Saturday, February 19, 2011

Lidah Lebih Tajam Dari Mata Pedang

"Alamak, dah lewat ni. Aku ni memang selalu macam ni. Patutnya masuk ofis pukul 8.00am, tetapi selalu sahaja sampai pukul 8.15am."
"Hari ni aku nak buat apa dulu ya? Apapun aku kene cepat capai target. Aiyark! Kepala aku yang pusing ni, bertambah pusing dibuatnya."
Inilah rutinnya di setiap pagi. Dalam perjalanan ke ofis, Zahra jarang dapat memikirkan perkara lain; melainkan apa kerja yang harus diselesaikannya pada hari itu.
-------------------------------------

Seperti biasa Zahra akan pulang ke biliknya dengan berjalan kaki sendirian. Bukan Zahra tidak mempunyai kawan, tetapi kawan-kawannya bukan dari kursus yang sama dengannya. Jadi kebiasaannya dia memang akan ke mana-mana secara bersendirian. Al Maklumlah, kalau dah berjalan sendirian tu, fikirannya tidak dapat lari dengan memikirkan pelbagai perkara.Kalau pagi, hanya memikirkan hal kerja, tetapi pulang kali ini fikiran Zahra melayang mengingatkan kisahnya semalam.

Tiba-tiba sahaja air matanya mengalir. Dia terkenangkan kata-kata seseorang padanya semalam. Sangat kasar kata-kata yang dikeluarkan, dan bahasanya sangat tajam sekali sehingga begitu menikam-nikam jantung hatinya. Benarlah kata pepatah; Lidah manusia itu adalah lebih tajam daripada mata pedang. Zahra mula tertanya-tanya sendirian.
"Apa salah aku padanya sebenarnya?
Adakah aku telah melakukan sesuatu yang melukakan hatinya? 
Mungkin ada sesuatu kesalahan yang telah aku lakukan, yang aku tak sedar.
Kalau aku benar-benar telah melakukan kesalahan padamu, aku minta maaf".
"Kalau pun aku melakukan kesalahan padamu, kenapa tidak bercakap secara baik? Kenapa mesti menggunakan bahasa yang kasar? Begitu sakit rasanya hati ini".


Zahra tidak dapat menahan sebak. Air mata yang semakin deras cuba ditahannya. Hasilnya dia hanya menangis dihatinya. Bekas-bekas air mata disapunya segera agar tiada siapa yang perasaan. Zahra merasakan lebih sakit kerana kata-kata kasar itu dikeluarkan oleh seseorang yang begitu dekat dengan hatinya. Orang yang dia selalu ingin jaga hatinya dan yang dia amat hormati. Kalau orang lain mungkin tidak seperti ini perasaannya. 

Sejak kisah semalam, Zahra sentiasa memuhasabah dirinya. Mencari kesilapan dirinya untuk diperbaiki. Dia menjadi seseorang yang sangat merendah diri. Hatta untuk memandang ke depan ketika berjalan pun dia tidak mampu.
Dalam hatinya, dia bermonolog sendirian.......
"Jika aku salah, aku minta maaf sangat-sangat. Aku pinta janganlah kamu mengeluarkan kata-kata seperti itu lagi padaku. Kamu mungkin tidak sedar betapa ia menikam jantungku. 

 Moral of the story ==> Berhati-hatilah dalam berkata-kata. Tidak seharusnya kita mengeluarkan kata-kata yang buruk terharap orang lain. Kalau pun ingin mengeluarkan pendapat atau pandangan, ucaplah dengan kata-kata yang baik dan berhikmah. Penyampaian seperti itu adalah akan lebih berkesan. InsyaAllah.

" Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, amatlah buruknya sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah orang-orang yang zalim " [Surah Al-Hujarat : 11]

Mawar Berduri dan Kumbang Tahi

~~~MUSLIMAH~~~
Sesungguhnya kejadianmu muslimah begitu indah
Tercipta daripada rusuk adam untuk dilindungi~~~Dan disayangi
Bukan di kepala untuk disanjung~~~Bukan juga di kaki untuk dipijak

Lantaran daripada keindahanmu itu~~~Kau ibarat sekuntum bunga mawar
Keharumanmu bias menarik perhatian sang kumbang~~~Untuk mendekatimu
Adakah semudah itu akan kau serahkan dirimu???

Renungilah pada keindahan bunga mawar
Yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai benteng
Dari kejauhan,keharumannya mencuri perhatian
Kilauan warna yang memancar indah menjadi tarikan

Namun lantaran pagaran duri iman yang berbisa itu

Si kumbang tunduk kagum
Terhadap keindahan yang terjaga
Ia akan berfikir berkali-kali sebelum mendekatinya

Akuilah hakikat kejadian dirimu~~~Yang menjadi pelemah iman lelaki
Seandainya pakaian malu kau tanggalkan~~~Dan perbatasan aurat kau abaikan
Jadilah kau sekuntum bunga yang indah~~~Tapi sayang seribu kali sayang
Tak berduri~~~Kau tidak layak digelar mawar berduri!

Ingatlah!!
Muslimah solehah tidak melihat lelaki
Dan lelaki tidak melihatnya

Peliharalah keindahanmu~~~Untuk si kumbang
Yang bergelar
SUAMI~~~~~
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
...WaNiTa SoLehAH...

Perhiasan yang paling indah~~~bagi seorang abdi Allah
Itulah ia wanita sholehah~~~Ia menghiasi dunia
Itulah ia wanita sholehah~~~Ia menghiasi dunia
Aurat ditutup demi kehormatan~~~Kitab Al Qur'an didaulahkan
Suami mereka ditaatinya~~~Walau berjualan di rumah saja
Karena iman dan juga Islam~~~Telah menjadi keyakinan
Jiwa raga mampu di korbankan~~~Harta kemewahan dileburkan
Di dalam kehidupan ini~~~dia menampakkan kemuliaan
Bagai sekutum mawar yang tegar~~~Ditengah gelombang kehidupan


Kalau dah namanya kumbang, janganlah si mawar menaruh kepercayaan kepadanya. Hakikat kumbang itu berbagai warnanya. Ada yang dipanggil 'Ladybird' yang cantik, ada yang hijau warnanya, ada yang kuning dan pelbagai lagi. Tetapi wahai mawar, janganlah kalian lupa, kumbang hitam dan kumbang tahi juga ada. Berjaga-jagalah kalian. Kerana di akhir zaman ini, terlalu banyak lahirnya kumbang-kumbang KOTOR ini.

Jika ramai wanita tidak baik di dunia akhir zaman ini, maka ramai jugalah lelaki yang tidak baik. Jauhkan dirimu dari mereka dengan mendekatkan diri pada yang Esa. InsyaAllah segalanya akan selamat.

Saturday, February 12, 2011

“Ummatii, ummatii, ummatii”



“Ummatii, ummatii, ummatii”
“Umatku, umatku, umatku”
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran buat seluruh alam, menebarkan berkat dan rahmat buat seluruh kehidupan manusia…
Kini, mampukah kita membalas cintanya?
Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi.

Selawat dan salam buat Rasullullah S.A.W..
Pagi itu,
RASULULLAH dengan suara terbatas
memberikan khutbah,
“wahai umatku…
kita semua ada dalam kekuasaan ALLAH
dan cinta kasih-nya.
Maka taati dan bertaqwalah kepada-Nya
“Kuwariskan dua perkara pada kalian,
iaitu, Al-Quran dan sunnahku…”
Barang siapa mencintai sunnahku,
bererti mencintai aku,
dan kelak orang-orang yang mencintaiku
akan masuk syurga bersama-samaku…”
Khutbah singkat itu diakhiri
dengan pandangan mata Rasulullah
yang tenang dan penuh minat
menatap sahabatnya satu persatu, Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca.
Umar, dadanya naik turun
menahan nafas dan tangisnya..
Uthman menghela nafas panjang..
Ali menundukkan kepalanya…
Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba…
Rasulullah akan meninggalkan kita semua,
keluh hati semua sahabat kala itu.
AllahuRabbi… bantulah kami, mencintai Rasulullah..
Kuatkanlah cinta kami, suburkan hati kami,
Kuatkan hati kami dalam menongkah arus zaman yang makin melupakan kekasihMu…
Bantu kami ya Allah, jangan pesongkan hati-hati kami, setelah engkau kurniakan petunjuk dan hidayahMu..
Ikhlaskan hati kami ya Rabb, membuat sesuatu, bukan untuk meminta balasanMu apa-apa.. tapi cukupkan kami, hanya kerana, demi UntukMu ya Rabb..demi hanya keranaMu..
Amin..
 [copied]