Apakah tanda-tanda orang yang bahagia?
Kata orang, kebahagiaan di hati seseorang akan terpancar di wajahnya.
Bak kata UNIC
Bahagia adalah suatu ketenanga
Bila susah, kita tidak gelisah
Bila miskin, kita tetap bersyukur kepada Allah
Bila diuji dengan kesakitan kita tidak resah gelisah
Bahagia juga adalah kesyukuran
Bila kaya kita menjadi insan pemurah
Bila kita mempunyai kuasa, kita menjadi orang yang berpegang teguh pada amanah
Bila kita berjaya kita tidak lupa diri
dan bila sihat, kita tidak lupa pada Allah
Bak kata Ustaz Ismail Kamus
Orang yang bahagia itu...
kurang bercakap, melainkan perkara yang perlu sahaja
mereka juga sentiasa merendah diri dan berkasih sayang sesama makhluk
mereka bersahabat dengan orang soleh
mereka akan pastikan diri tidak terjebak ke perkara yang haram
Ia tidak rakus dengan dunia
sangat memelihara solat fardhu
Mereka sangat pemurah dan baik hati
seterusnya rajin beribadah dan selalu mengingati mati
Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
0 comments:
Post a Comment