Monday, April 18, 2011

Kejayaan Menantimu!

Kesibukan yang melanda membataskan aku untuk menulis di blog aku. Bak kata artis "inilah harga yang perlu dibayar kalau menjadi artis". Tapi tu kata artis. Ni aku yang kata "Inilah harga yang perlu dibayar kalau buat master." Dah nama pun master mestilah mencabar kan? Kalau tak mencabar tidaklah dinamakan MASTER. Tidak kiralah Research ke, Mix-mode ke, Taught Course ke. Semuanya memeningkan kepala. Macam mana la pula agaknya kalau buat PhD kan? Mesti tidak dapat dibayangkan kedahsyatannya. Hmm.
-----------------------------------------------------------------------------------


Master ini memang banyak mengajar untuk berdikari, sentiasa berfikir untuk mencari penyelesaian masalah yang timbul, bersabar dengan karenah orang-orang sekeliling yang pelbagai ragam dan macam-macam lagi. Pada aku, kalau master bukan hanya membantu kita menambah ilmu dalam bidang penyelidikan kita sahaja, tetapi juga ilmu-ilmu lain yang akan timbul disepanjang penyelidikan dijalankan. Sebagai contoh, dalam urusan jual beli barang, pengurusan rekod dan akaun.Selain itu, masa ini juga pelajar boleh banyak belajar untuk berkomunikasi dengan orang lain dengan lebih baik.




Sesetengah orang mengatakan "Research is tiring". Ada benarnya juga, tetapi usaha dari diri pelajar itu sendiri adalah lebih utama untuk mengatasi pemasalahan ini.
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. [Surah Ar-Ra'd : 11]

Jadi, walau apa pun yang terjadi mereka mesti sentiasa berusaha agar dapat menggenggam kejayaan di akhir nanti. InsyaAllah.

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi" [Syurga Cinta]
"Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)." [Surah Al-Balad : 4]

Seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang keutamaan dan kemuliaan seorang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya dengan orang yang semata-mata melakukan ibadah saja tanpa didukung oleh keluasan ilmunya, maka Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya keutamaan dan kelebihan seorang alim (yang berilmu) dibandingkan dengan seorang abid (ahli ibadah) adalah seperti kelebihanku jika dibandingkan dengan orang yang paling rendah derajatnya. Sesungguhnya Allah SWT, para malaikat-Nya, makhluk yang ada di langit dan di bumi, bahkan semut yang berada di lubangnya dan ikan yang berada di laut, senantiasa memohon ampunan untuk orang alim (ulama) yang selalu membimbing umat dalam kebaikan." (HR. Tirmidzi).

Maka bersabarlah wahai diri. Sesungguhnya kesabaran itu adalah separuh daripada iman [HR Abu Na'im daripada Ibn Mas'ud]. Di akhir nanti pasti ada kejayaan yang membawa kebahagiaan untukmu di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

 Kejayaan Sedang Menantimu di Penghujung Jalan...!!!