, barulah aku dapat bagi respon. Kalau aku tak jumpa motif atau objektif, aku jadi macam blur dan tak faham apa sebenarnya cerita yang nak disampaikan. **Agaknya sebab tu orang selalu cakap aku ni blur. Adoilaa** "Contohnya, ateh selalu cerita kat aku, tapi aku macam tak faham.  dan akhirnya ateh stress. Haha. Tu sebab aku tak jumpa target". Apa aku mengarut ni. Aiseh.

Tetapi berbeza dengan kisah sejarah yang ada perkaitannya dengan Islam, atau yang dicatatkan dalam al-quran. Aku juga berminat untuk mengetahui kisah yang tercatat dalam kitab-kitab nabi yang terdahulu. Kisah2 ini pada pandanganku begitu menakjubkan. Kesahihannya boleh dipercayai. Aku merasakan ada hasil yang diperoleh dari pembacaannya. Dan rasa termotivasi apabila membaca kisah2 mereka yang berjaya ini malah merupakan hamba Allah yang soleh.

Aku rasa bersemangat kerana dapat mengaitkan kisah sejarah yang sudah terlalu lama terjadi dengan apa yang tercatat dalam al-quran. Dalam buku Yakjuj Makjuj Bencana di Sebalik Gunung itu sendiri banyak kisah yang diceritakan dan perkaitan yang sama boleh dicapai di dalam al-quran dan hadis. Dan aku juga rasa tertarik untuk mengetahui asal usul bangsa yang banyak namanya disebut di dalam al-quran, iaitu kaum Bani Israel. Kaum yang telah banyak kali melakukan perkara2 yang dimurkai Allah. Dan bagaimana mereka dihancurkan sehingga hilangnya 10 suku daripada 12 suku dikalangan mereka.

Sekarang ini aku merupakan peminat kepada karya2 Muhammad Alexander (Wisnu Sasongko)..^^v
Jom baca : 
Yakjuj Makjuj Bencana di Sebalik Gunung
Benarkah Iskandar bukan Zulqarnain
Iskandar adalah Zulqarnain
5 Gelombang Pembawa Bencana Yakjuj Makjuj 2

Okeh, ini fasa pertama untuk dihabiskan. Fasa seterusnya adalah sejarah kegemilangan Islam dan tokoh-tokohnya..^^v (Rasa macam tak cukup pula baucer buku tu. Buku2 ni tebal dan harganya boleh tahan juga..hee)

0 comments:

Post a Comment