Wednesday, September 16, 2015

Tangan cekak dan butang balut

Alhadulillah, baru belajar menjahit jubah dengan tangan cekak dan leher berbutang balut.  Aku masih dalam proses belajar dalam bidang jahitan ni. Kebiasaannya kalau customer meminta aku jahitkan baju yang berbentuk yang agak baru untuk aku, aku akan mula google untuk mencari cara menjahitnya. Alhamdulillah...TADAAAA...!!! Siap.   Terima kasih kepada blogger di bawah kerana share ilmu kepada saya. Really appreciate.. :) http://wahidathakhrim.blogspot.my/2015/01/tutorial-jahit-kaf-tangan.html http://pinklolipops.blogspot.my/2012/04/tutorial-jahitan-getah-tangan.ht...

Hobi Menjahit

Permulaan fasa baru. Aku mula merialisasikan minat dan hobi menjahit sejak dulu. Sebelum ni tak mampu nak beli mesin jahit sendiri. So, kalau balik kampung je, aku akan menjahit. Alhamdulillah bila dah bekerja ni, dah mampu beli. Pada awalnya niat membeli mesin jahit ni sebab nak menjahit baju sendiri dan isi masa lapang sahaja. Tapi tak sangka ada rezeki yang Allah selitkan di situ. Kawan2 mula minta nak tempah jahit baju. Semakin hari, semakin ramai yang menepah bermula untuk raya Aidilfitri yang lepas. Mesin Jahit Biasa dan Jahit Tepi Mula2 just cakap dengan kawan2, aku hanya jahit baju kurung biasa. Tapi, kawan aku yang sorang ni beri...

Monday, January 19, 2015

Comin' Back..!!

Setelah hampir setahun....... Dah lama teringin nak menaip, tapi masa tak mengizinkan. Tapi bukan sebab sibuk kerja sangat, sebab main game. Uhuhu (Banyak benda lagha je buat). Alhamdulillah, harini kerja shif petang, pagi ni sempat la menaip. Pernah tak kita melihat sekeliling kita. Melihat orang2 sekeliling kita. Kadang2 secara tak langsung kita akan membandingkan dengan diri kita. 'Kadang2 orang kata, tak elok membanding2 kan diri dengan orang lain' 'Tapi aku lebih suka melihat dari sudut yang positif' Gara2 menonton AJL29 malam tadi (uhuhu...lagha lagi) Hatiku mula tersentuh dan akalku mula berfikir. Persembahan Caliph Baskers. Mereka...

Thursday, March 20, 2014

Temuduga PSains

Alhamdulillah, aku telah melepasi satu lagi temuduga SPA. Jawatan Pegawai Sains Genetik C41. Temuduga ni pada pendapat aku, memang sangat mencabar. Banyak perkara yang perlu aku ulangkaji semula. Semua silibus semasa di universiti perlu di ingati dan difahami. Untuk aku yang telah hampir 4 tahun meninggalkan dunia sarjanamuda, agak sukar untuk mengimbas kembali asas-asas teknik dan teori GENETIK. Tetapi, Alhamdulillah kerana aku telah mula bekerja sebagai Pegawai Sains Genetik (sambilan) selama hampir 4 bulan. Jadi banyak juga perkara yang sudah mula aku pelajari tentang tugas-tugas pegawai sains genetik ini. Jadi, apabila panggilan temuduga...

Tuesday, March 18, 2014

Perancangan terbaik

Assalamualaikum. Hari ini aku merasakan ingin berkongsi serba sedikit tentang perjalanan hidupku yang aku rasakan telah dirancang dengan sebaik-baik perancangan oleh Yang Maha Pencipta. Matrikulasi : Aku diberikan kursus Sains Fizikal, tetapi aku inginkan Sains Hayat. Aku berada dalam dilema, kerana khuatir tidak mampu untuk membawa jurusan Sains Hayat. Kerana sangat tiada jawapan, dan takut akan membuat keputusan yang salah, aku telah meminta pendapat ibubapaku dan berdoa dengan penuh pengharapan pada Allah s.w.t, agar aku mampu membuat keputusan yang terbaik untuk masa depanku.  Alhamdulillah, akhirnya aku tetap hati untuk menukar...

Wednesday, January 22, 2014

Kronologi Kesibukan^^v

Alhamdulillah. Setelah lama menyepi, akhirnya aku  dapat juga mencuri masa untuk menaip sesuatu di ruangan blog aku ni. Uhhuuu. Terasa begitu sibuk sehingga tidak berkesempatan langsung nak menaip blog. Baiklah, nak cerita sikit kronologi kesibukan aku, semenjak beberapa bulan lepas. Ogos 2013 : Bersedia untuk viva master --> Alhamdulillah, berjaya melepasinya dengan baik. Subhanallah. September 2013 : Sibuk mempersiapkan diri untuk menghadiri temuduga PTD --> Alhamdulillah, berpuas hati semasa interview berjalan...walaupun tidak berjaya mendapatkan jawatan tersebut. September 2013 (2) : Bertungkus-lumus menyiapkan...

Tuesday, October 8, 2013

Kemuliaanku Kerna ISLAM

Kejadian diri kita bermula dari Adam dan Hawa Lahirnya kita dari rahim ibu Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah (Al-Mu'minuun 23:12) Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;(Al-Mu'minuun 23:13) Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian...

Pages 231234 »