Thursday, March 20, 2014

Temuduga PSains

Alhamdulillah, aku telah melepasi satu lagi temuduga SPA. Jawatan Pegawai Sains Genetik C41.
Temuduga ni pada pendapat aku, memang sangat mencabar. Banyak perkara yang perlu aku ulangkaji semula. Semua silibus semasa di universiti perlu di ingati dan difahami.

Untuk aku yang telah hampir 4 tahun meninggalkan dunia sarjanamuda, agak sukar untuk mengimbas kembali asas-asas teknik dan teori GENETIK. Tetapi, Alhamdulillah kerana aku telah mula bekerja sebagai Pegawai Sains Genetik (sambilan) selama hampir 4 bulan. Jadi banyak juga perkara yang sudah mula aku pelajari tentang tugas-tugas pegawai sains genetik ini.

Jadi, apabila panggilan temuduga untuk jawatan tetap dikeluarkan, dan aku merupakan salah seorang calon yang terpilih, aku mula mengulangkaji. Berikut adalah proses temuduga yang berjalan :-


Datuk : Kami cuma nak cari seorang sahaja calon ya.

Me : .... *Hanya mengangguk sambil tersenyum*

Datuk : Baiklah, cuba terangkan tentang integriti.

Me : Integriti merupakan satu budaya kerja yang penuh kejujuran, ketelusan, kesempurnaan dan utuh. Ini termasuklah dengan menjauhkan diri dari rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penipuan. Kalau Datuk lihat dalam resume saya, di ruangan objektif, saya ada menulis tentang membina suasana kerja yang penuh tanggungjawab, kepercayaan dan berpandukan kepada Allah. Kerana saya percaya bahawa apa sahaja yang dilakukan dengan mengikut apa yang ditetapkan oleh Allah, secara tak langsung telah masuk dalam integriti. Integriti itu sendiri termasuk di bawah panduan yang ditetapkan Allah.

Datuk : What is the importance of genetics in biological sciences?

Me : I would like to divide the importance of genetics in five which are plant, animal, bacteria and medical genetics. In plant ..... like what MARDI and MPOB do.....animal....increase milk and meat production in cow.....bacteria.....usually used in reseach for cloning and vaksin production. Last but not least is in medical genetics where we can do chromosome analysis for patient that suspected or diagnosed to have any chromosomal abnormalities such as Patau syndrome, Edwards syndrome, Down syndrome, translocation and so on. Besides that, genetics is important in cancer diagnosis and patient management.

Datuk : Wahhhh....ni la jawapan yang paling panjang setakat ni.

Me : (senyum je).

Datuk : Apa kelemahan awak?

Me : (Aku mula blur. Lama aku senyap sebab tengah cari kelemahan)

Datuk : Ada kelemahan tak? Kalau tiada, cakap je takda. Senang cerita.


Me : Ada kelemahan. Mestilah ada. Tapi, saya susah nak cakap. (Selepas Datuk bagi2 hint, aku terus teringat, kelemahan aku yang aku sangat susah nak menghafal dan mengingati sesuatu. Aku perlu memahami sendiri dan menerangkan semula mengikut pemahaman sendiri).

Then....Dr (panel kedua) pula bertanya soalan kepadaku. Oleh kerana Dr tahu aku telah bekerja di makmal genetik, jadi, banyak soalan tentang prosedur2 dan method dalam analisis kromosome. Dr juga minta aku terangkan tentang Edwards syndrome. Agak tergagap jugalah aku jawab. Al-maklumlah, dah lama sangat aku tak speaking. Dulu kat UTM selalu gakla speaking sebab selalu gaduh dengan budak Iran. Huahuahuahaaa. Soalan2 Dr memang semuanya dalam BI, dan secara automatiknya aku menjawab dalam BI juga.

Sebelum abis sesi temuduga, Datuk bertanya...

Datuk : Awak ada apa-apa soalan.

Me : Ada. Saya nak bertanya, pada awal sesi ini, Datuk ada mengatakan bahawa Datuk hanya mencari seorang sahaja. Tetapi, berdasarkan apa yang saya lihat di laman web SPA, di ruangan Statistik Pengambilan. Di situ ada menyatakan bahawa, jumlah yang dipanggil temuduga adalah 183 orang, dan jumlah kekosongan 4. Jadi saya berasa musykil bila Datuk cakap hanya mencari seorang sahaja.

Datuk : Seorang tu, dari saya. 2 lagi untuk panel lagi seorang dan seorang lagi kita dah dapat. Ada lagi soalan?

Me : Ada. Saya nak tahu di mana penempatan untuk 4 kekosongan ini?

Datuk : Dr lebih arif tentang ni. (So, Dr pun mula terangkan tentang penempatan).

Datuk : Awak ada lagi soalan?

Me : Ada. Tapi untuk soalan ni, kalau Datuk tak nak jawab pun takpe la.

Datuk : Eh, kami akan jawab. Awak tanya apa pun, kami akan cuba jawab. Tanya saja.

Me : Kalau boleh, saya nak tahu potensi saya dalam temuduga ini. Adakah baik atau tidak?

Datuk : Temuduga ni ada lagi sampai yang terakhir di Kedah nanti. Jadi kita kena tunggu semua dululah baru tahu. Mungkin semua orang yang datang temuduga ni berpotensi, mungkin juga semuanya tiada potensi. Awak kontrak kan sekarang? Kalau kontrak takda elaun suma kan? (Aku angguk je). Kontrak tamat bila? (Aku jawabla 1 April). Kalau awak dapat jawatan ni, awak dah tak perlu sambung kontrak. Kalau jawatan tu masih perlu diisi, boleh cari orang lain untuk ganti.
(**Dalam hati aku pk, Datuk ni kasi hint ke, nak bagitau yang aku akan dapat jawatan ni? Sebab dia tak sebut pula kalau aku tak dapat, dia sebut kalau aku dapat je..uhhuu. Tapi takut pula nak rasa camtu. Takut kecewa.)
Awak ada lagi soalan?

Me : Aku senyum je dan jawab tiada. (Dalam hati, banyak pula soalan aku tanya Datuk ni).

Then, tamatla sesi temuduga. 20 minit aku berada dalam bilik temuduga tu.

Selepas sebulan menunggu result, akhirnya aku mendapat berita gembira. Aku berjaya temuduga tersebut. Alhamdulillah.

6 comments:

Unknown said...

salam akak..saya harap sngt akak for reply comment saya ni..saya brminat sngt2 nak apply pegawai sains..saya ade beberapa soalan nak Tanya dekat akak..feel free to ws me .0199538309 atau email saya draimanpharma@gamil.com

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Sis pegawai sains genetik di agensi mana sekarang?

Unknown said...

Sis pegawai sains genetik di agensi mana sekarang?

Anonymous said...

Sekarang under KKM ;)

Bellabihah said...

Assalamualaikum sis. Lusa saya akan iv pgawai sains genetik. Boleh sy thu test molekular cytogenetik yg ad di kkm skrg?

Post a Comment