Monday, May 21, 2012

Ikhlaskah kita..??

Pernah terfikir tak, jika kita melakukan sesuatu tu, kita ikhlas atau tidak??
Contohnya kalau kita solat fardhu. 
Tambahan lagi ada yang jenis rajin solat sunat. 
Darab lagi dengan solat Tahajud dikala dinihari. Hmm. 
Ikhlaskah kita..??

Kadang-kadang kita suka sangat bersedekah.
Nampak tabung-tabung masjid, minta derma pembinaan rumah anak yatim,
maahad tahfiz, kita akan cuba menghulurkan derma.
tapi...pernahkah kita terfikir...
Ikhlaskah kita..??


Semasa belajar atau kuliah,
apabila ada sahabat yang bertanyakan sesuatu, 
kita dengan mudah cuba membantunya,
berkongsi ilmu, berbincang
Tapi....Ikhlaskah kita..??

Kalau datang mood rajin kita nak memasak,
mulalah kita mengacau periuk,
untuk buat kek coklat,
katanya nak beri kepada rakan-rakan di universiti
Tapi...ikhlaskah pemberian kita..?


Ikhlaskah kita dalam melakukan semuanya??
Ataupun, kita ada kaki udang di celah gigi??
Adakah kita solat tahajud untuk menunjuk2??
adakah kita menderma kerana kasihan atau membanggakan dan menunjukkan kemampuan kita?
Adakah niat berkongsi ilmu kerana Allah...atau untuk mempamerkan kepada rakan2 betapa bijaknya dan banyaknya aku tahu..??
Adakah niat kita memberi kek coklat untuk berharap dibalas dengan kek keju secret recipe? 
Jika aku menceritakan tentang keikhlasan di blog ini...
Adakah aku ikhlas?? atau aku nak menunjukkan kepada semua orang yang kononnya aku ikhlas??

IKHLASKAH AKU...JIKA AKU MELAKUKAN SEMUA INI...???
ASTAGHFIRULLAH ALA'ZIM.....

2 comments:

Unknown said...

huhu sbb tu de dlm lirik lgu hijjaz "sifat mahmudah" kot tajuknye..'ikhlas itu, jiwa yg murni..rahsia Allah di dlm hati'..haaa gitu la..ternyanyi plak... hahaha..

Nor Hidayah said...

hehe....itula kan...thanks for sharing

Post a Comment