Wednesday, November 16, 2011

Rahmat Ujian

"Fuhh...penatnya. Akhirnya sampai juga aku ke bilik." , Aisha mengomel sendirian.
Tetapi, apabila dia masuk sahaja ke dalam bilik, dia terkejut melihat sahabatnya sedang menangis teresak-esak.
Aisha mula kaget.

"Humaira, kenapa ni? kenapa awak menangis ni? Awak ada apa-apa masalah ke?", Aisha cuba memujuk sambil memeluk sahabatnya itu, untuk melegakannya. Tetapi Humaira tidak menjawab pertanyaan Aisha, malah terus menangis. 
Aisha membiarkan sahaja Humaira menangis. Mungkin itu akan melegakannya.

Setelah seketika, akhirnya Humaira sudah mula berkata-kata, sambil teresak-esak. 
"Aisha, saya sedih sangat..=( Saya dah tak kuat. Saya dah tak dapat nak bertahan lagi. Saya tak kuat nak menghadapi ujian ini lagi. Dah banyak kali jadi. Selama ini saya cuba bersabar dan bertahan. Saya cuba tegarkan hati. Kuatkan diri. Tapi kali ni, saya rasa dah tak mampu lagi. Saya dah tak kuat...sob...sob...sob...Saya dah tak kuat..." Humaira terus menangis.

"Awak kenapa sebenarnya? Apa ujian yang awak alami ni? Kenapa awak cakap awak tak kuat?" Aisha mula menyusun bicara.

"Saya dikhianati oleh seseorang. Ini bukan kali pertama. Sudah banyak kali dia mengkhianati saya. Sakitnya rasa bila dikhianati oleh orang yang kita percayai, apatah lagi saya sayang. Kadang-kadang saya rasa saya yang bodoh, sebab tetap percaya pada dia, walaupun telah berkali-kali ditipu dan dipermainkan. Tapi mungkin saya silap kerana selalu memikirkan bahawa dia sudah berubah..sob..sob..sob..kali ni, dia ulang lagi menyakiti dan mengkhianati saya. Saya dah tak larat dah. Saya dah tak kuat dah. Saya rasa sakit sangat bila berkali-kali dipermainkan. Sakit sangatttt....", cerita Humaira.


"Bersabarlah. Ini semua ujian untukmu. Pasti ada hikmah disebaliknya. Bersabarlah wahai sahabatku", nasihat Aisha.

"Tetapi kenapa saya? Kenapa saya yang diuji? Kenapa berkali-kali diuji? Kenapa mesti saya? Kadang-kadang saya cemburu melihat rakan-rakan lain yang seperti tiada masalah seperti saya...huhuhuu...kenapa mesti saya? Saya dah tak kuat...saya tak kuat dah, Aisha...sob..sob...sob...saya tak kuat dah...Aisha..", suara Humaira semakin lemah.

"Humaira, sebenarnya kan....awak kuat. Awak mampu lalui ujian ni sebenarnya. Sebab tu Allah pilih awak untuk menghadapinya. Sebab Allah tahu, awak mampu. Kawan-kawan awak yang lain tu, tidak dipilih, sebab mereka tidak mampu lalui ujian macam ni. Ingatkah awak firman Allah yang bermaksud: 
Allah tidak membebani seseorang diluar kemampuannya [2:286]
Maka, jika awak mendapat ujian ini, bermakna awak memang mampu menghadapinya. Awak cuma perlu kuatkan diri awak, terus bersabar dan bertawakal kepada Allah. Mohonlah pertolongan Allah. Mohonlah kekuatan dan ketabahan itu dari Allah. Allah pasti membantu awak, memberi kekuatan kepadamu". 

Aisha meneruskan bicaranya dengan berhikmah, "Yakinlah pada Allah sahabatku. Pasti ada hikmah disebalik semua ini. Mungkin disebabkan perkara seperti inilah awak akan menjadi lebih tegar dan kuat. Awak akan lebih dekat dengan Allah, awak lebih tenang. Sahabatku, kuatkanlah dirimu. Saya ada di sini bersama awak. Saya tetap sahabat yang akan terus bersama awak, jatuh bangun awak. Awak tidak keseorangan. Awak ada ALLAH yang Maha Penyayang. Allah sayang sangat pada awak. Sebab tu awak dipilih untuk diuji. 

Awak tahu tak...di luar sana masih ramai yang hidup dengan penuh kegembiraan dan kesesatan. Mereka tidak diuji supaya boleh kembali pada Allah. Tetapi awak tidak. Allah pilih untuk uji awak, sebab nak awak dekat dengan-Nya. Awak beruntung sangat. Tidak semua orang dapat peluang macam awak. Awak ambillah ujian ini secara positif, wahai sahabatku. Bersabarlah sahabatku. Saya tahu, memang berat awak nak menghadapinya. Saya faham, bukan mudah untuk menghadapinya. Tetapi, yakinlah sahabatku, jika awak mampu melepasi ujian ini, awak akan dapat merasa betapa manisnya ujian Allah ini. Yakinlah, pasti dipenghujungnya ada bahagia menanti awak." =)

Humaira sudah mula berhenti menangis. Dia sudah mula tenang mendengar kata-kata Aisha,
"Terima kasih Aisha. Terima kasih sangat. Saya silap. Saya lalai. Saya tak sepatutnya berfikiran seperti itu. InsyaAllah, saya akan cuba kuatkan diri. Betul, saya memang mampu menghadapi ujian ini. Sebab tu Allah pilih saya. Saya kena buktikan kepada diri saya yang saya benar-benar mampu. Terima kasih Aisha. Awak benar-benar sahabat saya. Kalau tiada awak, tak tahulah saya nak buat macam mana."

Aisha merasa senang apabila melihat Humaira sudah mampu tersenyum. Alhamdulillah.
"Kadang-kadang Allah turunkan hujan, ditambah dengan guruh, siap dengan kilat lagi... kita tertanya-tanya Kemana perginya matahari? Rupanya Allah mahu memberikan kita pelangi yang indah." [Syurga Cinta]



p/s: Bersabarlah jika kamu diuji. Kamu adalah orang yang terpilih, sayangku. =)

Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. [2:286]

Amin Ya Rabb

2 comments:

Unknown said...

Saya nak lagi...
Plot konflik dan anti-konflik amat pendek...
Huhuhu...
(TT-TT)

P/S:
Tak ada sambungan cerita nie?

Nor Hidayah said...

xda smbungan..i'm not a good narrator...
kalo dpt bt pnjang cmni, dh kira bonus dh ni, utk diri sendri..huahuhauaha..;p

Post a Comment