Tuesday, October 25, 2011

Muhasabah Diri



p/s: Jom sama-sama kita menyesali dosa-dosa silam. Mari sama-sama kita taubat. InsyaAllah. (",)v

Wednesday, October 5, 2011

Menangisi dan Menyesali Dosa

DOSA...??? Pernahkah anda melakukan dosa??? DOSA kecil?? DOSA BESAR??? Hmm...
Hakikatnya kita manusia biasa tidak akan dapat lari dari melakukan kesilapan. Tetapi kita boleh berusaha untuk menjauhkan diri kita dari dosa. Pernahkan kita menipu orang? Mencuri? Mengumpat? Hmm..Banyaknya dosa.

Bercakap mengenai dosa, teringat semasa zaman aku kecil-kecil dahulu. Hehehe. Aku ni memang budak perempuan yang agak nakal dan degil. Kalau lumba basikal, masuk kolam padang golf untuk cari bola golf, panjat pokok, memang dah biasa buatlah. Tambah pula, dulu abah ada tabung besar. Abah akan kumpul duit singgit (dulu ader yang syiling tu) dalam tabung tu. Aku dengan adik aku yang berada di Endon skang ni, boleh pi korek tabung tu tiap-tiap hari. Maklumlah, kalau pergi sekolah agama, memang abah tak kasi duit belanja, sebab 2-3 jam saja kat sekolah. Tapi kitorang ni kadang-kadang teringin gak makan aiskrim, bila balik sekolah agama. Jadi, kami mulalah mengorek tabung abah, secara senyap-senyap. Sehari bawa singgit, kadang-kadang lebih sikit, siap belanja kawan-kawan tu. Adeh! Lama gakla buat kerja camni. Sampaila hampir kosong tabung abah tu. Last-last abah perasan, dan kantoiii semuanya. Kami didenda tiada duit belanja selama seminggu. Hehe. Padahal aku curi tu, lebih banyak dari seminggu punya jumlah belanja. Baik betul abah aku ni. (",)v. Tapi sejak tu, memang dah tak berani buat dah. Takut abah kejar dengan rotan, keliling rumah. Haha

DOSA semasa kecil, mungkin boleh dimaafkan. Bagaimana pula setelah kita dewasa? Dosa kerana meninggalkan solat? Setakat yang aku tahu, orang-orang di sekelilingku melaksanakan solat mengikut waktu yang ditetapkan. Alhamdulillah. Solat itu adalah tiang agama. Jika tiang kita tidak kukuh, maka runtuhlah segalanya. Nauzubillahiminzalik. Selain itu, dosa menipu, mengumpat, menfitnah, zina atau menghampirinya, menganiaya orang dan bermacam-macam lagi. 

Memang tidak dinafikan ramai yang tidak dapat lari daripada melakukan dosa. Tetapi pernahkah kita menyesali dosa-dosa yang pernah kita lakukan? Merasakan diri terlalu banyak dosa, sehingga akhirnya kita menangis mengenangkannya? 


Ya Allah, banyaknya dosa-dosa yang telah aku lakukan. 
Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosaku
aku menyesali segalanya
aku sedar aku telah menzalimi diriku sendiri
Ya Allah, ampunkanlah aku
aku sangat takut kepada-Mu, Ya Allah
aku takut akan azab-Mu Ya Allah
Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu
Terimalah taubatku
dan jauhkanlah aku dari perkara2 yang engkau murkai.
Amin~

Kita merintih seperti itu di atas sejadah, dengan penuh penyesalan. Tanpa dapat ditahan lagi, air mata mula mengalir dengan lajunya kerana mengenangkan dosa-dosa yang telah kita lakukan. Merasakan hati semakin kotor. Penuh dengan noda-noda hitam. Setiap malam kita mula bersujud solat taubat, untuk menagih keampuanan dari Tuhan sekalian alam. Menangis semahunya kerana takutkan Allah. Takutkan azab Allah keran dosa yang telah kita lakukan. Ya Allah, sangat takut. Kita seterusnya bertekad tidak akan mengulangi dosa-dosa itu lagi. Jika "YA". Alhamdulillah. Marilah kita sama-sama meneruskan usaha kearah kebaikan. InsyaAllah. 

Ku kesali kealpaan diriku
Ku tangisi kesilapan lalu
Walaupun sekali
Tak kan ku ulangi
Ya Allah Tuhanku
Bantulah hambaMu
Jangan biarkan diriku
Terus dibelenggu
Ampuni dosaku 
Terangi hatiku
Izinkan aku kembali
Ke jalan redhaMu


Sesungguhnya Allah s.w.t suka kepada orang-orang yang bertaubat dan menjaga kebersihan.“ Surah al-Baqarah : 222
Dan Dialah (Allah) yang menerima taubat daripada hamba-Nya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang telah mereka lakukan). Dan Dia mengetahui apa yang kamu semua kerjakan.” Surah as-Syura : 25 
Kecuali orang-orang yang taubat dan mengadakan perbaikan dan berpegang teguh pada (agama) Allah dan tulus ikhlas (mengerjakan) agama mereka karena Allah. Maka mereka itu adalah bersama-sama orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan kepada orang-orang yang beriman pahala yang besar.(QS. 4:146) 
"Maka Jibril berkata, “Itulah air mata orang durhaka di kalangan umatmu yang menangis karena takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu.” Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.


Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.”


Sambungan.....Jom baca website best..!! Klik sini"


"Ya Allah kami memohon ampun kepadamu,ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami,dosa keluarga kami, dosa sahabat kami ,dosa muslimin muslimat sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Amin."


Dengarkan lagu ini. Sangat BEST...!  (",)v


Mestica - Nasuha

Jadi, kepada semua yang telah melakukan dosa, kembalilah kepada Allah. Jangan malu untuk merintih dan menangisi dosa-dosa kita kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Jangan kerana kita merasakan kita telah jauh tersesat dan bergelumang dengan dosa, kita tidak akan dapat keampunan Allah. Kita mesti berusaha untuk bertaubat. Lakukanlah taubat nasuha dan bertekadlah untuk tidak mengulangi kesilapan itu lagi. Kalau ada orang sekeliling yang memandang serong kepada kita kerana kesilapan lalu, biarkanlah mereka terus begitu. Apa yang penting dan yang paling kita harapkan adalah pandangan Allah kepada kita. Percayalah..!! pasti ada hikmah disebalik segala kejadian itu. Kalau kita tidak berdosa, mungkin kita tidak akan menangis kerana-Nya. Mungkin juga kita tidak akan melakukan solat Taubat dan taubat nasuha. Mungkin juga, kerana pernah berdosa, menjadikan kita hamba yang sangat rendah diri kerana merasakan kekurangan diri kita berbanding insan lain di luar sana. TETAPI, ingatlah sahabat-sahabatku. Rendahnya darjat kita di mata manusia tidak bermakna kita akan rendah darjat kita di mata ALLAH. Maka, teruskan bertaubat. InsyaAllah segalanya akan menjadikan kita tenang dan memperolehi kemanisan IMAN, yang mana hanya orang terpilih sahaja yang berjaya memilikinya. 

Marilah kita bersama bertaubat dan menangisi kesilapan lalu. Marilah sahabat-sahabatku. Aku bersama kamu. InsyaAllah. Ya Allah, hindarilah aku dari memiliki pandangan serong terhadap mereka yang pernah melakukan kesilapan. Amin Ya Rabb.