Thursday, January 26, 2012

Aku Hampir Tersungkur

Di perjalanan ini, aku berlari-lari anak mengejar cita-cita.
Termengah-mengah mengayuh untuk segera sampai ke ujungnya.
Terketar-ketar meneruskan perjuangan.
Tersengguk-sengguk menongkat tabah.
Tertatih-tatih menongkah arus.
YANG MANA SEGALANYA MENUNTUTKU UNTUK TERUS TABAH.



Kita hanya manusia biasa yang serba kekurangan. Masih dalam perjalanan yang tidak tahu bila penghujungnya. Kadang-kadang, dipertengahan perjalanan kita mula merasakan penat, letih dan tidak mampu lagi untuk terus GAGAH. Ya..!!! Aku tahu, ramai insan di luar sana yang sangat kuat menempuhi liku-liku hidup ini. Mereka kuat menahan ujian. Tabah menghadapi pengkhianatan. Kuat memikul bebanan. 

Tetapi AKU? Aku hanyalah insan biasa. Kadang-kadang aku tidak kuat menempuhi liku hidup. Aku tak mampu mengubati luka di hati. Aku tidak tegar menahan ujian. Aku kurang tabah menghadapi pengkhianatan. Aku tidak kuat memikul bebanan. Malah..........aku masih bertatih, terkedek2 memohon bantuan Yang ESA. Aku tahu, aku tak mampu melakukan segalanya sendirian. Aku perlukan kekuatan dari Penciptaku, yang amat aku cintai. Ya Allah. Aku tiada siapa-siapa untukku memohon pertolongan. Aku tiada siapa-siapa untukku mendapatkan secebis ketabahan. Aku tiada siapa-siapa untukku memiliki secebis harapan. Hanya kepada-Mu sahaja aku bermohon. 

Hakikatnya aku terasa letih dengan master. Aku penat mengejar 'target'. Aku lelah menaip jurnal. Aku pusing. Aku terasa hampir tersungkur. Walaupun hakikatnya aku telah hampir ke penghujungnya. Arghh...Aku perlu terus teguh berdiri. Jangan biarkan aku terhenti ditengah jalan. Aku benar-benar memerlukan secebis kekuatan dan ketabahan daripada Penciptaku. Amin. Aku benar-benar tidak kuat. Aku rasakan semangatku semakin rapuh. Ya Allah.

Aku tak tahu apa pandangan orang terhadapku. Kuatkah?? Rapuhkah?? Tetapi aku sedar siapa diriku. Seorang hamba yang serba kekurangan. Seorang hamba yang sentiasa meminta-minta kepada Penciptanya. Seorang hamba yang tidak punya apa-apa. Jika aku terasa seperti aku telah jatuh cinta. Aku mula tertanya-tanya. Layakkah aku untuk menempatkan seorang insan dihatiku? Sedangkan aku selalu meminta kepada Tuhanku. Tuhanku yang selayaknya berada di hatiku. Tetapi mengapakah mesti hadir seseorang lain untuk singgah dihatiku. Ya..!! kadang-kadang aku berasa takut dengan perasaan sendiri. Aku takut aku hanyut dengan perasaan sendiri. Aku takut aku lalai. Aku takut dengan asyik cinta duniawi. Aku takut...kerana aku merasakan diriku tidak kuat melawan ujian kesenangan dan cinta..........

p/s: sebenarnya tak tahu motif sebenar entry ini. Hanya menurut keinginan jari2 menekan keyboard. ^_^v

Adooiii...sadis aku tengok gambor ni. Awat laki ni macam xda perasaan aje. Ish3. (Hanya selingan. tiada kaitan dengan sesiapapun, termasuk diriku.^^)