Thursday, September 5, 2013

Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik

Alhamdulillah...
Akhirnya berlalu juga detik-detik yang mendebarkan. Sebulan aku membaca dan menganalisa perkara2 tentang pengetahuan am dan isu-isu semasa serta tips-tips temuduga kerajaan.

Salah satu cara adalah melalui pencarian di internet. Aku cuba membaca pengalaman-pengalaman orang yang pernah menghadiri interview PTD ini. Apa soalan2 yang biasa ditanya, dan etika-etika semasa temuduga.

Maka, disebabkan itu, aku merasakan tentu ada orang lain yang akan menghadiri temuduga PTD nanti juga memerlukan informasi tentang pengalaman ini. Jadi, aku ingin berkongsi serba sedikit tentang soalan yang ditanya tadi.


-------------------------------------------------

Aku keluar dari rumah pukul 8.10 am, dan interview bermula pukul 9.00 am. 
Pada malam sebelum, aku telah menyemak kesemua dokumen yang perlu dibawa dan diletakkan terus dalam satu beg. Jadi, bila ayah aku tanya, "sijil2 semua dah bawa?" dengan CONFIDENT aku menjawab "Dah".

Aku sampai di tempat temuduga pada pukul 8.30 am. Apabila duduk di kerusi yang disediakan, aku terus mengeluarkan semua dokumen fotostat dan yang asal. Tiba-tiba, aku mula GELABAH!. Rupa-rupanya skrol degree aku yang asal tertinggal di rumah. Aku terlupa nak masukkan dalam beg malam tadi kerana skrol tersebut diletakkan di fail lain.

Aku tengok jam dah menunjukkan 8.35 am. Alamak! aku tidak boleh mendaftar kehadiran, selagi tidak membawa salinan asal tersebut! Aku terus keluar dari tempat temuduga dan menelefon ayahku.

Bertambah mendebarkan, apabila berulang2 kali ditelefon, ayahku tetap tidak mengangkat telefon. Aku terus telefon ke rumah. Ibu menjawab. Aku terus meminta ibu menyuruh salah seorang adikku mendapatkan skrol aku tadi dan apabila abah sampai dirumah, terus pergi semula ke Menara Ansar untuk menghantarnya kepadaku. Sementara itu, aku masih cuba menghubungi ayahku. (Abislah kalau abah marah...tadi dia dah tanya dah....adoooiiiii)

Jam menunjukkan 8.50 am. Adikku masih belum kunjung tiba. Hati punyalah gelabah. Tapi tetap bual2 COOL. Seterusnya 8.58 am, akhirnya adikku tiba. Aku ada 2 minit lagi. Cepat-cepat aku masuk ke tempat temuduga dan membuat pendaftaran. Alhamdulillah...Sempat. Huhuhu. Pegawai tersebut memeriksa dan mengesahkan semua dokumen dan memberikan nombor giliran kepadaku. Aku merupakan orang ke 7 untuk bilik No 1.

Sementara menunggu, aku membaca nota-nota yang dibawa. Sambil tu, mula berkenalan dengan orang2 disebelahku yang juga hadir untuk interview PTD. Cuma bezanya panel kami berbeza. Beberapa orang yang sudah melepasi temuduga ini mengatakan panel tidak bertanyakan tentang general knowledge. Sedangkan kawan aku sendiri juga tidak ditanya. Jadi, aku sedikit lega, walaupun begitu aku tetap membaca tentang general knowledge dan isu2 semasa. Dikhuatiri aku akan ditanya.

"1007"...Nomborku dipanggil.
Aku mengetuk pintu, dan masuk sambil memberi salam.
Pada mulanya panel meminta dokumen2 yang dibawa dan menyuruhku duduk.
Aku duduk, sambil buat muka penuh CONFIDENT. Padahal dalam hati....Fikiran aku pun aku kosongkan, dengan harapan bila soalan ditanya saja, ada ilham yang akan masuk ke kotak fikiran.

Ok, panel mula bersuara. 
1- Please introduce yourself in English.
2- Awak dah belajar pasal DNA, awak tak rasa rugi ke masuk PTD? (uhuhu....soalan yang sama ditanya oleh sahabatku. Tapi aku.....memang terasa nak pi management or admin. Ubah angin)
3- Apa pendapat awak tentang pembekalan ubat generik yang ingin diberikan kepada pesakit? sedangkan pesakit inginkan ubat yang branded. (Saya berpendapat......bla...bla...bla....)
4- Ada cadangan untuk penubuhan kementerian untuk lelaki. Apa pendapat awak? Atau awak rasa kementerian wanita yang sedia ada ni dah cukup untuk membangunkan lelaki? (Sejujurnya, saya kurang bersetuju tentang penubuhan kementerian untuk lelaki kerana.......bla...bla...bla.....[sambil muka berkerut sebab ragu-ragu nak jawab...tapi kena JUJUR...so aku teruskan jela. Skali panel tu pun cakap pendapat yang sama..Legaaa..keke)

Pastu aku dah tak ingat susunan soalan yang ditanya, tapi ni la soalan2nya tidak mengikut turutan. Semua dalam BM kecuali untuk introduce diri je dalam BI. 

4- Pada pendapat awak, kenapa orang bantah pejanjian TPPA? (Saya berpendapat penjanjian ini mendapat banyak bantahan atas beberapa faktor seperti.......bla...bla...bla... dan contohnya negaran Australia yang pernah disaman.....bla....bla...bla...............  Dalam hati, "eh betul ke contoh aku bagi ni? ke dah tertukar2 dengan negara lain..adoiii..Buat2 confident jela)

5- Apa tema kemerdekaan pada tahun ini? dan kenapa tema ini dipilih? Awak ingat tak, peristiwa apa yang berlaku menyebabkan tema ini dipilih?

6- Tema ini dipilih kerana peristiwa lahad datu. Sebagai pegawai PTD, jika awak dihantar ke lahad datu untuk membuat program kepada orang-orang suluk di sana supaya mereka cintakan Malaysia, program apa yang awak nak buat??

7- Apa 3 rukun negara yg boleh dikaitkan dengan program di lahad datu ni. Huraikan.

8- Apa kumpulan kongsi gelap yang terjahat skali? (Aku pun mulalah menembak..Geng 08..skali salah..dia kata Geng 04...adeeiii). Pastu tanya, kenapa kumpulan2 ni boleh mempunyai ramai pengikut. Seluruh negara ada dalam 40 ribu pengikut. Awak rasa kenapa?

9- Awak pernah kerja sebelum ni? (Tak pernah, tetapi saya pernah menjalani pelbagai program seperti.........bla...bla...bla)

10- Awak sedang buat master, bila akan habis? (Saya sudah melepasi pembentangan tesis dan akan tamat pada tarikh ............ seperti dalam surat).

11- Kalau saya ambil awak jadi PTD, apa yang awak boleh beri kepada kami? (Time ni, aku mulalah MASUK BAKUL, ANGKAT SENDIRI....aiseh...xpela, dua orang je dengar, panel2 tu pun tak kenal aku..ehee)

Panel kedua pula bertanya...

11- Awak pernah dengar Klinik 1 Malaysia? Apa beza klinik 1 Malaysia dan klinik kesihatan? (Aku pun mula meng'elaborate' dan goreng2 sambil tambah perencah2 sikit. yang beza tu, ada 1 yang aku tak tahu, tapi dia nak jawapan tu. Then, dia pula yang tolong terangkan kat aku..aisehh)

12- Sukan apa yang awak minati? Kalau kat johor ni, awak tengok sukan apa yang paling popular? (Aku pun dengan excited jawab bola sepak...JDT). Berapa yang TMJ dah keluarkan untuk bola sepak JDT ni? (Aku jawab ratus ribu. Skali rupanya juta2..adooiii). Awak rasa berbaloi tak pengeluaran duit ni? (Aku pun mula beri jawapan yang tengah2...Ini bergantung kepada pulangan yang akan diperolehi. Sebagai contoh berdasarkan permainan..........bla....bla.....bla....)

13- Awak rasa, kenapa orang2 kita lebih berminat dengan bola sepak luar negara seperti Arsenal, Manchester city dan Chelsea berbanding team Malaysia. (Saya berpendapat bola sepak luar lebih diminati adalah kerana skill permainan yang ditunjukkan. Jika kita melihat............bla....bla....bla.......dalam hati.....nasib baik akhir2 ni aku rajin tengok bola, senang sikit nak goreng2...sejak JDT menunjukkan kehebatannya. Mestilah bangga dengan Johor kann)


14- Akhir sekali, awak ada apa-apa pertanyaan? (Saya tiada apa-apa pertanyaan, tapi saya.........bla...bla...bla...) 


Akhirnya aku pun keluar dari bilik temuduga tersebut. Berapa lama ada dalam tu, aku tak pasti. 

Lepas keluar dari bilik tu, rasa lega sangat. Aku terus share tentang soalan2 tadi dengan kawan2 (yang baru kenal tadi) yang sedang menunggu giliran. Banyak juga soalan yang aku tak dapat jawab, bukanlah perfect semua. Tapi aku tetap merasa puas hati dan bersyukur kerana aku merasakan aku telah cuba yang terbaik dan dalam bilik tu, aku dah tunjukkan kemampuan aku. Sama ada keputusan yang akan diperolehi nanti lulus, simpanan atau gagal, itu terpulang kepada rezeki Allah. 

Kepada sesiapa yang bakal menghadapi temuduga PTD M41 ni nanti, SEMOGA BERJAYA diucapkan.