
DOSA...??? Pernahkah anda melakukan dosa??? DOSA kecil?? DOSA BESAR??? Hmm...
Hakikatnya kita manusia biasa tidak akan dapat lari dari melakukan kesilapan. Tetapi kita boleh berusaha untuk menjauhkan diri kita dari dosa. Pernahkan kita menipu orang? Mencuri? Mengumpat? Hmm..Banyaknya dosa.
Bercakap mengenai dosa, teringat semasa zaman aku kecil-kecil dahulu. Hehehe. Aku ni memang budak perempuan yang agak nakal dan degil. Kalau lumba basikal, masuk kolam padang golf untuk cari bola golf, panjat pokok, memang dah biasa buatlah. Tambah pula, dulu abah ada tabung besar. Abah akan kumpul duit singgit (dulu ader yang syiling tu) dalam tabung...