Saturday, February 19, 2011

Lidah Lebih Tajam Dari Mata Pedang

"Alamak, dah lewat ni. Aku ni memang selalu macam ni. Patutnya masuk ofis pukul 8.00am, tetapi selalu sahaja sampai pukul 8.15am."
"Hari ni aku nak buat apa dulu ya? Apapun aku kene cepat capai target. Aiyark! Kepala aku yang pusing ni, bertambah pusing dibuatnya."
Inilah rutinnya di setiap pagi. Dalam perjalanan ke ofis, Zahra jarang dapat memikirkan perkara lain; melainkan apa kerja yang harus diselesaikannya pada hari itu.
-------------------------------------

Seperti biasa Zahra akan pulang ke biliknya dengan berjalan kaki sendirian. Bukan Zahra tidak mempunyai kawan, tetapi kawan-kawannya bukan dari kursus yang sama dengannya. Jadi kebiasaannya dia memang akan ke mana-mana secara bersendirian. Al Maklumlah, kalau dah berjalan sendirian tu, fikirannya tidak dapat lari dengan memikirkan pelbagai perkara.Kalau pagi, hanya memikirkan hal kerja, tetapi pulang kali ini fikiran Zahra melayang mengingatkan kisahnya semalam.

Tiba-tiba sahaja air matanya mengalir. Dia terkenangkan kata-kata seseorang padanya semalam. Sangat kasar kata-kata yang dikeluarkan, dan bahasanya sangat tajam sekali sehingga begitu menikam-nikam jantung hatinya. Benarlah kata pepatah; Lidah manusia itu adalah lebih tajam daripada mata pedang. Zahra mula tertanya-tanya sendirian.
"Apa salah aku padanya sebenarnya?
Adakah aku telah melakukan sesuatu yang melukakan hatinya? 
Mungkin ada sesuatu kesalahan yang telah aku lakukan, yang aku tak sedar.
Kalau aku benar-benar telah melakukan kesalahan padamu, aku minta maaf".
"Kalau pun aku melakukan kesalahan padamu, kenapa tidak bercakap secara baik? Kenapa mesti menggunakan bahasa yang kasar? Begitu sakit rasanya hati ini".


Zahra tidak dapat menahan sebak. Air mata yang semakin deras cuba ditahannya. Hasilnya dia hanya menangis dihatinya. Bekas-bekas air mata disapunya segera agar tiada siapa yang perasaan. Zahra merasakan lebih sakit kerana kata-kata kasar itu dikeluarkan oleh seseorang yang begitu dekat dengan hatinya. Orang yang dia selalu ingin jaga hatinya dan yang dia amat hormati. Kalau orang lain mungkin tidak seperti ini perasaannya. 

Sejak kisah semalam, Zahra sentiasa memuhasabah dirinya. Mencari kesilapan dirinya untuk diperbaiki. Dia menjadi seseorang yang sangat merendah diri. Hatta untuk memandang ke depan ketika berjalan pun dia tidak mampu.
Dalam hatinya, dia bermonolog sendirian.......
"Jika aku salah, aku minta maaf sangat-sangat. Aku pinta janganlah kamu mengeluarkan kata-kata seperti itu lagi padaku. Kamu mungkin tidak sedar betapa ia menikam jantungku. 

 Moral of the story ==> Berhati-hatilah dalam berkata-kata. Tidak seharusnya kita mengeluarkan kata-kata yang buruk terharap orang lain. Kalau pun ingin mengeluarkan pendapat atau pandangan, ucaplah dengan kata-kata yang baik dan berhikmah. Penyampaian seperti itu adalah akan lebih berkesan. InsyaAllah.

" Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, amatlah buruknya sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah orang-orang yang zalim " [Surah Al-Hujarat : 11]

2 comments:

Anonymous said...

huhuu bertambah sedey aq bc mende nih sbb jd kt aq hari nih

Nor Hidayah said...

yeke? sabor2...pasti ramai yg pernah merasainya. mungkin lebih terok lagi. jadikan ini sebagai pembakar semangat untuk terus teguh n matang menjalani liku2 hidup.
[hee...ayat mcm canggih, tp xmudah nk laksanakan]

Post a Comment