Monday, November 29, 2010

Keteguhan~

Thursday, November 25, 2010

Mahu Kahwin Bawah Pedang?

Agak-agaknya kenapa ya, aku bukak cerita pasal ni? Hehe. Ini adalah kerana, aku baru sahaja melihat gambar-gambar perkahwinan rakanku dari matrik, seterusnya ke ukm di bawah kolej, fakulti dan pusat pengajian yang sama. Dia berkahwin dengan seorang pegawai tentera. Memang sesuai pun, kerana dia pun pegawai juga kerana dahulu dia adalah palapes. Hee. Maka dengan itu, dia berkahwin di bawah pedang. Dulu ibu dan abahku juga berkahwin di bawah pedang juga. Semasa itu, abah berpangkat 'Kapten' [hensem tau bapak aku ni. Ibu plak cun melecun, anak dia?? Xyah cakapla. Keke]. Makcik2 aku dan kawan-kawanku selalu tanya "Abah garang x?". Hmm. Kalau askar mesti garang ke? Tapi abah memang garang pun dulu [tapi garang bertempat]. Aku la paling penakot nak lawan kalau abah dah pegang rotan. Tapi adik perempuan aku seorang ni, berani. Boleh dia main kejar-kejar masa abah aku nak rotan dia. Haha. Sabor jela.

Okeh! Bercakap pasal berkahwin dengan tentera ni, dulu aku agak terkejut kerana ramai sangat kawan-kawanku yang nak berkahwin dengan tentera. Ada yang siap pasang "spare tyre" yang kedua-duanya bakal tentera, iaitu dari MTD dan UPNM. Aku tanya juga kenapa minat tentera? Dia kata nak kahwin bawah pedang. Hee. Tapi aku? Dulu memang aku tak mahu berkahwin dengan tentera. Ini adalah berdasarkan pengalaman aku hidup sebagai anak pegawai tentera. Seperti yang kamu mungkin sedia maklum, kalau jadi tentera ni, memang akan selalu pergi operasi dan latihan di dalam hutan. Kadang-kadang tu sampai berbulan-bulan. Nak2 yang berada di unit Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD). Dulu mase aku kecil, abah bekerja di unit 5 RAMD Kem Batu 3 Kluang. Memang selalu sangat pergi operasi. Terutamanya semasa raya. Time raya saja, mesti operasi. Mesti korang pernah tengok kat TV tentang pemberian bekalan makanan raya kepada tentera operasi kan? Haa. Yang macam tula. Dan, setiap kali abah pergi operasi, kami 4 beradik [masa tu kami baru 4 orang, yang kecik2 tak lahir lagi] semua akan berkumpul tidur di satu bilik yang sama. Kadang-kadang, jiran aku pun datang tidur di rumahku kerana ibu-ibu kami bukanlah berani sangat. Nak menjaga anak-anak yang masih kecil sorang-sorang. Jadi bila duduk berdua, lebih berani. That's why aku dan jiranku dulu rapat. Siti, amad, buyah dan adik-adiknya [amad dan buyah dah blaja kat Turki dah pun sekarang. Hee].



Selain itu, yang paling mencabar sekali ialah, apabila ayah aku terlibat dalam misi ke Bosnia. Yela, dulu kan Bosnia diserang Serbia, jadi ayah aku adalah salah seorang pengaman PBB mewakili Malaysia. Setahun ayahku berada di sana. Ada balik sekali sahaja, selepas 6 bulan, lepas tu pergi sana balik. Ingat lagi, sebelum pergi Bosnia, kerajaan bagi semua keluarga yang terlibat bercuti ke PD. Masa kat PD tu, kami tinggal di sebuah kem askar yang dah ditinggalkan Jepun or British, kalau tak silap. Kalau dah namanya tempat tentera lama, mestilah macam-macam 'benda' ada. Ibu cakap, malam tu memang ramai yang tak dapat tidur, sebab dengar bunyi anjing melalak. Kami adik beradik, nyenyak je. Budak-budak mane tahu apa. Mak bapak je risau ape jadi kat anak-anak dia. Hee. Ada aktiviti di sana, tapi aku tak ingat. Yela, masa tu aku baru darjah 1, along darjah 2, alang tadika, ateh tak sekolah lagi.

Selepas beberapa hari percutian, kami mula menghantar abah ke Subang Airport [time tu, KLIA tak ada lagi]. Huhuhu. Time tu, ibu memang nangis la. Kat sana jumpa ramai askar-askar yang berpakaian celoreng dan bersedia untuk berlepas ke Bosnia. Saudara-mara aku pun ikut menghantar abah ke airport. Balik dari airport, ibu drive kereta sendiri balik ke kampung Negeri Sembilan. Itulah first time ibu drive jauh. Sampai demam ibu beberapa hari. Huhu. 

Beberapa bulan selepas tu, kami dengar radio, ada ucapan dari Bosnia. Hehe. Dengarlah suara abah masa tu. Siap sebut nama kami semua lagi. Selepas genap setahun, misi abah pun habis. Lepas balik Malaysia, abah dah ada duit, abah pergi haji semasa aku darjah 5. Lagi satu, adik lelaki aku yang form 3 sekarang ni, lahir selepas abah balik dari Bosnia. Oleh kerana dulu di Bosnia abah rapat dengan seorang kanak-kanak bernama anil, maka kami panggil adik aku yang Bosnia ni, Anil. Namanya pula di beri Mohamad Naim Elmir. Elmir tu pun adalah nama Bosnia. Dulu cikgu dia penah tanya kat abah, "Elmir ni maksudnya apa?". Abah gelak je, pastu cakap ni nama Bosnia. 

Hmm. Sebagai tentera juga, kami selalu sangat berpindah. Mula-mula di Sabah [aku pun lahir di sana], lepas tu Alor Setar [alang lahir sana], Pulau Pinang [ateh patotnya lahir sini], Kluang Johor, Melaka, Kluang balik dan akhirnya JB. 
Jadi, kerana macam-macam perkara yang berlaku, membuatkan aku rasa tidak mahu berkahwin dengan tentera. Tetapi, lama-kelamaan selepas apa yang kawanku dari Kem Terendak yang juga anak pegawai tentera cakap macam-macam, aku rasa, aku dah tak kisah sangat dah kalau berkahwin dengan tentera pun. Pada aku, pengorbanan tentera sangat besar. Sebab tu la, dulu aku pernah rasa geram sangat bila kawan aku (anak polis) cakap "Askar bukan susah sangat pun. Polis yang nampak banyak keje". Aku apa lagi, berapi la. Aku terus cakap pasal macam-macam, termasuk yang ayah aku kena pergi Bosnia. Terus terdiam dia [p/s: Aku memang mudah bertikam lidah kalau orang cari pasal dengan aku. Hee. Sorry].

Sekarang pun, abah dah tak berada di unit RAMD. Abah di Rejimen Askar Wataniah. Mentadbir Askar Wataniah dan pernah menjadi ketua penilai Palapes UTM [dulu abah suruh masuk palapes, aku tak nak]. Abah pun dah berpangkat Lefternan Kolonel sekarang. Sama macam Lin Dan la pula. Tetapi memang tak dinafikan, dilahirkan sebagai anak askar membuatkan aku dan keluargaku lebih berdikari. Semasa darjah 2 lagi, kalau ibu abah pergi kedai atau pasar, aku dah kena jaga adik laki aku yang masa tu baby lagi. Dan sebab itulah juga aku suka tengok palapes bila beruniform dulu, walaupun aku tak minat masuk palapes. Hee. Kat Skudai sekarang pun housemate ku dulu palapes UTM, dan ramai juga kawan-kawan palapes dia yang aku kenal. Kawan-kawan sekolah aku pun ramai mengikut jejak bapa mereka menjadi tentera. Memang aku dah ditakdirkan dikelilingi askar dan palapes kot. Hehe. Tetapi nikah dengan engineer kot. Huahuahua. Oklah, cukupla tu. Lain kali sambung. Sekian.

p/s: Dulu nak masuk PLKN, tapi tak dapat. Huhu. Tak terpilih la pula. Adik-beradik aku setakat ni, tiada yang terpilih.

Wednesday, November 24, 2010

Perkongsian Ilmu (",)v

"Teet!" Sedang aku melayari internet, tiba-tiba handphone Nokia aku yang menempatkan Simcard Maxis tu berbunyi. Agak pelik juga ada orang menghubungi nombor Maxis ku. 
Setelah beberapa minit membiarkan handphone tadi, aku pun mengambilnya dan mula membuka inbox. Aik! No siapa pula ni? Tanpa berfikir panjang aku mula membaca sms yang dihantar. Sms berbunyi begini:-
Ya Allah
Ya Rahman
Ya Rahim
Ya Malik
Ya Qudus
Ya Salam
Ya Mu'min
Ya Muhaimin
Ya Aziz
Ya Jabar
Ya Mutakabbir

Kirimkanlah kepada 9 orang asma Allah ini. InsyaAllah kamu akan mendapat berita baik esok. Siapa yang tidak menghiraukannya maka akan mendapat nasib yang buruk selama 6 tahun. Apakah anda tidak mahu mengorbankan 9 sen kerana asma Allah? Dalam waktu 1 jam anda akan mendapatkan REZEKI yang tiada tara jumlahnya. Jangan dipermainkan. Demi Allah ini amanah dan jangan dihapus sebelum dikirimkan 9 orang.
Hmm. Aku pernah membaca artikel yang berkaitan dengan message2, sms atau emel2 berantai seperti ini. Setakat yang aku ingat, adalah satu kesalahan kepada sesiapa yang menghantar sms seperti ini. Ini kerana kandungan msg tersebut yang menyebut tentang nasib baik atau musibah yang akan menimpa seseorang jika tidak atau meng'forward'kan msg tersebut kepada 9 orang yang lain. Jika mereka menghantar msg tersebut, seolah-olah menyetujui bahawa ada kuasa lain selain Allah yang boleh memberi kebaikan atau mudarat kepada mereka. Maka, dikhuatiri terjatuh syirik tanpa disengajakan. Kalau kamu semua hendak mengetahui lebih lanjut berkenaan perkara ini, cubalah search artikel yang aku maksudkan. Aku tak pasti di website apa aku menjumpainya.

Tetiba aku merasakan bahawa mungkin orang yang mengirimkan sms ini tidak mengetahui tentang pemasalahan ini. Kalau sebelum ini, biasanya jika aku mendapat sms atau emel seperti ini, aku akan mengabaikannya sahaja. Tetapi kali ini rasa terpanggil untuk berkongsi apa yang aku tahu dengannya. Maka, kerana rasa bertanggungjawab untuk menjelaskan hal ini kepadanya, aku pun membalas sms tersebut.
Sesungguhnya hanya ALLAH yang mampu memberi kebaikan atau musibah kepada hamba-hambanya. Segalanya tidak akan berlaku tanpa izin ALLAH, termasuk juga dengan mengirim sms tadi. Tidak salah seandainya anda ingin mengirimkan sms tadi kepada 9 orang. Tetapi buangkan ayat yang mengatakan tentang nasib buruk selama 6 tahun atau keuntungan yang diperoleh. Kerana dikhuatiri terjatuh syirik kerana percaya ada kuasa lain selain ALLAH. Sesungguhnya rezeki adalah datang hanya dari ALLAH jua. Sekian.
Selepas beberapa minit menekan butang "send", aku menerima sms lagi. Owh! Dari orang yang sama. Dia membalas "Hehehe.. x de mksd mcm 2 pn...:-)" . Fuhh! Lega. Dia boleh menerima kata-kataku dengan baik. Setelah itu, aku mula bertanya siapakah gerangannya si dia ini. laa...rupa-rupanya rakan lamaku. Dia baru sahaja menukar nombor telefon. Hee.

Aku bukanlah orang yang terlalu berilmu dalam hal-hal berkaitan agama. Jadi, jika sms yang aku balas ini ada kesilapan, mohon ditegur agar dapat diperbetulkan di kemudian hari. Sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH, yang buruk itu, datang dari diriku sendiri.

Sunday, November 21, 2010

Atomic Kitten - The Tide Is High



Aku rasa lagu ni best. Rentak dia agak menarik untuk didengari. Jadi, terasa nak letak kat blog ni. Hee. (",)v
Lirik yang aku suka adalah "I'm not a kinda girl who gives up  just like that". Yes!! I hope that's me!

Friday, November 19, 2010

Open Your Eyes

Maher Zain - Open Your Eyes

Lagu Maher Zain memang bagus. Banyak yang boleh kita fikirkan dari lirik lagu-lagunya. Salah satunya adalah lagu Open Your Eyes ini. Setelah 2 hari, aku berjaya menghasilkan video ini. Video ini biasa-biasa saja, al-maklumlah yang membuatnya pun amatur sahaja, bukan professional. Hee. Tetapi aku buat video ini salah satu sebab untuk memudahkan orang-orang diluar sana mengetahui dan memahami isi kandungan lagu ini. Mungkin lebih mudah untuk difahami, jika ada lirik yang tertulis di sini. "Enjoy Yourselves..Ok!"

Al A'raf : 54
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arsy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam. 
Al A'raf : 55
Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. 

Monday, November 15, 2010

Lelaki Menangis??


Tetapi, pada zaman sekarang ni memang susah nak jumpa lelaki seperti ini. Kerana kebanyakan daripada mereka adalah yang mempunyai ego yang tinggi. Hmm. Rasanya aku pernah jumpa lelaki seperti ini. (",)v

Sunday, November 14, 2010

Mengenali Wanita

Ya...!!! Pernahkah anda terfikir mengapa aku memilih warna putih sebagai warna latar blog aku? Tidak pernah terfikir? Tak mengapalah. Aku nak cerita juga.
Yang sebenarnya aku memang suka sangat warna PUTIH. Walaupun mungkin sesetengah orang berpendapat putih ni bukanlah cantik. Tetapi, tidak tahulah mengapa aku nampak putih ni sangat menawan. Kalau hendak membeli kereta pun, aku ingin warna putih. Tapi bukan putih susu tu ya, warna kekuningan (tak cantik la pula). AKu nak putih yang betul-betul putih tu, yang macam orang letak nila sket tu. Haha (macam baju sekolah la pula). Oleh kerana minat yang mendalam terhadap warna putih ni (chewah), aku mula 'search' apa peribadi orang-orang yang meminati warna putih. Hasilnya seperti berikut:-

Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna dan tafsiran perwatakannya.


p/s: Sebelum ni penah minat warna biru dan hijau. Adakah bermakna personaliti aku berubah-ubah??? Hmm...mungkinlah.

Saturday, November 13, 2010

Kerana Aku Wanita


Puisi ni diambil daripada 
http://komuniti.iluvislam.com/index.php?/topic/25098-kerana-aku-wanita/.
Oleh kerana aku ni konon-konon tengah rajin, aku pun 'edit' melalui Adobe Photoshop. 

Tapi puisi ini memang menceritakan tentang hakikat sebenarnya. Berdasarkan pemerhatian aku, sesetengah lelaki memang suka mengutuk atau menghina perempuan. Cara mereka berkata-kata itu, seolah-olah menunjukkan bahawa perempuan ni tidak punya hati dan perasaan. Kadang-kadang aku terfikir juga, apakah mereka itu terlalu bagus? Sampai sanggup mengatakan yang buruk terhadap orang lain. Ada juga yang aku jumpa, mereka menyatakan bahawa mereka hanya mengutuk orang jahat sahaja. What's the point here? Adakah ini bermakna bahawa mereka BAIK, so mereka berhak mengutuk orang yang JAHAT pada mata mereka. Setahu aku, kalau orang itu benar-benar orang yang baik, dia tidak akan mengutuk orang lain walaupun orang yang dikutuk itu sejahat-jahat manusia. Mereka ini mengutuk orang, tetapi tidak sedar tentang kelemahan diri sendri. Kadang-kadang kesian pula tengok. Itu belum lagi bercakap tentang politik. Lagi dahsyat..!!! Ramai yang suka mengutuk lawan yang dari parti yang berbeza. Hmm. Tetapi tidak dinafikan, mungkin sesetengah mereka berniat baik. Ingin menasihati, tetapi cara yang mereka gunakan adalah salah dan tidak sesuai. Jadi, fikir-fikirkanlah dan muhasabahlah diri.

Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok -olokkan), dan janganlah pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olakkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan), dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan (ialah) panggilan buruk sesudah iman, dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. 
[Surah Al-Hujarat : 11]

p/s: Sekadar pesanan untuk diri sendiri dan semua pembaca. Hehe. Sebelum menutup bicara ingin kukatakan di sini,

“Sesungguhnya aku ini tidak lain melainkan manusia, boleh jadi aku salah dan boleh jadi aku benar. Maka dari itu, hendaklah kamu memerhatikan pendapatku. Tiap-tiap yang sesuai dengan kitab Allah dan sunnah, kamu ambillah dia dan tiap-tiap yang tidak sesuai dengan kitab dan sunnah, kamu tinggalkanlah dia.”

Friday, November 12, 2010

Perang Dingin

"Excuse me boss, you have a text massage"

Aku tersentak. 'Aiyak! Siapa pula yang hantar msg kt aku malam-malam ni'. (sambil dup dap dup dap dihati)

Aku mula mencapai handset Sony Erricson ku.
 'Aduh! Memang dialah yang hantar. Apa pula agaknya mak cik ni nak'

Aku pun mula membuka msg tersebut.
'pehh...aku memang dah agak dah. Dia mesti nak cari pasal dengan aku. Aduhai, memang tak boleh tengok orang senang sikit' ==> Hati aku dah mula mengomel.

Oleh kerana dia yang memulakan, aku apalagik mestilah menyahut cabaran! Haha
Akhirnya perang dingin telah meletus. Dush3...!!!
Berpuluh-puluh sms dihantar. Masing-masing mencari point untuk menang.

DAN....!!!!
Akhirnya tiada siapa yang menang atau kalah. Sebab kami telah tertidur dengan handset ditangan.

Tapi tidak mengapa. Yang penting puas hati dapat melepaskan geram. KAHKAHKAH. Padan muka kau. Cari pasal dengan aku lagi.

Saturday, November 6, 2010

Terbaik Buat Kita (",)v

~diambil dari fb~

Inilah yang terbaik untuk kita semua sebenarnya. Jatuh cinta itu biasanya akan terjadi kepada setiap insan. Maka cara terbaik untuk kita jika masih belum berkemampuan adalah menyimpan perasaan ini. (",)v

Tuesday, November 2, 2010

Time Xde Keje

Semalam
aku adalah anak kecil
yang tidak pernah mempunyai masalah
bermain-main di padang golf
di kolam lumpur mencari bola
dan di lopak2 menangkap *ikan* (berudu)

Semalam
aku diajar untuk berdikari
segalanya harus kulakukan sendiri
kekelas malam juga berbasikal sendirian
susah senang aku cuba lalui
tanpa mengharap bantuan sesiapa

Hari ini
aku telah dewasa
menjadi wanita yang tidak berani meminta
walaupon susah, aku lalui sendiri
segala masalah cuba ku selesaikan sendiri
tanpa meminta pertolongan yang lain

Hari ini
aku adalah aku
yang sentisa berusaha
agar aku tidak menyusahkan orang lain
dan tidak meminta pada yang lain
malah...aku berharap
suatu hari nanti
aku mampu memberi

Monday, November 1, 2010

Putaran Roda...Ingatlah!

Dunia ini ibarat roda. Kadang-kadang kita berada di atas. Kadang-kadang kita di bawah. Semasa kita dalam kesusahan atau berada bi bawah putaran roda, hadapilah dengan tabah dan sabar. Jangan kita terlalu mengikut emosi dan perasaan kita sehingga kita tidak mampu berfikir secara rasional. Memang saya tidak nafikan bukan mudah untuk melakukannya, tetapi ia tidaklah mutahil. Seperti juga orang yang sedang marah boleh melakukan apa sahaja tanpa dia sedari. Kerana ketika marah itulah syaitan mudah menghasut kita. Janganlah kita mengeluarkan kata-kata yang tidak enak dan buruk, kerana kemarahan kita itu. Fikir-fikirkanlah apa akibat yang bakal terjadi dikemudian hari. Mungkin sekarang kita memburuk-burukkan orang lain, tidak mustahil suatu hari nanti kita akan mengalaminya pula. Pada masa itu baru kita tahu bagaimana perasaan orang itu.



Aku berasa kurang senang melihat situasi-situasi seperti ini. Tanpa pemikiran yang rasional inilah akan mula timbul umpat-mengumpat, kutuk-mengutuk, pergaduhan dan pelbagai lagi. Tindakan mereka seperti orang-orang yang tidak punya akal fikiran yang bijak. Seperti orang yang bertindak kerana terdorong oleh hati, tanpa berfikir dan dahulukan iman. Mungkin agar kasar untuk ku katakan mereka kelihatan seperti orang bodoh. Semasa aku di Universiti, susah untuk aku melihat situasi seperti ini. Tetapi sekarang, begitu mudah sekali. Pendapat peribadiku menyatakan orang-orang bijak pandai selalunya lebih baik dalam kelakuan dan tindakan mereka. 

Aku bukanlah orang yang terlalu baik. Tetapi aku benar-benar ingin keluar dari masalah-masalah kecil dan remeh seperti ini. Aku berasa sangat rimas sekali! Wahai sahabat-sahabatku, aku sayangkan kalian. Janganlah kamu menjebakkan diri dalan perkara seperti ini. Bukan sahaja orang yang bercerita akan mendapat balasannya, malah yang terpaksa menadah telinga pun mendapat habuannya. Ini adalah salah satu penyebab mengapa ramai wanita di neraka. Nauzubillahiminzalik!

p/s: Terasa sangat sesak dadaku. Huhu. Nasihat untuk diriku dan kaum Hawa terutamanya.