Thursday, December 15, 2011

Jagalah HATI

Kita selalu ingin menjaga hati kita, supaya tidak tertarik kepada mana-mana lelaki/wanita ajnabi. Kita selalu mengelakkan diri dari mula bermain cinta dengan mana-mana ajnabi. Kerana kita takut akan terperangkap dalam arus cinta. Kita risau akan terjunam kedalam gaung gelora cinta manusia. Kita tidak memandang mana2 ajnabi. Kadang-kadang kita tak perasan pun kehadiran mereka, walaupun hakikatnya mereka berjalan berselisihan dengan kita. Kita sentiasa cuba mengelak...kerana khuatir akan terjunam kembali. Dan, mungkin juga kerana kita tidak ada rasa tertarik kepada mana2 ajnabi.
Tetapi, walaupun cuba kita elak, tanpa disedari, sedikit demi sedikit, kita terperangkap juga. Tak tahu masa bila datangnya perasaan itu. Semakin lama semakin kuat rasa sayang. Tak tahu macam mana kita boleh tertarik padanya. Kita senang melihatnya. Kita rasa selesa berkomunikasi dengannya. Tiba-tiba mula merasakan betapa banyak persamaan antara kita dan dia. Kita merasakan seolah-olah kita dapat membaca fikirannya. Seolah-olah kita memahami sikapnya. Merasakan seperti kita telah lama mengenalinya...walaupun hakikatnya kita baru sahaja mengenalinya.

Ya...kita merasa senang sekali. Rasa gembira. Tetapi, jauh disudut hati, ada rasa yang tidak enak mula timbul. Orang yang kita tertarik itu, bukanlah hak kita yang sah. Kita tak berhak memandangnya. Kita tak berhak melihatnya. Kita tak mempunyai apa-apa hak, disisi Islam.

Ya Allah, aku ingin menjaga hati dan perasaanku. 
Bantulah aku mengawal rasa didalam hatiku ini Ya Allah. 
Kadang2 aku ingin melawan perasaan ini.
Tetapi...sukarnya Ya Allah.
Ya Allah, aku tidak mahu terpesong, setelah engkau luruskan hatiku.
Ya Allah, kuatkanlah aku melawan rasa yang berat dihatiku ini.
Ya Allah, aku tak tahu apa yang membuatkan aku begitu tertarik padanya.
Kuatkanlah aku Ya Allah
Agar aku dapat menjaga hati ini sebaik-baiknya.
Sehingga waktu yang telah kau tentukan jodohku.

Tetapkanlah hatiku...
Hanya tetap pada-Mu.
Amin Ya Rabb


P/S: Moga aku tak diuji dengan asyik cinta DUNIAWI..Amin