Ciri Ciri Bidadari Syurga
Sifat-sifat bidadari syurga spt disebut dalam al-Quran adalah :
Pertama: eyelid“Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jelita matanya.” 48 : as-SaffatBidadari tidak menggerakkan kelopaknya dan tidak mengangkat kepalanya untuk lelaki bukan suaminya.”
Kedua: Umur yang sama diantara mereka.Firman Allah swt:“Dan pada sisi mereka (ada bidadari-bidadari) yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya.” 52 : surah SodMereka berumur 33 tahun seperti disebut dalam hadis riwayat imam Ahmad.
Ketiga: Baik akhlak dan cantik rupa.Firman Allah SWT:“Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.” 70: surah ar-rahman
Keempat: payu dara yang solid dan mantap.Firman Allah swt:“Dan ahli syurga mendapat gadis-gadis yang memiliki buah dada yang tegang dan sebaya umur mereka.” 33 an-Naba
Kelima: Sentiasa Anak dara.
Firman Allah swt:“Dan kami jadikan mereka (bidadari-bidadari) yang perawan.”
36 : Surah al-Waqiahwalaupun beberapa kali berjimak oleh suami-suami bidadari, mereka masih ada dara .”
Keenam: Servis baik kepada pasangannya.Firman Allah swt:“Bidadari-bidadari yang bagus layanan dan kasih sayangnya serta sebaya umur mereka.” 37 : Al-Waqiah
Ketujuh: Tubuh mereka suci dan bersihFirman Allah swt:“Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya .” 25 : al-BaqarahKesucian bidadari adalah suci(bebas) dari semua perkara yang ada pada wanita dunia seperti haid, nifas, kencing, berak, ludah, kahak, mazi, mani dan perkara yang seumpama dengannya yang dianggap kotor, jijik, najis.Nabi saw bersabda:“ Peluh-peluh ahli syurga adalah haruman kasturi.” sahih Bukhari dan Muslim
Kesimpulan:Hanya lelaki yg beramal soleh layak untuk mendapatkan bidadari syurgadan wanita yg beramal solehah layak untuk menjadi ketua bidadari kepada pasangannya.
Terbaca artikel ni, membuatkan aku terfikir......betapa istimewanya mereka. Jika ditakdirkan aku dan suamiku nanti ke syurga, siapakah yang akan lebih istimewa di mata suamiku? Aku atau mereka? *tetiba macam jelous!!*
Kerana jelous ni, aku pun mula mencari artikel lain yang dapat memberi jawapan. Dan...inilah hasilnya.
Dari Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha, ia berkata, “Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?”
Beliau shallallahu’‘alaihi wa sallam menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak.”
Saya bertanya, “Mengapa wanita dunia lebih utama daripada mereka?”
Beliau menjawab, “Karena solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutra, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.’.” (HR. Ath Thabrani)
Bila di katakan bahawa para bidadari di syurga nanti kesemuanya jelita, terlalu rupawan serta serba serbinya paling menarik, maka bagaimana pula dengan kedudukan kaum perempuan 'Ahli Dunia' akan muncul yang akan mengisi mahligai syurga kelak? Di dalam syurga kelak kaum perempuan 'Ahli Dunia' akan muncul jauh lebih rupawan dan menarik dari para bidadari itu sendiri. Wajah mereka lebih cantik dan jelita, kulit tubuh mereka lebih halus dan licin, demikian juga dengan perhiasan dan pakaian mereka jauh lebih menarik dan berharga dari perhiasan para bidadari di syurga. Pada waktu yang sama kaum perempuan dari dunia yang menjadi pengisi taman syurga nanti dijadikan sebagai ketua bidadari bagi suami masing-masing. lnilah ganjaran yang paling bernilai untuk mereka di mana nanti mereka akan di beri tempat yang istimewa sesuai dengan kebajikan dan amal ibadat yang telah mereka kerjakan di dunia.
Kaum perempuan di beri kemuliaan dan tempat yang lebih tinggi dari para bidadari biasa di syurga lantaran mereka telah melalui berbagai-bagai ujian yang pahit dan manis serta telah pun bertungkus lumus beribadat kepada Allah ketika hidupnya dulu. Di syurga nanti seorang perempuan yang telah bersuami akan terus kembali berpasangan dengan suami asalnya ketika di dunia dulu dan di sana nanti dialah yang bakal menjadi ketua para bidadari di mahligai suaminya. Manakala bagi seorang yang telah berkahwin dengan lebih dari seorang lelaki ketika di dunia, maka di syurga nanti yang kelebihannya mereka akan di beri kebebasan untuk memilih salah satu dari lelaki yang pernah mereka kahwini dulu.
Perempuan-perempuan ini nanti akan tujuh puluh kali ganda lebih baik mutunya dari kemuliaannya daripada bidadari biasa di taman syurga.
Sumber: Nukilanbayangan
Oppss...siapa pula suamiku agaknya?Hee
0 comments:
Post a Comment