Monday, May 21, 2012

Ikhlaskah kita..??

Pernah terfikir tak, jika kita melakukan sesuatu tu, kita ikhlas atau tidak?? Contohnya kalau kita solat fardhu.  Tambahan lagi ada yang jenis rajin solat sunat.  Darab lagi dengan solat Tahajud dikala dinihari. Hmm.  Ikhlaskah kita..?? Kadang-kadang kita suka sangat bersedekah. Nampak tabung-tabung masjid, minta derma pembinaan rumah anak yatim, maahad tahfiz, kita akan cuba menghulurkan derma. tapi...pernahkah kita terfikir... Ikhlaskah kita..?? Semasa belajar atau kuliah, apabila ada sahabat yang bertanyakan sesuatu,  kita dengan mudah cuba membantunya, berkongsi ilmu, berbincang Tapi....Ikhlaskah...

Friday, May 4, 2012

InsyaAllah suatu hari nanti..^^v

InsyaAllah suatu hari nanti.. aku cuba membahagiakan ibu dan abah melihat senyuman sentiasa terukir dibibir mereka berdoa sentiasa agar mereka bahagia di SYURGA ALLAH kelak sepertimana aku selalu bahagia melihat gambar mereka aku sayang sangat pada mereka terlalu sayang... Amin InsyaAllah suatu hari nanti.. aku nak membantu adik-beradikku setakat mana yang aku mampu membantu mereka berjaya di dalam hidup di dunia dan di akhirat walaupun aku sendiri tidak pasti nasib hidupku adik-adikku, walaupun macam2 ragam tapi aku seronok dengan mereka tempat bergaduh tempat berkongsi segala tempat mengarut-ngarut dan tempat untuk memaksa mereka mendengar...

Jika....^^v

Jika suatu hari nanti.. aku menjadi orang kaya, aku ingin menjadi orang kaya yang dermawan aku ingin membina sebuah rumah anak2 yatim anak2 yang akan aku kasihi seperti anak2ku sendiri Jika suatu hari nanti.. aku mempunyai rezeki yang melimpah ruah aku ingin memberi kepada mereka yang kurang mampu aku ingin berkongsi dengan mereka aku ingin melihat senyuman kegembiraan mereka aku ingin melihat air mata kebahagiaan mereka aku ingin melihat mereka senang Jika suatu hari nanti.. aku berkemampuan aku ingin menjaga seorang kanak-kanak menjadikannya anakku sendiri membesarkannya dengan penuh kasih dan cinta melihatnya membesar...

Pages 231234 »