Sunday, January 27, 2013

Ciri-ciri Munafik

Terdapat tiga ciri-ciri orang munafik. Kita mesti berusaha sedaya upaya untuk menjauhkan diri dari sifat-sifat ini.


1- Apabila dia berkata-kata, dia BERBOHONG
     
      Berbohong ini, penyakit yang sangat berbahaya. Seboleh-bolehnya kita bercakaplah benar walaupun pahit. Mungkin dengan bercakap benar, kita akan dimarahi. Atau mungkin membuatkan orang tidak berasa senang dengan kita. Tetapi sekurang-kurangnya kita tidak melakukan dosa. Kita tidak dimurkai Allah. 
Terlalu banyak contoh penipuan yang sering berlaku di sekeliling kita. Sebagai contoh, seorang pelajar. Kita disaman kerana meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan. Tetapi, kita sewenang-wenangnya membuang saman tersebut dan tidak membayarnya, kerana pihak UTM memang tidak dapat 'trace' nama kita pun. Jadi tiada masalah untuk 'graduate' nanti. Ya! memang betul pak guard tidak boleh berbuat apa-apa pada kita, tetapi pernahkah kita terfikir mungkin Allah akan menarik rezeki kita nanti? Rezeki kita mungkin tidak berkat. Mungkin kita tidak mampu menjalankan research dengan baik. Kita selalu menghadapi masalah dalam kajian kita. Kita nak sangat dapat 'publish' jurnal dengan 'high impact factor', tetapi tak dapat2. Pernahkah kita terfikir, masalah-masalah yang dihadapi mungkin kerana ada rezeki kita yang tak berkat? Huhuhu. 
**Ingin berkongsi tentang seorang sahabat yang aku sangat 'respect' kerana dia tersangatlah jujur. Iaitu Syakila. Aku senang sekali mengenali dirinya. Aku siap pernah bercakap dihatiku, beruntung siapa dapat Syakila buat isteri. Hehe (abislah kalau Syakila baca entri ni).



2- Apabila dia BERJANJI, dia memungkiri janjinya.
      
      Kalau berjanji ni, memanglah sangat penting untuk ditepati. Kadang-kadang kita tak cakap pun "Aku JANJI petang ni aku bagi buku tu kat kau". Pada pendapat aku, tak semestinya bila kita betul-betul sebut "AKU JANJI" barulah dikira berjanji. Kalau kita cakap sesuatu, sebenarnya kita seperti telah berjanji, sebab kita telah memberi harapan pada orang. Sebagai contoh kita cakap macam ni, "Petang ni jum kita makan kat luar. Dah lama tak makan kat luar. Aku belanja". Tapi, tiba-tiba bila petang je, kita cakap kat kawan tadi, "Aku tak jadilah nak kuar makan. Aku rasa malasla. Mengantuk pun ada". Tak ke kita rasa kita kita seolah-olah telah memungkiri janji. Kadang-kadang kita rasa benda tu biasa je. Takdalah masalah besar sangat, tapi, cuba kita letakkan diri kita kat tempat orang tu. Bila sama-sama dah setuju nak pergi makan tu, mungkin dia dah 'excited' nak pergi dan dah bersiap-siap pun. Mungkin juga masa tu dia rasa sakit perut ke, tak pun mengantuk ke...tetapi sebab fikirkan yang dia dah berjanji dengan kita, dia tahan sahaja diri dia dari sakit dan mengantuk tu. Tiba-tiba, last minute, kita sms dia cakap tak jadi. Apa perasaan dia agaknya? Kalau sekali sahaja, tidak mengapa. Mungkin tak disengajakan dan atas alasan tertentu. Tetapi kalau dah berkali-kali, seolah-olah memberitahu itulah TABIAT kita. BERJANJI, MEMBERI HARAPAN dan kemudiannya MEMUNGKIRINYA

      Tentang berjanji ini juga, aku suka kaitkan dengan MENEPATI MASA. Masa tu, tersangatlah berharga. Kalau kita dah berjanji nak jumpa atau buat sesuatu pada pukul 7.00 pm, tolonglah tepat pada 7.00 pm juga. Kalau kita terlewat atas sebab tertentu, tolonglah beritahu kepada kawan kita supaya dia tahu yang kita mungkin terlewat. Takdalah dia tertunggu-tunggu tanpa kepastian. Kadang-kadang memang sedih juga bila terpaksa berhadapan dengan masalah tidak menepati masa ni. Huhuhu. Seperti yang telah disebutkan di atas, bukan bermakna bila kita sebut "AKU JANJI" sahaja baru dikira berjanji. Kita tak sebut secara terus pun, seolah-olah kita telah berjanji. Mari kita cuba menepati apa sahaja yang kita utarakan, walaupun pahit...selagi mana ia tidak bertentangan dengan hukum Allah. Maka, amatlah penting untuk kita berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata agar kita tidak termasuk golongan yang mempunyai ciri-ciri munafik seperti MEMUNGKIRI JANJI.
      
**Seseorang yang aku sangat 'respect' kerana sikap yang berpegang kepada janji dan sangat menepati masa walaupun seminit adalah Kak Faezah. Setakat aku mengenalinya, inilah yang aku lihat pada dirinya. Aku pernah bermusafir beberapa hari dengannya. Aku pernah tinggal beberapa hari bersamanya. Aku pernah mengalami masalah semasa bermusafir dengannya. Segala waktu yang dilalui itu membuatkan aku mengenalinya sebagai seorang yang sangat menjaga amanah, janji, kata-katanya dan sangat mementingkan keberkatan dalam rezeki yang diperolehinya. Tak mustahillah dia menjadi orang yang hebat.



3- Apabila dia diberi AMANAH, dia pecah amanah.

Amanah!.. Sebagai seorang pelajar, aku ingin kaitkan amanah dari sudut seorang pelajar. Aku selalu memikirkan tentang biasiswa dan elaun yang aku perolehi untuk pembiayaan pelajaranku. Sebagai contoh, kita ditaja untuk PhD kita. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)  membayar semua yuran pengajian kita dan memberi elaun sara hidup kepada kita. Secara amnya, kalau biasiswa diberikan, bermakna pihak KPT inginkan kita menjalankan penyelidikan kita sebaik mungkin dan menyumbangkan hasil kepada negara atau masyarakat. Atau sekurang-kurangnya kita berjaya merangkul ijazah kedoktoran itu dengan cemerlang. Elaun yang diberikan seolah-olah adalah gaji kita kerana menjalankan penyelidikan. Maka amatlah penting untuk kita sentiasa hadir ke makmal untuk menjalankan penyelidikan, sama seperti orang lain yang bekerja di luar sana. Mereka diberikan gaji untuk bekerja, maka kita dibayar elaun bulanan untuk menjalankan penyelidikan. Konsepnya sama. Jadi, sepatutnya kita rasa berdosa jika kita mensia-siakan amanah yang diberikan ini. Kadang-kadang kita pandang enteng benda-benda macam ni. Tapi, berbalik kepada persoalan berkat tadi. Jangan kerana kita meringan-ringankan perkara ini, membuatkan elaun yang kita perolehi tadi tidak diberkati Allah. 

**Hmm..pasal amanah, nak kaitkan dengan siapa ya. Syakila dan Kak Faezah memang dua orang yang sangat menjaga amanahnya. Tetapi nak cari orang lain pula. Heee. Siapakah? Mungkin orang itu adalah kamu. Ya, kamu yang membaca entri ini. Mari buktikan kepada diri kita sendiri bahawa kita TIADA LANGSUNG ciri-ciri orang munafik. Kalau ada, mari kita cuba untuk membuangnya. Ingatlah, sekali kita mengkhianati kepercayaan orang kepada kita, amat sukar untuk kita mendapatkannya kembali.

MasyaAllah..Beruntungnya kita jika dapat menjadi seperti ini.  Mengalir air matanya apabila membaca atau dibacakan ayat-ayat Allah.

0 comments:

Post a Comment