Tuesday, March 18, 2014

Perancangan terbaik

Assalamualaikum.
Hari ini aku merasakan ingin berkongsi serba sedikit tentang perjalanan hidupku yang aku rasakan telah dirancang dengan sebaik-baik perancangan oleh Yang Maha Pencipta.


Matrikulasi :
Aku diberikan kursus Sains Fizikal, tetapi aku inginkan Sains Hayat. Aku berada dalam dilema, kerana khuatir tidak mampu untuk membawa jurusan Sains Hayat. Kerana sangat tiada jawapan, dan takut akan membuat keputusan yang salah, aku telah meminta pendapat ibubapaku dan berdoa dengan penuh pengharapan pada Allah s.w.t, agar aku mampu membuat keputusan yang terbaik untuk masa depanku. 
Alhamdulillah, akhirnya aku tetap hati untuk menukar ke jurusan Sains Hayat. 
INSYAALLAH, INI YANG DITETAPKAN ALLAH.

Kemudian, aku perlu lakukan permohonan ke universiti, selepas tamat matrikulasi. Kawan-kawan ku merancang beramai-ramai untuk memilih kursus apa. Tetapi tiada seorang pun yang memohon kursus sama sepertiku. Oleh kerana aku meminati bidang bioteknologi dan genetik, aku tetap memilih kursus ini, walaupun bersendirian.Alhamdulillah, keputusan keluar, aku tak dapat pilihan pertamaku, iaitu Bioteknologi (UKM) tetapi aku ditawarkan pilihan keduaku, kursus Genetik (UKM). 
INSYAALLAH, INI YANG DITETAPKAN ALLAH.


Universiti UKM :
Alhamdulillah, aku berjaya memasuki UKM (salah satu universiti impianku) dan mendapat kursus yang aku minati. Tetapi agak sedih kerana, ramai yang mengatakan "kos apa tu? Nanti nak keje apa? Ada keje ke?", sambil tersengih. Uhuhuuu. Dalam hatiku, "Takpela, diorang tak tahu". Jadi, kebiasaannya bila orang tanya aku belajar kos apa, aku akan jawab bioteknologi atau biologi. Alhamdulillah, selepas 3 tahun, aku bergraduasi. Seriously, belajar di UKM memang best dan banyak pengalaman hidup aku dapat.
INSYAALLAH, INI YANG DITETAPKAN ALLAH.

Selepas Graduasi UKM :
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, aku tetap juga tidak ditawarkan sebarang pekerjaan. Akhirnya aku membuat keputusan untuk menyertai GEMS, diikuti BEST. Disebabkan aku menyertai GEMS, banyak perkara aku belajar. Bagus untuk aku yang kurang berkeyakinan untuk berbahasa Inggeris, kurang tahu tentang profesionalism, public speaking dan segala yang berkaitan alam pekerjaan. Alhamdulillah. Barulah aku tahu, kenapa Allah tetapkan aku masuk GEMS dulu dan bukan bekerja. Sebab Allah tahu, aku masih perlu asah soft skills ku yang diperlukan dalam alam pekerjaan. Kalaulah aku dapat kerja mesti aku tak menyertai GEMS.

Selepas GEMS, aku ditawarkan pula BEST. BEST lebih sesuai untukku kerana ia berkaitan bioteknologi. Jadi aku ambil juga. Alhamdulillah, disebabkan aku menyertai BEST aku mengenali pensyarah di UTM. Rupanya Allah nak beri jalan kepadaku untuk menyambung Master by Research. Memang telah ditentukan. Aku pernah berkata, kalau buat master, aku nak buat tentang tumbuhan, dan bidang biologi molekul. Alhamdulillah, memang sebijik Allah bagi. Mudah pula tu jalannya. Barulah aku nampak hikmahnya aku tak mendapat pekerjaan selepas graduasi. Rupanya Allah nak suruh aku sambung Master. Jalannya dibuka melalui GEMS --> BEST. GEMS untuk kompetensi dan soft skills, BEST pula untuk jalan mudah membuat Master.
INSYAALLAH, INI YANG DITETAPKAN ALLAH.



Universiti UTM :
Ohhoooo....seriously. Berada di UTM ibarat satu perjalanan yang sangat sukar untukku, sejak dari hari pertama mendaftar sehinggalah pertengahan tahun 2013. Macam-macam jenis dugaan aku dapat. Adooiiilaaa..Air mata mengalir berapa banyak kali pun tak dapatla aku nak kira. Rumetku lah orang yang banyak lihat keserabutan wajah dan kepalaku. Uhhuuu. Tapi Alhamdulillah, walaupun memang berat sangat nak dihadapi, aku banyak sangat belajar dan mendapat kematangan hidup. Alhamdulillah. Rupa-rupanya Allah nak ajar aku supaya menjadi lebih kuat dan tegar. Sama ada dari segi tugas / penyelidikan atau dari segi hati dan perasaan. 
Alhamdulillah akhirnya aku berjaya juga menyiapkan master ku dan layak untuk graduasi. Seriously, disebabkan terlalu banyak kelelahan dan kelukaan yang dialami di UTM, aku membuat keputusan untuk keluar dari UTM dan tiada apa-apa lagi perkaitan dengan UTM selepas graduasi. Walaupun banyak tawaran untuk aku kekal di UTM, namun semuanya aku tolak. 
INSYAALLAH, INI YANG DITETAPKAN ALLAH.

Kerja Sambilan / Kontrak :
Selepas aku menghantar  tesis pembetulan, aku mendapat sms tawaran kerja di KL oleh seorang rakan. Selepas membuat perbincangan dan doa/istikharah, aku membuat keputusan untuk pergi interview tersebut. Alhamdulillah berjaya. Rupanya Allah dah tetapkan rezeki kerjaku. bukan selepas degree, tetapi selepas master. Memang betul-betul hari yang aku hantar tesis, aku ditawarkan kerja.
INSYAALLAH, INI YANG DITETAPKAN ALLAH.

Kerja Tetap : 
Walaupun kerja sambilan ni gaji dia ikut hari, dan tiada elaun, tapi aku selesa dengan kerja ni. Aku tak kisah pasal gaji. Tetapi rupanya Allah dah tentukan yang lebih baik. Jawatan sambilan ni untuk memudahkan aku mendapatkan jawatan tetap. Selepas 4 bulan bekerja kontrak, aku dipanggil temuduga SPA. Jawatan yang ditawarkan sama dengan jawatan kontrak sekarang. Cumanya kali ini jawatan tetap. Akhirnya, aku bersyukur sangat-sangat aku berjaya mendapatkan jawatan tetap tersebut.   
INSYAALLAH, INI YANG DITETAPKAN ALLAH.


Aku bersyukur sangat pada Allah. Dulu, semasa di UKM, ada seorang kawan pernah bertanya kepadaku, "Nanti ko nak keje yang macammana?". Aku jawab, "Aku nak kerja kerajaan je. Aku suka". Aku tak sangka, Allah makbulkan keinginanku ini. Memang tak dinafikan, aku tak pernah kerja lain, selain dalam kerajaan. Sambilan ini pon kerja di hospital kerajaan.

Oh! mungkin bukan doa aku yang dimakbulkan, tetapi doa orang-orang lain terutamanya ibu dan abah yang telah mendoakanku dengan hati yang bersih dan ikhlas. Terima kasih semua yang telah mendoakan kejayaan ku. Inilah perancangan Allah. Aku gembira dengan perjalanan hidupku. Turun naiknya kehidupanku menjadikannya penuh hikmah dan warna-warni. Menjadikanku lebih matang. Alhamdulillah. 
Rupanya Allah tak pernah memberikan aku pekerjaan selepas degree kerana ingin aku mendapatkan master dan terus memasuki perkhidmatan awam. Syukur.
INSYAALLAH, INI YANG DITETAPKAN ALLAH.

Alhamdulillah, aku dah tahu. Masa matrik Allah tetapkan hatiku  untuk amik sains hayat, seterusnya genetik di ukm. Rupanya Allah dah tentukan aku untuk kerja dalam bidang ni. Alhamdulillah, aku dah tahu, kos aku bukanlah kos yang tak ada kerja. ^^v


p/s: Istikharah dan doa itu sangat penting dalam kehidupan kita. Terutamanya ketika membuat keputusan. InsyaAllah, dengan istikharah, kita tidak akan pernah menyesal dengan keputusan yang diambil. InsyaAllah^^v

~~Teringat masa zaman sekolah dulu. Cikgu selalu tanya, dah besar nak jadi apa? Masa sekolah rendah cakap nak jadi doktor atau cikgu. Tetapi bila dah sekolah menengah, pandai sikit, cakap nak jadi saintis. Tak sangka, rupa-rupanya memang aku akan bekerja sebagai saintis (Pegawai Sains). InsyaAllah.

~~Allah tu baikkk sangat kan? Allah akan berikan apa sahaja yang diminta hamba-hambanya selagi mana permintaan itu baik untuk dirinya. Jika tidak, Allah akan beri yang lebih baik dari yang diminta, jika tidak di dunia, InsyaAllah di akhirat nanti.

“Maka Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?”
[Surah Ar-Rahman : 13]

1 comments:

Miss Purple said...

Assalamualaikum akak, saya berminat nak ambil kursus sains genetik selepas tamat matrik tapi dengan pointer bawah 3.5 boleh ke?

Post a Comment