Thursday, November 22, 2012

Wahai Pemuda..!!!

Kita adalah seorang pemuda atau pemudi. Di kala usia kita sebagai pemuda ini terlalu banyak kelebihan yang kita ada.
Dalam fasa pemuda ini jugalah merupakan fasa terbaik setiap manusia. Fasa di mana kemuncak kekuatan mereka.
Dari fasa kanak-kanak / bayi (lemah) kita menjadi pemuda (kuat) dan seterusnya tua (lemah kembali).
Di akhirat nanti Allah akan bertanyakan kepada kita,

"Apakah yang telah kamu lakukan semasa usia mudamu?"


Jika kita ditanya oleh Allah di akhirat kelak, dengan soalan ini, apa yang ingin kita jawab kan? 
Adakah kita ingin menjawab kita telah mensia-siakan usia muda kita dengan kemaksiatan?
Adakah kita menjawab kita mencari kekayaan duniawi?
atau menjawab kita menikmati kelazatan dunia dengan hiburan dan keseronokan yang melampau?
Astaghfirullah al-azim. Moga kita dijauhkan dengan jawapan2 seperti itu. Astaghfirulla al-azim.

-------------------------------------------------

Kenapa agaknya tajuk ini dikemukakan pada kali ini?
MasyaAllah, dengan izin Allah dan rezeki-Nya kepada saya, saya telah berpeluang menghadiri daurah yang bertajuk "WAHAI PEMUDA"
Ingin saya kongsikan serba sedikit ilmu yang diperolehi.

Saya dan rakan-rakan merupakan golongan pemuda pemudi. Pada masa yang sama, kami merupakan pelajar dan ada yang telah bekerja.
Tetapi, cuba kita fikirkan, apa matlamat kita sebenarnya? 
Contohnya jika kita seorang pensyarah, apa matlamat kita sebenarnya?
Kenapa kita ingin menjadi seorang pensyarah? Untuk mendapat nama? untuk mendapat pujian dan sanjungan orang ramai? 
Atau untuk membanggakan diri dan bermegah-megah?
Cuba kita sama-sama betulkan niat kita.
Jika ingin menjadi pensyarah, niatkan kerana Allah.
Jadikan kerjaya itu sebagai 'ALAT' kepada kita untuk lebih mudah menegakkan 
AGAMA ALLAH.
MasyaAllah.. Jika kita adalah orang yang berpengaruh, bukankah lebih mudah orang mengikuti kita.
Maka jadikan ia untuk mengajak lebih ramai mendekati Allah.

Katakanlah jika kita masih pelajar.
Adakah kita tidak mampu untuk menegakkan agama ALLAH?
TIDAK..!!
Kita mampu. Cumanya kita mesti bersedia untuk melakukan sedikit pengorbanan.
Pengorbanan apa? 
TENAGA
MASA
HARTA

TENAGA - Salurkan sedikit tenaga kita untuk menyertai majlis2 ilmu, usrah, daurah, ceramah dan lain walaupun mungkin susah nak ke sana. Terpaksa tumpang orang, terpaksa naik bas. 
Tetapi yakinlah, semua ini sangatlah berbalot dan amat penting untuk makanan rohani kita.

MASA - Berikan sedikit masa kita untuk memenuhi makanan rohani. Kadang2 bila naqibah sms, beritahu ada majlis agama atau daurah seharian suntuk atau perlu bermalam di sana. Kita mula terasa berat nak pergi. Sebab kononnya terlalu banyak masa ingin di simpan untuk "research" atau "writing thesis". Kalau pergi daurah, rugilah masa kita. Percayalah pada ALLAH. Jika kamu menolong agama Allah, Allah akan menolongmu. Kuatkan dirimu untuk gagah juga ke majlis ilmu.

HARTA - Kita tahu kan, sekarang ni, GAZA dan SYRIA sedang sengsara dan amat memerlukan bantuan kita. Kadang-kadang kita fikir, "Aku ingin menderma, tapi aku sendiri pun sekarang ni tengah mengikat perut". Tapi ingatlah kawan2, cubalah beri walau sedikit pun. Rezeki itu dari Allah. Allah pasti tidak akan sia-siakan usaha kita walaupun sekecil zarah. Allah akan menggantikannya dengan berganda2 lagi, dari jalan2 yang kita tak sangka2. 

-------------------------------------------------

p/s: Aku benar-benar telah jatuh cinta dengan ukhuwah ini. Aku benar-benar sayangkan ikatan ini. Ikatan for the ummah. IKRAM. MasyaAllah, Allah memberi hadiah yang sangat berharga untukkan. Hadiah kenikmatan bersahabat dengan orang-orang yang solehah. Mudah2an aku akan terus istiqamah di atas JALAN ALLAH ini. Allahumma amin.




5 comments:

DRa Fusion said...

alhamdulillah...sangat terharu baca pesanan bawah tuh. Selagi kita tak masuk antara mereka, kita takkan rasakan indahnya ukhuwah mereka.Kalau kita cerita kat orang lain sekalipun, mereka takkan faham. mereka kena merasakannya sendiri. Angah tau tak? sahabat2 ateh yang lain semuanya sangat cemerlang sedangkan diorang terlalu sibuk dgn usrah, daurah dan program2 lain. Ateh sedih gila.. ateh xtaw apa yg ateh bz kan kat sini. Kalau dulu kat kptm bz dgn usrah, daurah semua tp ateh cemerlang..dpat dekan. belajar tak pernah stress. Allah byk tolong. MEMANG BETULLAH..JIKA KITA TOLONG AGAMA ALLAH, ALLAH AKAN TOLONG KITA. masa yg tersisa sekarang ni, ateh nak gunakan sebaik mungkin utk habiskan masa mencari redha Allah disamping belajar juga. Sem0ga ikhlas niat ni. huhuuu..ter luahkan perasaan plak kat sini, hahahahaaaa..:p

Nor Hidayah said...

Baguslah...memang slalu fikirkan ayat tu.
Jika kita menolong agama Allah, Allah akan menolong kita.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (Surah Muhammad, 47:7)"

DRa Fusion said...

itulah...sahabat baik ateh nisa, dia jd best student course dia kat uitm,puncak alam..dia bz dgn usrah daurah semua. tp hasilnya? sangat hebat..Allah permudahkan utk dia. Rindu nak jadi mcm tu. Belajar senang je. Dulu masa kat KPTM, Bangi. Ateh dgn nisa lebih kurang je. Pernah sekali result ateh lg tinggi dri dia. Cuma bezanya, dia rajin, ateh malas,hahaaaa..tp time tu ateh rajin ikut program. sedihnyaaa sebab xkuat mcm dulu :'(

Nor Hidayah said...

Mula rajin dari sekarang^^v

Bidadariku Nadirah said...

baiklah...!!! ^_^

Post a Comment