Sunday, January 27, 2013

Ciri-ciri Munafik

Terdapat tiga ciri-ciri orang munafik. Kita mesti berusaha sedaya upaya untuk menjauhkan diri dari sifat-sifat ini.


1- Apabila dia berkata-kata, dia BERBOHONG
     
      Berbohong ini, penyakit yang sangat berbahaya. Seboleh-bolehnya kita bercakaplah benar walaupun pahit. Mungkin dengan bercakap benar, kita akan dimarahi. Atau mungkin membuatkan orang tidak berasa senang dengan kita. Tetapi sekurang-kurangnya kita tidak melakukan dosa. Kita tidak dimurkai Allah. 
Terlalu banyak contoh penipuan yang sering berlaku di sekeliling kita. Sebagai contoh, seorang pelajar. Kita disaman kerana meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan. Tetapi, kita sewenang-wenangnya membuang saman tersebut dan tidak membayarnya, kerana pihak UTM memang tidak dapat 'trace' nama kita pun. Jadi tiada masalah untuk 'graduate' nanti. Ya! memang betul pak guard tidak boleh berbuat apa-apa pada kita, tetapi pernahkah kita terfikir mungkin Allah akan menarik rezeki kita nanti? Rezeki kita mungkin tidak berkat. Mungkin kita tidak mampu menjalankan research dengan baik. Kita selalu menghadapi masalah dalam kajian kita. Kita nak sangat dapat 'publish' jurnal dengan 'high impact factor', tetapi tak dapat2. Pernahkah kita terfikir, masalah-masalah yang dihadapi mungkin kerana ada rezeki kita yang tak berkat? Huhuhu. 
**Ingin berkongsi tentang seorang sahabat yang aku sangat 'respect' kerana dia tersangatlah jujur. Iaitu Syakila. Aku senang sekali mengenali dirinya. Aku siap pernah bercakap dihatiku, beruntung siapa dapat Syakila buat isteri. Hehe (abislah kalau Syakila baca entri ni).



2- Apabila dia BERJANJI, dia memungkiri janjinya.
      
      Kalau berjanji ni, memanglah sangat penting untuk ditepati. Kadang-kadang kita tak cakap pun "Aku JANJI petang ni aku bagi buku tu kat kau". Pada pendapat aku, tak semestinya bila kita betul-betul sebut "AKU JANJI" barulah dikira berjanji. Kalau kita cakap sesuatu, sebenarnya kita seperti telah berjanji, sebab kita telah memberi harapan pada orang. Sebagai contoh kita cakap macam ni, "Petang ni jum kita makan kat luar. Dah lama tak makan kat luar. Aku belanja". Tapi, tiba-tiba bila petang je, kita cakap kat kawan tadi, "Aku tak jadilah nak kuar makan. Aku rasa malasla. Mengantuk pun ada". Tak ke kita rasa kita kita seolah-olah telah memungkiri janji. Kadang-kadang kita rasa benda tu biasa je. Takdalah masalah besar sangat, tapi, cuba kita letakkan diri kita kat tempat orang tu. Bila sama-sama dah setuju nak pergi makan tu, mungkin dia dah 'excited' nak pergi dan dah bersiap-siap pun. Mungkin juga masa tu dia rasa sakit perut ke, tak pun mengantuk ke...tetapi sebab fikirkan yang dia dah berjanji dengan kita, dia tahan sahaja diri dia dari sakit dan mengantuk tu. Tiba-tiba, last minute, kita sms dia cakap tak jadi. Apa perasaan dia agaknya? Kalau sekali sahaja, tidak mengapa. Mungkin tak disengajakan dan atas alasan tertentu. Tetapi kalau dah berkali-kali, seolah-olah memberitahu itulah TABIAT kita. BERJANJI, MEMBERI HARAPAN dan kemudiannya MEMUNGKIRINYA

      Tentang berjanji ini juga, aku suka kaitkan dengan MENEPATI MASA. Masa tu, tersangatlah berharga. Kalau kita dah berjanji nak jumpa atau buat sesuatu pada pukul 7.00 pm, tolonglah tepat pada 7.00 pm juga. Kalau kita terlewat atas sebab tertentu, tolonglah beritahu kepada kawan kita supaya dia tahu yang kita mungkin terlewat. Takdalah dia tertunggu-tunggu tanpa kepastian. Kadang-kadang memang sedih juga bila terpaksa berhadapan dengan masalah tidak menepati masa ni. Huhuhu. Seperti yang telah disebutkan di atas, bukan bermakna bila kita sebut "AKU JANJI" sahaja baru dikira berjanji. Kita tak sebut secara terus pun, seolah-olah kita telah berjanji. Mari kita cuba menepati apa sahaja yang kita utarakan, walaupun pahit...selagi mana ia tidak bertentangan dengan hukum Allah. Maka, amatlah penting untuk kita berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata agar kita tidak termasuk golongan yang mempunyai ciri-ciri munafik seperti MEMUNGKIRI JANJI.
      
**Seseorang yang aku sangat 'respect' kerana sikap yang berpegang kepada janji dan sangat menepati masa walaupun seminit adalah Kak Faezah. Setakat aku mengenalinya, inilah yang aku lihat pada dirinya. Aku pernah bermusafir beberapa hari dengannya. Aku pernah tinggal beberapa hari bersamanya. Aku pernah mengalami masalah semasa bermusafir dengannya. Segala waktu yang dilalui itu membuatkan aku mengenalinya sebagai seorang yang sangat menjaga amanah, janji, kata-katanya dan sangat mementingkan keberkatan dalam rezeki yang diperolehinya. Tak mustahillah dia menjadi orang yang hebat.



3- Apabila dia diberi AMANAH, dia pecah amanah.

Amanah!.. Sebagai seorang pelajar, aku ingin kaitkan amanah dari sudut seorang pelajar. Aku selalu memikirkan tentang biasiswa dan elaun yang aku perolehi untuk pembiayaan pelajaranku. Sebagai contoh, kita ditaja untuk PhD kita. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)  membayar semua yuran pengajian kita dan memberi elaun sara hidup kepada kita. Secara amnya, kalau biasiswa diberikan, bermakna pihak KPT inginkan kita menjalankan penyelidikan kita sebaik mungkin dan menyumbangkan hasil kepada negara atau masyarakat. Atau sekurang-kurangnya kita berjaya merangkul ijazah kedoktoran itu dengan cemerlang. Elaun yang diberikan seolah-olah adalah gaji kita kerana menjalankan penyelidikan. Maka amatlah penting untuk kita sentiasa hadir ke makmal untuk menjalankan penyelidikan, sama seperti orang lain yang bekerja di luar sana. Mereka diberikan gaji untuk bekerja, maka kita dibayar elaun bulanan untuk menjalankan penyelidikan. Konsepnya sama. Jadi, sepatutnya kita rasa berdosa jika kita mensia-siakan amanah yang diberikan ini. Kadang-kadang kita pandang enteng benda-benda macam ni. Tapi, berbalik kepada persoalan berkat tadi. Jangan kerana kita meringan-ringankan perkara ini, membuatkan elaun yang kita perolehi tadi tidak diberkati Allah. 

**Hmm..pasal amanah, nak kaitkan dengan siapa ya. Syakila dan Kak Faezah memang dua orang yang sangat menjaga amanahnya. Tetapi nak cari orang lain pula. Heee. Siapakah? Mungkin orang itu adalah kamu. Ya, kamu yang membaca entri ini. Mari buktikan kepada diri kita sendiri bahawa kita TIADA LANGSUNG ciri-ciri orang munafik. Kalau ada, mari kita cuba untuk membuangnya. Ingatlah, sekali kita mengkhianati kepercayaan orang kepada kita, amat sukar untuk kita mendapatkannya kembali.

MasyaAllah..Beruntungnya kita jika dapat menjadi seperti ini.  Mengalir air matanya apabila membaca atau dibacakan ayat-ayat Allah.

Wednesday, January 16, 2013

Neraka

Saya ingin berkongsi info yang didapati dari facebook ini. Memandangkan saya tidak aktif fb lagi, tetapi saya tetap ingin berkongsi, maka saya masukkan di dalam blog ini.
Cuba menghayati petikan di bawah. Marilah kita sama-sama bertaubat. Kita mesti bertaubat setiap hari dan setiap detik. Kita tak tahu bila ajal kita. Lihatlah, betapa NERAKA itu adalah seburuk-buruk tempat penginapan.


BETAPA LUASNYA NERAKA ITU
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibril datang kepada Nabi SAW pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi SAW: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahwa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'Lalu Nabi SAW bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam itu.'Jawabnya: 'Ya... Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum niscaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya karena panasnya.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi, niscaya akan mati penduduk bumi karena panas dan basinya.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, niscaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, niscaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur karena sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'
Nabi SAW bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (artinya: yaitu yang lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah SAW: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'Jawab Jibril:
'Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa AS. serta keluarga Fir'aun namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang Musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang Shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,Pintu kelima orang Yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang Nasara bernama Sa'eir.'
Kemudian Jibril diam sejenak... Segan pada Rasulullah SAW, sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.'Maka Nabi SAW jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala Nabi SAW di pangkuannya sehingga sadar kembali dan sesudah sadar Nabi SAW bersabda: 'Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'Jawabnya: 'Ya, yaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu.'Kemudian Nabi SAW menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi SAW masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar, kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah (dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yang Lalai').
Dari Hadits Qudsi:
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari-Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan, hal ini dapat menimbulkan keinsyafan kepada kita semua... Wallahu a'lam.
Al-Qur'an Surat Al-Baqarah Ayat 159 :
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
=====
Follow twitter: @kutipanhikmah
Bagikan tausiyah ini kepada teman-temanmu dengan meng-klik 'bagikan'/'share' dan undang teman-temanmu gabung dengan klik ‘Suggest To Friends’.

Semoga kita tergolong dalam golongan kanan. Iaitu orang-orang yang beruntung di hari PEMBALASAN nanti. Yang mendapat kenikmatan syurga. Amin3 Ya Rabb.

Monday, January 7, 2013

TERBELAH..!!


TERJEMAHAN..
Surah 82, Surah al-Infitar (Terbelah) : 19 ayat.

Bismillahi al-Rahman al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani).
82-1: Apabila langit terbelah.
82-2: Dan apabila bintang-bintang jatuh bertaburan.
82-3: Dan apabila lautan membuak-buak.
82-4: Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan.
82-5: (Maka) setiap jiwa akan mengetahui apa yang dikerjakan dan yang dilalaikan(nya)

82-6: Wahai manusia! Apakah yang memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pengasih.
82-7: Yang telah menciptakan kamu, lalu menyempurnakan kejadian kamu, lalu Dia (Allah) menjadikan (susunan tubuh) kamu seimbang.
82-8: Dalam bentuk apa sahaja yang Dia (Allah) kehendaki Dia (Allah) menyusun tubuhmu.
82-9: Sekali-kali jangan begitu! Bahkan kamu mendustakan hari pembalasan.
82-10: Dan sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (pekerjaanmu).
82-11: Yang mulia (di sisi Allah) dan yang mencatat (perbuatanmu)
82-12: Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan.

82-13: Sesungguhnya orang yang berbakti benar-benar berada dalam (syurga yang penuh) kenikmatan.
82-14: Dan sesungguhnya orang-orang yang derhaka benar-benar berada dalam neraka.
82-15: Mereka masuk ke dalamnya pada hari pembalasan.
82-16: Dan mereka tidak mungkin keluar dari neraka itu.
82-17: Dan tahukah kamu apakah hari pembalasan itu? 
82-18: Sekali lagi, tahukah kamu apakah hari pembalasan itu? 
82-19: (Yaitu) pada hari (ketika) seseorang sama sekali tidak berdaya (menolong) orang lain. Dan segala urusan pada hari itu dalam kekuasaan Allah.


p/s: Dalam surah ini, dua kali Allah bertanyakan sama ada kita mengetahui tentang hari pembalasan. Apabila membaca dua ayat ini rasa gerun muncul. Aku merasakan hari itu adalah hari yang sangat dahsyat sehingga berkali-kali Allah memberikan peringatan tentang kedatangan hari ini. Di dunia inilah tempat kita mengumpul bekalan untuk hari itu nanti. Astaghfirullah al-azim. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, aku memohon keampunan kepadamu. Amin.

Sunday, January 6, 2013

Tangga2 Kejayaan

Mengapakah dibincangkan tentang tangga-tangga kejayaan? Tangga-tangga kejayaan ini adalah sambungan daripada kisah semalam yang mengajak bersama-sama membina diri dan seterusnya melahirkan generasi yang hebat.

Untuk melahikan generasi yang hebat, segalanya perlu bermula dengan diri kita sendiri, sebagai INDIVIDU MUSLIM. Tak perlu menuding jari kepada orang lain. Sebagai individu muslim, kita mesti selalu berusaha mendekatkan diri dengan Allah. Mentaati perintah-perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. 

Bermulanya dari pihak individu ini, kita boleh dididik dengan pelbagai cara. Contohnya menyertai usrah atau berada dalam jemaah Islam. Amat penting untuk kita berada dalam kelompok ini, kerana jika kita lupa, akan ada yang mengingatkan. Sedangkan perkataan 'manusia' itu asalnya dari 'nasia' iaitu bermaksud lupa. Kita memang selalu lupa. Sebab itulah kita perlu sentiasa diingatkan, sama ada dengan peringatan Allah dalam al-Quran, hadis Nabi saw atau melalui sahabat-sahabat yang soleh.

Pernah dengarkan ubat hati tu apa? Ubat hati ada lima iaitu:-
1- Baca al-quran dan maksudnya
2- Dirikanlah solat malam
3- Berkumpul dengan orang-orang soleh
4- Selalu berpuasa
5- Selalu berzikir


Dengan berjayanya kita mendidik diri kita dan merawat hati kita, InsyaAllah tangga kedua kejayaan pula cabaran kita. Tangga kedua adalah BAITUL MUSLIM. Melalui dua individu muslim yang baik, maka lebih mudahlah untuk membina baitul muslim yang merupakan tingkat kedua kejayaan. Di peringkat ini, peranan ibu bapa sangatlah penting dalam membina sahsiah dan jati diri anak-anak supaya teguh iman dan taqwanya kepada Allah. Maka, lahirkan sebuah keluarga yang menjalankan nilai-nilai Islam dan takut kepada Allah. Jika banyaknya baitul muslim ini, maka akan terbinalah MASYARAKAT MUSLIM. Bayangkan di semua perkampungan atau tempat di negara ini mengamalkan cara hidup Islam, maka mudahlah untuk membina KERAJAAN ISLAM, yang merupakan tingkat ke-4 kejayaan. Berkumpulnya kerajaan Islam, akan terhasillah DAULAH ISLAM dan seterusnya EMPAYAR ISLAM. Empayar Islam yang dulunya kukuh dan hebat seperti zaman pemerintahan Khulafa ar-rasyidin, Umayyah, Abassiyah, Uthmaniyyah. Dan akhir sekali dapatlah Islam menjadi USTAZIYATUL ALAM, iaitu umat Islam menjadi sumber ilmu dan rujukan di seluruh pelusuk dunia. Ini pernah berlaku semasa zaman pemerintahan Abassiyah di mana pelbagai cabang ilmu di kembangkan oleh orang-orang Islam.




Maka, marilah kita sama-sama berusaha menjadi INDIVIDU MUSLIM itu. Muslim yang taat kepada Allah dan Rasul serta menjalankan kehidupan berpandukan al-Quran dan Hadis. Kalau bukan kita, siapa lagi?

Cuba hayati hadis ini..

“Akan datang pada suatu masa, musuh-musuh kamu mengerumuni kamu sepertimana berkumpulnya mereka kepada satu hidangan. Mereka (Para Sahabat) pun berkata, ‘Adakah bilangan kami ketika itu sedikit? Rasulullah S.A.W menjawab, ‘Bahkan kamu ketika itu ramai, tetapi kamu seperti buih-buih dilautan (tiada nilai) dan Allah akan mencabut perasaan gerun di hati musuh-musuh kamu dan Allah akan mencampakkan kedalam hati kamu penyakit Al Wahn”.
Sahabat pun bertanya, “Apakah penyakit Al Wahn itu wahai RasulAllah?
Rasulullah S.A.W bersabda, “Cintakan dunia dan takutkan mati”. (Riwayat Ahmad & Tarmizi)


Sedih bila membayangkan aku adalah hamba yang hidup pada zaman yang disebutkan Rasulallah. Ya! Inilah zamannya. Di mana, kita dengan mudah diinjak-injak oleh orang kafir. Lihatlah yang terjadi di Palestin, Syria dan umat-umat Islam seluruh dunia. Sebab apa? Sebab silap kita sendiri. Kita lalai dengan keindahan dunia.  Moga-moga kita dijauhkan dari sifat 'Cintakan dunia dan takutkan mati'..Amin Ya Rabb. Maka, marilah kita sama-sama muhasabah diri kita dan berusaha melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

JOM...!!! EITHER WE MAKE HISTORY OR WE BECOME HISTORY..!!!

Saturday, January 5, 2013

Salahuddin al-Ayubbi

Animasi Salahuddin al-Ayyubi dan lagu Adakah Kau Lupa.


Assalamualaikum...
Kenal tak Salahuddin al-Ayyubi? Mesti kenal kan? Popular tu^^v
Asyik cerita pasal al-Fateh saja, hari ini nak cakap pasal al-Ayyubi pula..
Salahuddin adalah seorang yang sangat hebat. Baginda merupakan salah seorang pejuang Islam yang sangat mengkagumkan pada zaman dahulu. Baginda merupakan tokoh dalam perang Salib. Tentera Kristian telah dikalahkan dan baginda berjaya membebaskan Palestin.

Salahuddin merupakan seorang yang mempunyai semangat jihad yang tinggi. Baginda sangat mencintai Allah dan Islam.
**Tokoh2 pada zaman silam begitu mengkagumkan. Masihkan ada tokoh seperti ini di zaman kini? InsyaAllah ada. Ia bermula dengan kita. Ya kita..!! Mari membina diri dan melahirkan generasi yang hebat..^^
**Okeh, mungkin sebab ada keturunan tentera, aku jadi 'excited' terlebih bila baca kisah2 pejuang Islam macam al-Fateh dan Salahuddin ni.

p/s: Dalam fikiran masih terbayang-bayang tentang kisah Yakjuj Makjuj dan 10 suku Bani Israil yang hilang. Tetapi, tidak banyak masa dapat diperuntukkan untuk membaca kisah ini. Kerana TESISku.


Jom dengar lagu Salahuddin al-Ayyubi dari Mestica.


Friday, January 4, 2013

Muezza

Assalamualaikum..
Okeh, hari ini nak cerita benda yang kurang ilmiah sikit.
Ingin menceritakan kehadiran ahli keluarga baru saya. Hehe. dengan kata lain, anak angkat baru ibu saya.
Okeh, sebelum ini, ibu dah ambil anak angkat 3 orang..eh2 silap..3 ekor anak kucing yang comel2 belaka. 
Tapi sekarang dah besar sikit. Nakal, sombong pulak tu tapi xdapat dinafikan, sangatlah bijak. Namanya Sachiko, Ronaldo dan Saranghae. Kalau Saranghae pula, ni penakot. Asal nak kena mandi je, mengiau macam apa ja. Siap dicakar2nya kita. Kalau Sachiko dan Ronaldo, relax je, kalau mandi.

Tapi, baru2 ni, ibu ambil seekor lagi anak angkat. Namanya Muezza. Ibu bagi nama Muezza, sempena nama kucing Nabi Muhammad saw. Muezza ni, warnanya putih. Comel, Baik je dan jinak. Dia dengar cakaplah. Kalau kita panggil, dia datang. Tak macam Sachiko, Ronaldo dan Saranghae. Tapi seronokla layan kucing-kucing ni. Nak2 kalau dia tunjuk kesombongan dia tu. Pastu mesti dia bangga, sebab kami selalu puji dia dah makin besar dan comel.  

Sachiko adalah kakak sulong, makanya setiap kali ada kucing baru yang datang, dia mesti tunjuk seniority dia tu. Dulu dia kejar Ronaldo dan Saranghae. Sekarang dia dah kenal, dah oklah sikit. Tapi kali ni, Muezza pula yang dikejarnya. Dahlah Muezza tu paling kecik. Tapi umur Muezza sebaya dengan Ronaldo, kalau tak silap. Tapi badan dia kurus dan kecik. Mungkin lepas ni kena bagi makan banyak2 sikit, biar cepat besar dan sihat. 

Nabi kita sangat sayangkan kucing. Makanya jom kita pun sayang kat kucing. 

Eh..eehh...yang putih tu macam lebih kurang Muezza, yang oren macam Ronaldo

**Okeh! Dulu takut dengan kucing. Tapi sejak ada adik angkat ni, dah berani dah. Sekian^^v