Monday, March 25, 2013

SEJARAH yang memikat

Quran Hadith terpasak di kalbumu
Syair puisi pelembut rasamu
Tinta senjata lakaran mindamu
Darah juga airmatamu
Dakwat yang mewarna
Lembaran agung insan terulung 

Adakah sejarah merupakan suatu kisah yang menarik? Adakah anda meminati sejarah? Aku masih teringat, semasa belajar sejarah di sekolah menengah dahulu. Aku merasakan sejarah sangat membosankan dan aku pernah tertanya2..... 
"Kenapa aku perlu belajar sejarah? 
Apa yang aku dapat? 
Paleolitik? Mesolitik? Neolitik? 
Benda ni kan dah lepas, tapi kenapa nak sibuk2 peningkan kepala hafal?"
Tapi memang itulah hakikatnya. Aku sangat bosan belajar sejarah zaman purbakala yang aku sendiri tidak tahu kesahihannya.

Tetapi berbeza dengan kisah sejarah yang aku yakin kewujudannya.
Sejarah Zulqarnain dengan tembok besinya.
Sejarah Yakjuj Makjuj dan kisah kekejamannya.
Sejarah kegemilangan Islam di zaman Nabi Muhammad saw.
Kegemilangan Islam semasa zaman Khulafa ar-Rasyidin.
Zaman Bani Umayyah, Abbasiyyah, Utmaniyyah.
Kehebatan dan kebijaksanaan Sultan Muhammad al-Fateh menawan konstantinople.
Salahuddin al-Ayyubi yang membebaskan Palestine.
Zaman Emas dan perkembangan pelbagai cabang ilmu semasa Abassiyyah.
AKU BENAR2 TERPIKAT DAN TERTARIK DENGAN KISAH2 INI


Aku ingin mengetahui siapakah Zulqarnain yang namanya disebut dalam al-quran sebagai seorang yang berjalan ke timur dan barat. Seseorang yang membina tembok besi penghalang Yakjuj Makjuj. Adakah Alexander the Great atau Cyrus the Great? Berbagai perbahasan tentang siapakah zulqarnain (pemilik dua tanduk) ini. Tetapi persamaan yang didapati adalah zulqarnain merupakan seorang hamba Allah yang beriman. Ini membuatkan aku mengkaguminya. Aku benar2 ingin mengikuti kisahnya. Makanya setelah habis membaca buku Yakjuj & Makjuj Bencana di sebalik gunung, aku beralih kepada buku Iskandar adalah Zulqarnain (Penulis yang sama untuk kedua2 buku).

Kenapa aku memilih untuk membaca buku2 seperti ini? Kisah seperti ini benar2 memberi motivasi kepada aku. Kalau aku membaca buku motivasi, sangat jarang untuk memberi kesan yang mendalam kepadaku.  Kadang2 aku cepat bosan, jika membaca buku motivasi, sehingga aku hanya membaca separuh jalan sahaja.  Kalau novel biasa pula, memang aku tak berminat nak baca. Bukannya apa, aku ni jenis yang suka nak cari apa yang aku akan dapat dipenghujung cerita yang aku baca atau tonton. Setiap buku yang dibaca atau drama / movie yang aku tengok, mesti aku nak ada motif atau hasil dipenghujungnya. Kadang2 kalau orang cerita sesuatu pun kat aku, aku akan tunggu2 objektif atau motif cerita tersebut disampaikan, barulah aku dapat bagi respon. Kalau aku tak jumpa motif atau objektif, aku jadi macam blur dan tak faham apa sebenarnya cerita yang nak disampaikan. **Agaknya sebab tu orang selalu cakap aku ni blur. Adoilaa** "Contohnya, ateh selalu cerita kat aku, tapi aku macam tak faham.  dan akhirnya ateh stress. Haha. Tu sebab aku tak jumpa target". Apa aku mengarut ni. Aiseh.

Tetapi berbeza dengan kisah sejarah yang ada perkaitannya dengan Islam, atau yang dicatatkan dalam al-quran. Aku juga berminat untuk mengetahui kisah yang tercatat dalam kitab-kitab nabi yang terdahulu. Kisah2 ini pada pandanganku begitu menakjubkan. Kesahihannya boleh dipercayai. Aku merasakan ada hasil yang diperoleh dari pembacaannya. Dan rasa termotivasi apabila membaca kisah2 mereka yang berjaya ini malah merupakan hamba Allah yang soleh.

Aku rasa bersemangat kerana dapat mengaitkan kisah sejarah yang sudah terlalu lama terjadi dengan apa yang tercatat dalam al-quran. Dalam buku Yakjuj Makjuj Bencana di Sebalik Gunung itu sendiri banyak kisah yang diceritakan dan perkaitan yang sama boleh dicapai di dalam al-quran dan hadis. Dan aku juga rasa tertarik untuk mengetahui asal usul bangsa yang banyak namanya disebut di dalam al-quran, iaitu kaum Bani Israel. Kaum yang telah banyak kali melakukan perkara2 yang dimurkai Allah. Dan bagaimana mereka dihancurkan sehingga hilangnya 10 suku daripada 12 suku dikalangan mereka.

Sekarang ini aku merupakan peminat kepada karya2 Muhammad Alexander (Wisnu Sasongko)..^^v
Jom baca : 
Yakjuj Makjuj Bencana di Sebalik Gunung
Benarkah Iskandar bukan Zulqarnain
Iskandar adalah Zulqarnain
5 Gelombang Pembawa Bencana Yakjuj Makjuj 2

Okeh, ini fasa pertama untuk dihabiskan. Fasa seterusnya adalah sejarah kegemilangan Islam dan tokoh-tokohnya..^^v (Rasa macam tak cukup pula baucer buku tu. Buku2 ni tebal dan harganya boleh tahan juga..hee)

Tuesday, March 5, 2013

Terungkainya Misteri

12/02/2013
Syakila  : Dayah, bufday dayah bulan ni kan? Berapa hb?
Hidayah : Aah. Bulan ni. 28 Feb. Aik macam mana tau bufday bulan ni? Hehe
- - - - - -  Sms terhenti..Syakila tak reply pertanyaan - - - - - - 
**dlm fikiran => Mungkin Syakila busy. Tak apalah. Lagipun tak terlalu penting untuk dijawab.

18/02/2013
Hidayah : Syakila, ada kat bioinfo? 
(kalau ada, konon nak pi jumpa, bual2..lama dah tak jumpa..rindu pula)
- - - - - -  Sms terhenti..Syakila tak reply pertanyaan - - - - - - 
**dlm fikiran => Mungkin Syakila tak ada kredit nak reply.

19/02/2013
Hidayah : Salam. Jomlah datang MSI. Ada ceramah Maulidulrasul. Ajak Ruby sekali ^^v
- - - - - -  Sms terhenti..Syakila tak respon ajakanku - - - - - - 
**dlm fikiran => Mungkin Syakila tak ada kredit nak reply.

21/02/2013
Hidayah : Salam. Ada kat bioinfo skang? (kalau ada, ingat nak jumpa..berkongsi cerita..hehe)
- - - - - -  Sms terhenti..Syakila tak reply pertanyaan - - - - - - 
**dlm fikiran => Mungkin Syakila tak ada kredit nak reply. Lama juga Syakila tak topup2. Mungkin dia nak berjimat.

Petang, pada hari yang sama : Semasa sedang menjaga makmal, Syakila datang dan sempat berbual sekejap. Tiba2 Kak Su panggil untuk mengajar pelajar apa yang perlu dilakukan. Sebab Dr. dah keluar. Aku terpaksa menghentikan perbualan. Terasa bersalah kat Syakila. Maka aku pun menghantar sms selepas itu..

Hidayah : Salam. Syakila, sory tadi tak sempat nak berbual. InsyaAllah nanti kita jumpa ya.
- - - - - -  Sms terhenti..Syakila tak reply - - - - - - 
**dlm fikiran => Syakila marah aku ke? Atau terasa hati? Takla. Mungkin Syakila tak ada kredit nak reply.

28/02/2013
**dlm fikiran => Hari tu Syakila tanya pasal bufday. Tapi kenapa dia tak ada bagi ucapan pula. Pelik.

04/03/2013
Salam. Syakila, terima kasih bnyk2. ^^v
(tiba2 ada hadiah diletakkan di atas mejaku)
- - - - - -  Sms terhenti..Syakila tak respon sms ku - - - - - - 
**dlm fikiran => Mungkin Syakila tak ada kredit lagi nak reply. Lagipun sms ni tak reply pun tak apa.

Sampai malam pun, Syakila masih tak reply. Tiba2 rasa nak call, bertanya kabar. Tapi, tetiba risau akan mengganggu dia. Yela, dia kan penat bekerja siang hari. Takut2 malam dia nak rest. Hmm. Tak jadi nak call.

05/03/2013
**Kring...kringggg
Syakila call...
Syakila : Hidayah, dapat msg saya tak?
Hidayah : Msg? Hantar bila? harini rasanya tak ada langsung.
- - - - - - perbincangan diteruskan untuk mencari punca sms tidak diterima - - - - - - 

dan.....AKHIRNYA, berjaya dirungkai misteri, setelah sekian lama. Nama syakila termasuk dalam "Block Address". Maka, semua sms dari Syakila akan masuk ke "Spambox". Setelah di cek Spambox, ada 14 sms yang tak dibaca, bermula 12/02/2013. Macam mana boleh masuk Spambox? Aku tak pernahla pula filter nombor sesiapa.

Al-maklumlah, aku ni tak rajin nak explore kecanggihan HP...Walaupun HP tak canggih. Sebab tu la tak ada rasa nak pakai "Telefon Pintar". Uhuhuhu. 

P/S : Rasa kelakar pula dengan kejadian ni. Setiap kali Syakila tak reply sms ku, aku fikir dia tak ada kredit. Tapi, dalam masa yang sama pelik juga, sebab bila dia datang lab tak ada pula dia beritahu. Gayanya macam dia tak ada dapat sms dariku langsung.

Syakila pula berfikiran..Adakah aku marah atau terasa hati dengannya? Sebab aku tak pernah balas sms dia.  Maka akhirnya dia call dan bertanyakan perkara tersebut. Takut2 dia ada melakukan sesuatu yang tidak menyenangkanku. Hehe

***Aku mencintaimu kerana Allah. Ukhuwah Fillah. Semoga persahabatan ini akan membawakan pertemuan semula di Jannatul Firdaus nanti. Amin. Aku bertemu seorang lagi sahabat, selepas Nadiah^^v. Lama tak call Nad. InsyaAllah2. Akan diusahakan.