Thursday, November 25, 2010

Mahu Kahwin Bawah Pedang?

Agak-agaknya kenapa ya, aku bukak cerita pasal ni? Hehe. Ini adalah kerana, aku baru sahaja melihat gambar-gambar perkahwinan rakanku dari matrik, seterusnya ke ukm di bawah kolej, fakulti dan pusat pengajian yang sama. Dia berkahwin dengan seorang pegawai tentera. Memang sesuai pun, kerana dia pun pegawai juga kerana dahulu dia adalah palapes. Hee. Maka dengan itu, dia berkahwin di bawah pedang. Dulu ibu dan abahku juga berkahwin di bawah pedang juga. Semasa itu, abah berpangkat 'Kapten' [hensem tau bapak aku ni. Ibu plak cun melecun, anak dia?? Xyah cakapla. Keke]. Makcik2 aku dan kawan-kawanku selalu tanya "Abah garang x?". Hmm. Kalau askar mesti garang ke? Tapi abah memang garang pun dulu [tapi garang bertempat]. Aku la paling penakot nak lawan kalau abah dah pegang rotan. Tapi adik perempuan aku seorang ni, berani. Boleh dia main kejar-kejar masa abah aku nak rotan dia. Haha. Sabor jela.

Okeh! Bercakap pasal berkahwin dengan tentera ni, dulu aku agak terkejut kerana ramai sangat kawan-kawanku yang nak berkahwin dengan tentera. Ada yang siap pasang "spare tyre" yang kedua-duanya bakal tentera, iaitu dari MTD dan UPNM. Aku tanya juga kenapa minat tentera? Dia kata nak kahwin bawah pedang. Hee. Tapi aku? Dulu memang aku tak mahu berkahwin dengan tentera. Ini adalah berdasarkan pengalaman aku hidup sebagai anak pegawai tentera. Seperti yang kamu mungkin sedia maklum, kalau jadi tentera ni, memang akan selalu pergi operasi dan latihan di dalam hutan. Kadang-kadang tu sampai berbulan-bulan. Nak2 yang berada di unit Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD). Dulu mase aku kecil, abah bekerja di unit 5 RAMD Kem Batu 3 Kluang. Memang selalu sangat pergi operasi. Terutamanya semasa raya. Time raya saja, mesti operasi. Mesti korang pernah tengok kat TV tentang pemberian bekalan makanan raya kepada tentera operasi kan? Haa. Yang macam tula. Dan, setiap kali abah pergi operasi, kami 4 beradik [masa tu kami baru 4 orang, yang kecik2 tak lahir lagi] semua akan berkumpul tidur di satu bilik yang sama. Kadang-kadang, jiran aku pun datang tidur di rumahku kerana ibu-ibu kami bukanlah berani sangat. Nak menjaga anak-anak yang masih kecil sorang-sorang. Jadi bila duduk berdua, lebih berani. That's why aku dan jiranku dulu rapat. Siti, amad, buyah dan adik-adiknya [amad dan buyah dah blaja kat Turki dah pun sekarang. Hee].



Selain itu, yang paling mencabar sekali ialah, apabila ayah aku terlibat dalam misi ke Bosnia. Yela, dulu kan Bosnia diserang Serbia, jadi ayah aku adalah salah seorang pengaman PBB mewakili Malaysia. Setahun ayahku berada di sana. Ada balik sekali sahaja, selepas 6 bulan, lepas tu pergi sana balik. Ingat lagi, sebelum pergi Bosnia, kerajaan bagi semua keluarga yang terlibat bercuti ke PD. Masa kat PD tu, kami tinggal di sebuah kem askar yang dah ditinggalkan Jepun or British, kalau tak silap. Kalau dah namanya tempat tentera lama, mestilah macam-macam 'benda' ada. Ibu cakap, malam tu memang ramai yang tak dapat tidur, sebab dengar bunyi anjing melalak. Kami adik beradik, nyenyak je. Budak-budak mane tahu apa. Mak bapak je risau ape jadi kat anak-anak dia. Hee. Ada aktiviti di sana, tapi aku tak ingat. Yela, masa tu aku baru darjah 1, along darjah 2, alang tadika, ateh tak sekolah lagi.

Selepas beberapa hari percutian, kami mula menghantar abah ke Subang Airport [time tu, KLIA tak ada lagi]. Huhuhu. Time tu, ibu memang nangis la. Kat sana jumpa ramai askar-askar yang berpakaian celoreng dan bersedia untuk berlepas ke Bosnia. Saudara-mara aku pun ikut menghantar abah ke airport. Balik dari airport, ibu drive kereta sendiri balik ke kampung Negeri Sembilan. Itulah first time ibu drive jauh. Sampai demam ibu beberapa hari. Huhu. 

Beberapa bulan selepas tu, kami dengar radio, ada ucapan dari Bosnia. Hehe. Dengarlah suara abah masa tu. Siap sebut nama kami semua lagi. Selepas genap setahun, misi abah pun habis. Lepas balik Malaysia, abah dah ada duit, abah pergi haji semasa aku darjah 5. Lagi satu, adik lelaki aku yang form 3 sekarang ni, lahir selepas abah balik dari Bosnia. Oleh kerana dulu di Bosnia abah rapat dengan seorang kanak-kanak bernama anil, maka kami panggil adik aku yang Bosnia ni, Anil. Namanya pula di beri Mohamad Naim Elmir. Elmir tu pun adalah nama Bosnia. Dulu cikgu dia penah tanya kat abah, "Elmir ni maksudnya apa?". Abah gelak je, pastu cakap ni nama Bosnia. 

Hmm. Sebagai tentera juga, kami selalu sangat berpindah. Mula-mula di Sabah [aku pun lahir di sana], lepas tu Alor Setar [alang lahir sana], Pulau Pinang [ateh patotnya lahir sini], Kluang Johor, Melaka, Kluang balik dan akhirnya JB. 
Jadi, kerana macam-macam perkara yang berlaku, membuatkan aku rasa tidak mahu berkahwin dengan tentera. Tetapi, lama-kelamaan selepas apa yang kawanku dari Kem Terendak yang juga anak pegawai tentera cakap macam-macam, aku rasa, aku dah tak kisah sangat dah kalau berkahwin dengan tentera pun. Pada aku, pengorbanan tentera sangat besar. Sebab tu la, dulu aku pernah rasa geram sangat bila kawan aku (anak polis) cakap "Askar bukan susah sangat pun. Polis yang nampak banyak keje". Aku apa lagi, berapi la. Aku terus cakap pasal macam-macam, termasuk yang ayah aku kena pergi Bosnia. Terus terdiam dia [p/s: Aku memang mudah bertikam lidah kalau orang cari pasal dengan aku. Hee. Sorry].

Sekarang pun, abah dah tak berada di unit RAMD. Abah di Rejimen Askar Wataniah. Mentadbir Askar Wataniah dan pernah menjadi ketua penilai Palapes UTM [dulu abah suruh masuk palapes, aku tak nak]. Abah pun dah berpangkat Lefternan Kolonel sekarang. Sama macam Lin Dan la pula. Tetapi memang tak dinafikan, dilahirkan sebagai anak askar membuatkan aku dan keluargaku lebih berdikari. Semasa darjah 2 lagi, kalau ibu abah pergi kedai atau pasar, aku dah kena jaga adik laki aku yang masa tu baby lagi. Dan sebab itulah juga aku suka tengok palapes bila beruniform dulu, walaupun aku tak minat masuk palapes. Hee. Kat Skudai sekarang pun housemate ku dulu palapes UTM, dan ramai juga kawan-kawan palapes dia yang aku kenal. Kawan-kawan sekolah aku pun ramai mengikut jejak bapa mereka menjadi tentera. Memang aku dah ditakdirkan dikelilingi askar dan palapes kot. Hehe. Tetapi nikah dengan engineer kot. Huahuahua. Oklah, cukupla tu. Lain kali sambung. Sekian.

p/s: Dulu nak masuk PLKN, tapi tak dapat. Huhu. Tak terpilih la pula. Adik-beradik aku setakat ni, tiada yang terpilih.

5 comments:

mohd farid said...

ramai jek dak2 palapes masa ko belajar dulu, tapi ko tak pilih.
hehehe.

Nor Hidayah said...

aku bukan kenal pon bdk2 palapes ni.

ShazwaniFarzana said...

Tujuan baca ni sebenarnya nak cari pasal syarat kahwin bawah pedang sebenarnya. Tapi tak jumpa jawapan.hahahhaha

Unknown said...

Xkne dgn tajuk spoil

flwrhanna said...

ye wehhhhh

Post a Comment