Monday, May 21, 2012

Ikhlaskah kita..??

Pernah terfikir tak, jika kita melakukan sesuatu tu, kita ikhlas atau tidak??
Contohnya kalau kita solat fardhu. 
Tambahan lagi ada yang jenis rajin solat sunat. 
Darab lagi dengan solat Tahajud dikala dinihari. Hmm. 
Ikhlaskah kita..??

Kadang-kadang kita suka sangat bersedekah.
Nampak tabung-tabung masjid, minta derma pembinaan rumah anak yatim,
maahad tahfiz, kita akan cuba menghulurkan derma.
tapi...pernahkah kita terfikir...
Ikhlaskah kita..??


Semasa belajar atau kuliah,
apabila ada sahabat yang bertanyakan sesuatu, 
kita dengan mudah cuba membantunya,
berkongsi ilmu, berbincang
Tapi....Ikhlaskah kita..??

Kalau datang mood rajin kita nak memasak,
mulalah kita mengacau periuk,
untuk buat kek coklat,
katanya nak beri kepada rakan-rakan di universiti
Tapi...ikhlaskah pemberian kita..?


Ikhlaskah kita dalam melakukan semuanya??
Ataupun, kita ada kaki udang di celah gigi??
Adakah kita solat tahajud untuk menunjuk2??
adakah kita menderma kerana kasihan atau membanggakan dan menunjukkan kemampuan kita?
Adakah niat berkongsi ilmu kerana Allah...atau untuk mempamerkan kepada rakan2 betapa bijaknya dan banyaknya aku tahu..??
Adakah niat kita memberi kek coklat untuk berharap dibalas dengan kek keju secret recipe? 
Jika aku menceritakan tentang keikhlasan di blog ini...
Adakah aku ikhlas?? atau aku nak menunjukkan kepada semua orang yang kononnya aku ikhlas??

IKHLASKAH AKU...JIKA AKU MELAKUKAN SEMUA INI...???
ASTAGHFIRULLAH ALA'ZIM.....

Friday, May 4, 2012

InsyaAllah suatu hari nanti..^^v

InsyaAllah suatu hari nanti..
aku cuba membahagiakan ibu dan abah
melihat senyuman sentiasa terukir dibibir mereka
berdoa sentiasa agar mereka bahagia di SYURGA ALLAH kelak
sepertimana aku selalu bahagia melihat gambar mereka
aku sayang sangat pada mereka
terlalu sayang...
Amin



InsyaAllah suatu hari nanti..
aku nak membantu adik-beradikku
setakat mana yang aku mampu
membantu mereka berjaya di dalam hidup
di dunia dan di akhirat
walaupun aku sendiri tidak pasti nasib hidupku
adik-adikku,
walaupun macam2 ragam
tapi aku seronok dengan mereka
tempat bergaduh
tempat berkongsi segala
tempat mengarut-ngarut
dan tempat untuk memaksa mereka mendengar aku nyanyi
walaupun suaraku sangat sedap mengalahkan Giant




InsyaAllah suatu hari nanti..
aku akan bernikah
dengan siapapun aku tidak tahu
mungkin dia seorang yang sangat istimewa
baik budinya, indah bahasanya
cantik akhlaknya
sangat mencintai ALLAH, Rasul dan ibubapanya
mencintai adik-beradiknya
juga mencintaiku seikhlas hatinya
dan menerima aku seadanya
menerima aku yang serba kekurangan
walaupun sukar untuk lelaki menerima wanita
yang tiada keistimewaan sepertiku
tetapi dia pasti akan terimaku
InsyaAllah suatu hari nanti aku akan menemuinya.



InsyaAllah suatu hari nanti..
aku akan membina keluarga dengannya
mempunyai anak-anak yang comel dan menyenangkan hati
bersama mendidik dengan agama
agar menjadi tiket untuk kami
diakhirat kelak

INSYAALLAH...
segalanya pasti terjadi dengan izin Allah
dan jika umurku panjang
dengan diiringi usaha dan tawakkal^^v

Jika....^^v

Jika suatu hari nanti..
aku menjadi orang kaya,
aku ingin menjadi orang kaya yang dermawan
aku ingin membina sebuah rumah anak2 yatim
anak2 yang akan aku kasihi seperti anak2ku sendiri

Jika suatu hari nanti..
aku mempunyai rezeki yang melimpah ruah
aku ingin memberi kepada mereka yang kurang mampu
aku ingin berkongsi dengan mereka
aku ingin melihat senyuman kegembiraan mereka
aku ingin melihat air mata kebahagiaan mereka
aku ingin melihat mereka senang

Jika suatu hari nanti..
aku berkemampuan
aku ingin menjaga seorang kanak-kanak
menjadikannya anakku sendiri
membesarkannya dengan penuh kasih dan cinta
melihatnya membesar dengan bahagia
tanpa sedikitpun terasa yang dia telah kehilangan keluarga kandungnya

Jika suatu hari nanti..
aku mempunyai ilmu
teringin aku berkongsi dengan semua
sama-sama bertukar pandangan
dari seluruh pelosok negeri

Jika suatu hari nanti..
aku diberi peluang
ingin aku bersama-sama di Raudhatul Sakinah
membimbing mereka yang telah tersilap langkah
untuk kembali ke pangkal jalan
tanpa ada sedikitpun perasaan benci kepada mereka
walaupun aku bukanlah orang yang alim dalam agama
dan aku juga tergolong dalam golongan yang tidak lari dari dosa

p/s: Inilah cita-cita seorang sahabatku^^v