
Alhamdulillah. Setelah lama menyepi, akhirnya aku dapat juga mencuri masa untuk menaip sesuatu di ruangan blog aku ni. Uhhuuu.
Terasa begitu sibuk sehingga tidak berkesempatan langsung nak menaip blog.
Baiklah, nak cerita sikit kronologi kesibukan aku, semenjak beberapa bulan lepas.
Ogos 2013 : Bersedia untuk viva master --> Alhamdulillah, berjaya melepasinya dengan baik. Subhanallah.
September 2013 : Sibuk mempersiapkan diri untuk menghadiri temuduga PTD --> Alhamdulillah, berpuas hati semasa interview berjalan...walaupun tidak berjaya mendapatkan jawatan tersebut.
September 2013 (2) : Bertungkus-lumus menyiapkan...