Wednesday, November 16, 2011

Rahmat Ujian

"Fuhh...penatnya. Akhirnya sampai juga aku ke bilik." , Aisha mengomel sendirian.
Tetapi, apabila dia masuk sahaja ke dalam bilik, dia terkejut melihat sahabatnya sedang menangis teresak-esak.
Aisha mula kaget.

"Humaira, kenapa ni? kenapa awak menangis ni? Awak ada apa-apa masalah ke?", Aisha cuba memujuk sambil memeluk sahabatnya itu, untuk melegakannya. Tetapi Humaira tidak menjawab pertanyaan Aisha, malah terus menangis. 
Aisha membiarkan sahaja Humaira menangis. Mungkin itu akan melegakannya.

Setelah seketika, akhirnya Humaira sudah mula berkata-kata, sambil teresak-esak. 
"Aisha, saya sedih sangat..=( Saya dah tak kuat. Saya dah tak dapat nak bertahan lagi. Saya tak kuat nak menghadapi ujian ini lagi. Dah banyak kali jadi. Selama ini saya cuba bersabar dan bertahan. Saya cuba tegarkan hati. Kuatkan diri. Tapi kali ni, saya rasa dah tak mampu lagi. Saya dah tak kuat...sob...sob...sob...Saya dah tak kuat..." Humaira terus menangis.

"Awak kenapa sebenarnya? Apa ujian yang awak alami ni? Kenapa awak cakap awak tak kuat?" Aisha mula menyusun bicara.

"Saya dikhianati oleh seseorang. Ini bukan kali pertama. Sudah banyak kali dia mengkhianati saya. Sakitnya rasa bila dikhianati oleh orang yang kita percayai, apatah lagi saya sayang. Kadang-kadang saya rasa saya yang bodoh, sebab tetap percaya pada dia, walaupun telah berkali-kali ditipu dan dipermainkan. Tapi mungkin saya silap kerana selalu memikirkan bahawa dia sudah berubah..sob..sob..sob..kali ni, dia ulang lagi menyakiti dan mengkhianati saya. Saya dah tak larat dah. Saya dah tak kuat dah. Saya rasa sakit sangat bila berkali-kali dipermainkan. Sakit sangatttt....", cerita Humaira.


"Bersabarlah. Ini semua ujian untukmu. Pasti ada hikmah disebaliknya. Bersabarlah wahai sahabatku", nasihat Aisha.

"Tetapi kenapa saya? Kenapa saya yang diuji? Kenapa berkali-kali diuji? Kenapa mesti saya? Kadang-kadang saya cemburu melihat rakan-rakan lain yang seperti tiada masalah seperti saya...huhuhuu...kenapa mesti saya? Saya dah tak kuat...saya tak kuat dah, Aisha...sob..sob...sob...saya tak kuat dah...Aisha..", suara Humaira semakin lemah.

"Humaira, sebenarnya kan....awak kuat. Awak mampu lalui ujian ni sebenarnya. Sebab tu Allah pilih awak untuk menghadapinya. Sebab Allah tahu, awak mampu. Kawan-kawan awak yang lain tu, tidak dipilih, sebab mereka tidak mampu lalui ujian macam ni. Ingatkah awak firman Allah yang bermaksud: 
Allah tidak membebani seseorang diluar kemampuannya [2:286]
Maka, jika awak mendapat ujian ini, bermakna awak memang mampu menghadapinya. Awak cuma perlu kuatkan diri awak, terus bersabar dan bertawakal kepada Allah. Mohonlah pertolongan Allah. Mohonlah kekuatan dan ketabahan itu dari Allah. Allah pasti membantu awak, memberi kekuatan kepadamu". 

Aisha meneruskan bicaranya dengan berhikmah, "Yakinlah pada Allah sahabatku. Pasti ada hikmah disebalik semua ini. Mungkin disebabkan perkara seperti inilah awak akan menjadi lebih tegar dan kuat. Awak akan lebih dekat dengan Allah, awak lebih tenang. Sahabatku, kuatkanlah dirimu. Saya ada di sini bersama awak. Saya tetap sahabat yang akan terus bersama awak, jatuh bangun awak. Awak tidak keseorangan. Awak ada ALLAH yang Maha Penyayang. Allah sayang sangat pada awak. Sebab tu awak dipilih untuk diuji. 

Awak tahu tak...di luar sana masih ramai yang hidup dengan penuh kegembiraan dan kesesatan. Mereka tidak diuji supaya boleh kembali pada Allah. Tetapi awak tidak. Allah pilih untuk uji awak, sebab nak awak dekat dengan-Nya. Awak beruntung sangat. Tidak semua orang dapat peluang macam awak. Awak ambillah ujian ini secara positif, wahai sahabatku. Bersabarlah sahabatku. Saya tahu, memang berat awak nak menghadapinya. Saya faham, bukan mudah untuk menghadapinya. Tetapi, yakinlah sahabatku, jika awak mampu melepasi ujian ini, awak akan dapat merasa betapa manisnya ujian Allah ini. Yakinlah, pasti dipenghujungnya ada bahagia menanti awak." =)

Humaira sudah mula berhenti menangis. Dia sudah mula tenang mendengar kata-kata Aisha,
"Terima kasih Aisha. Terima kasih sangat. Saya silap. Saya lalai. Saya tak sepatutnya berfikiran seperti itu. InsyaAllah, saya akan cuba kuatkan diri. Betul, saya memang mampu menghadapi ujian ini. Sebab tu Allah pilih saya. Saya kena buktikan kepada diri saya yang saya benar-benar mampu. Terima kasih Aisha. Awak benar-benar sahabat saya. Kalau tiada awak, tak tahulah saya nak buat macam mana."

Aisha merasa senang apabila melihat Humaira sudah mampu tersenyum. Alhamdulillah.
"Kadang-kadang Allah turunkan hujan, ditambah dengan guruh, siap dengan kilat lagi... kita tertanya-tanya Kemana perginya matahari? Rupanya Allah mahu memberikan kita pelangi yang indah." [Syurga Cinta]



p/s: Bersabarlah jika kamu diuji. Kamu adalah orang yang terpilih, sayangku. =)

Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. [2:286]

Amin Ya Rabb

Wednesday, November 2, 2011

Penilaian Kita???

Si A: Dia ni penakutla...lembik plak tu..sikit-sikit dah nak harap kat orang. padahal benda tu dia boleh saja kalau nak usaha sendiri. tapi tetap nak menyusahkan orang. hish! kadang-kadang rimas dengan orang yang suka meminta-minta ni.

Si B: Dia ni...agak tegas sikit. Garang gak kadang-kadang. tp dia ni gigih. Susah macam mana pun tetap akan cuba nak usahakan sendiri. Seboleh-bolehnya tidak mahu meminta-minta pada orang lain. Bukanlah bermakna dia ni sombong dengan manusia, tetapi dia tidak mahu menyusahkan orang lain dan merasakan lebih berpuas hati kalau segalanya dialakukan sendiri. Yang dia harapkan hanya Allah semata.

Hakikatnya: Kita tidak boleh mengatakan Si A ni pemalas, manja mengada-ngada atau sebagainya. Dan Si B pula bagus, gigih, tegar, berdikari dan sebagainya. Tidak boleh membandingkan cara mereka. Kerana kita tidak tahu apa kehidupan yang telah dijalani orang mereka yang menyebabkan mereka berperibadi yang bercanggahan. Mungkin ada suatu sifat positif yang Si A ada, tetapi tidak pada Si B atau sebaliknya. Hmmm..Kalau kita berjumpa orang seperti ini, bersabarlah. Memang pelbagai ragam manusia.
-------------------------------------------------------

Si C: Aku sekarang nak struggle. Kalau boleh nak blaja sampai PhD. PhD nak buat kat oversea. Aku dah ada sumber inspirasi dah. Hehe

Si D: Ko ni riaklah. Banyak betul sifat negatif ko. Pastu nak buat-buat baik. Ikot-ikot orang.

Hakikatnya: 1- Sebenarnya Si C sedikit pun tidak terlintas di hatinya untuk riak. Dia mengatakan begitu bukan kerana nak mengatakan betapa dia bijak, sampai layak ke oversea untuk PhD. Itu hanyalah cita-cita dan keinginannya. 
2- Buat-buat baik??  Mengapa pula dia perlu berpura-pura baik. Memanglah tidak dinafikan dia mungkin bukan orang yang baik, tetapi siapa tahu, sebenarnya dia sedang berusaha untuk menjadi baik? Mengapa kita perlu berfikiran negatif kepadanya. 
3- Ikot-ikot orang?? kenapa kalau ada orang cakap dia ader sumber inspirasi yang menyebabkan dia ingin berjaya kita mengatakan dia ikut-ikut orang?? apa salahnya kalau perkara yang diikuti itu positif? Kan itu adalah sesuatu yang baik? Mungkin juga dia pada mulanya hanya ikut-ikut sahaja..siapa tahu, lama kelamaan dia benar-benar ikhlas melakukannya?? Mengapa kita perlu berfikiran negative kepadanya?

-------------------------------------------------------

Si E: Tak pastilah. Aku memang tak tahu. (dengan kata lain, asal ditanya sahaja, Si E mesti tak dapat menyumbang apa-apa, sama ada dari segi idea, wang, ilmu dan sebagainya).

Si F: Ko ni...dari dulu sampai sekarang sama je. Penat aku cari kelebihan ko. Apa pun takda. Patutla takda orang nak kat ko.

Hakikatnya: Dia mungkin memang serba kekurangan. Mungkin juga tiada kelebihan langsung. Walaupun perkataan yang sama dkeluarkan oleh Si F berulang-ulang kali, tetap begitu mengguris hatinya. Siapa tahu, sebenarnya Si E dah banyak kali mencuba mendapatkan kelebihan dirinya, tetapi tidak dilihat juga oleh Si F. Siapa tahu, sebenarnya Si E terlalu banyak kelebihan, tetapi dia sengaja menyembunyikannya kerana merasakan tidak perlu ditunjukkan.  Tetapi jika benar pun Si E tiada kelebihan langsung, janganlah kita mengeluarkan perkataan seperti itu. Tahukah anda betapa peritnya perasaan Si E? Bukan dia tidak pernah berusaha, tetapi mungkin kita yang tak pernah melihatnya.

-------------------------------------------------------

Si G: Ramai kawan-kawan kita dah berkahwin kan? Mudahnya mereka mendapat jodoh.

Si H: Itula kan? Kadang-kadang jeles tengok diorang ni. Nampak senang sahaja jalan diorang. Tapi kita ni macam ni la juga. Kadang-kadang macam dah ada calon, tapi akhirnya dikecewakan pula. Huhu

Hakikatnya: Tidak perlu membandingkan hidup kita dengan mereka. Mungkin ada rencana yang lebih baik Allah dah aturkan untuk kita. Siapa tahu, sebenarnya Allah dah simpankan untuk kita seorang yang sangat istimewa disisi-Nya? Mungkin masanya belum sampai lagi. Apabila masa itu tiba, barulah kita merasakan sebenarnya kita lebih baik dengan jalan begini. Mungkin Allah memberi masa kepada kita untuk mencapai kejayaan terlebih dahulu? Yakinlah janji Allah. Ada terbaik yang telah Allah rencanakan untuk kita. InsyAllah.

-------------------------------------------------------

Si I: Beruntungnya Ana tu. Ramai betul lelaki minat kat dia. Yela, dia pun cantik, baik pula tu. Mestila ramai orang suka.

Si J: Aah kan. Tetapi pelik juga. Walaupun ramai orang nak kat dia, dia tak nak kat sorang pun. Memilih betul. Mentang-mentangla ramai peminat.

Hakikatnya: Di pihak Ana, berbeza pula. Ana berasa rimas kerana ramai yang cuba memikatnya. Kadang-kadang, bukannya Ana tidak berterus-terang agar tidak mengganggunya, tetapi lelaki tersebut seolah-olah tidak faham bahasa. Ini menyebabkan Ana menjadi lebih serabot. Bukanlah bermakna Ana ini memilih, kerana ramai peminat. Tetapi Ana memilih untuk kebahagiaan masa depan yang ingin dicapai. Dia mahu agar lelaki tersebut mempunyai FIKRAH yang serupa dengannya. Jika bertemu orang yang seFIKRAH dengannya, InsyaAllah dia tidak akan menolak.

-------------------------------------------------------

Si K: Garangnya..SOmbongnya awak ni. Senyumlah sikit. 

Si L: Haa...Barulah makcik nampak awak senyum. Dari tadi makcik tengok, 'budak ni comel, manis. Tapi susah sangat nak senyum'. Kan manis tu senyum. Kalau awak senyum, kapal terbang lalu pun jatuh. (Hehe...kembang jap)

Hakikatnya: Sebenarnya bukan tak mahu senyum atau sombong. Kalau korang kenal aku, mesti korang akan kata aku tak sombing. Tapi, bab garang tu, tak dapat nak dinafikanlah. Dah ramai sangat cakap aku ni macam singa. Huhu..Nak buat camne, tu sifat semula jadi. Memang susah nak kawal kadang-kadang.
Bab makcik tu pula...Hehe..makcik ni puji saya lebih-lebih sangatla. Terus saya tersenyum saja sampai balik bilik. Huahuahua.