Friday, October 26, 2012

Sultan Muhammad Al Fateh

Sultan Muhammad Al Fateh merupakan seorang yang telah ditabalkan menjadi sultan ketika usia muda lagi menggantikan ayahandanya semasa zaman pemerintahan Turki Utmaniyyah.

Berdasarkan ilmu yang agak cetek berkenaan sejarah ini yang diperolehi semasa ISK, ingin saya berkongsi sedikit tentang kehebatan sultan ini.

Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda ketika menggali parit semasa peperangan Khandak "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Maka selama 800 tahun tentera Islam berusaha untuk menawan Konstantinople seterusnya menjadi orang yang disebut dalam hadis Nabi sebagai sebaik2 raja dan sebaik2 tentera. Namun semuanya tidak berjaya.

Sehingga sampailah ketika zaman pemerintahan Sultan Murad II (ayah kepada Sultan Muhammad Al Fateh). Baginda juga tidak berjaya menakluk Konstantinople. Baginda telah menemui seorang ulamak untuk bertanyakan bagaimana cara untuk menakluk Konstantinople. Ulamak tersebut menjawab, "Bukan engkau yang akan dapat menakluk Konstantinople, tetapi anak engkau". Sultan Murad berasa bingung kerana baginda tidak mempunyai anak, pada ketika itu. Tetapi apabila pulang ke rumah, baginda mendapati bahawa isterinya sedang mengandung 3 bulan. Semenjak itulah, baginda berdoa agar dikurniakan anak lelaki untuk merealisasikan penaklukan Konstantinople tersebut. Akhirnya baginda dikurniakan anak lelaki dan diberi nama 'Muhammad', sempena nama Nabi Muhammad saw. 


Kedudukan kota Konstantinople yang dilindungi oleh 3 lapisan tembok yang kukuh dan sukar dirobohkan. Perairannya pula tidak dapat dicerobohi oleh kapal2 luar kerana adanya besi yang besar dipasang melintasi perairan tersebut.



Gambaran yang menunjukkan bagaimana Sultan Muhammad Al Fateh dan tenteranya menarik kapal ke darat merentasi bukit hanya dalam 1 malam.



Anak ini (Sultan Muhammad Al-Fateh) dididik dengan pelbagai cabang ilmu, bermula dengan keagamaan sehinggalah ketenteraan semenjak kecil lagi. Semasa berusia 12 tahun, Sultan Murad II telah melantiknya sebagai pemangku takhta kerajaan. Dan pada usia 19 tahun, secara rasminya baginda mengambil takhta pemerintahan. Akhirnya hanya pada usia 21 tahun baginda berjaya menakluk Konstantinople dengan cara yang bijaksana. Baginda telah mencadangkan untuk menarik kapal dan bergerak di daratan. Hanya dalam 1 malam sebanyak 70 buah kapal perang berjaya dipindahkan dari Selat Bosphorus ke Selat Tanduk.

Akhirnya Konstantinople berjaya ditakluk dan namanya ditukar kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini kota ini dikenali sebagai Istanbul, Turki. Kota ini menjadi rebutan kerana kedudukannya yang strategik di perantaraan timur dan barat dan berteluk. Sultan Muhammad Al Fateh lah merupakan orang yang disebut dalam hadis nabi sebagai sebaik2 pemimpin dan tenteranya sebaik2 tentera. Ini kerana akidah mereka sangat teguh dan kuat terhadap Allah. Mereka sangat cinta pada Allah. Kecintaan yang kuat terhdapat Allah telah membawa kemenangan yang telah dinanti selama 800 tahun.

Bacaan lanjut mengenai Sultan Muhammad Al Fateh.

Jom tengok video ni..!! Lebih ringkas dan padat!





Monday, October 22, 2012

Merubah Paradigma





Jumaat dan sabtu lepas saya telah mengikuti sebuah program yang bertajuk "INI SEJARAH KITA" (ISK)  anjuran Ikram. MasyaAllah...MasyaAllah...MasyaAllah.
Program tu...sangatlah memberi kesan kepada diri saya. Ia telah membuka mata hati saya dengan lebih luas sekali.
Teringin sekali saya kongsikan kesemua input yang telah saya perolehi dengan sahabat2 yang mengunjungi blog ini. InsyaAllah sedikit demi sedikit saya akan masukkan ke dalam ini.
Rugilah saya kalau saya tak kongsikan dengan sahabat2 semua. Rugilah saya...Rugilah saya...


Pernahkah kita bertanya pada diri kita...Benarkah aku CINTAKAN RASULALLAH??
Bila orang tanya, kita akan cakap.."Mestilah CINTA. Aku terlalu RINDUkan RasulAllah."
Tapi, adakah kata-kata itu datang dari hati atau hanya sekadar dibibir?
Dulu...aku sangat cemburu bila melihat orang-orang menulis (di FB) "Aku CINTAkan RasulAllah".."Aku sangat RINDUKAN RasulAllah".
Seriusss...!! sangat CEMBURU. Kenapa? Sebab aku seolah-olah tak mampu mengeluarkan kata-kata itu. Kerana aku tak mampu melafazkan kata-kata tersebut yang benar-benar lahir dari hati..bukan hanya dibibir.
Selalu aku meminta kepada Allah agar mengurniakan perasaan CINTA itu dihatiku.
Kadang-kadang aku rasakan aku benar2 cintakan Allah. Tetapi aku seolah-olah tidak merasakan cinta kepada Rasul-Nya. Bagaimana mungkin? Diterimakah CINTAku jika aku tidak mencintai Rasul-Nya?
Sungguh teringin aku mencintai Rasul-Nya.

Alhamdulillah. Melalui program ISK ini kita boleh mendapatkan cinta itu. Dengan izin Allah jua. Jika sahabat2 semua berpeluang menyertai program ini, jangan lepaskan peluang. Saya benar2 mencadangkan sahabat2 semua menyertainya.
Kenapa saya kata kita mampu mendapatkan cinta itu? Kerana mata kita akan disajikan dengan kehebatan2 Rasul kita yang mungkin tak pernah kita ambil peduli sebelum ini.
Kehebatan sahabat2 Nabi, kehebatan khalifah2 zaman silam dan kehebatan umat-umat Islam silam yang berpegang teguh kepada tali Allah. 
Kehebatan yang mereka perolehi yang berakar umbi kepada teguhnya akidah di dalam hati dan diri mereka.
MasyaAllah..kagumnya saya dengan mereka semua. Jauhnya saya dari mereka. Terlalu jauh...
Bermulanya dari seorang Nabi Allah yang bernama Muhammad s.a.w. Islam berjaya memerintah sehingga 2/3 dunia. MasyaAllah..MasyaAllah
Sebelum ini kita mungkin pernah tahu. Tapi mungkin kita hanya tahu dari akal...bukan memahaminya dengan mata hati. 


Kajilah SEJARAH Islam dengan mata hati. Kamu pasti akan merasakan suatu kelahiran baru di hati kamu. 

Wednesday, October 10, 2012

Kak Ain....saya dah boleh grad!

...MasyaAllah... 
Minggu ni terasa begitu memenatkan sekali. Dari minggu lepas tak henti2 berkerja keras untuk lab.

Tetapi kepenatan itu akhirnya terasa berbayar apabila akhirnya perkara yang ditunggu sekian lama muncul. 
Result yang dah berbulan-bulan aku tunggu nak buat dan dapatkan.
Akhirnya..petang tadi, disebabkan terlalu excited, aku pun terus cakap kat kak Ain "Kak Ain, saya dah boleh grad!". Padahal ada je lagi yang kena buat, cumanya benda2 yang kritikal dah hampir diselesaikan.

Memang tak dinafikan, agak berdebar-debar masa nak buat RACE ni. uhuu
Sejak Isnin tu!
Mana taknya, kit RACE ini sangatlah mahal. Hanya untuk 1 reaction, kosnya lebih kurang RM480++.
dan dalam kit ini hanya ada 10 reaction. Menggigil jugalah nak guna. 
Takut juga kalau kit habis, tapi result tak dapat.
Minggu lepas Dr call lab, dan tanya pasal progress RACE.
dan aku cakap "belum buat lagi, minggu depan. Dr buatlah sembahyang hajat, harap2 keluar result".
Pastu Dr cakap, "saya pula yang kena buat sembahyang hajat..patutnya orang yang buat tula"
..hehe..risau punya pasal..



Ingat lagi, disebabkan hanya 1 result ini sahaja, aku terpaksa ke UPM.
dan sebabkan 1 result inilah aku pergi ke Malaysian Genom Institute bersama Dr F
Disebabkan 1 result ini jugalah aku minta Dr extent geran projek.
dan disebabkan 1 result ini juga aku pening selama berbulan-bulan.
Tadi masa result tu keluar, macam nak nangis jugalah. Sangat gembira.
Rasa sangat2 terharu sebab Allah tolong. 

Kadang2 aku rasa bersyukur jugalah sebab supervisor aku sangat percayakan aku.
Selalunya Dr mesti tak berkira kalau aku minta beli kit mahal2.
Rasanya dah banyak kali jugalah aku minta beli barang yang agak mahal.
dan antara yang paling mahal pernah aku beli, mesin electrophoresis dan kit RACE ni.
masing2 berharga  3500++ dan 4800++ selepas meminta diskaun dari pengeluar. Hehe
Tapi aku bukan senang2 je minta beli. Aku memang akan cuba dapatkan alternatif lain dulu.
dan akan buat review dulu, sama ada perlu beli atau tidak.

Dr memang sangat percayakan aku.
dan selalu risau kalau aku tak dapat elaun untuk belanja bulanan (tu yang dia suruh aku apply GA tu).
InsyaAllah, aku akan berusaha sedaya upaya agar tidak mengkhianati kepercayaan orang kat aku.
InsyaAllah...sikit je lagi...sikit je lagi...
Teruskan perjuangan!

p/s: aku memang selalu berdebar-debar bila mula nak melakukan perkara yang serius dan menggerunkan. hihihi. Serius, sepanjang buat lab dari undergrad dulu, tak pernah aku rasa berdebar-debar macam masa nak buat RACE. 


Thank you ALLAH.

Tuesday, October 9, 2012

Senyuman

Pernah tak kamu menemui seseorang yang selalu membuatkan kamu tersenyum.
Apabila kamu berkata-kata dengannya, kamu pasti tersenyum.
Apabila kamu teringatkan dirinya, kamu tersenyum lagi.
Bila kamu ada masalah, kamu teringatkannya, terasa ringan masalah kamu.
atau sedang marah, kamu terfikirkannya, terus reda kemarahanmu.

Pernah tak kamu menemui seseorang..
Yang mana bila kamu berbicara dengannya semakin kamu teringat akan Allah.
Kadang2 disebabkan dia, kamu merasakan ingin menjadi lebih baik
Disebabkan dia, kamu berubah menjadi seseorang yang lebih gigih
dan disebabkan dia, kamu merasakan hari2 kamu begitu menggembirakan, walaupun hakikatnya terlalu banyak masalah sedang mengejarmu.


Pernah tak kamu menemui seseorang..
Yang kamu lihat selalu berusaha untuk membahagiakanmu
Yang tidak pernah kedekut memberikan masanya  untuk mendengar pemasalahanmu
yang tidak pernah lokek memberi idea dan bantuan kepadamu

Pernah tak kamu menemui seseorang..
Yang kamu merasakan seolah2 dia adalah hadiah daripada ALLAH
Yang kamu rasakan sangat terharu kerana Allah menghadirkan dia dalam hidupmu
Yang membuatkanmu bersyukur dengan pemberian itu
dan kadangkala membuatkanmu tertanya2..
 'kebaikan apakah yang telah aku lakukan, sehingga ALLAH mengurniakan seseorang sepertinya dalam hidupku?'
Yang membuatkan kamu mendoakannya saban hari
dengan mengharap dia merasakan kebahagiaan
sepertimana dia selalu berusaha untuk membahagiakanmu

DIA ialah kamu yang selalu membuat saya tersenyum