Sunday, July 24, 2011

Secreto de amor

Apabila membincangkan tentang hati dan perasaan, kita mungkin akan menemui jalan buntu. Memang tidak dinafikan hati dan perasaan itu sangat sukar untuk ditafsir. Kadang-kadang ia akan berubah mengikut situasi, keadaan persekitaran atau kehadiran orang-orang sekeliling. Kalau cakap tentang hati, pasti akan terkait dengan cinta dan kasih sayang. 

Kebiasaannya hati kita akan mudah terguris jika bersama orang yang paling kita sayang. Maksudnya semakin kita sayang seseorang itu, semakin mudah kita terasa jika dia melakukan tindakan tertentu yang tidak kita senangi. Walhal, jika tindakan tersebut dilakukan oleh orang lain, mungkin tidak akan memberi kesan langsung kepada diri kita. Bercakap tentang perasaan sayang, mungkin saya boleh kaitkan dengan lagu Westlife - Flying Without Wings. Kenapa lagu ini ya? Entahlah. Bila dengar lagu ni, saya merasakan memang betul apa yang diperkatakan. Jika kita menemui sesuatu benda yang yang istimewa itu, kita akan merasa lengkap. Benda yang dimaksudkan adalah pelbagai. Mungkin juga cinta?? Persahabatan?? Keluarga bahagia?? Kejayaan?? Who knows right. 

Katakanlah benda istimewa itu adalah cinta. Kita akan merasa sangat gembira dan bahagia walaupun hanya melihat wajah orang yang dicintai. Kadang-kadang kekasih hati kita tu, takdala hensem/cantik manapun, orang lain berganda-ganda lagi hensem/cantik. Tapi orang yang hensem/cantik tu kita tak peduli pun. Takda pun rasa macam mana yang kita rasa kat kekasih hati tu. Lepas tu, kalau tengah bahagia tu, pergi mana-mana pun asyik tersenyum saja. Muka tu pun slalu berseri-seri sentiasa. Masa itu, mulalah menyimpan macam-macam harapan. 
"Aku memang nak kahwin dengan dia seorang saja. 
Aku tak sanggup bayangkan kalau kena kahwin dengan orang lain. 
Kalau tak jadi kahwin dengan dia, apa agaknya jadi kat aku ya? Padahal aku dah sayang sangat kat dia ni."

Cuba bayangkan tengah bahagia-bahagia macam ni, sambil tu risau dengan soalan-soalan tadi, tiba-tiba perkara yang selama ini dirisaukan menjadi kenyataan. 
Kring....Kring....
Tiba-tiba hanset berbunyi. Dan nama yang terpampang tu, buah hati pengarang jantung yang telefon rupanya. Apalagi, tersenyum lebarlah. Ingatkan pelangi yang muncul, rupa-rupanya....Si lelaki tiba-tiba meluahkan sesuatu.
"Ni saya nak cakap kat awak ni. Awak jangan berharap apa-apa kat saya lagi. Saya memang tak akan kahwin dengan awak. Ni saya dah cakap awal-awal ni. Biar awak tahu. Nanti jangan terkejut kalau saya kahwin dengan orang lain"
Si perempuan tadi dah tak terkata apa-apa dah. Mulut terus terkunci, sebab terkejut. Yela, mana taknya. Tiba-tiba lelaki tu cakap macam tu kat dia. Tanpa disedari, air mata mula menitis. Memang tak dapat nak tahan lagi. Perbualan terhenti. Sunyi seketika. Si perempuan cuba mengawal perasaan supaya lelaki itu tidak menyedari yang dia sedang menangis sebenarnya. Dengan penuh kekuatan dia menjawab. "Baiklah saya faham. Nanti suatu hari nanti saya takkan terkejut." Terus telefon dimatikan.
Haa...macammana tu agaknya? Harapan telah disimpan, tiba-tiba punah macam tu saja, sebab kata-kata yang begitu ringkas seperti itu. Kalaulah aku berada di situasi tersebut, aku rasalah, aku pun akan menangis macam tu. Lepas tu, asyik memikirkan mengapa kata-kata seperti itu dikeluarkan oleh si lelaki. Hmm..aku rasalah, mungkin dia dah jumpa orang lain la tu. Orang baru yang dia memang nak sangat-sangat. Disebabkan tidak mahu kekasih lama mengganggu hubungan yang baru nak dibina, dia pun berkatalah seperti itu. Mungkin juga. Ish3..tp kalau betulla sebab tu, memang kejam betul lelaki tu.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Bila harapan telah musnah, hubungan pun telah terputus, apa akan jadi pada si gadis tadi? Mulalah merasa kehilangan. Terasa macam separuh jiwaku telah pergi [macam lagu anang tu]. Macam-macam soalan muncul, 
Kenapa dia buat aku macam tu? Apa salah aku? Apa yang aku dah buat sampai kejam sangat dia kat aku? Siapa agaknya orang lain yang telah memikat hati dia tu? macammana orangnya? cantikkah? Baikkah? Adakah dia akan menjaga hatinya dengan baik, sepertimana aku berusaha selama ni? Adakah dia akan bahagia bersamanya? Kalaulah dia benar-benar boleh bahagia, tidak mengapalah. Biarlah aku mengundur diri. Apa yang membahagiakan untuknya sepatutnya membahagiakan aku juga. Biarlah aku membawa diri sendiri. Aku akan cuba mengubati perasaan ini sendiri. Dan..aku tak tahulah sama ada aku akan jatuh cinta lagi selepas ini. Kalau semasa bersendirian tu, tiba-tiba mengalir air mata tu, memang biasalah tu. Jadi cuba sibukkan diri.

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu. 
Bila ada orang lain mula meng'usha' kita akan menolak. Sebab memang tiada perasaan tertarik kepada mereka. Jika ada yang bertanya, "sampai bila ko nak jadi macam ni?". Kita akan mula terfikir. Entahlah, mungkin sehingga aku bertemu seseorang. Padahal, kita sendiri pun tidak pasti, adakah kita akan bertemu orang yang boleh menarik hati kita kembali. Hati yang telah banyak dilukai oleh kaum sejenisnya. Mampukah? Kita pasti akan bercakap dalam hati.."aku tak rasa akan jatuh cinta lagi. Rasanya memang tak mungkin." Penuh yakin kita berkata-kata. Tetapi dalam hati jela. Tidak berani beritahu orang lain, sebab nanti orang kata kita dah tutup hati kita pula.


Tetapi kan....tahukah kita bahawa sebenarnya tidak mustahil untuk kita terpaut lagi pada seseorang. Walaupun kita mengatakan tidak mungkin, tetapi hakikatnya tidaklah seperti itu, selagi mana kita masih mempunyai hati yang masih mampu menyayangi diri kita sendiri.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Contohnya seperti drama korea yang penuh air mata (hehe) iaitu Winter Sonata. Serius! Memang sedih cerita tu. Aku siap menangis lagi. Macam aku pula yang berlakon dalam tu. Heroin dia memang tidak pernah jatuh cinta lagi selepas kematian lelaki yang dicintainya. Sampaila 10 tahun kemudian dia bertemu dengan seorang lelaki yang mirip dengan kekasih lamanya. Walaupun sikap kedua mereka berbeza, tetapi akhirnya dia jatuh cinta kembali. Dan rupa-rupanya lelaki itu memang benar kekasih lamanya yang telah hilang ingatan. Kuatnya dia menahan dugaan demi dugaan. Huhuu.

Hakikatnya, kalau pernah terluka, ubatilah dengan harapan dan cinta juga. Pasti ada hikmah di atas segala kejadian yang berlaku. Mungkin pada ketika itulah baru kita sedar, sebenarnya kita telah jauh melupakan Allah. Kalaulah kita tidak terluka seperti itu, pasti akan terus lupa bahawa ber'couple' itu sebenarnya haram. Bersyukurlah kerana Allah telah memanggil dan mengingatkan kita kembali. Jangan mensia-siakan peluang yang Allah dah beri kepada kita. InsyaAllah.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216).
Jika ditanyakan kepada dua hati yang sedang bercinta, siapakah yang lebih cintakan pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya. Jadi, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai Yang Esa. Jika kita bersama-sama cintakan Yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan. [Love notes for my future husband...hee]

p/s: Tidak puas hati sebab tidak dapat jumpa buku karangan Ustaz Pahrol Mohd Juoi..Nota Hati Seorang Lelaki dan Di Mana Dia DiHatimu. Kawanku kata buku tu best..nakla beli. Tapi tak jumpa tadi. Huhu.


2 comments:

Unknown said...

Hmm...
Aku ada kedua2 buku nukilan Ustaz Pahrol tue...
Nak pinjam nanti, roger aku...

Nor Hidayah said...

Yeke...nak2...thanx tau.

Post a Comment