Perjalanan Menuju Ilahi
Hidup ini merupakan satu perjalanan. Allah telah menciptakan Adam dengan tanah dan pasangannya Hawa melalui tulang rusuk Adam. Bermula daripada mereka, mulalah berkembang biak kumpulan manusia seperti yang ada sekarang. Daripada 1 pasangan, lahirnya pelbagai kaum dan bangsa, sehinggalah kita dilahirkan oelh ibu bapa kita. Sebelum kita dilahirkan, ruh kita semua telah dikumpulkan di ALAM RUH. Semasa...
Ah..!! Apa ya yang mereka lihat sebenarnya??
Hana merenung wajahnya ke cermin. "Cantik sangat ke muka aku ni? Rasanya biasa-biasa sahaja". Hatinya berbisik sendirian. Hana sebenarnya merasa pelik sekali. Soalnya pagi tadi semasa dia ke pasar tani, dia telah singgah di sebuah gerai menjual keropok lekor. Penjual A : Ya, nak apa dik? Hana : Nak keropok ni seringgit. Penjual A itu segera memasukkan keropok lekor itu ke dalam plastik. Tetapi tiba-tiba Hana terkejut...
Aku Kena Kuat!
“Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Bacalah Agar Kamu Tidak Menyesal Nanti
...Maka Sayangku. Aku pinta padamu. Jika kamu hadir dalam hidupku nanti, janganlah kamu menghinaku kerana kekuranganku..janganlah kamu mengutukku kerana kebodohanku DAN janganlah kamu menyesal kerana memilikiku TETAPI bimbinglah aku. KERANA AKU ADALAH WANITA BIASA YANG SERBA KEKURANGAN yang mungkin tidak seperti yang kamu inginkan..
Kerana Aku Wanita
kerana aku wanita akhlakmu ukuran dimataku peliharalah akhlakmu dan imanmu jangan kau burukkan darjatmu pada mataku takut rosak thiqohmu kerana aku wanita maka peliharalah susunan kata-katamu kerana aku mudah terasa namun aku bukan lemah sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar kerana aku wanita peliharalah dirimu dari mencemuhku saat titisan jernih mengalir dari mataku kerana itu cara untukku meluahkan perasaanku supaya hatiku tenang kembali kerana aku wanita...
Wednesday, September 16, 2015
Tangan cekak dan butang balut
Hobi Menjahit
Mesin Jahit Biasa dan Jahit Tepi |
Sehari sebelum pulang ke kampung Johor untuk beraya, aku berjaya menyiapkan jubah di bawah. Ibu cadangkan buat baju ni sebab abah pakai jubah hijau untuk raya, jadi nak biar nampak sedondon. Makanya dalam dua hari berjaya menyiapkan baju di bawah. Tapi kurang kemas sebab kelam kabut ditambah dengan persediaan perayaan lain. Apepun, Alhamdulillah siap dan boleh dipakai :)
Oleh kerana ni hanya hobi dan tugasan part-time, selalunya baju dijahit pada hari cuti. Kalau aku keje shift petang, maka pagi tu banyak masa untuk menjahit juga. =)
Monday, January 19, 2015
Comin' Back..!!
Thursday, March 20, 2014
Temuduga PSains
(**Dalam hati aku pk, Datuk ni kasi hint ke, nak bagitau yang aku akan dapat jawatan ni? Sebab dia tak sebut pula kalau aku tak dapat, dia sebut kalau aku dapat je..uhhuu. Tapi takut pula nak rasa camtu. Takut kecewa.)
Awak ada lagi soalan?
Tuesday, March 18, 2014
Perancangan terbaik
p/s: Istikharah dan doa itu sangat penting dalam kehidupan kita. Terutamanya ketika membuat keputusan. InsyaAllah, dengan istikharah, kita tidak akan pernah menyesal dengan keputusan yang diambil. InsyaAllah^^v
~~Teringat masa zaman sekolah dulu. Cikgu selalu tanya, dah besar nak jadi apa? Masa sekolah rendah cakap nak jadi doktor atau cikgu. Tetapi bila dah sekolah menengah, pandai sikit, cakap nak jadi saintis. Tak sangka, rupa-rupanya memang aku akan bekerja sebagai saintis (Pegawai Sains). InsyaAllah.
~~Allah tu baikkk sangat kan? Allah akan berikan apa sahaja yang diminta hamba-hambanya selagi mana permintaan itu baik untuk dirinya. Jika tidak, Allah akan beri yang lebih baik dari yang diminta, jika tidak di dunia, InsyaAllah di akhirat nanti.
Wednesday, January 22, 2014
Kronologi Kesibukan^^v
Tuesday, October 8, 2013
Kemuliaanku Kerna ISLAM
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah (Al-Mu'minuun 23:12)Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;(Al-Mu'minuun 23:13)Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.(Al-Mu'minuun 23:14)
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu? [2:30]
Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati. (Al-Mu'minuun 23:15)Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.(Al-Mu'minuun 23:15)
AKU HANYA SEORANG HIDAYAH, KEMULIAANKU KERANA ISLAM...
Aku tidak punya apa-apa untuk dibanggakan
aku tidak punya harta kemewahan
aku tidak punya ilmu yang tinggi
aku tidak punya profesion yang membanggakan
TETAPI
aku ada Allah dan Rasulullah dihatiku (InsyaAllah)
dan aku bangga sebagai seorang muslim
dan aku akan terus berusaha untuk menambahkan kemuliaanku dengan pegangan ISLAM yang semakin kukuh setiap detik dan ketika
INSYAALLAH