Friday, January 4, 2013

Muezza

Assalamualaikum..
Okeh, hari ini nak cerita benda yang kurang ilmiah sikit.
Ingin menceritakan kehadiran ahli keluarga baru saya. Hehe. dengan kata lain, anak angkat baru ibu saya.
Okeh, sebelum ini, ibu dah ambil anak angkat 3 orang..eh2 silap..3 ekor anak kucing yang comel2 belaka. 
Tapi sekarang dah besar sikit. Nakal, sombong pulak tu tapi xdapat dinafikan, sangatlah bijak. Namanya Sachiko, Ronaldo dan Saranghae. Kalau Saranghae pula, ni penakot. Asal nak kena mandi je, mengiau macam apa ja. Siap dicakar2nya kita. Kalau Sachiko dan Ronaldo, relax je, kalau mandi.

Tapi, baru2 ni, ibu ambil seekor lagi anak angkat. Namanya Muezza. Ibu bagi nama Muezza, sempena nama kucing Nabi Muhammad saw. Muezza ni, warnanya putih. Comel, Baik je dan jinak. Dia dengar cakaplah. Kalau kita panggil, dia datang. Tak macam Sachiko, Ronaldo dan Saranghae. Tapi seronokla layan kucing-kucing ni. Nak2 kalau dia tunjuk kesombongan dia tu. Pastu mesti dia bangga, sebab kami selalu puji dia dah makin besar dan comel.  

Sachiko adalah kakak sulong, makanya setiap kali ada kucing baru yang datang, dia mesti tunjuk seniority dia tu. Dulu dia kejar Ronaldo dan Saranghae. Sekarang dia dah kenal, dah oklah sikit. Tapi kali ni, Muezza pula yang dikejarnya. Dahlah Muezza tu paling kecik. Tapi umur Muezza sebaya dengan Ronaldo, kalau tak silap. Tapi badan dia kurus dan kecik. Mungkin lepas ni kena bagi makan banyak2 sikit, biar cepat besar dan sihat. 

Nabi kita sangat sayangkan kucing. Makanya jom kita pun sayang kat kucing. 

Eh..eehh...yang putih tu macam lebih kurang Muezza, yang oren macam Ronaldo

**Okeh! Dulu takut dengan kucing. Tapi sejak ada adik angkat ni, dah berani dah. Sekian^^v

4 comments:

DRa Fusion said...

hahaaaa..kan, sejak ada adik2 angkat..seronok plakkkk... :)

Nor Hidayah said...

Dah besar dah diorang...mmg nampak cun la. Muka dia bangga gila bila orang puji dia makin comel dan cantik..

Anonymous said...

paham plak diaorg..waaa..alang x pernah jumpa adik2 angkat kita..huhu (alang)

Nor Hidayah said...

alang dah jumpa. kejap tadi baru je tgk ronaldo tido. haha.!

Post a Comment