Permulaan fasa baru. Aku mula merialisasikan minat dan hobi menjahit sejak dulu. Sebelum ni tak mampu nak beli mesin jahit sendiri. So, kalau balik kampung je, aku akan menjahit. Alhamdulillah bila dah bekerja ni, dah mampu beli. Pada awalnya niat membeli mesin jahit ni sebab nak menjahit baju sendiri dan isi masa lapang sahaja. Tapi tak sangka ada rezeki yang Allah selitkan di situ. Kawan2 mula minta nak tempah jahit baju. Semakin hari, semakin ramai yang menepah bermula untuk raya Aidilfitri yang lepas.
![]() |
Mesin Jahit Biasa dan Jahit Tepi |
Sehari sebelum pulang ke kampung Johor untuk beraya, aku berjaya menyiapkan jubah di bawah. Ibu cadangkan buat baju ni sebab abah pakai jubah hijau untuk raya, jadi nak biar nampak sedondon. Makanya dalam dua hari berjaya menyiapkan baju di bawah. Tapi kurang kemas sebab kelam kabut ditambah dengan persediaan perayaan lain. Apepun, Alhamdulillah siap dan boleh dipakai :)
Oleh kerana ni hanya hobi dan tugasan part-time, selalunya baju dijahit pada hari cuti. Kalau aku keje shift petang, maka pagi tu banyak masa untuk menjahit juga. =)
0 comments:
Post a Comment