Wednesday, November 2, 2011

Penilaian Kita???

Si A: Dia ni penakutla...lembik plak tu..sikit-sikit dah nak harap kat orang. padahal benda tu dia boleh saja kalau nak usaha sendiri. tapi tetap nak menyusahkan orang. hish! kadang-kadang rimas dengan orang yang suka meminta-minta ni.

Si B: Dia ni...agak tegas sikit. Garang gak kadang-kadang. tp dia ni gigih. Susah macam mana pun tetap akan cuba nak usahakan sendiri. Seboleh-bolehnya tidak mahu meminta-minta pada orang lain. Bukanlah bermakna dia ni sombong dengan manusia, tetapi dia tidak mahu menyusahkan orang lain dan merasakan lebih berpuas hati kalau segalanya dialakukan sendiri. Yang dia harapkan hanya Allah semata.

Hakikatnya: Kita tidak boleh mengatakan Si A ni pemalas, manja mengada-ngada atau sebagainya. Dan Si B pula bagus, gigih, tegar, berdikari dan sebagainya. Tidak boleh membandingkan cara mereka. Kerana kita tidak tahu apa kehidupan yang telah dijalani orang mereka yang menyebabkan mereka berperibadi yang bercanggahan. Mungkin ada suatu sifat positif yang Si A ada, tetapi tidak pada Si B atau sebaliknya. Hmmm..Kalau kita berjumpa orang seperti ini, bersabarlah. Memang pelbagai ragam manusia.
-------------------------------------------------------

Si C: Aku sekarang nak struggle. Kalau boleh nak blaja sampai PhD. PhD nak buat kat oversea. Aku dah ada sumber inspirasi dah. Hehe

Si D: Ko ni riaklah. Banyak betul sifat negatif ko. Pastu nak buat-buat baik. Ikot-ikot orang.

Hakikatnya: 1- Sebenarnya Si C sedikit pun tidak terlintas di hatinya untuk riak. Dia mengatakan begitu bukan kerana nak mengatakan betapa dia bijak, sampai layak ke oversea untuk PhD. Itu hanyalah cita-cita dan keinginannya. 
2- Buat-buat baik??  Mengapa pula dia perlu berpura-pura baik. Memanglah tidak dinafikan dia mungkin bukan orang yang baik, tetapi siapa tahu, sebenarnya dia sedang berusaha untuk menjadi baik? Mengapa kita perlu berfikiran negatif kepadanya. 
3- Ikot-ikot orang?? kenapa kalau ada orang cakap dia ader sumber inspirasi yang menyebabkan dia ingin berjaya kita mengatakan dia ikut-ikut orang?? apa salahnya kalau perkara yang diikuti itu positif? Kan itu adalah sesuatu yang baik? Mungkin juga dia pada mulanya hanya ikut-ikut sahaja..siapa tahu, lama kelamaan dia benar-benar ikhlas melakukannya?? Mengapa kita perlu berfikiran negative kepadanya?

-------------------------------------------------------

Si E: Tak pastilah. Aku memang tak tahu. (dengan kata lain, asal ditanya sahaja, Si E mesti tak dapat menyumbang apa-apa, sama ada dari segi idea, wang, ilmu dan sebagainya).

Si F: Ko ni...dari dulu sampai sekarang sama je. Penat aku cari kelebihan ko. Apa pun takda. Patutla takda orang nak kat ko.

Hakikatnya: Dia mungkin memang serba kekurangan. Mungkin juga tiada kelebihan langsung. Walaupun perkataan yang sama dkeluarkan oleh Si F berulang-ulang kali, tetap begitu mengguris hatinya. Siapa tahu, sebenarnya Si E dah banyak kali mencuba mendapatkan kelebihan dirinya, tetapi tidak dilihat juga oleh Si F. Siapa tahu, sebenarnya Si E terlalu banyak kelebihan, tetapi dia sengaja menyembunyikannya kerana merasakan tidak perlu ditunjukkan.  Tetapi jika benar pun Si E tiada kelebihan langsung, janganlah kita mengeluarkan perkataan seperti itu. Tahukah anda betapa peritnya perasaan Si E? Bukan dia tidak pernah berusaha, tetapi mungkin kita yang tak pernah melihatnya.

-------------------------------------------------------

Si G: Ramai kawan-kawan kita dah berkahwin kan? Mudahnya mereka mendapat jodoh.

Si H: Itula kan? Kadang-kadang jeles tengok diorang ni. Nampak senang sahaja jalan diorang. Tapi kita ni macam ni la juga. Kadang-kadang macam dah ada calon, tapi akhirnya dikecewakan pula. Huhu

Hakikatnya: Tidak perlu membandingkan hidup kita dengan mereka. Mungkin ada rencana yang lebih baik Allah dah aturkan untuk kita. Siapa tahu, sebenarnya Allah dah simpankan untuk kita seorang yang sangat istimewa disisi-Nya? Mungkin masanya belum sampai lagi. Apabila masa itu tiba, barulah kita merasakan sebenarnya kita lebih baik dengan jalan begini. Mungkin Allah memberi masa kepada kita untuk mencapai kejayaan terlebih dahulu? Yakinlah janji Allah. Ada terbaik yang telah Allah rencanakan untuk kita. InsyAllah.

-------------------------------------------------------

Si I: Beruntungnya Ana tu. Ramai betul lelaki minat kat dia. Yela, dia pun cantik, baik pula tu. Mestila ramai orang suka.

Si J: Aah kan. Tetapi pelik juga. Walaupun ramai orang nak kat dia, dia tak nak kat sorang pun. Memilih betul. Mentang-mentangla ramai peminat.

Hakikatnya: Di pihak Ana, berbeza pula. Ana berasa rimas kerana ramai yang cuba memikatnya. Kadang-kadang, bukannya Ana tidak berterus-terang agar tidak mengganggunya, tetapi lelaki tersebut seolah-olah tidak faham bahasa. Ini menyebabkan Ana menjadi lebih serabot. Bukanlah bermakna Ana ini memilih, kerana ramai peminat. Tetapi Ana memilih untuk kebahagiaan masa depan yang ingin dicapai. Dia mahu agar lelaki tersebut mempunyai FIKRAH yang serupa dengannya. Jika bertemu orang yang seFIKRAH dengannya, InsyaAllah dia tidak akan menolak.

-------------------------------------------------------

Si K: Garangnya..SOmbongnya awak ni. Senyumlah sikit. 

Si L: Haa...Barulah makcik nampak awak senyum. Dari tadi makcik tengok, 'budak ni comel, manis. Tapi susah sangat nak senyum'. Kan manis tu senyum. Kalau awak senyum, kapal terbang lalu pun jatuh. (Hehe...kembang jap)

Hakikatnya: Sebenarnya bukan tak mahu senyum atau sombong. Kalau korang kenal aku, mesti korang akan kata aku tak sombing. Tapi, bab garang tu, tak dapat nak dinafikanlah. Dah ramai sangat cakap aku ni macam singa. Huhu..Nak buat camne, tu sifat semula jadi. Memang susah nak kawal kadang-kadang.
Bab makcik tu pula...Hehe..makcik ni puji saya lebih-lebih sangatla. Terus saya tersenyum saja sampai balik bilik. Huahuahua.

5 comments:

Unknown said...

Terbaik...
Selalu terjadi dalam kehidupan seharian kita...
Hati dan akal selalu berbalah dalam mentafsir sesuatu perkara...
Dan, yang tak boleh tahan ketawa apabila ayat kau tertulis seperti:
"Sebenarnya bukan tak mahu senyum atau sombong. Kalau korang kenal aku, mesti korang akan kata aku tak sombing. Tapi, bab garang tu, tak dapat nak dinafikanlah. Dah ramai sangat cakap aku ni macam singa. Huhu..Nak buat camne, tu sifat semula jadi. Memang susah nak kawal kadang-kadang.
Bab makcik tu pula...Hehe..makcik ni puji saya lebih-lebih sangatla. Terus saya tersenyum saja sampai balik bilik. Huahuahua."

Kau garang macam singa?
Muka aje garang, tapi perwatakan tak kot...
Jangan hati kering sangat sudah...
;)

Nor Hidayah said...

hehe...yeke?? bgusla kalo xgarang

Unknown said...

Nape?
Kau takut orang lain beranggapan kau nie garang?
OK apa...
Tak adalah orang sebarangan berani nak dekat...
Kau percaya tak kalau aku kata muka aku nie garang, serius memanjang, berfikir sampai tak sedar orang di sekeliling?
Percaya?

Nor Hidayah said...

xpercaya pon...biasa je aku tgok

Unknown said...

Kau tak percaya?
Tak apa...
Belum masanya kau jumpa 'Dr. Jeckyll and Mr. Hyde' aku nie...

Post a Comment